*** HEBAHAN KEDUA ***

 

            PENGENALAN

 

Sains matematik merupakan satu daripada bidang teras yang menjadi pemacu utama kemajuan sains dan teknologi.

Untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang sains matematik berterusan, Pusat Pengajian Sains Matematik,

Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia akan menganjurkan

persidangan antara bangsa sains matematik 2007 (PABSM’07) sebagai wadah perbincangan di kalangan ahli-ahli sains matematik

tempatan dan luar negara untuk memupuk hubungan setiakawan dan kerjasama ilmuan sains matematik.

Para ilmuan dalam bidang lain juga berpeluang berkongsi pengalaman menggunakan ilmu sains matematik dalam

kerjaya masing-masing.

 

 

 

OBJEKTIF

 

1.        Mendedahkan penggunaan sains matematik dalam pelbagai isu.

2.        Menekankan kepentingan bidang sains matematik dalam pembangunan masyarakat dan negara.

3.        Mengenal pasti perbatasan ilmu baru yang boleh diteroka

            SKOP

 

Tumpuan yang diberikan adalah meliputi bidang teori dan gunaan seperti kejuruteraan, perubatan, bioteknologi,

insurans dan kewangan serta tidak terhad kepada bidang yang telah dinyatakan.

 

PENCERAMAH UTAMA

 

Beberapa orang penceramah akan dijemput untuk memberikan ucap utama. Mereka yang dijangka hadir adalah

§          Prof. J. C. Butcher (University of Auckland), Analisis Berangka

§          Dr. Leonid A. Gavrilov (University of Chicago), Populasi dan Kelangsungan Hayat Manusia

§          Mr. Gary Hoo, FCAS (NMG Financial Services Consulting), Insurans

§          Prof. Shigeyoshi Owa (Kinki University), Analisis Kompleks.

§          Mr. Pan Wei Cheong, FFA (Kurnia Asia Berhad), Insurans.

§          Prof. B.K. Sinha (University of Maryland Baltimore County), Statistics.

 

PESERTA

 

Semua tenaga akademik, penyelidik dan pengamal dalam pelbagai bidang.

 

            PENGINAPAN

 

·                      Hotel Equatorial, Bangi-Putrajaya (Hotel Persidangan)

(http://www.equatorial.com/bng/)

Tel: 603-8210 2222

 

·                      Hotel Residence @ Uniten, Bangi

(http://www.residenceatuniten.com/)

Tel: 603-8922 2088

 

·                      Hotel Marriott, Putrajaya

(http://www.marriottputrajaya.com/)

Tel: 603-8949 8888

 

·                      Hotel Palm Garden, Putrajaya

(http://www.palmgarden.com.my/)

Tel: 603-8943 2233

 

TARIKH-TARIKH PENTING

 

·                      Tarikh Akhir Penerimaan Abstrak

1 Julai 2007

 

·                      Tarikh Akhir Penerimaan Borang Penyertaan

1 Ogos 2007 (Pendaftaran Awal)

 

·                      Tarikh Akhir Penerimaan Kertas Kerja

30 September 2007.

 

BAHASA

 

Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Pembentangan digalakkan dalam Bahasa Inggeris jika terdapat peserta luar negara.

 

 

PENASIHAT ANTARABANGSA

 

·          Prof Mugur Acu, Lucian Blaga University, Romania

·          Prof Ioan Pop, University of Cluj, Romania

·          Prof Heinrich Begehr, Germany

·          Prof  H.M Srivastava, University of Victoria, Kanada

·          Prof Khalida Inayat Noor, Pakistan

·          Prof  Om Ahuja, Kent University, Amerika Syarikat

 

ABSTRAK DAN KERTAS KERJA

 

Abstrak di antara 100 hingga 350 perkataan dan perlu ditulis menggunakan perisian Microsoft Word langkau sebaris

serta fon Times New Roman 10.  Kertas kerja lengkap harus mematuhi format Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA).

Sila lawati laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut.

 

(Versi Bahasa Melayu)

http://pkukmweb.ukm.my/~ppsmfst/jqma/index.htm

(Versi Bahasa Inggeris)

http://pkukmweb.ukm.my/~ppsmfst/jqma/index2.htm

 

* Sila gunakan borang abstrak untuk pengiriman abstrak. Sila klik untuk muat turun borang abstrak.

 

Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam JQMA. Abstrak dan kertas kerja boleh dihantar menerusi

mel-e berikut:  icms07@gmail.com, atau ke seminarppsm@lycos.com

 

YURAN PERSIDANGAN

 

Bayaran adalah mengikut kategori seperti yang dinyatakan pada borang pendaftaran dan perlu dijelaskan menggunakan samada:

 

a)        Cek/Wang pos/Kiriman wang atas nama Persatuan Sains Matematik  Malaysia

atau

 

b)       Transaksi bank

Nama bank: Bank Muamalat Malaysia Berhad

Kod SWIFT: BMMBMYKL

Akaun bank: 1207-0002640-71-3

       * Sila sertakan resit bayaran bersama dengan borang

          pendaftaran kepada pihak penganjur

 

 

 

 

* BORANG MS-WORD PENDAFTARAN DAN KADAR YURAN sila klik di sini

 

 

VISA

 

Sila lawati laman sesawang berikut http://www.imi.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkenaan visa.

 

 

PERTANYAAN

    

Persidangan Antarabangsa Sains Matematik

d/a Pusat Pengajian Sains Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi

43600 Selangor, Malaysia

Tel: +603 89215713/5714

Fax: +603 89254519

Mel-el: icms07@gmail.com atau seminarppsm@lycos.com

Laman Sesawang : http://pkukmweb.ukm.my/~ppsmfst/icoms/

 

 

               * Sila gunakan borang abstrak untuk pengiriman abstrak. Sila klik untuk muat turun borang abstrak.

 

URUS SETIA

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Puan Saiful Hafizah Hj. Jaaman

Encik Nasruddin Hassan

Puan Zarah Harun

 
 

 

 

 

 

 


Kemaskini terakhir: 25/4/07