SINOPSIS KURSUS DAN RUJUKAN

 

STAB6143 Botani Ekonomi dan Etnobotani

Kursus ini meliputi aspek umum tumbuhan yang berkepentingan ekonomi. Tumbuhan ini boleh dimasukkan dalam beberapa kumpulan utama seperti tanaman untuk makanan, spesies hutan, tumbuhan ubatan dan tumbuhan hiasan. Kursus ini meninjau sejarah penggunaan tumbuhan oleh manusia terutamanya dari sudut biologi, persekitaran dan sosio-ekonomi dalam memilih tanaman bernilai ekonomi. Eksploitasi, botani, agronomi dan penghasilan tanaman bijirin, tanaman kekacang, tanaman yang menghasilkan minyak dan tanaman ladang akan diberi penekanan.

 

Rujukan

Burkill, I.H. 1966. A Dictionary of Economic Products of the Malay Peninsular. Kuala Lumpur: Ministry of Agriculture and Co-operatives.

Purseglove, J.W. 1968. Tropical crops: Dicotyledons. Harlow: Longmans.

Purseglove, J.W. 1972. Tropical crops: Monocotyledons. Harlow: Longmans.

Tindall, H.D. 1986. Vegetables in the tropics. London: Macmillan Press Ltd.

Zakri, A.H. (pnyt.). 1989. Genetic resources of underutilised plants in Malaysia. Kuala Lumpur: Malaysian National Committee for Plant Genetic Resources.

 

STAB6903  Kepelbagaian Sumber Genetik Tumbuhan

Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan kepelbagaian sumber genetik tumbuhan, dan memberi penekanan kepada spesies tumbuhan yang penting, termasuk spesies hutan, yang diguna untuk tujuan makanan dan pertanian, bahan mentah industri dan ubat-ubatan.  Kepelbagaian sumber genetik bagi tanaman utama, minor, dan yang kurang dieksploitasi akan dibincangkan.  Aspek penting termasuk prinsip am mengenai kepelbagaian dan evolusi, asal-usul dan pusat kepelbagaian, takung gen, sistem pembiakan, nilai kepelbagaian tumbuhan, dan penggunaannya dalam pembiakbakaan varieti moden.  Kursus ini juga merangkumi pelbagai kemajuan dalam teknologi penanda molekul dan hubungkaitnya dengan sumber genetik tumbuhan.  Termasuk lawatan lapangan.

 

Rujukan

Guarino, L., Ramanatha Rao, V. & Reid, R. (pnyt). 1995.  Collecting Plant Genetic Diversity.  London: CAB International.

Hawkes, J.G. 1983.  The Diversity of Crop Plants.  Cambridge: Harvard University Press.

Hoelzel, A.R. (pnyt). 1992.  Molecular Genetic Analysis of Populations.  A Practical Approach. Oxford: Oxford University Press.

Holden, J.H.W., Peacock, J. &  Williams, J.T.  1993.  Gene, Crops and the Environments.  Cambridge: Cambridge University Press.

Smart, J. & Simmonds, N.W. 1994.  Evolution of Crop Plants. Ed. ke-3. London: Longman.

 

STAB6913  Pembiakbakaan Tumbuhan

Kursus ini akan membincangkan tentang pembiakbakaan tumbuhan, dan memberi penekanan kepada semua prinsip genetik dan kaedah yang penting dalam pembiakbakaan tanaman termasuk sistem pembiakan, pewarisan gen, penghibridan dan pemilihan, kerintangan terhadap penyakit dan perosak, saling tindak genotip x persekitaran, manipulasi gen dan kejuruteraan genetik. Tajuk-tajuk berkaitan pembiakbakaan spesies hutan termasuk  strategi pembiakbakaan pokok, kaedah pemilihan dan pengeluaran bijibenih.  Kursus ini juga meliputi genetik populasi dan kuantitatif yang mempunyai kaitan dengan pembiakbakaan tumbuhan.   Termasuk lawatan lapangan.

 

Rujukan

Falconer, D.S. & MacKay, T.F.C. 1997.  Introduction to Quantitative Genetics.  London: Longman Group Ltd.

Kearsey, M.J. &. Pooni, H.S. 1996.  The Genetical Analysis of Quantitative Traits.  London: Chapman and Hall.

Poehlman, J.M. & Sleper, D.A. 1996.  Breeding Field Crops.  Ed. ke-4.  Iowa State: University Press, Ames. 

Simmonds, N.M.  1979.  Principles of Crop Improvement.  London: Longman.

Zobel, B. & Talbert, J. 1984.  Applied Forest Tree Improvement.  New York: John Wiley & Sons.

 

STAB6923  Bioteknologi Tumbuhan Lanjutan

Kursus ini memberikan pengenalan tentang bioteknologi penting, dan meninjau bagaimana bioteknologi baru dapat menyumbang dan digunakan dalam program pembaikan tanaman dan pembiakbakaan pokok.  Bioteknologi ini merangkumi kultur sel dan tisu untuk mikroperambatan, manipulasi gen dan sistem transformasi, sistem pengklonan, penghibridan somatik, variasi dan pemilihan mutan, pengeluaran metabolit sekunder, penggunaan penanda molekul dan pemuliharaan germplasma.  Latihan amali diberi  untuk mendedahkan peserta kepada teknik bioteknologi semasa yang digunakan dalam pembaikan tanaman dan pokok. 

 

Rujukan

Gamborg, O.L. &. Phillips, G.C. (pnyt.) 1995.  Plant Cell, Tissue and Organ Culture, Fundamental Methods.  Berlin: Springer.

Jones, L. (pnyt.). 1991. Biotechnological Innovations in Crop Improvement. Oxford: Butterworth-Heinemenn.

Murray, D.R. 1991 Biotechnology in Agriculture No. 4. Advanced Methods in Plant Breeding and Biotechnology.  London: CAB International.

Primrose, S.B. 1991.  Molecular Biotechnology. Ed. ke-2.  London: Blackwell Scientific Publ.

Ryu, D.D.Y. & Furusaki, S. 1994.  Studies in Plant Science. Advances in Plant Biotechnology.  Amsterdam: Elsevier.