Hubungan antara Tasawuf dan Dakwah daripada Perspektif Shaykh Abd al-Qadir al-JilaniABDULLAH MUHAMMAD ZINIslamiyyat 18 & 19


Abstrak
Makalah ini menghuraikan tentang kehidupan kerohanian dan kemasyarakatan Syakh Abd al-Qadir al-Jilani. Skop yang disentuh dalam tulisan ini ialah kehidupan kerohanian yang telah beliau amalkan sehingga beliau terkenal sebagai seorang tokoh sufi sunni. Ajaran-ajaran tasawuf beliau bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah. Syakh Abd al-Qadir al-Jilani sangat konsisten mengajak orang ramai supaya berpegang dengan syariah. Manakala dalam kehidupan kemasyarakatan pula, beliau mempunyai sebuah madrasah yang berfungsi sebagai pusat dakwah Islamiah. Beliau mengajar, berdakwah, mengeluarkan fatwa, mengarang buku dan menjalankan tarbiyah ruhiyyah secara khusus kepada murid-murid yang bakal dihantar ke setiap pelosok dunia untuk berdakwah dan mengembangkan ajaran-ajaran tarekatnya.