Pencangkukan Stirena ke atas Gentian Selulosa Kapas dengan menggunakan Sinar-g. KHIEW POI SIM & MD. SOOT HJ. AHMAD. Sains Malaysiana 32 Julai/July 2003
Abstrak
Pemkopolimeran cangkukan monomer stirena ke atas gentian
selulosa kapas secara penyinaran serentak telah dilakukan dengan menggunakan
sinar -g dari sumber Co-60. Kesan kepekatan
monomer stirena, atmosfera penyinaran dan rawatan awal kain kapas dengan asid,
alkali serta beberapa jenis garam ionik terhadap darjah pencangkukan telah
dikaji. Kepekatan 35% larutan stirena didapati memberi darjah pencangkukan yang
maksimum. Keadaan atmosfera penyinaran juga mempengaruhi yil cangkukan yang
diperolehi terutamanya dengan kehadiran gas yang bersifat penggarut radikal.
Rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali dan garam ionik didapati memberi
kesan yang berbeza terhadap hasil cangkukan yang diperolehi dan bergantung
kepada jenis ion yang wujud dalam sistem.