PROGRAM STATISTIK
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia



Kakitangan Akademik
Program Prasiswazah
Kursus Prasiswazah
Program Sarjana
Kursus Sarjana
Penyelidikan
Pautan Berguna
Kembali ke Laman PPSM


Ketua Program

Prof Madya Dr. Nur Riza Mohd Suradi


Pengenalan

Statistik adalah suatu bidang pengajian berkenaan dengan pengumpulan, persembahan, penganalisisan dan pentafsiran data untuk menghuraikan hakikat nyata dengan cara yang bersifat sains.

Program Statistik menawarkan pelbagai kursus dalam bidang Statistik. Kursus prasiswazah direka bentuk sedemikian rupa supaya siswazah program ini dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Untuk tujuan ini berbagai-bagai kursus bercorak gunaan disediakan. Di samping itu program ini juga menawarkan beberapa kursus pengkhususan dalam bidang Statistik untuk membolehkan pelajar mendalami pengetahuan dalam mana-mana bidang Statistik yang mereka minati.

Program Statistik dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menawarkan program gabungan Statistik (major) dengan Pengurusan Perniagaan/ Ekonomi/Sains Komputer (minor).



Objektif

  • Program Statistik berhasrat untuk melahirkan siswazah yang berpengetahuan dari sudut teori statistik  dan mampu menggunakannya untuk pembangunan dan kemajuan negara.
  • Mempertingkatkan mutu pendidikan dalam bidang Statistik.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:


gif
Ketua Program: Prof Madya Dr. Nur Riza Mohd Suradi
sampul

Alamat: Program Statistik
Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Malaysia
gif Telefon: 03-8921 5722 atau 03-8921 5714

Faks: 03-8925 4519
gif Mel-e: pstat@ukm.my


Penyelaras laman: lg@ukm.my
(Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox)

Kemaskini terakhir:  Dis 2011

Ke Atas