Sejarah dan Etnisiti Muslim di Chiang Mai. Farid Mat Zain.  Islamiyyat 24


Abstrak
Chiang Mai merupakan wilayah di utara Thailand. Ia didiami sebahagian kecil umat Islam. Kajian ini bertujuan untuk meneliti kehidupan mereka yang hidup secara minoriti dalam masyarakat majoritinya beragama Buddha. Ia juga bertujuan untuk melihat sejauhmana norma dan nilai Islam dilaksana dan dihayati dalam kehidupan seharian. Terdapat dua rumpun utama iaitu India-Pakistan dan Cina Yunnan menjalani kehidupan sebagai orang Islam di Chiang Mai. Latar belakang mereka yang berhijrah dari negara asal telah membentuk sikap dan citra Islam. Mereka juga mengekalkan identiti dan jatidiri yang menyebabkan wujud perbezaan dalam beberapa aspek dengan masyarakat Islam lain. Masyarakat Islam Chiang Mai juga turut menyumbang kepada perkembangan sosial dan kemajuan Chiang Mai.

Abstract
Chiang Mai is one of Thai northern states, it is sparsely populated by the Muslim. This study is aimed at examining the life of the Muslim minority in the Buddith majority. Likewise, it is to identify how far Islamic norms and virtues are being observed in daily life. Of the Muslim minority, there are two main groups, i.e; Indo-Pakistan origin and Sino-Yunnan origin. Retrospectively, both people, who imigrated into Chiang Mai have shaped the Islamic image and attitude. Apart from that, they are able to maintain their distinguished identity and culture, widening interaction gap between them and newly muslim converts. To sum up, the Muslim  society of Chiang Mai do contribute to the development and prosperity of the state of Chiang Mai.