Kezaliman Manusia di Sisi Allah Ta’ala Menurut Al-Quran. MUHD NAJID
ABDUL KADIR. Islamiyyat 23 (2002)
Abstrak
Rencana ini bertujuan untuk menyingkap dan memahami pengertian zalim dan
konsep kezaliman menurut al-Quran. Sebahagian umat Islam memahami pengertian
tersebut secara sempit dan terhad. Penerangan al-Quran tentang konsep kezaliman
lebih luas dan merangkumi berbagai aspek, termasuklah kezaliman manusia di
sisi Allah, memandangkan fenomena ini seringkali tidak disedari oleh sebahagian
daripada manusia. Bentuk kezaliman di sisi Allah ini meliputi syirik, pendustaan
dan tidak melaksanakan hukum Allah Taala dalam kehidupan. Kajian ini berdasarkan
penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan metod pengumpulan dan analisa
fakta. Hasil daripada penulisan ini dapat menjelaskan secara terperinci bentuk
kezaliman di sisi Allah dan balasan serta implikasi terhadap mereka yang
melakukan kezaliman tersebut.