Pembangunan Rohani Menurut Perspektif Tasawuf dan Psikologi Moden.  Mostafa Kamal MokhtarIslamiyyat 24


Abstrak
Dalam artikel ini, penulis cuba meneliti secara perbandingan konsep pembangunan rohani manusia di antara tasawuf dan psikologi moden. Penulisan ini berasaskan kajian kepustakaan atau penyelidikan dokumentari yang dipersembahkan secara kritis. Hasil daripada penelitian tersebut, didapati bahawa walaupun kedua-dua bidang ini cuba membangunkan perkara yang sama, iaitu, kejiwaan manusia, tetapi konsep pembangunan rohani  kedua-duanya amat berbeza di antara satu sama lain akibat perbezaan ontologi tentang kejiwaan manusia, pertentangan epistemologi ilmu dan kepelbagaian metodologi pembangunan kerohanian manusia.

Abstract
In this article, the writer attempts to investigate comparatively the concept of human spiritual development proposed by Sufism and Modern Psychology. The writing is based on library research or documentary research, which is critically presented. The finding shows that even though both disciplines concern with human psyche, they clearly differ in conceptual understanding of human spiritual development as a resulf of embracing different ontological, epistemological and methodological concept of human being.