|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
LAPORAN
JURI : PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA 40 TAHUN
SAINS MATEMATIK UKM DAN PERSAMA Memeriksa esei
pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria
tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan esei berkaitan rapat
dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga perkara
iaitu: (i)
Kriteria kandungan
yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut
kehendak soalan. (ii)
Kriteria pengolahan
yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara
logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat. (iii)
Kriteria proses
yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan,
keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan. Kumpulan A (TINGKATAN
1 & 2) Terdapat beberapa
kekurangan dalam penulisan esei, antaranya seperti kurangnya kreativiti,
fakta dan unsur tempatan serta pengolahan yg lemah. Fakta yang diperoleh
daripada sumber yang terhad bilangannya hanya disalin semula ke dalam
penulisan tanpa pengolahan dan penghuraian. Malah terdapat penulis yang tidak
menyatakan sumber rujukan maklumat atau fakta yang diperoleh. Selain itu,
sebahagian besar esei yang diterima yang keluar daripada tajuk esei tersebut,
seperti esei yang bertajuk “Sejarah phi
(p)”
sebenarnya menceritakan sejarah nombor manakala esei bagi tajuk “Matematik
dan saya” pula tidak terdapat unsur saya di dalam penulisan, hanya berkisar
mengenai matematik sahaja. Dalam esei bertajuk “Keperluan Matematik” penulis
lebih cenderung untuk bercerita mengenai tabii matematik itu sendiri. Aada di
antara esei yang diterima dikategorikan sebagai terlalu pendek, iaitu satu
muka surat dan tulisan yang sukar untuk dibaca kerana bertulis tangan. Kumpulan B (TINGKATAN
3 & 4) Esei bagi kumpulan B
terbahagi kepada tiga, iaitu bersifat cerita, fakta dan tokoh matematik
seperti Al-Khwarizmi, Al-Biruni, Newton dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa
kekurangan dalam penulisan esei, antaranya bagi esei untuk tajuk tokoh
matematik, didapati fakta-fakta yang dipaparkan agak sama (sumber rujukan
yang sama), terdapat kesalahan data atau maklumat serta kurangnya daya
pengkaryaan. Bagi esei yang berbentuk cerita dan fakta pula, didapati penulis
mempunyai daya berkarya yang baik namun fakta berbentuk matematik agak
simplisitik. Terdapat beberapa penulisan yang baik. Justeru pihak panel hakim
memutuskan untuk memberikan tiga hadiah utama untuk tiga esei terbaik, tempat
pertama, kedua dan ketiga serta empat hadiah saguhati. Kumpulan C (TINGKATAN
5 & 6 DAN MATRIKULASI) Esei yang diterima
bagi kumpulan C mempunyai gaya penulisan dan pengolahan yang baik. Penulis
umumnya berjaya menonjolkan hubungan antara matematik dengan seni dan
hubungan matematik dengan bidang ilmu yang lain. Seni dalam konteks ini
termasuklah seni muzik, senibina, budaya dan seumpamanya. Esei yang memenangi
sebagai esei terbaik mempunyai penghuraian hubungan matematik dengan seni
yang menarik, tersusun dan bahasa yang lancar. Bagi esei yang memenangi tempat kedua pula,
penulis telah berjaya menonjolkan keindahan siri nombor serta pentafsiran
yang menghubungkan aspek kuantitatif dengan kualitatif. Malah penulis turut
memberi pentafsiran nombor yang dihubungkan dengan suasana harian, nisbah
ciptaan Ilahi di alam semesta serta hubungan seni bina dan kesenian. Terdapat
juga esei yang memaparkan hubungan matematik dengan bidang kejuruteraan dan
kefalsafahan serta kepentingan matematik dalam kehidupan seharian. Tokoh
matematik turut dijadikan sebagai model ilmuan yang menjana perubahan dalam
revolusi pemikiran. Disenaraikan
Nama Pemenang Bagi Peraduan Menulis Esei Sempena 40 Tahun Sains Matematik UKM Dan PERSAMA KATEGORI A
Saguhati:
KATEGORI
B
SAGUHATI:
Kategori
C:
Hadiah
Saguhati:
TAHNIAH
DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG. HADIAH AKAN DIKIRIMKAN KE ALAMAT SEKOLAH
DALAM WAKTU TERDEKAT. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
*November, 2010 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||