Abstract
This paper employs the Error-Correction Modeling technique to examine
the relationship between macroeconomics variables and the stock returns
of Malaysia and Thailand. The study extends Mukherje and Naka's (1995)
analysis of the Japanese Market. In addition, the article expands the results
obtained by Maysami and Koh (2000) through the employment of Hendry's (1986)
approach which allows a making inferences to the short-run relationship
between macroeconomic variables analyzed are interest rate, inflation,
money supply, exchange rate and real activity. A dummy variable is included
to capture the impact of the 1997 Asian financial crisis. The results confirm
the existence of such relationships, but type and magnitude of the associations
seem to differ depending on the country's financial structure. The paper
presents the economic interpretation for the dependence of the stock indices
on these variables as well as discussing the mechanism of the relationship.
Abstrak
Kertas ini menggunakan teknik model pembetulan ralat atau error-correction
modeling technique (ECM) untuk memeriksa hubungan di antara pembolehubah
makroekonomi dan pulangan saham di Malaysia dan Thailand. Kajian ini melanjutkan
analisa di pasaran Jepun oleh Mukherje dan Naka (1995). Selain itu, kertas
ini mengembangkan keputusan yang diperolehi oleh Maysami dan Koh (2000)
melalui pengguna pendekatan Hendry (1986) yang membenarkan takbiran dibuat
terhadap hubungan jangka pendek di antara pembolehubah makroekonomi di
samping pengubahsuaian jangka panjang menuju keseimbangan. Pembolehubah
makroekonomi yang dianalisis ialah kadar faedah, inflasi, penawaran wang,
kadar tukaran mata wang asing dan aktiviti sebenar. Pembolehubah patung
juga dimasukkan bagi meninjau kesan krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
Keputusan yang diperolehi mengesahkan kewujudan hubungan tetapi jenis serta
tahap hubungan tersebut berbeza-beza bergantung kepada struktur kewangan
negara yang dikaji. Kertas ini membentangkan interpretasi ekonomi terhadap
penggantungan indeks saham kepada pembolehubah-pembolehubah berkenaan di
samping membincangkan mekanisma hubungan tersebut.