Dokumentasi/Documentation


Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia.  Yang Quee Yee.  Sari 18

Abstrak
Rencana ini menilai sepintas lalu, selain mendokumentasi perkamusan yang dilakukan orang keturunan Cina di Malaysia lanjutan kepada kamus bahasa Maleyu yang telah diusahakan orang Cina di negeri Cina pada tahun 1403. Usaha itu didapati sudah bermula sejak tahun 1840an. Kini, jumlah kamus susunan itu cukup besar dan telah dibahagikan kepada kategori seperti  kamus ekabahasa, dwibahasa, istimewa, sinonim, antonim, istilah dan lain-lain. Maklumat bibliografi kamus yang diperkatakan itu sudah dinyatakan dalam lampiran. Contoh muka depan dan juga beberapa halaman kamus itu juga diberi.

Kata kunci: Perkamusan Melayu, orang keturunan Cina di Malaysia, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah, kamus sinonim