Mencari Kewujudan Gelagat Kekalutan Siri Masa: Satu Analisis Awal terhadap
Gelagat Kadar Faedah antara Bank. MOHAMAD YUSOF, TENGKU MOHAMAD TENGKU
SEMBOK & NOR LAILA MD. NOOR. Jurnal Pengurusan
18 (1999)
Abstrak
Kekalutan telah diguna untuk menerangkan tabii dinamik sistem fizikal. Sejak
akhir-akhir ini penyelidikan mengenai kekalutan telah menular kepada sistem
kewangan. Kertas ini cuba mencari kewujudan gelagat kekalutan dalam pergerakan
kadar faedah dalam pasaran wang, dalam usaha memahami gelagat dinamik kadar
faedah. Gelagat kekalutan diuji dengan melakukan analisis R/S terhadap dua
kadar faedah pasaran wang iaitu kadar wang semalaman dan kadar wang 3-bulan.
Keputusan analisis R/S yang dijalankan menunjukkan bahawa pergerakan kedua-dua
kadar faedah bersifat tak rawak. Kadar wang semalaman telah menunjukkan kecenderungan
kepada gelagat anti-berterusan manakala kadar wang 3-bulan pula menunjukkan
kecenderungan kepada gelagat berterusan. Hasil daripada kajian ini memberi
maklumat yang berguna untuk pembinaan model bagi meramal pergerakan kadar
faedah.