Portal Maya Istilah Sains (ETISAS)
Permasalahan utama yang dihadapi oleh para pelajar mahupun para penyelidik masakini adalah tanggapan kurangnya istilah bahasa Melayu di dalam bidang Sains. Kini, dengan inisiatif Jawatankuasa Istilah FST yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Ismail sedang giat membangunkan pangkalan data Portal Maya Istilah Sains (ETISAS). Pengguna juga boleh membantu bersama-sama dalam memperkembangkan pangkalan data tersebut dengan mencadangkan istilah-istilah baru kepada jawatankuasa tersebut.
Sila layari Portal Maya Istilah Sains (ETISAS) hari ini bagi memudahkan proses pembelajaran anda.
Secangkir budi seberkas hati: Cintailah Bahasa Kita


