Objektif Penubuhan
Objektif penubuhan Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM) adalah seperti
berikut:
Menjalankan
usaha-usaha supaya Universiti Kebangsaan Malaysia sentiasa membayangkan
falsafah kebangsaan;
Mewujudkan satu masyarakat akademik yang tulen;
Menjunjung dan mempertahankan kebebasan akademik yang menjadi syarat
utama bagi pengajian, penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan;
Menjunjung dan mempertahankan autonomi Universiti; dan
Memelihara kepentingan dan kebajikan anggota-anggotanya.
| Kembali Keatas >> |
Keanggotaan
Keanggotaan PKAUKM adalah seperti berikut:
Terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa di UKM yang terdiri
daripada kakitangan akademik, kakitangan perpustakaan dan kakitangan
pentadbiran yang memiliki ijazah.
Permohonan untuk menjadi ahli persatuan hendaklah dikemukakan melalui
borang yang disediakan. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja akan meluluskan
permohonan menjadi anggota persatuan.
| Kembali Keatas >> |
Yuran
Pembayaran yuran keanggotaan PKAUKM:
Setiap
ahli dikenakan yuran tahun sebanyak RM 36.00 sahaja (Ringgit Malaysia:
TIGA PULUH ENAM SAHAJA).
Kebiasaannya pembayaran yuran keahlian dibuat melalui potongan
gaji bulanan dengan kerjasama Jabatan Bendahari UKM.
| Kembali Keatas >> |
Jawatan Kuasa Kerja
Jawatankuasa Kerja PKAUKM adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Kerja dipilih dalam mesyuarat agung persatuan yang
diadakan dua (2) tahun sekali.
Ahli-ahli PKAUKM mempunyai hak untuk dipilih sebagai ahli jawatankuasa
dalam mesyuarat agung.
Jumlah ahli jawatankuasa tidak melebihi 13 orang yang terdiri daripada
Yang DiPertua, dua (2) orang Naib Yang DiPertua, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari dan tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa.
| Kembali Keatas >> |
Aktiviti
Antara bentuk-bentuk aktiviti yang dijalankan oleh PKAUKM:
Wacana, seminar dan forum yang berkaitan dengan objektif PKAUKM.
Mesyuarat dengan pihak pengurusan universiti yang dikenali dengan
'Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Antara Pengurusan UKM dengan
PKAUKM dan PETADI' sebanyak empat (4) kali setahun.
Memberi sumbangan melalui Tabung Anak Yatim dan Muallaf.
Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kesukanan dan penganugerahan
tokoh akademik.
Penyertaan dalam Mesyuarat Bersama Kakitangan Akademik di IPTA
lain untuk kepentingan bersama.
Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli politik
dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Malaysia dalam usaha memantapkan
dan merealisasikan objektif persatuan.
| Kembali Keatas >> | Last Updated ( Sunday, 18 December 2007 ) |