Abstrak
Dalam nota penyelidikan ini diperkatakan pentingnya penghayatan tasawwuf
dalam masyarakat Melayu. Penerimaan ajaran tasawwuf oleh masyarakat Melayu
dahulu telah menolong membina jatidiri bagi menyempurnakan “al-Din” dan
sekaligus membina tamadun di alam Melayu. Daripada kajian ini didapati
bahawa krisis mutakhir yang dialami sekarang boleh diselesaikan dengan
menghayati dan memahami tasawwuf. Oleh sebab itu, rahsia ilmu rohani yang
terpendam dalam khazanah kesusasteraan sufi perlu dikaji kembali bagi membina
benteng ketahanan untuk menghadapi cabaran alaf baru.
Kata kunci: Tasawwuf, Al-Din, Sufisme, Benteng ketahanan