Penerimaan Hadis Mutawatir dan Ahad sebagai Nas Hukum. ARIFFIN OMAR. Islamiyyat 18 & 19
Abstrak
Pembahagian hadis dilihat dari sudut bilangan perawi sesebuah hadis dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar iaitu mutawatir dan ahad. Hadis mutawatir terbahagi kepada mutawatir lafzi dan mutawatir manawi. Kedua-dua bahagian ini menjadi nas hukum dalam bidang akidah dan syariah, manakala hadis ahad pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu masybur, aziz dan gharib. Setiap bahagian ahad ini ada yang sahih, hasan dan daif. Hadis ahad yang sahih dan hasan adalah menjadi nas hukum dalam bidang syariah, sementara yang daif adalah sebaliknya.