Persepsi Masyarakat India Terhadap Agama dan Komuniti Islam Taman Kajang Utama dan
Taman West Country. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Badlihisham Mohd Nasir. Islamiyyat 24
Abstrak
Kajian ini bermatlamat untuk melihat persepsi masyarakat India terhadap agama dan umat Islam di dua penempatan di sekitar Kajang, iaitu Taman Kajang Utama dan Taman West Country. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti persepsi mereka terhadap aktiviti yang dilakukan oleh penduduk yang beragama Islam. Kajian ini menggunakan dua metodologi yang terdiri daripada metodologi kepustakaan dan lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi masyarakat India terhadap agama Islam amat tinggi dan memberangsangkan jika dibandingkan dengan persepsi mereka terhadap umat Islam lebih-lebih lagi terhadap aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Islam khususnya di Taman Kajang Utama dan Taman West Country.Abstract
The objective of the research is to study the perception of the Indian community towards Islam and its nation in Taman Kajang Utama and Taman West Country, Kajang. It is also aimed to examine their perception towards Islamic activies promoted by the local Muslim community. In order to achieve the objective of the study, the research have employed two common methodologies namely library and fieldwork approaches. The finding of the study is that the Indian community has a positive perception towards the religion of Islam. Nevertheless, their perception towards Muslim and the Islamic activities is considerably less supportive if not negative.