Nafkah Anak Menurut Undang-undang Keluarga Islam. ZAINI NASOHAH.
Islamiyyat 23 (2002)
Abstrak
Artikel ini menganalisa peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta,
Enakmen dan Ordinan Undang-undang Keluarga Islam berhubung hak-hak kanak-kanak
terhadap nafkah. Undang-undang terkini memperuntukkan bahawa hak terhadap
nafkah merangkumi anak angkat (kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga)
dan anak taksah taraf. Adalah menjadi tanggungjawab bapa (bagi anak
sah taraf) ataupun ibu (bagi anak taksah taraf) menanggung nafkah anaknya,
sama ada kanak-kanak itu di bawah jagaannya atau di bawah jagaan orang
lain, kecuali mahkamah memerintahkan sebaliknya.