PROGRAM SAINS GEOLOGI

 

 

Geologi ilmu yang membicara mengenai asal mula, kandungan, perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap sistem bumi melalui masa. Kajian Geologi menggunakan pendekatan berbentuk sejarah dan tafsiran. Kajian Geologi mencangkupi aspek litosfera, hidrosfera, atmosfera dan biosfera.  Geologi juga menggunakan prinsip-prinsip, hukum-hukum, dan pengetahuan dalam sains lain seperti fizik, kimia, matematik dan biologi. Pendekatannya lebih bersifat bersepadu. Geologi boleh bersifat tulen dan gunaan.

                                                                

Perkembangan bidang Geologi selaras dengan perkembangan industri. Geologi memainkan peranan penting dalam penjelajahan sumber bumi seperti petroleum, gas, bijih, mineral industri, dan sumber tenaga lain. Pada alaf baru, Geologi akan memainkan peranan penting dalam pemuliharaan sekitaran, pengurusan sumber tabii, aspek geoteknik dan kejuruteraan, dan penjelajahan sumber bumi.

                                                              

Dari segi kerjaya, ahli geologi berkhidmat dalam sektor penjelajahan terutama dalam penjelajahan petroleum, gas, mineral bijih dan mineral industri. Dalam sektor pembangunan ahli geologi berkhidmat dalam bidang geologi kejuruteraan dan geoteknik.  Ahli geologi juga diperlukan dalam sektor pemuliharaan sekitaran dan hidrogeologi.

                                                              

MATLAMAT

Matlamat asas geologi ialah untuk menyediakan maklumat mengenai tabii dan asas prinsip geosains, memperkenalkan bagaimana geologi memain peranan penting dalam kehidupan tamadun moden, memberi pemahaman perkaitan bahagian asas sistem bumi sebagai sebahagian daripada sekitaran hidup manusia.

                               

Geologi mempromosi pemahaman sains untuk menyedarkan manusia mengenai sekitaran kehidupan dan bagaimana sumber tabii harus diuruskan untuk masa depan manusia.

 

SENARAI & KANDUNGAN KURSUS