Logo UKM PROGRAM MATEMATIK
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia


KETUA PROGRAM

Prof. Dr. Ishak Hashim

PENGENALAN

Kerap kali penemuan Sains membawa kepada penciptaan unsur Matematik baru dan sering pula Matematik menyingkap ufuk-ufuk baru Sains. Dalam konteks inilah Matematik telah diberi nama timangannya sebagai Bahasa Sains dan sebagai satu disiplin yang dikenali sebagai Matematik Gunaan. Matematik sebagai satu disiplin yang tersendiri tanpa bersaling tindak dengan disiplin lain pula telah menjadi satu kesenian meneroka sesuatu konsep secara niskala, atau kesenian memperlihat dan mendedah fakta-fakta yang berselerak dalam satu struktur yang mudah, indah dan paling bersahaja. Disiplin Matematik seperti ini terkenal dengan nama Matematik Tulen. Sejarah telah membuktikan bahawa Matematik Gunaan dan Matematik Tulen ini sering bertemu di beberapa persimpangan. Program Matematik menyediakan kursus-kursus yang seimbang antara tulen dengan gunaan itu.


Program Matematik dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Ekonomi, dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menawarkan program gabungan Matematik (major) dengan Pengurusan Perniagaan/ Ekonomi/Sains Komputer (minor).

OBJEKTIF PROGRAM (OP):

  1. OP1: melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;

  2. OP2: melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan

  3. OP3: melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;

  4. OP4: melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisan matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;

  5. OP5: melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan

  6. OP6: melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP):

HPP dibentuk adalah konsisten dengan visi dan misi UKM dan fakulti serta keperluan pihak berkepentingan. Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. HPP1: Berupaya untuk menerapkan pengetahuan asas matematik.

  2. HPP2: Berkemampuan merangka reka bentuk dan mengenal pasti kaedah yang bersesuaian dengan masalah.

  3. HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.

  4. HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.

  5. HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.

  6. HPP6: Mempunyai kemahiran sosial dan bertanggungjawab serta prihatin terhadap persekitaran.

  7. HPP7: Mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang berkesan.

  8. HPP8: Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.

  9. HPP9: Mempunyai kemampuan bekerja dan kemahiran kepimpinan yang berkesan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

gif Ketua Program: Prof. Dr. Ishak Hashim
gif Alamat: Program Matematik
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Malaysia
gif Telefon: 03-8921 5714 / 03-8921 5758
Faks: 03-8925 4519
gifMel-e: ishak_h@ukm.my


This page is maintained by Ishak Hashim.
Revised 29 Jun 2011
Today is