Seminar Sehari Perkembangan Pembelajaran Dan Pengajaran

Sains Matematik: Isu-isu Semasa

 

“Ke Arah Melahirkan Mahasiswa Holistik Yang Mempunyai Kecemerlangan Bersepadu”

 

 

 

3 September, 2005

 

 

Tempat: 

Tiara Beach Resort, Port Dickson

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

 

 

Anjuran bersama:

Pusat Pengajian Sains Matematik,

Fakulti Sains dan Teknologi

&

Persatuan Sains Matematik Malaysia

(PERSAMA)*

 

 

 

Latar Belakang

Pendidikan holistik di dalam Sains Matematik yang menekankan kecemerlangan akademik berteraskan agama, kebolehan kepimpinan yang tinggi, potensi berfikir secara kritis, kekuatan mencerna idea kreatif, bersikap positif dan proaktif, bertindak secara waras, matang dan berilmu serta mempunyai daya saing dan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran mampu merealisasikan hasrat semua IPT ke arah membimbing mahasiswa Sains Matematik menjadi insan madani yang berjaya menangani cabaran hidup dan kerjaya serta menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru, seminar ini bertujuan mengenal pasti permasalahan di dalam pendidikan Sains Matematik merangkumi strategi dan tindakan yang menyumbang kepada pengukuhan dalam pembangunan emosi, mental, fizikal dan akademik mahasiswa; meninjau prasarana pembelajaran Sains Matematik di IPT bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada mahasiswa dan menyediakan platform kepada peserta seminar ke arah mewujudkan jaringan perhubungan dalam bidang perkhidmatan pelajar serta meneroka kemungkinan kerjasama di kalangan IPT di negara ini. Sejajar dengan tema persidangan, visi untuk melahirkan mahasiswa Sains Matematik yang holistik dan mempunyai kecemerlangan bersepadu diharapkan dapat diterjemahkan oleh mahasiswa di dalam memberikan sumbangan bermakna kepada kemandirian pendokong ilmu Sains Matematik serta mampu menangani mehnah dan tribulasi globalisasi ke arah memacu negara maju yang dinamik dan terpimpin mengikut acuan sendiri.

Objektif

·          Mempertingkatkan tahap dan mutu pendidikan sains matematik di segenap peringkat.

·          Memperkasakan penghayatan pemikiran dan pendekatan sains matematik di dalam pembangunan emosi, mental, fizikal dan akademik mahasiswa.

·          Memartabatkan disiplin sains matematik di kedudukan yang tinggi dan disegani.

 

Skop

 

Seminar sehari ini akan merangkumi pembentangan dari penceramah jemputan dan pembentangan dalam bidang:

 

·          Kurikulum dan Pengajaran

·       Kandungan Kursus

·       Dwi-displin

·          Pengajaran dan Pembelajaran

·          Prasarana Pelajar di IPT

·          Penyelidikan

·          Hala Tuju Kerjaya

·          Isu Permasalahan Pelajar

·          Isu Pengajar

·          Isu Nilai Tambah dalam Pendidikan

·          Penilaian

 

Penyertaan

 

·          Ahli akademik dan penyelidik.

·          Pihak-pihak lain yang berkaitan dan berminat dengan skop seminar.

 

                * Sila klik di sini untuk muat turun borang

 

Penceramah Jemputan

 

Dr. Mokhtar Abdullah, CEO & Executive Chairman

AD-MACS Corp. Consultant (M) Sdn. Bhd., Mantan Profesor Pusat Pengajian Sains Matematik,

Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Penginapan

 

Peserta seminar dikehendaki menguruskan sendiri urusan penginapan. Berikut adalah beberapa nombor telefon untuk tempat penginapan di sekitar Port Dickson:

 

·          Tiara Beach Resort (06-6628888)

·          Gouman (06-6627878)

·          Seri Malaysia (06-6476070)

 

 

Tarikh Penting

 

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak

15 Jun 2005

Tarikh Pemberitahuan Penerimaan Abstrak

30 Jun 2005

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja

31 Julai 2005

 

Abstrak atau kertas pembentangan boleh dihantar menerusi pos, faks atau mel-e kepada pihak urusetia:

 

Puan Azmin Sham Rambely atau

Puan Alawiah Ibrahim

Pusat Pengajian Sains Matematik,

Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor.

Tel      : 03-89213244 / 3704

Faks   : 03-89254519

Mel-e : asr@pkrisc.cc.ukm.my /     

     alaibra@pkrisc.cc.ukm.my

 

Prosiding

 

Tajuk kertas kerja perlu ringkas, deskriptif dan tidak melebihi 15 perkataan. Abstrak yang memperihalkan isi utamanya haruslah dalam 150 hingga 250 perkataan. Pembahagian isi merangkumi Pengenalan, Bahan dan Kaedah, Hasil dan Perbincangan, Kesimpulan dan Rujukan. Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf mesti dilabel. Kertas kerja perlu ditulis dalam Bahasa Melayu dengan font Times New Roman bersaiz 10 dengan jarak langkau 1. Bilangan muka surat tidak lebih daripada 10. Prosiding akan diberikan pada hari seminar.

Kertas kerja terpilih akan diterbitkan di dalam Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis terbitan Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

 

Yuran

 

Yuran yang dikenakan adalah RM300 bagi setiap penyertaan. Bayaran hendaklah dibuat atas nama:   

 

            Persatuan Sains Matematik Malaysia.

Bayaran perlu dijelaskan bersama dengan penghantaran borang penyertaan.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Nama            

 

_____________________________________________          * Sila klik di sini untuk muat turun borang

 

Alamat                          

 

____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

 

Telefon (Pej)

 

_____________________________________

 

Telefon (H/P)

 

_____________________________________

 

Faks                              

 

_____________________________________

 

Mel-e                             

 

_____________________________________

 

 

Bentuk bayaran *tunai / wang pos / cek ______________

sebanyak RM300 sebagai *pembentang / peserta.

* Potong yang tidak berkenaan

 

 

 

 

Keterangan Lanjut

               

 

1. Cik Humaida Banu Samsudin,

    Tel      : 03-89213711

    Mel-e  : humaida@pkrisc.cc.ukm.my

               

 

2. Puan Zalina Mohd Ali,

    Tel        : 03-89215796

    Mel-e   : zalina99@pkrisc.cc.ukm.my                                                       

 

3. Puan Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim,

    Tel      : 03-89215790

    Mel-e  : w_zawiah@pkrisc.cc.ukm.my

 

 

4. Puan Zizah Abu Bakar

    Tel      : 03-89215706

    Mel-e  : zizahab@pkrisc.cc.ukm.my

 

 

 

 

Pusat Pengajian Sains Matematik,

Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor.

Faks: 03-89254519