Mesej Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti di atas pelantikan saya sebagai Pengarah, Pusat Pengurusan Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia mulai 25 Julai 2010 sehingga 24 Julai 2013.
Pusat Pengurusan Siswazah merupakan sebuah pusat di Universiti Kebangsaan Malaysia yang memainkan peranan serta berfungsi dalam menyelaras berkaitan aspek promosi, permohonan, penawaran, pendaftaran, kemasukan dan pengijazahan bagi program pasca siswazah. Pusat Pengurusan Siswazah adalah berperanan dalam menyelaras, membangun dan meningkatkan program-program pengajian pasca siswazah, memperkukuhkan multi-disiplin program pengajian pasca siswazah, menyediakan keperluan pentadbiran, peraturan serta garis panduan dan polisi pengajian pasca siswazah demi untuk mencapai matlamat ke arah pengantarabangsaan universiti yang berdaya saing serta sentiasa menuju ke arah pentadbiran yang sentiasa relevan dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat masa kini.
Justeru, sokongan dari semua pihak dalam merealisasikan hasrat ke arah pengurusan pengajian siswazah yang lebih Cemerlang, Produktif, Inovatif dan Berkualiti sejajar dengan hasrat universiti bagi pertambahan bilangan pelajar pasca siswazah sedia ada kepada bilangan seramai 15,000 pelajar menjelang tahun 2015 kelak.
Sekian.
Ikhlas daripada,
Prof. Dr. Aini Binti Hussain
Pengarah, Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia