Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK)
Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK) telah ditubuhkan berkuatkuasa mulai 10 Mac 2011 di bawah Naib Canselor. PPKK adalah hasil dari penyusunan semula Pusat Perancangan Korporat dan Kualiti dengan Bahagian Jaminan Kualiti dinaik taraf kepada Pusat Jaminan Kualiti (PJK).
Peranan PPKK adalah untuk merancang, melaksana, memantau, menilai, menambah baik, mengubahsuai pelan tindakan selaras ekosistem ilmu UKM mengikut portfolio dan projek pemacu masing-masing serta dimuatkan untuk rujukan umum dalam Portal Transformasi dengan mengambil kira peruntukan dan pengagihan sumber dalam pelaksanaan Pelan Transformasi UKM.
Selanjutnya