Penggunaan Internet Sebagai Sumber Maklumat Industri Pelancongan di Malaysia.
NORZALITA ABD. AZIZ. Jurnal Pengurusan 19 Julai/July 2000
Abstrak
Kajian penerokaan ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri demografi pengguna
internet tempatan, maklumat keperluan pelancong serta ciri-ciri utama laman
web pelancongan. Kajian ini juga menyelidik perhubungan di antara maklumat
dan motif melancong di kalangan pengguna internet. Kajian ini merangkumi
aspek-aspek untuk meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan laman web sebagai
sumber maklumat utama dalam industri pelancongan. Kajian ini telah dijalankan
di sekitar Lembah Kelang yang menglibatkan 120 orang responden yang terdiri
daripada para pekerja swasta dan awam yang mempunyai pendedahan dalam penggunaan
internet. Alat pengutipan data ialah soalselidik yang mengandungi 51 soalan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna internet berumur antara
20 hingga 35 tahun, berpendidikan tinggi, serta berpendapatan bulanan di
antara RM3,000-RM5,000. Mereka mempunyai tanggapan yang positif terhadap
maklumat laman web. Maklumat penting yang paling dikehendaki ialah lokasi
dan penginapan. Ciri-ciri laman Web pula mestilah mempunyai gambar sebenar
dan paparan video beranimasi. Strategi pemasaran yang kreatif dan taktik-taktik
penyampaian maklumat yang lebih berkesan, juga disarankan untuk mempertingkatkan
kesedaran dan menggalakkan lagi penggunaan laman web pelancongan. Ini adalah
sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memajukan lagi industri pelancongan
dan mewujudkan ‘masyarakat IT’.