Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) bermula semenjak
tertubuhnya Jabatan Matematik pada tahun 1970, iaitu seiring dengan penubuhan
UKM. Pada tahun 1978 Unit Statistik dan Sains Komputer diwujudkan dalam Jabatan
Matematik.
Pada tahun 1982 Jabatan Matematik dinaikkan taraf menjadi
sebuah fakulti yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) dan terdiri
daripada Jabatan Matematik, Jabatan Statistik dan Jabatan Sains Komputer. Seterusnya
pada tahun 1991 PPK menukar nama kepada Fakulti Sains Matematik dan Komputer
(FSMK).
Pada tahun 1994 FSMK berkembang kepada dua fakulti, iaitu
Fakulti Sains Matematik (FSM) dan Fakulti
Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Pada sesi 1996/97 FSM mula menawarkan
program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk ijazah pertama. Pada tahun 1996 FSM
menubuhkan Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti bagi mempromosi sains
matematik kepada pihak luar.

Pengenalan
Pada
19 Julai 1999, selaras dengan penstrukturan semula fakulti-fakulti gugusan sains,
FSM menjadi PPSM di bawah Fakulti Sains
dan Teknologi (FST).