KURSUS PUSAT

STAP1012 Geologi Asas

Kursus ini bertujuan memperkenalkan ilmu sains bumi. Prinsip-prinsip asas yang digunakan dalam kajian geologi. Bumi dalam sistem suria dan alam semesta; sifat fizik dan kimia bumi. Perspektif ilmu sains bumi, sistem suria dan alam semesta, bumi di angkasa, atmosfera, hidrosfera, kerak bumi, halbur, pengenalan mineral membentuk batuan dan mineral lain. Jenis-jenis batuan: batuan igneus, batuan metamorf dan batuan endapan. Fosil dan sejarah hidupan, skala masa geologi, Proses-proses geologi, luluhawa dan hakisan oleh air, angin dan glasier; proses susutan jisim. Geologi sekitaran; peranan sungai, air tanah, dan pencemaran air. Geologi gunaan dalam penjelajahan sumber mineral dan tenaga.

Rujukan

Flint, R.F. & Skinner, J.B. 1977. Physical Geology. New York: John Wiley & Sons.

Gilluly, J., Waters, A.C. & Woodford, A.D. 1975. Principles of Geology. San Fransisco:W.H. Freeman. Atau terjemahannya oleh Tjia, H.D. et al. 1989. Prinsip-prinsip Geologi ( Jilid I dan II). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Strahler, A.N. 1981. Physical Geology . London: Harper and Row.

Tjia, H.D. ( Penyunt.), 1987. Proses Eksogen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Watson , J. 1983 Geology and Man. London: George Allen & Unwin. Atau terjemahannya oleh Mohamad Ali Hassan. 1994. Manusia dan Geologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAP1022 Pengenalan Geologi Samudera

Sejarah perbentukan lautan, morfologi lautan dan proses pembentukannya. Perbentukan pinggir benua dan jenis-jenisnya, perbentukan lembangan dan gunung laut. Edaran arus lautan, arus pemukaan dan arus bawah lautan, Sekitaran samudera dan endapan samudera, pengaruh perubahan aras laut terhadap samudera. Jenis-jenis endapan lautan dalam. Hidupan dalam sekitaran samudera, bentos, nekton dan pelagos, peranan hidupan sebagai bahan membentuk batuan. Fosil samudera dan kepentingan dalam kajian biogeografi dan pengezonan iklim. Stratigrafi samudera dan sejarah geologi samudera yang dirakam dalam endapan. Sumber tabii di lantai lautan seperti petroleum dan gas, fosforit, nodul manggan dan mineral.                                                                    

                                                                                     

 

Rujukan

Cross, M.G. 1982. Oceanography. Ed. ke-3. London: Prentice-Hall.

Kennett. J. 1982. Marine Geology, London :Prentice-Hall.

McCormick, J.M. & Thiruvathukal, J.V. 1981. Ed.ke-2. Elements of Oceanography. Philadelphia:Saunders College.

Seibold,E & Berger, W.H. 1982 The Sea Floor. Berlin: Springer-Verlag.

Thurman, H.V.1991. Introductory of Oceanography. Ed. ke-6. New York: Macmillian.

STAP2012 Geologi Pelancongan

Kursus ini menekankan komponen sekitaran bumi, interaksi manusia dan landskap serta penjanaan sumber industri pelancongan. Sumber semulajadi: bahan dan hasilan proses geologi. Kuliah akan menumpukan kepada peniliaan sumber geologi dari perspektif baru yang mengambil kira potensi, nilai jangka panjang dan yang bersifat kekal. Konsep dan penilaian sumber geologi semasa dan perbandingan dengan penilaisan sumber geowarisan dalam konsep geologi pelancongan. Sumber intrinsik geologi dan hubungan dengan industri pelancongan. Pembangunan pelancongan dan juga pendekatan baru pembangunan berpelancongan sebagai satu paradigma pengurusan sekitaran dan pembangunan mampan.

Rujukan

Dixon, D., Bernor, R. L. 1992. The Pratical Geologist., New York : Simon & Schuster

Gartner, W. C., 1996.Tourism Development: Principles, Processes, and Policies, John Wiley

Gupta, A., & Asher, M. G., 1998. Environment and the Developing World: Principles, Policies and Management. New York: John Wiley.

Hartman, W. K.. & Miller, R., 1991. History of Earth, An Illustrated Chronicle of Evolving Planet., New York: Workman Publishing

Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman, Kadderi Md. Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting). 1997. Warisan Geologi Malaysia: Geologi Pemuliharaan untuk Ekopelancongan. Bangi: LESTARI. 319.

STAP2023 Penggunaan Komputer dalam Sains Sekitaran

Kursus ini akan mendedahkan beberapa aspek komputer, pengkomputeran dan teknologi maklumat sebagai medium bagi penyelidikan dan pembelajaran dalam Sains Sekitaran. Kuliah merangkumi latarbelakang dan asas mengenai pemprosesan data dan perolehan maklumat, perkakasan dan perisian, telekomunikasi dan perkomputeran bertabur serta rangkaian luas komputer. Sumber-sumber maklumat Sains Sekitaran terkini yang hanya boleh diperolehi daripada lebuhraya maklumat akan dibincangkan.                

                                                                                     

Rujukan

Gilster, 1994. Finding it on the Internet: the Essential Guide to Archie, Veronica, Gropher, WAIS, WWW (including Mosaic) and Other Search and Browsing Tools. New York: John Wiley & Sons.

Mendel, S.L. 1987. Computers and Information Processing: Concept & Application. Ed. Ke-4, San Francisco: West Publishing Co.

STAP3012 Komunikasi Saintifik dalam Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Kursus ini akan membincangkan prinsip dan cara mengumpul, membuat analisis secara kritikal dan menyampaikan semula maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (rencana, laporan teknikal dan tesis), pembentangan lisan dan pembentangan berposter. Latihan akan merangkumi penelitian rencana-rencana dan jurnal, perbincangan berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk dalam Sains Sekitaran dan Sumber Alam.

Rujukan

CBE Style Manual Committee. 1983. Council of Biology Editors Style Manual: A Guide for Authours, Editors, & Publishers in the Biological Sciences. Ed. Ke-5. Council of Biology Editors Inc. Maryland: Bethesda.

Day, R.A. 1979. How to Write & Publish a Scientific Paper. Institute for Philadelphia: Scientific Information Press.

Lester, J.D. 1984. Writing Research Papers (Ed. Ke-4). Scott Foresman, Illinois: Glenview.

Mauch, J.E. &. Birch J.W 1989. Guide to the Successful Thesis and Dissertation. Conception to Publication. A Handbook for Students and Faculty Ed. Ke-2 New York & Basel: Marcel Dekker, Inc.

Turbian, K.L. 1987. A Manual for Writers of Term Papers, Thesis and Dissertations (Ed. Ke-5)., Chicago: University of Chicago Press.

STAP3022 Komunikasi Saintifik untuk Geosains

Asas-asas menulis laporan geosains: kandungan, ringkasan, bab-bab, rujukan, lampiran, rajah, jadual, peta, dsb. Perpustakaan geologi Malaysia dan dunia. Latihan membentangkan sebuah kertas teknik dalam masa 20-25 minit dengan matlamat supaya hadirin mudah memahami isu dan bahan yang dibentangkan. Kursus ini memberi penekanan kepada penyediaan isi ceramah yang secocok dengan latar belakang akademik hadirin, persediaan ilustrasi yang sesuai dan teknik pembentangan yang menyakinkan. Pada akhir semester, pelajar dikehendaki membentangkan kertas teknik kedua berupa hasil awal projek penyelidikan masing-masing dalam suasana seminar yang sebenarnya.       

                                                                                     

 

                                                                                     

Rujukan

Barrass, R. 1978. Scientists must write. London: Chapman and Hall.

Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. New York: John Wiley & Sons (Bab Penulisan Laporan).

Ismail Ahmad & Mohd. Nordin Hassan. 1995. Komunikasi Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Pengajian Siswazah,1992. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Bakar, 1983. Teknik Menulis Tesis. Kuala Lumpur: Eastview.

STAP3032 Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Kursus ini meneliti prosedur penilaian impak alam sekitar (EIA), terutamanya yang dipraktikkan di Malaysia. Penelitian akan dibuat terhadap kaedah, rekabentuk, pengurusan dan teknik-teknik membuat keputusan. prosedur EIA melibatkan semua komponen kajian EIA dalam bidang persekitaran fizikal, biologi dan sosio-ekonomi. Penekanan ialah tentang pemilihan parameter yang perlu dikaji, skop, proses penilaian, penyediaan laporan pemonitoran dan yang berkaitan. Pengenalan kepada proses pengauditan dan pemantauan kualiti udara, air dan pencemaran lain merangkumi juga konsep asas pemonitoran secara fiziko-kimia dan penggunaan haiwan, tumbuhan, mikorganisma dan komponen tisu sebagai petunjuk biologi. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kes kajian EIA yang sedia ada, dan melakukan penilaian kritis terhadapnya.

Rujukan

Munn, K.E. 1979. Environmental Impact Assessment Principles and Procedures., New York: John Wiley.

O'Riordan. T. &. Hey D., (Eds). 1976. Environmental Impact Assessment., New York: Saxon House

DOE, 1995. A Handbook of EIA Guidelines. Kuala Lumpur: Department of Environment, Ministry of Science, Technology and the Environment.

United Nations. 1980. Environmental Impact Assessment. Proceedings of a Seminar of The UN Economic Commission for Europe, Villalch, Austria, Paris: United Nation Publ.

Canter, L. W. 1977. Environmental Impact Assessment. New York: Mc Graw Hill.

STAP3062 Pengurusan Sumber Alam

Kursus ini memperkenalkan konsep pengurusan sumber yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui. Pengurusan sumber semulajadi secara mampan akan dibincang dengan mengambil contoh kesan-kesan terhadap sekitaran akibat perlombongan, pertanian, perbandaran, perikanan, pertanian, pelancongan dan lain-lain aktiviti manusia. Turut dibincangkan ialah prinsip penilaian dan pengurusan sumber sekitaran secara mampan dan pengauditan sekitaran, terutamanya pertimbangan kesihatan sekitaran berkaitan dengan pembangunan.Sumber tenaga semulajadi seperti tenaga suria, angin, geoterma, fosil dan ombak akan disentuh. Pengurusan sumber air, hutan, tanah, mineral, antikuiti dan warisan semulajadi serta hubungannya dengan peruntukan undang-undang di Malaysia akan juga dibincangkan.

Rujukan

Evans, A. M., 1993. Ore Geology and Industrial Minerals: An Introduction. London: Blackwell Scientific Publications.

Gupta, A., & Asher, M. G., 1998. Environment and the Developing World: Principles, Policies and Management. London: John Wiley & Sons.

Jordan, C. F., 1995. Conservation: Replacing Quantity with Quality as a Goal for Global Management. London: John Wiley & Sons.

Odum, H. T., 1995. Environmental Accounting: Energy and Environmental Decision Making. London: John Wiley & Sons.

Turner, R. K. 1988. Sustainable Environmental Management:, London: Bellhaven Press.

BIOLOGI

STAB1013 Kepelbagaian Biologi

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengertian kepelbagaian biologi, tetapi dengan penekanan dan penghayatan kepada aspek kepelbagaian spesies. Kepelbagaian spesies organisma ditinjau daripada organisma prokariot hingga tumbuhan dan haiwan tinggi. Kumpulan-kumpulan besar, yang terdiri daripada Filum atau Divisi daripada masing-masing Alam dibincang dari segi kepelbagaian struktur, adaptasi, pertalian antaranya dan salingtindak dengan persekitaran. Kepentingan daripada masing-masing organisma kepada manusia juga dibincang.

STAB 1013 Biological Diversity

This course serves as an introduction to the basic principles of diversity and characteristics of living organisms among all kingdoms from the prokaryotes to higher plants and animals. Major groups from difference Phyla will be introduced from the aspects of structure, adaptation and interaction with organisms and the environment. The importance of organisms to human will also be discussed.

Rujukan

References

Parker, J., Martinko, J.M. & Madigan, M.M. 2002. Biology of Microorganisms, (10th edn.) Prentice-Hall PTR.

Randy, M., Clark, W.D., Stern, K.R. & Vodopich, D. 1995. Botany. Duque: W.C. Brown Publishers.

Ruppert, E.E & Barnes, R.D. 1994. Invertebrate Zoology. 6th edn. Thomson Learning Inc.

Roberts, S. & Larson, A. 1993. Integrated Principles of Zoology. 7th edn. Boston: Mosby.

Kardong, K.V. 2001. Vertebrates. McGraw-Hill Higher Education

STAB1022 Biologi Persekitaran

Ilmu yang mendasari kefahaman tentang perhubungan dinamik antara organisma dan persekitarannya. Ciri-ciri dan kesan kegiatan manusia ke atas biofera, biom-biom dunia dan ekosistem setempat akan dibincangkan. Kursus juga memberikan penumpuan kepada prinsip ekologi asas yang meliputi huraian tentang kitar biogeokimia dan pemindahan tenaga dalam ekosistem. Perbincangan tentang spesies, populasi dan komuniti biologi dikemukakan dari sudut struktur, dinamik, pemetaan dan pembinaan komuniti hidupan. Kemerosotan mutu persekitaran dibincangkan dari sudut sebab, punca dan juga kesan ke atas berbagai jenis hidupan dan kesihatan awam. Penekanan juga diberikan ke atas masalah-masalah persekitaran yang sejagat seperti hujan asid, pemusnahan lapisan ozon, pemanasan atmosfera dan pengaruhnya terhadap iklim sejagat, serta kemudaratan bahan radioaktif di persekitaran. Maklumat tentang perundangan dan etika juga akan dibincangkan.

Rujukan

Audesirk, T., Audesirk, G & Byers, B.E. 2001. Biology: Life on Earth. Ed. Ke-6. New Jersey: Prentice-Hall

Botkin, D.B. & Keller, E.A. 2003. Environmental Science. New York: John Wiley and Sons, Inc.

Kupchella, C.E. & Hyland, M.S. 1993. Environmental Science. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Miller, G.T. Jr. 1994. Living in the Environment. California:Wadsworth.

Townsend, C.R., Begon, M. and Harper, J.L. 2003. Essentials of Ecology. Ed. Ke-2. Oxford: Blackwell Publishing.

STAB1032 Kaedah Kerjalapangan

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar terhadap kaedah kerjalapangan yang digunakan untuk mengkaji haiwan dan tumbuhan dalam pelbagai habitat. Pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan alat-alat lapangan serta kaedah-kaedah pengumpulan dan pensampelan haiwan dan analisis data secara statistik. Kebaikan dan kelemahan teknik akan dibincangkan.                                                 

                                                                                     

             

STAB1032 Field Methods

The aim of this introductory course is to expose students to the latest field techniques/methods used in the ecological study of plants and animals. Ecological fieldwork, if not carefully planned will be a waste of effort. The students will be taught sampling techniques/methods, correct use of field instruments/equipment, and, methods of collecting and analysing data statistically. The advantages and limitations of each technique/method will be elaborated upon.

Rujukan

References

Henderson, P.A. 2003. Practical Methods in Ecology. Oxford: Blackwell Science

Krebs, C.J. 1999. Ecological Methodology. Ed. Ke-2. California: Benjamin/Cummings

Martin, P. and Bateson, P. 1993. Measuring Behaviour. Ed. Ke-2. Cambridge University Press.

Southwood, T.R.E. & Henderson, P.A. 2000. Ecological Methods. Ed. Ke-3. Oxford: Blackwell Science.

Waite, S. 2000. Statistical Ecology in Practice: A Guide to Analysing Environmental and Ecological Field Data. London: Prentice Hall

STAB1413 Kepelbagaian Tumbuhan

Kursus pengenalan kepada biologi, pengkelasan dan kepelbagaian alam tumbuhan, yang mencakupi tinjauan divisi-divisi alga, briofit, pteridofit, gimnosperma dan angiosperma. Perbincangan juga meliputi penyebaran, ekologi, biologi pembiakan, kepentingan ekonomi dan filogeni. Sejarah evolusi bagi kelompok-kelompok utama akan dibincangkan dari segi catatan fosil dan morfologi bandingan.

Rujukan

Audesirk, G. & Audesirk, T. 1993. Biology: Life on Earth. Ed. ke-3. New York: Macmillan.

Baharuddin Salleh. 1987. Pengenalan Alam Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gotlieb, L.D. &. Jain, S.K. 1988. Plant Evolutionary Biology. London: Chapman & Hall.

Randy, M., Clark, W.D., Stern, K.R. & Vodopich, D. 1995. Botany., Duque: Wmc Brown Publishers.

Scagel, R.F., Bandoni, R.J., Rouse, G.E., W.B. Schofild, W.B., Stain, J.R. & Taylor. 1969. Plant Diversity: An Evolutionary Approach., Belmont: Wadsworth.                                                          

                                                                                     

STAB1423 Kepelbagaian Haiwan

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang luas mengenai aspek kepelbagaian dunia haiwan daripada yang mikroskopik hinggalah yang bersaiz begitu besar. Ia merangkumi tinjauan kepelbagaian morfologi, fungsi, ekologi dan taksonomi haiwan invertebrat dan vertebrat terestrial dan akuatik. Kursus ini menekankan kepada aspek-aspek komuniti, adaptasi, filogeni evolusi dan interaksi antara organisma hidup dan sekitaran, serta kepentingan organisma kepada manusia.

Rujukan

Audesirk, T., Audesirk, G & Byers, B.E. 2001. Biology: Life on Earth. Ed. Ke 6. New Jersey:Prentice-Hall

Barnes, R.D., Ruppert, E.E., Ruppert, E.E. 1994. Invertebrate Zoology. Thomson Learning.

Harris, C.L. 1996. Concepts in Zoology. Ed. Ke-2. New York: Harper Colins

Pough, F.H., Heiser, J.B. & Janis, C.M. (2002). Vertebrate Life. Ed. Ke-6. New Jersey: Prentice Hall International,Inc.

Ruppert, E.E & Barnes, R.D. 1994. Invertebrate Zoology. 6th edn. Thomson Learning Inc.

STAB1433 Ekologi Asas

Kursus ini memperkenalkan mahasiswa kepada kajian ekologi, khususnya di kawasan tropika. Unsur-unsur ekosistem semulajadi akan diteliti dari segi iklim dan mikro-iklim, tanah-tanih dan vegetasi, termasuk kepelbagaian komuniti haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam habitat yang tertentu. Gangguan dalam ekosistem semulajadi dan kesannya terhadap sesaran vegetasi akan diberi tekanan khas. Seterusnya pertalian komuniti dan ekosistem akan dilihat secara lebih mendalam, termasuk perhubungan haiwan dengan tumbuh-tumbuhan dan daya pengeluaran dalam sesuatu ekosistem. Kajian terperinci mengenai ekologi tumbuh-tumbuhan akan menyentuh kajian populasi, komuniti tumbuh-tumbuhan dan analisis komuniti manakala kajian ekologi haiwan pula akan merangkumi sekitaran, populasi haiwan dan perhubungan kedua-duanya. Dalam kursus ini, beberapa tayangan video dan filem yang berkenaan akan diadakan, di samping latihan dalam amali. Ini bertujuan untuk memberi skop latihan yang luas, berkesan dan yang dapat memupuk semangat cintai alam semulajadi di kalangan jiwa mahasiswa yang mengikuti kursus ini.

Rujukan

Krebs, C.J. (2001). Ecology: The Experimental Analysis of Distribution and Abundance. Ed. Ke 5. New York: Benjamin Cummings.

Krohne, D.T. 2001. General Ecology. Ed. Ke-2. USA: Brooks/Cole

Miller, G.T. Jr. 2002. Essentials of Ecology. USA: Brooks/Cole       

Stiling, P. 2001. Ecology: Theories and Application. Ed. Ke-4. New Jersey: Blackwell

Townsend, C.R., Begon, M. and Harper, J.L. 2003. Essentials of Ecology. Ed. Ke-2. Oxford: Blackwell Publishing.

STAB2003 Biometri dan Rekabentuk Eksperimen

Kursus ini akan memperkenalkan konsep-konsep asas statistik dan beberapa jenis reka bentuk eksperimen yang lazim digunakan dalam penyelidikan biologi. Cara-cara menganalisis dan persembahan data juga akan disentuh. Ujian keertian seperti ujian t, ujian F, LSD dan DNMRT juga akan dibincangkan. Faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan data seperti kaedah pensampelan, replikasi dan jenis-jenis ralat yang terlibat akan diulas.

Rujukan

Collins, C.A. & Seeney, F.M. 1999. Statistical Experimental Designs and

Interpretation: An Introduction with Agricultural Examples. New York: John Wiley.

Montgomery, D.C. 2001. Designs and Analysis of Experiments. Ed. Ke-5. New York: John Wiley.

Neter, J., Wasserman, W. & Kutner, M. 1985. Applied Linear Statistical Models. Ed. Ke-2. Illinois: Richard Irwin Inc.

Steel, R., Torrie, J.H. & Dickey, D. 1996. Principles and Procedures of Statistics: A Biometrical Aproach. Ed. Ke-3. New York: McGraw Hill.

STAB 2023 Ekologi Terestrial

Kursus ini akan membincangkan tentang kesan perbezaan faktor-faktor abiotik terhadap adaptasi organisma daratan. Penekanan akan diberikan terhadap taburan dan kelimpahan populasi dan komuniti organisma, kepentingan sesaran ekologi terhadap populasi tumbuhan dan haiwan, pengurusan sesaran dan kaedah pengurusan sesaran, struktur habitat, adaptasi dan pemilihan semulajadi, kaedah pertahanan tumbuhan dan haiwan, ekologi daripada herbivori, mekanisme daripada kesalingan serta kesalingan dan pemilihan semulajadi. Struktur dan fungsi komuniti biologi serta persampelan dan analisis biologi juga turut akan dibincangkan.

Rujukan

Aber, J.D. & Melillo, J.M. 2002. Terrestrial Ecosystems. Ed. Ke-2. Singapore: Thomson Learning.

Bell, S.S., McCoy, E.D. & Mushinsky, H.R. 1991. Habitat Structure. London: Chapman & Hall.

Krebs, C.J. 1999. Ecological Methodology. Addison Wesley Longman, Inc.

Molles, M.C. 2002. Ecology: Concepts and Application. USA: McGraw Hil

Stiling, P. 2001. Ecology: Theories and Application. Ed. Ke-4. New Jersey: Blackwell

STAB2033 Ekologi Air Tawar dan Samudera

Kursus ini memperkenalkan kepada para pelajar prinsip-prinsip asas ekologi yang boleh digunakan bukan sahaja di ekosistem akuatik, malahan di ekosistem daratan. Perbezaan utama antara ekosistem akuatik dan ekosistem daratan akan disentuh. Keunikan molekul air turut diberi penekanan. Kursus ini juga turut membincangkan asal usul, morfometri dan mutu air di sungai, tasik, muara dan di samudera. Komuniti organisma yang boleh ditemui di sistem-sistem ini seperti komuniti fitoplankton, zooplankton, bentos, nekton dan makrofit akuatik akan dibincangkan dengan panjang lebar. Kesan kegiatan manusia terhadap mutu air turut diberi keutamaan. Para pelajar akan didedahkan kepada proses pengeutrofikatan dan akibatnya terhadap hidupan akuatik.

Rujukan

Allan, J.D. 1994. Ecology of Rivers and Streams. New York: Chapman and Hall.

Barnes, R.S.K. & Hughes, R.N. 1982. An Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Sci. Publ.

Longhurtst, A.R. & Pauly D. 1987. Ecology of Tropical Oceans. New York: Academic Press.

Payne, A.I. 1986. The Ecology of Tropical Lakes and Rivers., New York: John Wiley and Sons.

Rosenberg, D.M. & Resh, V.H. 1993. Freshwater Biomonitoring and Benthic Macroinvertebrates. New York: Chapman and Hall.

STAB 2042 Pendekatan Molekul dalam Pemuliharaan

Kursus ini merangkumi secara terperinci pelbagai kemajuan dalam teknologi penanda molekul dan hubungkaitnya dengan pengetahuan dan kefahaman tentang ciri-ciri biologi sumber genetik tumbuhan dan haiwan iaitu struktur genetik bagi populasi dan perhubungan antara spesies. Perbincangan meliputi prinsip, kelebihan, had dan interpretasi yang betul terhadap penggunaan teknik penanda molekul dalam pengesanan variasi genetik, sistem pembiakan dan perhubungan antara spesies. Penggunaan teknik penanda molekul dalam pemilihan dan pemantauan populasi tumbuhan dan haiwan yang dipulihara secara in situ atau ex situ akan dibincangkan juga.

Rujukan

Avise, J.C. 1994. Molecular Markers, Natural History and Evolution. London: Chapman & Hall.

Falk, D.A. & Holsinger, K.E., 1991. Genetics and Conservation of Rare Plants. Oxford: Oxford Univ Press                                      

Hillis, D.M., Moritz, C. & Mable, B.K. 1996. Molecular Systematics. Ed. Ke-2. Sunderland: Sinauer Associations Inc.

Hoelzel, A.R. &. Dever, G.A, 1991. Molecular Genetic Ecology. Oxford: Oxford Univ. Press.

Soltis, P.S., Soltis, D.E., & Doyle, J.J. 1992. Molecular Systematics of Plants. New York: Chapman and Hall.

STAB2053 Variasi Sel dan Tisu

Kursus ini melibatkan pengecaman pelbagai jenis tisu tumbuhan dan haiwan dan hubungkait di antara struktur dan fungsi. Kandungan kuliah akan merangkumi jenis-jenis sel dan tisu dasar yang terdapat dalam kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Bagi bahagian haiwan, gabungan berbagai jenis tisu untuk membentuk organ dalam berbagai jenis sistem, iaitu sistem kulit, rangka, saraf, peredaran, keilmuan, penghadaman, respirasi, perkumuhan, endokrin dan pembiakan dalam mamalia akan dibincangkan dengan terperinci. Keistimewaan dan pembezaan pada tisu yang terdapat dalam kelas haiwan lain, contohya dalam membentuk tanduk, bulu, sisik dan lain-lain akan disentuh secara ringkas.

Rujukan

Audesirk, T., Audesirk, G & Byers, B.E. 2001. Biology: Life on Earth. Ed. Ke-6. New Jersey: Prentice-Hall

Eroschenko, V.P. 1995. di Fiore's Atlas of Histology with Functional Correlations. Ed. Ke-8. Baltimore: Williams & Wilkins.

Paulsen, D.F. 1996. Examination and Board Review Basic Histology. Ed. Ke-3. London: Prentice Hall International Inc.

Esau, K. 1977. Anatomy of Seed Plants. Ed. Ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Mauseth, J.D. 1988. Plant Anatomy. California: Benjamin/Cummings, Co. Inc.

STAB2063 Ekologi Lanjutan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep ekologi yang lebih terperinci, kaedah pengukuran ekologi di lapangan dan kaedah penganalisan dan penganggaran kelimpahan populasi dan parameter-parameter komuniti. Perbincangan bermula dengan memberi takrifan dan seterusnya menerangkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi sesuatu populasi dan komunikasi dalam satu ekosistem. Interaksi, pertalian sesama organisma dan kelimpahan organisma dalam populasi dianalisis menggunakan teori-teori ekologi terkini dan kaedah-kaedah matematik. Perubatan taburan dan kelimpahan organisma dalam sesuatu populasi dan kepelbagaian organisma dalam sesuatu komuniti juga turut dianalisa menggunakan beberapa kaedah ekologi. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taburan, kelimpahan dan kepelbagaian organisma juga turut dibincangkan.                                                                  

                                                                                     

                                                                                     

Rujukan

Begon, M. Harper, J.Lk. & Townsend.C.R. 1990. Ecology: Indivuduals, Population and Communites. Ed. ke-2. London: Blackwell Scientific Publication.

Begon, M. & Moritimer, M. 1981. Population Ecology: A Unified Study of Animals and Plants. London: Blackwell Sciencetific Publication.

Giller, P.S. 1984. Community Structure and the Niche. London: Chapman and Hall.

Krebs, C.J. 1996. Ecology: The Experimental Analysis and Distribution and Abundance. Ed. ke-3. New York:Harper and Row.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and Application. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice-Hall Int. Ed.

STAB2073 Penggunaan Sumber Biologi

Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada konsep sumber biologi dan pengurusannya secara mampan. Latarbelakang sumber biologi tropika terutama biodiversiti Malaysia dan Asia Tenggara akan dibekalkan kepada para pelajar. Perbincangan juga akan ditumpukan kepada CBD dan pemuliharaan biodiversiti, konsep pengurusan lestari, "bioprospecting" dan etika yang berkaitan seperti deklarasi Manila. Perkara-perkara lain yang akan dibincangkan adalah perundangan alam sekitar dan sumber biologi, kawalan biologi makhluk perosak, konsep-konsep pengurusan sumber biologi, ragam operasi untuk penghasilan bahan daripada mikroorganisma dan teori pengkulturan sel mikrooganisma, tumbuhan dan haiwan.

Rujukan

Groombridge, B. 1992. Global Biodiversity: Status of the Earth's Living Resources. London: Chapman & Hall.

Mohd. Shahwahid Haji Othman. 1995. Ekonomi Sumber Hutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Murtedza Mohamed (Pnytg). 1991. Sumber Alam Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Nyers, N. 1984. The Primary Source: Tropical Forests and Our Future. New York: W.W. Norton & Co.,

Prave, P. Faust, U., Sittip, W. & Sukatsch, D.A. 1987. Fundamentals of Biotechnology. Berlin: VCH.

STAB2083 Biologi Sistematik

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan sistematik dan kepentingannya sebagai asas dalam memahami kepelbagaian biologi. Perbincangannya meliputi tajuk-tajuk seperti sejarah perkembangan pengetahuan sistematik, spesimen dan kaedah pengkuraian, pengelasan dan kekunci, tatanama, penerbitan sistematik, konsep spesies, filogeni, sistematik dan biogeografi dan sistematik molekul. Dalam kelas amali pelajar akan mempelajari kaedah pengkuraian spesimen tumbuhan dan haiwan, mengenal ciri-ciri taksonomi dan menyediakan kekunci berdasarkan ciri taksonomi yang digunakan.

Rujukan

Jeffrey, C. 1973. Tatanama Biologi. Terjemahan A. Latiff Mohamad 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jeffrey, C. 1982. An Introduction to Plant Taxonomy. Cambridge: Cambridge University Press.

Mayr, E. 1982. Systematics and the Origin of Species. Columbia Classics in Evolution Series. New York: Columbia University Press.

Minelli, A. 1993. Biological Systematics: The State of the Art. London: Chapman & Hall.

Panchen, A. 1992. Classifacation, Evalution and the Nature of Biology. Cambridge: Cambridge University Press.

STAB2113 Prinsip Taksonomi dan Tatanama

Aspek sejarah dan bagaimana tumbuhan, haiwan dan mikrob dikelaskan. Struktur taksonomi dan kaedah-kaedah taksonomi dibincangkan bersama pertalian genetik dan filogenetik. Aspek-aspek tatanama biologi seperti nama sains dan kod, kestabilan dan pertukaran nama, prinsip-prinsip operasi tatanama, kesinoniman dan kes-kes khusus (kulat, liken, tumbuhan tanaman, hibrid, haiwan ternakan, virus dan bakteria) akan dibincang.

Rujukan

Heywood, V.I.I. 1976. Plant Taxonomy. Studies in Biology No. 5. Ed. ke-2, London: Edward Arnold.

Jeffrey, C. 1982. An Introduction of Plant Taxonomy. Ed. ke-2, Cambridge: Cambridge University Press.

Mayr, E. & Ashlock, P.D. 1991. Principles of Systematic Zoology. Ed. Ke-2. New York: McGraw Hill.

Porter, C.L. 1967. Taxonomy of Flowering Plants. Ed. ke-2. San Francisco: W.H. Freeman & Co.

Simpson, G.G. 1961. Principles of Animal Taxonomy. New York.

STAB2123 Botani Kriptogam

Kursus ini membincangkan tiga kumpulan tumbuhan rendah: alga, briofit dan pteridofit secara terperinci. Perbincangan meliputi aspek-aspek pengelasan, morfologi, evolusi, ekologi, geografi dan biologi pembiakan. Peranan tumbuhan ini dalam ekosistem akan juga dikupas. Penyajian amali akan menekankan teknik-teknik mengumpul dan mengurasi spesimen, pengecaman, menyediakan irisan-irisan nipis untuk kajian anatomi, penyediaan slaid tetap dan pengkulturan.              

                                                                                     

 

Rujukan

Bidin, A.A. 1985. Paku Pakis Di Sekeliling Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Bold, H. & Wynne, M.J. 1995. Introduction to the Algae-Structure and Reproduction. New Jersey: Prentice- Hall.

Holttum, R.E. 1966. The Flora of Malaya. Ferns. Govt., Singapore: Printing Press.

Manuel, M.G. 1981. A Generic Moss Flora of Peninsular Malaysia and Singapore Fed. Kuala Lumpur: Museum Journal.

Shaw, A.J. & Goffinet, B. 2000. Bryophyte Biology. Cambridge: University Press.

STAB2132 Famili Tumbuhan Berbiji

Tumbuhan berbiji, gimnosperma dan angiosperma di Malaysia akan dibincangkan daripada segi taksonomi, morfologi, variasi, evolusi dan kepentingannya. Perbincangan akan berkisar daripada pengenalan taksonomi, pengelasan, genus dan spesies yang penting dalam setiap famili. Penumpuan akan diberi kepada famili yang terpenting daripada segi saiz, ekonomi dan flora, walau bagaimanapun famili yang kecildan kurang penting akan disentuh juga dengan tujuan agar pelajar megnetahui flora Malaysia untuk tujuan pemuliharaan sumber alam. Pola evolusi daripada famili primitif hingga yang maju akan dibincangkan juga.

Rujukan

Gilliland, H.B. 1971. A Revised Flora of Malaysia. Vol. 3, Grasses. Singapore: Botanic Garden of Singapore.

Henderson, M.R. 1974. Malayan Wild Flowers. Dicotyledons and Monocotyledons. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.

Holttum, R.E. 1954. A Revised Flora of Malaya. Vol. 1. Orchids., Singapore Botanic Garden of Singapore.

Keng, H. 1978. Order and Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. Terjemahan Ahmad Mahmud 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Whitmore, T.C. (Ed). 1972, 1973. Tree Flora of Malaya. Vol. 1 & 2. Kuala Lumpur: Longmans Ltd.

STAB2152 Anatomi dan Morfologi Tumbuhan

Kursus ini akan membincangkan kepelbagaian morfologi dan anatomi keseluruhan tumbuhan dariapda jenis-jenis sel, tisu dan struktur organ-organ tumbuhan termasuk daun, petiol, akar, batang, bunga, buah dan biji, Perbincangan setiap jenis variasi dalam bentuk-bentuk morfologi dan anatomi ini akan menggunakan contoh-contoh tempatan terutamanya yang terdatpat di sekitar kampus untuk memudahkan kefahaman pelajar-pelajar. Pertumbuhan primer dan sekunder pada batang dan akar juga diterangkan.                             

                                                                                     

 

Rujukan

 

Esau, K. 1977. Anatomy of Seed Plant. Ed. ke-2., New York: John Wiley & Sons.

Fahn, 1982. Plant Anatomy. Ed. Ke-3. London: Pergamon Press.

Foster, A.S. & Gifford, E.M. 1974. Comparative Morphology of Vascular Plants. London: Freeman & Co.

Guides, M. 1979. Morphology of Seed Plants London: J. Cramer & Co.

Mauseth, J.D. 1988. Plant Anatomy. California: Benjemin/Cummings Co. Inc.

 

STAB2203 Biologi Invertebrat

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada kepelbagaian haiwan invertebrata metozoa. Penekanan akan diberikan kepada kesepaduan sistem yang terdapat pada organisma termasuk aspek-aspek biologi dan penyesuaian struktur. Ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara organisma juga akan dibincangkan. Tumpuan akan diberikan kepada Protozoa, Mollusca, Annelida, Arthropoda (kecuali Insecta) dan Echinoderamata. Kumpulan-kumpulan kecil protostom dan lophoporate juga akan dibincangkan.

Rujukan

Brusca, R.C., Brusca, G.J., Haver, N. & Burness, T.J. 2003. Invertebrates. Sunderland: Sinauer Associations, Inc.

Calow, P. 1981. Invertebrate Biology. London: Croom Helm.

Pearse, V., Pearse, J., Buchsbaum, M. & Buchsbaum R. 1987. Living Invertebrates. California: Blackwell Scientific Publication.

Ruppert, E.E., Fox, R.S. & Barnes, R.D. 2003. Invertebrate Zoology: a Functional Evolutionary Approach. USA:Brooks/Cole.

Willmer, P. 1990. Invertebrate Relationships. Cambridge: Cambridge University Press.

 

STAB2213 Entomologi

Serangga merupakan satu kumpulan haiwan yang dominan di muka bumi. Kursus ini akan membincangkan ciri asas serangga yang meliputi aspek morfologi dan sistem hayat. Kepelbagaian serangga akan dihayati melalui pengelasan yang membincangkan ciri-ciri khas daripada masing-masing kategori dalam pengelasan. Kelas amali memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencerap beberapa contoh wakil daripada masing-masing kategori. Kerjalapangan harian membantu pelajar memahami habitat dan cara hidup serangga, di samping tugas pengumpulan spesimen serangga.

Rujukan

Borror, D.J., Delong D.M & Triplehorn, C.A. 1981. An Introduction to the Study of Insects. Ed. ke-5., New York: Saunders College Publishing.

Chapman, R.F. 1982. The Insects: Structure and Function. Ed. ke-3. Cambridge: Harvard University Press.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1990. Pengumpulan, Pengawetan dan Penglasan Serangga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1992 Serangga dan Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Romoser, W.J. 1973. The Science of Entomology New York: MacMillan Publishing Co.

 

STAB2223 Biologi Vertebrat

Sejarah evolusi haiwan vertebrat adalah amat menarik, dengan kewujudan dan kepupusan, banyak jenis spesies/kumpulan termasuk jenis-jenis yang luarbiasa yang tidak lagi wujud pada zaman ini. Kursus ini, yang merupakan gabungan morfologi fungsi dan paleontologi, meliputi perbincangan mengenai kumpulan ikan, amfibia, reptilia, burung hinggalah ke mamalia. Evolusi haiwan vertebrat akan diterangkan berdasarkan bukti-bukti fosil. Asas-asas kewujudan perbezaan haiwan vertebrat dari zaman Palezoik hingga ke zaman ini akan diterangkan dan penekanan akan diberi pada perubahan struktur anatomi.

Rujukan

Colbert, E.H. & Morales, M. 2001. Evolution of the Vertebrates: A History of the

Backboned Animals Through Time. Ed Ke-5. New York: Wiley-Liss

Kardong, K.V. 2002. Vertebrates: Comparative Anatomy, Function, Evolution. Ed. Ke-3. New York: McGraw Hill.

Pough, F.H., Heiser, J.B. & Janis, C.M. 2002. Vertebrate Life. Ed. Ke-6. New Jersey: Prentice Hall International,Inc.

Hildebrand, M. and Goslow, G. 2001. Analysis of Vertebrate Structure. Ed. Ke-5 John Wiley & Sons.

Walker, W., Liem, K., Bemis, W. and Grande, L. 2001. Functional Anatomy of the Vertebrates: An Evolutionary Perspective. Ed. Ke-3. Brooks/Cole. USA.

 

STAB2232 Histologi

Kursus ini akan membincangkan struktur dan fungsi tisu mamalia. Pelajar diberi bimbingan untuk mengenalpasti perkembangan tisu normal dan tidak normal akibat manipulasi percubaan, kepatogenan dan pendedahan terhadap bahan kimia. Pentafsiran elektron mikrograf bagi tisu-tisu juga akan dibincangkan. Kelas amali yang diberikan meliputi demonstrasi beberapa mikroteknik, termasuklah histokimia dan tayangan slaid.

Rujukan

Curran, R.C. 1985. Colour Atlas of Histopathology. ELBS. Ed. ke-3. London: Oxford Univ. Press.                                                

Eroschenko, V.P. 1995. di Fiore's Atlas of Histology with Functional Correlations. Ed. Ke-8. Baltimore: Williams & Wilkins.

Fawcett, D.W. 1993. Bloom & Fawcett: A Textbook of Histology. Philadelphia: W.B. Saunders Company.

Paulsen, D.F. 1996. Examination and Board Review Basic Histology. Ed. Ke-3. London: Prentice Hall International Inc.

Wheater, P.R., Burkitt H.G. & Daniels, V.G. 1966. Functional Histology. A Text and Colour Atlas. ELBS. Ed. ke-2. Hong Kong: Longmans.

 

STAB2302 Sitogenetik

Kursus ini membincangkan struktur dan fungsi kromosom eukariot. Tajuk-tajuk kuliah termasuk replikasi dan pembahagian kromosom semasa mitosis; perpasangan kromosom serta mekanisme pindah silang semasa meiosis; fungsi kromosom seks dan sistem seks yang berlainan; dan pembentukan mozek dan kimera melalui pindah silang mitosis. Perubahan-perubahan kepada struktur kromosom yang melibatkan pengguguran, penduaan, songsangan, translokasi; cara-cara terbentuknya aneuploid, poliploid dan haploid termasuk contoh-contoh dan kegunaannya, juga akan dibincangkan.

Rujukan

Clark, M.S. & Wall, W.J. 1996. Chromosomes _ the Complex Code. London: Chapman & Hall

Macgregor, H.C. 1993. An Introduction to Animal Cytogenetics. London: Chapman & Hall.

Sybenga, J. 1992. Cytogenetics in Plant Breeding. Berlin: Springer-Verlag.

Wolffe, A 1992. Chromatin Structure and Function. London: Academic Press Ltd.

Wagner, R.P., Maguire, M.P., & Stallings, R.L. 1993. Chromosomes - A Synthesis. New York: Willey-Liss.

 

STAB2312 Genetik Populasi

Membincangkan struktur genetik populasi-populasi: Keseimbangan genetik berasaskan populasi mengawan rawak dan tertakluk kepada Hukum Hardy-Weinberg: kes-kes alel berganda, lokus berangkai seks dan dilokus. Pengawanan tak rawak melalui pengawanan asortatif dalam biakbaka. Perbincangan meliputi faktor-faktor pengubah frekuensi gen: hanyutan gen rawak, mutasi, migrasi dan pemilihan tabii

Rujukan

Ayala, F.J. 1982. Population and Evolutionary Genetics: A Primer. San Francisco: Benjamin Cumming Pub. Co.

Brown, A.H.D., Clegg, M.T., Kanler, A.L. & Weir, B.S. 1990. Plant Population Genetics, Breeding, and Genetic Resources. Boston: Sinauer Associates.

Hartl, D.L. 1980 Principles of Population Genetics. Boston: Sinauer Associates.                                                                             

Li, C.C. 1976. First Course in Population Genetics. Chicago: Boxwood Press.

Spiess, E.B. 1977. Genes in Populations. New York: Wiley & Sons.

 

STAB2322 Genetik Kuantitatif

Kursus ini membincangkan prinsip-pprinsip dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam bidang genetik kuantitatif. Teori dan data akan dibentangkan. Tajuk-tajuk adalah kebarangkalian dan statistik; asal-usul genetik kuantitatif; konsep min dan varians; kaitan genetik dan kovarians; penganggaran parameter genetik; asas genetik dalam pemilihan, biakbaka dalam dan biakbaka kacuk; kemajuan terbaru dalam genetik kuantitatif.

Rujukan

Becker, W. 1967. Manual of Quantitative Genetics Procedures. Fullman: Washington States University Bookstore,

Bulmer, M.G. 1980. The Mathematical Theory of Quantitative Genetics. Oxford: Clarendon Press.

Chapman, A.B. 1985 (cd). General and Quantitative Genetics. World Animal Science, A4., The Netherlands: Elsevier Science Publishers.

Falconer, D.S. 1967. Introduction to Quantitative Genetics. Edinburgh: Oliver and Boyd.

Mather, K. & Jinks, J.L. 1977. Introduction to Biometrical Genetics. London: Chapman & Hall.

 

STAB2882 Latihan Industri

Setiap pelajar pengkhususan biologi akan ditempatkan di makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan atau industri yang berkaitan selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan kerjaya dalam biologi. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara langsung oleh pegawai berkenaan daripada makmal yang terlibat. Di akhir latihan setiap pelajar perlu menyiapkan satu laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan membentangkan secara lisan kepada jabatan. Dengan latihan ini pelajar akan berpeluang didedahkan kepada skop-skop dalam biologi.

 

STAB3013 Biologi Pemuliharaan

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada elemen-elemen penting dalam biologi pemuliharaan. Kursus ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian: asal-usul biologi pemuliharaan; kepelbagaian biologi dan kepentingannya; ancaman terhadap kepelbagaian biologi; perlindungan di peringkat spesies dan populasi; melindung dan mengurus habitat dan ekosistem; dan manusia dan pembangunan berkekalan. Kajian kasus tertentu akan digunakan untuk menerangkan kontroversi-kontroversi yang timbul di lapangan dan kaitannya dengan aspek-aspek perundangan dalam pemuliharaan.        

                                                                                     

             

Rujukan

Cox, G.W. 1997. Conservation Biology: Concepts and Applications. Ed. Ke-2. Chicago:Wm. C. Brown Publishers.

Dyke, F.V. 2002. Conservation Biology: Foundations, Concepts, Applications. Boston: McGraw-Hill.

Gaston, K.J. and Spicer, J.I. 1998. Biodiversity: An Introduction. Oxford:Blackwell Science.

Hunter, M.L. 2001. Fundamentals of Conservation Biology. Ed. Ke-2. Oxford: Blackwell Science.

Primack, R.B. 2002. Essentials of Conservation Biology. Ed. Ke-3. Massachusetts: Sinauer.

 

STAB3023 Pemuliharaan dan Pengurusan Sumber Genetik

Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan dengan kepelbagaian biologi dan memberi penekanan terhadap kepentingan pemuliharaan dan pengurusan sumber-sumber genetik. Bidang-bidang yang dibincangkan merangkumi berbagai aspek tentang sumber gentik seperti punca-punca variasi, evolusi, kesan domestikasi, takungan gen, penilaian, pencirian, kaedah-kaedah pemuliharaan dan pengurusan, dan penggunaannya untuk program pembaikan tumbuhan dan haiwan.

Rujukan

Primack, R.B. 1993. Essentials of Conservation Biology. Boston: Sinauer Associates.

Reid, W.V., Laird, S.A., Meyer, C.A., Gomez, R., Sittenfeld, A, Janzen, D.H., Gollin, M.A & Juma, C. 1993. Biodiversity Prospecting. Washington D.C. :World Resources Institute.

Soule, M.E. (Pnyt.) 1990. Viable Population for Conservation. Cambridge: Cambridge University Press.

Zakri, A. H. 1991. Sumber Genetik Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakri, A.H. 1993. Sumber Genetik Tumbuhan. Kuala Lumpur: DBP

 

STAB3042 Analisis Statistik Biologi

Kursus ini akan memperkenalkan kepada pelajar cara-cara memproses dan membuat analisis statistik bagi data biologi dengan menggunakan komputer serta mendedahkan mereka kepada prinsip-prinsip penting dalan statistik inferensi. Pelajar berpeluang mengguna perisian SAS dan lain-lain perisian seperti MINITAB untuk tujuan mengendalikan data, membuat ringkasan dan persembahan data, mendapatkan statistik perihalan dan melaksanakan ujian-ujian statistik berparameter dan tak berparameter. Tajuk-tajuk analisis statistik yang diberi penekanan termasuk analisis korelasi, analisis regresi dan analisis varians serta pertimbangan lanjut tentang rekabentuk eksperimen dan pemilihan analisis statistik yang sesuai.                                                        

                                                                                     

Rujukan

Glover, T. & Mitchell, K. 2002. An Introduction to Biostatistics. McGraw Hill

Hassan, A. 1994. Panduan Sistem Analisis Statistik. Bangi: Penertbit UKM

Sokal, R.R. and Rohlf, F.J. 1995. Biometry. Ed. Ke-3. New York: W.H. Freeman and Company.

Williams, B. 1993. Biostatistics: Concepts and Application for Biologists. Chapman and Hall.

Zar, J.H. 1999. Biostatistical Analysis. Ed. Ke-4. New Jersey: Prentice Hall

 

STAB3102 Anatomi Tumbuhan Perbandingan

Kursus ini akan membincangkan anatomi sistematik tumbuhan tinggi yang melibatkan daun, petiol. batang, akar, bunga dan buah. Di samping itu akan dibincangkan juga anatomi kayu iaitu cara-cara mengenal jenis-jenis kayu dengan menggunakan ciri-ciri anatomi serta ciri-ciri fizik. Dalam bahagian amali penekanan akan diberikan kepada pemerhatian slaid kayu di bawah mikroskop cahaya dan pengenalan kepada beberapa contoh kayu yang ada dalam pasaran dengan menggunakan kanta tangan. Latihan akan diberikan dalam mikroteknik yang berbentuk projek kecil di mana penuntut diberi spesimen tumbuhan dan ditunjuk cara-cara menyediakan penjernihan daun, siatan epidermis, keratan rentas pada daun, petiol dan batang dengan menggunakan mikrotom gelongsor dan seterusnya memproses hirisan itu untuk dijadikan slaid tetap. Laporan tentang anatomi spesies yang disediakan itu akan digredkan untuk penilaian.

Rujukan

Balau Menon, P.K. 1993. Structure and Identification of Malayan Wood. Revised by Ani Sulaiman and Lim Seng Choon. Malayan Forest Records No. 25. Kuala Lumpur: FRIM,

Butterfield, B.G. & Meylan, B.A. 1980. Three Dimensional Structure of Wood. London: Chapman & Hall.

Cutler, D.F. 1978. Applied Plant Anatomy. London: Longman Group Ltd.

Metcalfe, C.R. & Chalke, L. 1972. Anatomy of the Dicotyledons. Vol. I & II. Oxford: Clarendon Press.

Radford, A.K.E. Dickson, W.C, Massey, J.R. & Bell, J.R. 1974. Vascular Plant Systematics. New York: Harper & Row.

 

STAB3112 Sistematik Tumbuhan

Perbincangan akan dimulakan dengan tujuan, skop dan kepentingan sistematik tumbuhan.Sejarah dan perkembangan taksonomi desa akan dipaparkan sebagai bandingan dengan taksonomi moden. Tahap taksonomi alfa, beta dan gama akan digariskan merujuk kepada usaha pemuliharaan sumber alam. Konsep sifat, pembatasan takson dan hirarki taksonomi akan disusuli dengan tatanama lanjutan. Huraian lanjut  mengenai kemotaksonomi, serotaksonomi, sitotaksonomi, palinologi dan taksonomi angka akan dibincangkan.

Rujukan

Davis, P.H. & Heywood V.H.. 1973. Principles of Angiosperm Taxonomy. New York: Robert E. Krieger. Co.

Jones, S.B. & Luchsinger, A.E. 1979. Plant Systematics. New York: McGraw Hill Book Co.

Lawrence, G.H.M. 1951. Taxanomy of Vascular Plants. New York: McMillan.

Radford, A.E. 1986. Fundamentals of Plant Systematics. New York : Harper & Ros.

Stace, C.A. 1989. Plant Taxonomy and Biosystematics. Ed. ke-2. London: Edward Arnold.

 

STAB3122 Ekologi Pengurusan Sumber

Kursus ini membincangkan secara terperinci sekitaran fizik dalam hutan tropika. Struktur dan ekologi hutan, termasuk haiwan dan masyarakat tradisi dalam hutan, tindakbalas di antara tumbuhan dan haiwan turut dijelaskan. Juga, kitar bermusim dalam tumbuhan dan haiwan, serta dinamik pertumbuhan hutan diperincikan. Kepelbagaian formasi hutan dibincang daripada segi taburan dan kepentingan ekologi. Berdasarkan bahawa hutan tropika merupakan sumber yang penting dan ada banyak kaitan dengan isu-isu semasa, perbincangan mengenai pembinasaan, pemulihan dan pemuliharaan hutan amat berguna. Selanjutnya aspek silvikultur, pembalakan dan penjanaan hutan di Malaysia diberikan.

Rujukan

Hurst, P. 1990. Rainforest Politics. Zed Books. London.

Jordan, W.R., Gilpin, M.E. & J.D. Aber. 1993. Restoration Ecology. Cambridge University Press.

Poore, D.1989. No timber without trees. Sustainability in the Tropical Forests. London: Earthscan Publications.

Swanson, T.M. & E.B. Barbier. 1992. Economics for the Wilds. London:Earthscan Publications.

Whitmore, T.C. 1985. Tropical Rain Forest of the Far East. Ed. Ke-2. Oxford: Clarendon Press.

 

STAB3202 Anatomi Vertebrat Perbandingan

Kursus ini memberi penekanan kepada anatomi kumpulan vertebrat daripada segi fungsi dan evolusi. Kepelbagaian struktur dan fungsi yang terdapat pada kumpulan haiwan vertebrat yang berbeza akan dikaji. Haiwan dengan pengkhususan yang sama dibincangkan sebagai satu kategori dan bukan berdasarkan kategori sistematik.                                       

                                                                                     

 

Rujukan

Kardong, K.V. 2002. Vertebrates: Comparative anatomy, function, evolution. Ed. Ke-3. Boston:McGraw Hill.

Kent, G.C. & Carr, R.K. 2001. Comparative Anatomy of the Vertebrates. Ed. Ke-9. Singapore: McGraw Hill.

Liem, K.F., Bemis, W.E., Walker, W.F. & Grande, L. 2001. Functional Anatomy of the Vertebrates: An Evolutionary Perspective. Ed. Ke-3. New York: Harcourt College Publishers.

Zalisko, E.J. and K.V. Kardong. 1998. Comparative Vertebrate Anatomy _ A Laboratory Dissection Guide. Iowa:Wm. C. Brown Publishers.

STAB3222 Kelakuan Haiwan

Sains kelakuan haiwan dijelaskan dari sudut asal usulnya dan kegunaannya pada masa sekarang. Perkembangan kelakuan pada haiwan, hubungkait stimulus dan sambutan, motivasi, kelakuan komunikasi, pembelajaran haiwan, kelakuan-kelakuan sosial dan evolusi kelakuan dihuraikan. Ekologi kelakuan menghuraikan nilai kemandirian kelakuan kepada haiwan. Cara kelakuan menyumbang kepada kemandirian dan pembiakan haiwan bergantung kepada ekologinya. Kelas-kelas amali bermatlamat untuk menyediakan pelajar dengan ketrampilan asas bagi mengkaji kelakuan haiwan dan untuk memahami melalui pemerhatian, konsep-konsep asas dalam bidang etologi.

Rujukan

Drickamer, L.C., Vessey, S.H. & Meikle, D. 1996. Animal Behaviour: Mechanism, Ecology and Evolution. Ed. Ke-4. New York:Wm. C. Brown Publishers.

Grier, J.W., Burk, T. 1992. Biology of Animal Behaviour. Ed. Ke-6. New York: Wm.C. Brown Publishers.

Martin, P. & Bateson, P. 1993. Measuring Animal Behaviour: An Introductory Guide. Ed. Ke-2. Cambridge University Press.

McFarland, D. 1996. Animal Behaviour: Physiology, Ethology & Evolution. Ed. Ke-2. Longmans.

Manning, A. & Dawkins, M.S. 1992. An Introduction to Animal Behaviour. Ed. Ke-4. Cambridge University Press.

STAB3302 Biakbaka Tumbuhan

Kursus ini membincangkan penggunaan prinsip-prinsip genetik alam pembiakbakaan dan pembaikan tanaman. Aspek-aspek utama lain termasuk prinsip dan objektif pembiakbakaan; konsep pusat asas/kepelbagaian; sumber genetik tumbuhan; pencapaian pembiakbakaan tanaman di Malaysia; ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif tanaman; perwarisan dan kebolehwarisan; sistem pembiakan tanaman; tanaman pengenalan; pemilihan kasar; penghibridan; kaedah-kaedah pembiakbakaan tanaman-tanaman pedebungaan sendiri, pendebungaan kacuk dan perambatan tampang (pengklonan); pemilihan-pemilihan pedigri dan pukal; kacukan balik dan pembiakbakaan kerintangan; warisan-warisan tulen dan berganda; pemilihan ulangan; kecergasan hibrid dan pembiakbakaan dalam; varieti hibrid dan sintetik; pengunaan mutasi dan poliploidi; dan masa depan pembiakbakaan tanaman.

Rujukan

Allard, R.W. 1999. Principles of Plant Breeding. Ed. Ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Simmonds, N.W. and Smart, J. 1999. Principles of Crop Improvement. Ed. Ke-2 Oxford: Blackwell Science.

Poelhman, J.M. and Sleeper, D.A. 1995. Breeding of Field Crops. Ames: Iowa State University Press.

Borojevic, S. 1990. Principles and Methods of Plant Breeding. Amsterdam: Elsevier.

Yap, T.C. , Chai, M, and Saad, M.S. 1990. Pembiakbakaan Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAB3312 Biakbaka Haiwan

Kursus ini membincangkan aspek-aspek konvensional dan moden dalam pembiakan haiiwan. Tajuk-tajuk utama ialah: sumber genetik dan pengeluaran haiwan ternakan; pembasmian gen-gen maut; pemahagian nilai dan varians fenotip kepada komponen-komponennya; konsep-konsep kebolehwarisan dan kebolehulangan; anggaran nilai biakbaka; gerakbalas terhadap pilihan; gerakbalas berkorelasi; pilihan serentak untuk beberapa ciri dan penggunaan indeks; biakbaka dalam dan biakbaka kacuk; ovulasi berganda dan pemindahan embrio; pengasingan seks pada semen dan embrio; polimorfisme dan pemilihan berpandukan penanda; dan haiwan transgenik.

Rujukan

Barker, J.S.F., Hammond, K. & McClintock, A.E.(eds.) 1982. Future Developments in the Genetic Improvement of Animals. Sydney: Academic Press,

Evans, J.W. & Hollanender, A. (eds.) 1986. Genetic Engineering of Animals. New York. Plenium Press.

Falconer, D.S. 1967. Introduction to Qualitative Genetics. Oliver and Boyd, Edinburgh.

Lasley, J.R. 1987. Genetics of Livestock Improvement. Ed. Ke-4.New Jersey:Prentice-Hall,

Nicholas, F.W. 1996. Introduction to Veterinary Genetics. New York:Oxford University Press.

Pirchner, F. 1983. Population Genetics in Animal Breeding. Plenum Press, New York.      

                                                                                     

 

STAB3343 Sistematik Molekul

Kursus ini membincangkan penggunaan teknik molekul dalam kajian sistematik tumbuhan dan haiwan. Sumber variasi DNA dari genom nuklear, kloroplas dan mitokondria dibincangkan dari segi perwarisan, kadar mutasi, jenis mutasi dan penggunananya dalam menyelesaikan maslaha sistematik. Konsep filogeni dan konsep pohon spesies-pohon gen adalah penting dan turut diberikan penekanan. Pelbagai kaedah pembinaan pohon filogeni dan analisis statistik akan dijelaskan.

Rujukan

Desalle, R., G. Grirbet, W. Wheeler and G. Giribe. 2002. Techniques in Molecular Systematics and Evolution. Springer Verlag

Nei, M. and S. Kumar. 2000. Molecular evolution and phylogenetics. Oxford University Press.

Judd, W.S., C.S. Campbell, E.A. Kellogg, P.F. Stevens and M.J. Donoghue. 2002. Plant Systematics: A Phylogenetic Approach. Sinauer Associate, Inc.

Hollingsworth, P.M., R.M. Bateman and R.J. Gornall (Eds.). 1999. Molecular Systematics and Plant Evolution. Taylor and Francis.

Kitching, I.J., P.L. Forey, C.J. Humphries and D.M. Williams. 1998. Cladistics _ the theory and practice of parsimony analysis. Ed. Ke-2. Oxford: Oxford University 01Press.

STAB3992 Latihan Ilmiah I

STAB3994 Latihan Ilmiah II

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada alam penyelidikan. Pelajar akan mengendalikan satu projek penyelidikan di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Kursus ini meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis dan perumusan kesimpulan. Hasil projek ditulis sebagai satu laporan format yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan Seminar

b) Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelidikan

c) Persembahan Laporan Projek

d) Pemeriksaan Lisan

GEOLOGI

STAG1002 Hablur dan Kimia Hablur

Pengenalan hablur, proses perbentukan hablur, morfologi luar hablur, penamaan muka hablur dan penunjuk Miller, unit sel dan susunan atom dalam hablur, pengenalan kepada kristalografi; paksi rujukan hablur, unsur-unsur simetri, pengelasan hablur, unjuran sterografi. Huraian atom; ikatan antara atom; skala keelektronegatifan Pauling; struktur-struktur hablur ; padatan rapat; struktur -struktur unsur logam; pengkooordinatan; nisbah jejari; persembahan struktur hablur; struktur-struktur sebatian mudah. Pengelasan mineral silikat mengikut struktur; mineral pembentuk batuan. Amali melibatkan pengenalan hablur, Pembinaan dan pentafsiran unjuran stereografi yang mudah, mengira rumus mineral dan nombor Z daripada analisis kimia.

Rujukan

Berry, L.G., Mason, B. & Dietrich, R.V. 1983. Mineralogy Concepts, Descriptioan and Determinations. San Fransisco: W.H. Freeman.

Evans, A.M. 1966. An Introduction to Crystal Chemistry. Cambridge: Cambridge University Press.

Klein, C. & Hurlbut, C.S. 1985. Manual of Mineralogy. New York: John Wiley& Sons.

Mason, B. & Berry, L.G. 1968. Elements of Mineralogy. San Francisco: W.H. Freeman & Co.

Phillips, W.J. & Phillips, N. 1980. An Introduction to Mineralogy for Geologists. Chichester: John Wiley and Sons.

STAG1003 Mineralogi Optik

(Prasyarat STAG1002)

Teori penyediaan keratan nipis batuan. Pengenalan bahagian-bahagian dan fungsi mikroskop pengutub. Konsep pergerakan cahaya dalam mineral serta kaitan dengan sistem mineral. Pembiasan dan indeks biasan. Kefahaman cerapan dengan cahaya terkutub mensatah dan pengutub bersilang, dwirefringens. Ujikaji dengan kalsit. Indikatriks dan warna gangguan. Perbezaan dan perkaitan sifat optik menerusi ortoskop dan konoskop. Pengenalan mineral berdasarkan sifat-sifat optik : kumpulan silika, mika, felsfar, amfibol, piroksen, olivin, karbonat dan mineral lain. Kursus ini meliputi kelas teori dan amali.

Rujukan

Kerr, P.F.1977. Optical mineralogy. New York: McGraw-Hill. Atau terjemahannya oleh Abdul Aziz Husin. 1993. Mineralogi optik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Phillips, W.R. & Griffen, D.T. 1981. Optical Mineralogy the Nonopaque Minerals. San Francisco: W.H. Freeman & Co.

Pichler, H. & Schmidt-Riegraf, C. 1997. Rock Forming Minerals in Thin Section.

London: Chapman & Hall.

Syed Sheikh Almashoor. 1990. Pengenalan Mineralogi Optik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahlstrom, E. 1979. Optical Crystallography. N. York: John Wiley & Son.

STAG1012 Mineral dan Batuan

Pengenalan, penakrifan, kepentingan mineral dan sifat-sifat mineral, penentuan mineral pembentuk batuan, kuarza, felspar, amfibol, piroksin, biotit, karbonat, turmalin, garnet dan zirkon; mineral ekonomi dan mineral industri. Kitar batuan; asal mula batuan igneus, kewujudan, tekstur dan pengelasannya. Asal mula batuan endapan, fitur, struktur, dan pengelasannya. Batuan metamorf, konsep asas metamorfisme, jenin-jenis batuan metamorf, metasomatisme dan pengelasan batuan metamorf. Kepentingan ekonomi batuan igneus, enapan dan metamorf. Amali melibatkan pengenalan mineral pembentuk batuan dan mineral aksesori, mineral bijih dan mineral industri. Pengenalan batuan igneus, metamorf dan enapan berasaskan kepada contoh tangan.

Rujukan

Berry, L.G., Mason, B. & Dietrich, R.V. 1983. Mineralogy: Concepts, Description and Determinatons. San Fransisco: W.H.Freeman.

Klein, C. & Hurlburt, C.S. 1993. Manual of Mineralogy. New York: John Wiley & Sons

Leet, L.D., Judson, S & Kauffman, M.E. 1982. Physical Geology. Ed. Ke-2, New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Press, F. & Siever, R. 1982. Earth. Ed. Ke-3. San Francisco: W.H. Freeman & Co.

Watson, J. 1979. Rocks and Minerals. London: George Allen & Unwin. Atau terjemahannya oleh Syed Sheikh Almanshoor. 1990. Batuan dan Mineral. Kuala Lumpur: Desan Bahasa dan Pustaka.

 

STAG1022 Geomorfologi dan Amali Peta

Konsep-konsep geomorfologi; proses geomorfologi (proses epigen, termasuk proses-proses luluhawa, susutan darat, hakisan, proses hipogen dan proses ekstraterestrial); kitaran geomorf fluvial (konsep, perkembangan lembah, pengelasan lembah, rupa susunan lembah, kitaran fluvial sempurna dan lain-lain); kitaran terganggu (peremajaan, tanda-tanda peremajaan); pengenapan sungai (sebab-sebab berlaku pengenapan, bentuk-bentuk rupa bumi); peneplain; pantai (ombak sebagai agen hakisan, pengelasan pantai); kitaran geomorfologi kawasan gersang, karst, glasier ; morfologi kubah, lipatan, sesar dan gunung berapi. Prinsisp dan cara membina dan membaca peta topografi dan geologi; keratan topografi dan geologi; pengenalan kepada peta geologi khas seperti peta geologi bawah tanah, geologi struktur dan lain lain.

STAG 1022 Geomorphology and Map Practical

Geomorphological concepts; geomorphological processes (epigenetic processes, including weathering processes, mass wasting, erosion, hypogenetic and extraterrestrial processes); geomorphic fluvial cycles (concepts; valley development, valley classification, valley patterns, etc); disturbed cycles (rejuvenation, evidence of rejuvenation); fluvial sedimentation (factors, morphology); peneplain; coastal processes (waves as agent of erosion, beach classification); geomorphic cycles in arid regions, karst, glaciers; dome morphology, folds, faults and volcanoes. Principles and methods of construction and interpretation of topographic and geologic maps; topographic and geologic cross-sections; introduction to specific geologic maps such as subsurface geologic maps; structural geology maps, etc.

Rujukan

References

Mohamad Ali Hasan 1986. Latihan Pengenalan kepada Peta-Peta Geologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Platt, J.I. and Challinor J. 1974. Simple Geological Structures. London: George Allen & Unwin. Or translation by Mohamad Ali Hasan 1984. Struktur Geologi Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Simpson, B. 1968. Geological Maps. London: Pergamon Press. Or translation by Mohamad Ali Hasan 1986. Peta-peta Geologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Tjia, H.D. 1984. Latihan Peta Geologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tjia, H. D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

STAG1032 Geologi Fizik

Pengenalan geologi, sistem sains bumi:litosfera, biosfera, atmosfera, hidrosfera, Skop geologi, sistem suria dan kedudukan bumi, sifat fizik dan kimia bumi, struktur keseluruhan bumi, struktur dalaman bumi, seismologi, gelombang kenyal, seismologi gelombang jasad, gempa bumi, medan graviti bumi, geodesy, geomagnetisme dan medan magnet bumi. Perubahan-perubahan medan magnet bumi. Kandungan utama kerak bumi, mantel dan teras. Proses endogen; magmatisme, volkanisme. Taburan dan morfologi lautan dan daratan, kitaran batuan, teori tektonik keping, kedinamikan bumi dan perolakan mantel, perbentukan zon-zon subduksi, pemuaian dan transform, orogenesis, konsep daya, tegasan dan keterikan, perbentukan lipatan dan sesar.

Rujukan

Bott, M.H.P. 1971. Interior of the Earth. London: Edward Arnold.

Dercourt, J. & Paquet,J. 1985. Geology: Principles and Methods. London: Graham & Trotman.

Flint, R. F. & Skinner, J.B. 1977. Physical Geology. New York: John Wiley & Sons.

Garland, G.D. (Ed). 1979. Introduction to Geophysics: Mantle, Core and Crust.               London: W. D. Sauders & Co.

Strahler, A. N. 1981. Physical Geology. London: Harper & Row.

STAG1042 Geologi Samudera dan Stratigrafi

Pengenalan Geologi samudera; morfologi lautan; pinggir benua, lantai abis, permatang tengah lautan, gunung laut dan proses pembentukannya; edaran arus lautan, arus pemukaan dan arus bawah lautan. Endapan samudera; jenis-jenia endapan samudera, Pengaruh perubahan aras laut terhadap samudera. Hidupan dalam sekitaran samudera, biogeografi dan pengezonan iklim. Sejarah geologi samudera yang dirakam dalam endapan, dan sumber tabii di lantai lautan.

Batuan sebagai perakam sejarah bumi, sekitaran pengendapan, batuan, ruang, masa dan peristiwa geologi, fasies, prinsip-prinsip asas stratigrafi, litostratigrafi, biostratigrafi, kronostratigrafi, geokronologi, magnetostratigrafi, ekostratigrafi, stratigrafi isotop, stratigrafi jujukan , stratigrafi seismos, dan stratigrafi peristiwa peleraian tinggi.

Rujukan

Brenner, R.L. & Mc Hargue, T.R. 1988. Intergrative Stratigraphy: Concepts and Applicatioans. New Jersey: Prentice-Hall.

Doyle, P., Bennett, M. R. & Baxter, A.N. 1994. The Key to Earth History: An Introduction to Stratigraphy. Chichester: John Wiley & Sons.

Lemon, R.R. 1990. Principles of Stratigraphy. Columbus: Merrill Publishing Co.

Kennett. J. 1982. Marine Geology, London:Prentice-Hall.

Thurman, H.V.1991. Introductory of Oceanography. Ed. ke-6. New York: Macmillian

STAG1052 Paleontologi

Pengenalan prinsip paleontologi, proses perbentukan fosil, jenis-jenis fosil, biologi fosil, pengelasan taksonomi fosil, spesies dan hierarki taksonomi, kaedah penulisan nama spesies; paleoekologi dan sekitaran fizis fosil, faktor yang mengawal sebaran fosil, dan paleobiogeografi; Pengelasan kumpulan invertebrat, Porifera, Cnidaria, Bryozoa, Brachiopoda, Mollusca, Echinodermata, dan Arthropoda; pengenalan kepada fosil Hemichordata, Annelida, vertebrat, Planta, dan fosil surih; pengenalan mikrofosil; Foraminifera, Radiolaria, Ostracoda, konodon, polen dan spora; Kepentingan mikrofosil. Amali melibatkan pengenalan makrofosil; ciri-ciri morfologi dan pengelasan hingga peringkat order dan pengenalan fosil-fosil tempatan.

STAG 1052 Palaeontology

Synopsis. Introduction to palaeontology; fossilization process, types of fossils, biology of fossils, taxonomic classification of fossils, species and taxonomic hierarchy, writing specific nomenclature: Palaeoecology and physical environment of fossils, factors controlling fossil distribution, palaeobiogeography: Classification of invertebrate group; Porifera, Cnidaria, Bryozoa, Brachiopoda, Mollusca, Echinodermata and Arthropoda: Introduction to Hemichordata, Annelida, Vertebrata, Planta and trace fossils: Introduction to microfossils; Foraminifera, Radiolaria, Ostracoda, Conodonthoporida, pollen and spores, the significance of microfossils: Laboratory work involving identification of macrofossils, morphological characteristic, taxonomic classification up to Order level and identification of selected local fossils.

Rujukan

References:

Babin, C., 1990. Elements of Paleontology (terjemahan Mohd Shafeea Leman). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Clarkson, E. N. K., 1998. Invertebrate Palaeontology and Evolution. George, Allen & Unwin.

Moore, R. C. (editor) Treatise of Invertebrate Paleontology. Geol. Soc. America & Kansas University Press.

Murray, J. W., 1985. Atlas of Invertebrate Macrofossils. Longmann.

Nield, E. W. & Tucker, V. C. T., 1985. Palaeontology - An Introduction. Pergammon Press.

STAG1062 Mineral Ekonomi

(Prasyarat STAG1012)

Teori, penakrifan dan cakupan. Faktor-faktor ekonomi, proses pembentukan mineral-mineral bijih; proses magma, hidroterma, permukaan, jenis-jenis longgokan bijih: ortomagma, pegmatit, hidroterma, (mesoterma, epiterma), pirometasoma, greisen, porfiri, plaser, pengayaan supergen. Geologi, kepentingan ekonomi, dan pembentukan beberapa longgokan bijih utama; kromit, timah hidroterma, tungsten skarn, greisen, plaser, bauksit, pengayaan supergen. Kepentingan, geologi dan pembentukan beberapa longgokan mineral industri lazim; mineral-mineral baja, kimia, bahan las, bahan binaan, batu permata, seramik, dll.

Amali: Kira-kira enam kali. Merangkumi penentuan mudah mineral bijih dan mineral industri pada spesimen tangan dan butiran mineral berat mikroskop binokular.

Rujukan

Barnes, J.W. 1988. Ore Minerals- Introducing Economic Geology. Milton Keynes: Open University Press.

Berry, L.G., Mason, B. & Dietrich R.V. 1995. Mineralogy: Konsep, Pemerihalan dan Penentuan. Mineralogy: Concept, Description and Determinations. San Francisco: W.H. Freeman. Atau terjemahannya Wan Fuad Wan Hassan dan         

Kadderi Md. Desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evan, A.M. 1989. Pengantar Geologi Bijih. Penterjemahan: Wan Fuad Wan Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Venders, I & Kerr, P.F. 1967 Mineral Recognition. New York: John Wiley & Sons.

Wan Fuad Wan Hassan (penyelaras) 1987. Geologi dan Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

STAG1072 Geologi Kejuruteraan

Takrif geologi kejuruteraan, skop dan perkaitannya dengan bidang geosains dan kejuruteraan. Konsep-konsep asas geologi kejuruteraan, sistem pengelasan bahan dan jasad bumi. Pencirian fizis dan mekanik bahan dan jasad bumi. Input geologi kejuruteraan untuk pembinaan kejuruteraan. Geologi kejuruteraan dan sekitaran, kaedah penyiasatan geologi kejuruteraan, pemetaan geologi kejuruteraan. Kestabilan cerun, penerowongan dan binaan bawah tanah. Geologi kejuruteraan empangan. Penyiasatan pendasaran, penerokan bahan binaan dan perancangan rantau.

STAG 1072 Engineering Geology

Defination of Engineering Geology, scope and relationship with other fields of geoscience and engineering. Basic engineering geological concepts, classification system of earth materials and mass. Physical and mechanical characteri sation of earth materials and mass. Engineering geological input for engineering construction. Engineering geology and environment, engineering geological investigation techniques engineering geological mapping. Slope stability, tunneling and subsurface investigation, construction material exploiation and regional planning.

Rujukan

References

Attewell, P.B. & Farmer, I.W. 1976. Principles of Engineering Geology. London:

Chapman & Hall.

Bell, F.G.1980. Engineering Geology and Geotechnics. London-Boston: Newness-Butterworths.

Goodman, R.E.1989. Introduction to Rock Mechanisc. New York: John Wiley & Sons.

Wittle, W. 1990. Rock Mechanisc: Theory and Applications with Case Histories. Berlin: springer-Verlay.

Zaruba, Q & Mench, V. 1976 Engineering Geology. Amsterdam: Elsevier.

STAG2002 Geologi Struktur

(Prasyarat STAG 1022)

Kaedah dalam geologi struktur; pengelasan struktur dalam geologi; struktur akibat pengenapan dan canggaan; pengenalan jenis-jenis analisis; analisis tegasan, faktor yang mempengaruhi canggaan, asas-asas canggaan; retakan, kekar dan pengelasanya, tanda satah kekar, analisis retakan, rekahan, jenis sesar tanda-tanda sesar, lipatan, dan perbentukannya, foliasi dan ira. Struktur pada batuan hablur; struktur besar dan struktur minor. Amali meliputi kaedah menganalisis dan mentafsir data struktur dengan bantuan unjuran sama-luas. Mentafsir struktur dan peta geologi dan singkapan, contoh tangan batuan dan gambarajah blok. Amali melibatkan cerapan struktur geologi di lapangan.

Rujukan

Davis, G.H. 1984. Structural Geology of Rocks and Regions. New York: John Wiley & Sons.

Hatcher, R.D. 1990. Structural Geology: Principles, Concepts and Problem. Ohio Merrill Publishing Co.

Hills,E.S. 1972. Elements of Structural Geology. London: Chapman & Hall. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Abdullah & Zaiton Harun. 1994. Unsur Geologi Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Park , R.G. 1983 . Foundations of Structural Geology. London: Blackie & Sons.

Wilson, G. 1982. Introduction to Small - scale Geological Structure. London: G. Allen & Unwin.

STAG2003 Sedimentologi

(Prakeperluan STAG1003)

Asal dan penghasilan bahan-bahan enapan. Mekanik aliran dan pengangkutan bahan-bahan enapan (oleh angin, air, glasier, arus ketumpatan) dan tekstur enapan; keliangan dan ketelapan. Struktur enapan: mekanik, biogenik, nendatan dan lain-lain. Pengelasan enapan dan batuan enapan; batuan klastik, karbonat, enapan silika, evaporit dan lain-lain. Diagenisis dan tekstur diagenesis. Pengelasan sekitaran enapan; sifat-sifat sekitaran moden termasuk fisiografi, proses, bentuk perlapisan dan taburan bentuk perlapisan, fasies; taburan dan hubungannya; jujukan fasies; mengenal dan mentafsir sekitaran enapan kuno dari singkapan, log enapan dan dsbnya.

Amali: Melibatkan kerja-kerja analisis saiz butiran, kajian tekstur dan struktur enapan dan kajian petrografi jenis-jenis batuan enapan yang biasa dan yang khas. Lawatan lapangan ke kawasan terpilih akan dikendalikan.

Rujukan

Boggs, S. 1987. Principles of Sedimentology and Stratigraphy. Columbus: Merrill Publishing Co.

Leeder, M.R. 1982. Sedimentology: Process and Product. London: Chapman and Hall.

Lewis, D.W. & McConchie, D. 1993. Analytical Sedimentology. New York: Chapman and Hall.                                                           

Reading, H.G. 1986. Sedimentology Environments and Facies. Ed. Ke-2. London: Blackwell.

Selly, R.C. 1988 . Applied Sedimentology. London:Academic Press.

STAG2012 Geofizik

Fizik Bumi: struktur, komposisi dan perkembangan dalaman bumi. Pengenalan kepada kaedah-kaedah geofizik untuk penjelajahan: prinsip dan kaedah graviti, prinsip dan kaedah magnet, kaedah kerintangan geoelektrik, kaedah dan pentafsiran seismos biasan dan pantulan, elektromagnet dan kaedah pengkutuban teraruh. Kaedah in digunakan sebagai asas umum untuk membuat tafsiran data lapangan. Amali berbentuk ilustrasi operasi lapangan alat-alat geofizik (meter graviti, meter magnet, meter kerintangan dan meter seismos) Pelajar didedahkan kepada penggunaan peralatan tersebut di lapangan untuk mendapatkan data dan membuat pentafsiran bagi sesuatu kawasan tertentu. Penyelesaian kajian contoh/kasus sejarah dilakukan di makmal.

Rujukan

Abdul Rahim Samsudin. 1990. Geofizik - Konsep dan Penggunaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bott, M.H.P. 1971. Interior of the Earth. London: Edward Arnold.

Garland, G.D. (Ed.). 1979. Introduction to Geophysics: Mantle, Core and Crust. London: W D Sauders & Co.

Keary, P. & Brooks, M. 1984. An Introduction to the Geophysical Exploration. London: Blackwell Scientific Publications.

Stacey, F.D. 1977. Physics of the Earth. New York: John Wiley & Sons.

STAG2013 Petrologi

(Prasyarat STAG1003)

Pengelasan dan penamaan batuan igneus dan metamorf berdasarkan kandungan mineral dan tekstur. Magma semulajadi; sifat, kandungan dan puncanya. Evolusi magma; diferensiasi, asimilasi dan hibridasi. Penghabluran keseimbangan dan penghabluran berperingkat dalam sistem uner dan biner mudah serta kaitannya dengan fenomena dalam batuan igneus. Konsep-konsep asas: metamorfisme rantau progresif, gred, isograd, isoterma, isobar, zon, fasies, siri fasies, metamorfisme jenis tekanan, garis peralihan K-A, jalur metamorf berpasangan. Tindak balas metamorf. Amali melibatkan teknik petrografi asas seperti pewarnaan dan pembilangan titik pada singkapan, contoh tangan mahupun keratan nipis, serta penghuraian bersistem batuan yang biasa di bawah mikroskop dan pengelasannya. Beberapa penafsiran asalmula dan evolusi batuan igneus dan batuan metamorf berdasarkan kajian mikroskop dan data komposisi kimia juga diamalikan.                                                     

                                                                                     

 

                                                                                      

Rujukan

Hamzah Mohamad. 1990. Bimbingan Amali Petrografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hatch, R., Wells, A.K. dan Wells, M.K. 1979. Petrology of the Igneous Rocks. Ed. ke-13. London: George Allen & Unwin .

Hughes, C.J. 1982. Igneous Petrology. New York: Elsevier.

Mason, R. 1990. Petrology of the Metamorphic Rocks Ed. ke-2. London: Unwin Hayman. Atau terjemahan edisi pertama oleh Hamzah Mohamad. 1988. Petrologi Batuan Metamorf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

William, H., Turner, F.J. dan Gillbert, C.M. 1982. Petrography: An Introduction to the Study of Rocks in Thin Sections Ed. ke-2. San Francisco: Freeman.

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Litostratigrafi dan sebaran batuan endapan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Litostratigrafi Malaysia meliputi keperihalan ciri-ciri setiap formasi; litologi, fasies, fosil, usia sekitaran pengendapan dan korelasi dengan lain-lain formasi Litostratigrafi Semenanjung mengandungi batuan yang berusia dari Kambrian hingga ke Tertier. Stratigrafi Malaysia di bahagikan kepada tiga jalur utama; jalur barat, jalur tengah dan jalur timur. Ketiga-tiga jalur ini mempunyai litostratigrafi berbeza. Sarawak mempunyai batuan berusia dari Devon hingga Tertier. Batuan tertua terdapat di barat Sarawak. Litostratigrafi Sabah terdiri daripada batuan yang berusia dari Kapur hingga Tertiar.

Rujukan

Gobbett, D.J. & Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. New York: John Wiley & Sons.

Hutchison, C.S. 1989. Geological Evolution of Southeast Asia. London: Pergamon Press.

Jabatan Penyiasatan Kajibumi 1997. Laporan Tahunan 1997. Kuala Lumpur. Kementerian Perusahaan Utama.

Khoo,T.T. & Nutalaya,P. (eds) 1983. Proceeding of the Workshop on Stratigraphic

Correlation of Thailand and Malaysia. Kuala Lumpur: Geological Society of Malaysia.

STAG2023 Latihan Lapangan 1 dan Teknik Pemetaan

Menjelajah kawasan-kawasan di Semenajung Malaysia, biasanya di Pantai Timur, selama 8 hari di bawah penyeliaan tenaga pengajar untuk mengenal lebih dekat aspek-aspek geologi, jenis batuan, mineral, fosil, aspek geomorfologi, termasuk geologi tempatan. Pelajar dikehendaki membuat laporan bertulis.

Asas-asas pemetaan geologi. Alat-alat pemetaan, perlengkapan lapangan, buku catatan dan catatan lapangan, pemungutan sampel. Kaedah menyediakan peta dasar dengan menggunakan langkah dan kompas, dan peta topografi. Simbol geologi, peta geologi, keratan rentas, keratan stratigrafi. Amali melibatkan latihan membuat peta pelan dan topografi dengan menggunakan teknik-teknik di atas; pemetaan mengikut sungai, keratan stratigrafi. Pemetaan geologi dan keratan rentas.

Rujukan

Ahmad, F. & Almond, C., 1983. Field Mapping for Geology Students. London: GeorgeAllen & Unwin.

Barnes, J.W., 1981 . Basic Geological Mapping. New York: Halsted Press-John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Komoo, 1989. Pemetaan Geologi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. New York: John Wiley & Sons.

Gobbett, D.J. & Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. New York: John Wiley & Sons.

Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir. 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

STAG2032 Penderiaan Jauh

Pengenalan: takrif, prinsip asas, kegunaan, kelebihan dan limitasi. Fotograf udara: cirian, unsur-unsur tafsiran, pentafsiran litologi dan struktur geologi. Prinsip asas penderiaan jauh satelit: sifat fizik sinaran elektromagnet, pengaruh atmosfera ke atas sinaran elektromagnet, salingtindak sinaran elektromagnet dengan permukaan bumi. pembalikan spektrum fitur/objek. Sistem pengesan dan sistem penderiaan jauh satelit: LANDSAT, SPOT dan lain-lain. Penderiaan jauh RADAR: RADARSAT. Pemprosesan data satelit komponen utama, penisbahan, penapisan dan lain-lain. Penafsiran geologi imej satelit: litologi dan struktur.Perkembangan terkini penderiaan jauh satelit. Sistem maklumat geografi (GIS): pengenalan dan kegunaannya dalam geologi.

Amali lebih tertumpu kepada kerja pentafsiran fotograf udara bagi mendapatkan makluamat geologi. Selain itu, beberapa amali berkaitan dengan teknik pemprosesan data satelit secara digit diberikan dibahagian akhir kursus.

Rujukan

Allum, J.A.E. 1978. Photogeology and Regional Mapping. Oxford: Pergamon Press. Atau terjemahannya oleh Juhari Mat Akhir, 1989. Fotogeologi dan Pemetaan Kawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drury, S.A. 1978. Image Interpretation in Geology. London: Allen & Unwin.

Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah dan Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ray, R.G. 1960. Aerial Photographs in Geologic Interpretation and Mapping Reston, Virginia: U.S. Geological Survey Professional Paper 373.

Sabin, F.F. 1987. Remote Sensing-Principles and Interpretation. Ed. ke-2 San Fransisco: W.H.Freeman.

STAG2033 Geokimia dan Kaedah Peralatan Geologi

Geokimia cakerawala, meteorit dan bumi. Jenis-jenis magma baki; komposisi pegmatit dan aplit, gas dan wap, larutan hidroterma. Taburan unsur dalam batuan. Unsur major, minor dan surih. Luluhawa kimia, pereputan batuan dan bijih. Sifat-sifat geokimia unsur pada alam primer dan skunder. Geologi isotop. Kaitan geokimia dengan geokimia penjelajahan. Amali meliputi penyediaan sampel dan cerakinannya dengan kaedah gravimetri, titratan dan kolometri serta spektroskopi. Matlamat kursus ialah memperkenalkan teknik-teknik fotomikrografi, pemisah isodinamik, difraktometer belauan sinar-X (XRD), fotometer api (FP), spektrometer serapan atom (AAS), penganalisis CHNOS, spektrometer pendarflour sinar-X (XRF), mikropenganalisis prob elektron (EPMA), mikroskopi pengimbasan elektron (SEM), dan analisis pengaktifan neutron instrumentasi (INAA).

Rujukan

Johnson, W.M. & Maxwell, J.A. 1981. Rock and Mineral Analysis. Ed. ke-2. New York: John Wiley & Sons

Potts, P.J. 1992. A Handbook of Silicate Rock Analysis. London: Blackie Academic.

Riddle, C. (Ed.) 1993. Analysis of Geological Materials. New York: Marcel Dekker, Inc.

Krauskoff, K.B., 1979. Introduction to Geochemistry. New York: McGraw-Hill.

Mason, B.& Moore, C.B., 1982. Principles of Geochemistry. New York: John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Wan Fuad Wan Hassan & Alias Salleh, 1989. Prinsip-prinsip Geokimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAG2042 Sumber Bumi Malaysia dan Latihan Lapangan II

(Prakeperluan STAG2023)

Mineral ekonomi Malaysia; sejarah penjelajahan, taburan pemineralan primer dan longgokan sekunder di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perlombongan timah, besi, tembaga, emas, unsur-unsur lain. Prospek mineral ekonomi dan ekonomi Malaysia. Perusahaan petroleum di Malaysia; sejarah penjelajahan, stratigrafi luar pantai dan pengumpulan minyak, taburan perangkap, medan minyak dan gas, simpanan dan pengeluaran minyak dan gas. Prospek minyak dan gas.

Melakukan kerjaluar di bawah penyeliaan tenaga pengajar sekurang-kurangnya selama tujuh hari, biasanya di baratlaut Semenanjung. Tumpuan kajian ialah kepada litostatigrafi, sedimentologi dan geomorfologi, Struktur utama, kegiatan igneus dan metamorfisme juga dibincang bagi tempat-tempat terpilih. Pelajar dikehendaki membuat laporan lapangan bertulis.                 

                                                                                      

                                                                                      

Rujukan

Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. New York: John Wiley & Sons.

Gobbett, D.J., & Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. N. York: Jonn Wiley & Sons.

Hutchison, C.S. 1989. Geolgical Evolution of Southeast Asia. London: Pergamon Press.

Jabatan Penyiasatan Kajibumi 1997. Laporan Tahunan 1997. Kuala Lumpur. Kementerian Perusahaan Utama.

Khoo,T.T. & Nutalaya,P. (eds) 1983. Proceeding of theWorkshop on Stratigraphic Correlation of Thailand and Malaysia. Kuala Lumpur: Geological Society of Malaysia.

STAG2812 Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat untuk Geosains

Asas komputer dan peralatan dalam komputer. Asas geostatistik dan geomatematik dalam geologi. Teknik memproses data hidrogeologi. Teknik memproses imej dan pentafsiran gambar udara dan penderiaan jauh. Geomatematik dan geologi perlombongan. Instrumentasi dan pemodenlan sekitaran pengenapan dan korelasi stratigrafi.

Rujukan

Davis, J.C. 1973. Statistics and Data Analysis in Geology. New York: John Wiley & Sons.

Hanley & Merriam, D.F. 1986. Microcomputer Application in Goelogy. Oxford: Pergamon Press.

Merriam, D.F. 1969. Computer Application in the Earth Sciences. New York: Plenum Press.

STAG2813 Latihan Pemetaan

(Prasyarat STAG2023)

Menjalankan pemetaan selama 2 minggu di kawasan yang ada batuan igneus, endapan dan metamorf secara beramai-ramai di bawah bimbingan tenaga pengajar. Untuk setiap jenis batuan di atas, pemetaan ditekankan kepada kefahaman perkaitan antara taburan litologi dan struktur tektnonik, jenis-jenis litologi, struktur dalaman dan komposisi. Membuat nota-nota lapangan yang menekankan kepada perkara yang telah disebut, termasuk yang dilihat di lapangan (mengikut skala) dan yang ditafsirkan (tidak mengikut skala). Di akhir kerja lapangan pelajar dikehendaki menyediakan laporan dalam masa dua hari.

Rujukan

Barnes, J.W., 1981. Basic Geological Mapping. New York: Helsted Press-John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Komoo, 1989. Pemetaan

                                                                                      

Geologi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. New York: John Wiley & Sons.

Fry, N., 1985. The Field Description of Metamorphic Rock. Milton Keynes: Open University Press dan New York: Halsted Press-John Wiley & Sons.

Thorpe, R.S. dan Brown, G.C., 1985. The Field Description of Igneous Rocks. Milton Keynes: Open University Press dan New York: Halsted Press-John Wiley & Sons.

Tucher, M., 1985. The Field Description of Sedimentary Rocks. Milton Keynes: Open University Press dan New York: Halsted Press-John Wiley & Sons.

STAG3002 Geologi Petroleum

Asal, pematangan, penghijrahan dan penambahan hidrokarbon. Pengenalan kepada geokimia petroleum, penejelajahan geofizik (penyiasatan seismos, graviti dan magnet. Rakaman `wireline', dll) dan geologi bawah tanah (termasuk sifat-sifat takungan dan pelbagai jenis perangkap). Lembangan-lembangan pengenapan dan pengelasannya. Sifat-sifat petrofizik batuan takungan. Morfologi dan genesis, keporosan batuan takungan serta kaitannya dengan isi kandungan, tekstur dan diagenesis. Aspek penggerudian, analisis lubang korek dan anggaran simpanan. Kajian kasus dari medan-medan minyak di Malaysia.

Rujukan

Berg, R.R. 1986. Reservoir Sandstone. New Jersey: Prentice Hall Inc.

North, F.K. 1985. Petroleum Geology. London: George Allen & Unwin.

Selly, R.C. 1985. Elements of Petroleum Geology. San Fransisco: W.H. Freeman.

Tissot, B.P. dan Welte, D.H. 1978. Petroleum Formation and Occurance. Berlin: Springer-Verlang.

Tyson, R.V. 1995. Sedimentary organic matter. London: Chapman and Hall.

STAG3003 Geotektonik dan Geologi Sejarah

Sifat-sifat utama litosfera dan astenosfera; teori tektonik keping yang meliputi rantau menumpu, subduksi, prisma akresi, arka magma, lembangan pinggir, ofiolit, orogeni, pelanggaran dengan contoh-contoh dari Asia Tengah dan Asia Tenggara, kepingan mencapah ciri ciri umum, Basin and Range, Rekahan Afrika Timur, ciri ciri tektonik sesar mendatar, lembangan pull-apart, dan pengangkatan di rantau sesar mendatar; tektonik intrakeping ciri-ciri umum dan contoh; Tektonik Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sejarah perkembangan bumi sejak daripada perbentukannya, perubahan atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera,

paleogeografi bumi, sejarah perkembangan hidup-hidupan.

Rujukan

Condie, K.K. 1997. Plate Tectonics and Crustal Evolution. Ed. Ke-4. Oxford: Butterworth Heinmann.                                                     

                                                                                      

Kennett, J. 1982. Marine Geology . New Jersey: Prentice Hall.

Mintaz, I.W. 1972. Historical Geology. Columbus: Merrill Publ. Co.

Shea, J.H. 1985. Plate Tectonics. New York: VNR.

Tjia, H.D. 1990. Tektonik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

STAG3012 Petrologi Batuan Endapan

(Prasyarat STAG1003 Mineralogi Optik)

Pengenalan batuan endapan. Pengelasan batuan klastik, piroklastik dan batuan bukan klastik. Gred, isihan dan komposisi. Mineralogi. Tekstur endapan dan tekstur genesis. Struktur endapan; endapan rudit dan pengelasannya; endapan arenit, argilit dan pengelasannya; Batu kapur; kandungan, pengelasan dan diagenesis. Batu kapur magnesian dan dolomit. Batuan bersilika, endapan berkarbon, fosfat, dan endapan evaporit. Penggunaan maklumat struktur primer, dan petrografi untuk membuat tafsiran fasies, persekitaran endapan dan paleogeografi.

Rujukan

Greensmith, J.T. 1981. Petrology of the Sedimentary Roc. London: George Allen & Unwin.

Pettijohn, F.J. 1975. Sedimentary Rocks, Ed. ke-3. New York: Harper and Row.

Pettijohn, F.J., Potter, P.E. dan Siever, R. 1987. Sand and Sandstone Ed. ke-2. Berlin: Springer-Verlag .

Reading, H.G. (Ed.) 1986 Sedimentary Environments and Facies, Ed. ke-2. Oxford: Blackwell.

Tucker, M.E. 1991. Sedimentary Petrology. Ed. ke.2. London: Blackwell Scientific.

STAG3013 Geologi Ekonomi dan Mikroskopi Bijih

(Prasyarat STAG1062 Mineral Ekonomi)

Teori: Teori genesis bijih. Kimia dan peranan larutan hidroterma. Sekitaran longgokan bijih: kaitan dengan litologi. Tektonik keping, struktur, Usia, stratigrafi dan paleogeografi. Geologi, kepentingan dan pembentukan beberapa longgokan bijih penting: nikel primer dalam larutan batuan ultrabes, sulfida masif, longgokan bentuk strata dan apit strata, kuroko, formasi besi berlapis, emas dalam konglomerat Prakambrium, emas dan timah hiroterma. Geologi, ciri-ciri dan kepentingan ekonomi mineral industri utama: lempung, batu kapur dan batu dimensi.

Amali: Kira-kira enam amali. Penentuan mineral-mineral bijih dan mineral industri pada spesimen tangan. Penentuan sekitaran geologi berdasarkan tekstur, mineralogi dan kesatuan mineral. Penentuan mineral legap lazim dengan menggunakan mikroskopi bijih.                                          

                                                                                      

              

Rujukan

Cronan, D.S. 1980. Underwater Minerals. London: Academic Press.

Evans, A.M. 1989. Pengantar Geologi Bijih. Penterjemahan: Wan Fuad Wan Hassan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hutchison, C.S. 1983. Economic Deposits and Their Tectonic Setting. London: Macmillan Press.

Jensen, M.L. and Bateman, A.M. 1981. Economic Mineral Deposits. Ed. ke-3. Chichester: John Wiley and Sons.

Lefond, S.J. (Ed) 1975. Industrial Minerals and Rocks. New York: American Institute of Mining, Metallurgical and Petroleum Engineers.

STAG3022 Mikropaleontologi

Pengenalan dan pengelasan fosil mikro; Kumpulan mikrofosil terdiri daripada kumpulan Protista seperti Dinoflagellata, Acritarcha, Silicoflagelata, Diatom, Coccolith (Nannofosil), Tintinnids, Radiolaria, Foraminifera, Chitinozoa. Pengenalan kepada Conodontophorida dan Ostrocoda. Pengenalan kepada palinologi meliputi kajian spora dan debunga. Kursus ini membahas pengelasan (taksonomi), biostratigrafi, paleoekologi, paleobiogeografi dan lain-lain kepentingan setiap kumpulan mikrofosil tersebut. Amali melibatkan pemprosesan sampel yang diperolehi di lapangan, pengenalan dan pengelasan fosil mikro, setiap mikrofosil diperihalkan morfologi dan julat usianya.

Rujukan

Bignot, G. 1985. Elements of Micropalaentology. London:Grahman and Trotman.

Brasier, M.D. 1980. Microfossils. London: George Allen & Unwin.

Haq, U.B. & Boersma, A. 1978. Introduction to Marine Micropaleontology. New York: Elsevier.

Haynes, R.J. 1981. Foraminifera. New York: Halstead Press.

Moore, R.C. (Ed.) 1964. Treatise on Invertebrate Palaentology (Bhg.C, Jilid 1 & 2). Kansas: Geol. Soc. of America & University of Kansas Press.

STAG3023 Mekanik Tanah dan Fizikokimia Tanah dan Mineralogi Lempung

Sifat sifat tanah; pemadatan; konsep tegasan berkesan;aliran air tanah; pemejalan dan penurunan tanah; kekuatan ricih;perusahaan kejuruteraan. Amali melibatkan ujikaji parameter mekanik tanah. Tanah dan lempung sebagai komponen utama kerja kejuruteraan. Sifat fizik dan kimia tanah merangkumi sifat taburan saiz butiran, ketumpatan, luas permukaan, jerapan dan pertukaran kation, pH dan sifat-sifat lain yang berkaitan dengan keseimbangan fiziko kimia dan kestabilan bahan. Lempung sebagai komponen utama bahan tanah dikaji dari aspek kekristalan dan mineralogi, dengan tumpuan kepada mineralogi lempung hasil luluhawa batuan kawasan tropika dan kaitannya dengan kerja-kerja kejuruteraan.                                                                   

                                                                                      

 

                                                                                      

Rujukan

Craig, R.F. 1978. Soil Mechanics. London: ELBS Van Nortrand-Reinhold.

Grim, R.E. 1968. Clay mineralogy. New York: McGraw-Hill.

Hanks, R.J. dan Ashcroft, R.J. 1980. Applied Soil Physics. Berlin: Springer-Verlag.

Shamsudin Jusoh 1981. Asas Sains Tanah. Kuala Lumpur: Dewn Bahasa dan Pustaka.

Tan, K.H. 1982. Principles of Soil Chemistry. New York: Marcel-Dekker.

STAG3032 Dinamik Geosekitaran

Konsep geosekitaran meliputi perbincangan mengenai kedinamikan sfera bumi akibat daya dan geokimia dalaman bumi yang ditafsirkan melalui fahaman seismologi, graviti, kemagnetan olahan haba dan bahan. Kedinamikan, magnitud dan frekuensi fenomena geologi seperti perubahan paras laut dan pencairan glasier. Konsep masa, ruang dan kadar perubahan seperti seperti perubahan cepat oleh angin troposfera atau gempa bumi dan kadar perubahan lambat seperti pemendapan sedimen di lautan atau pergerakan kepingan kerak lautan. Evolusi dan taburan unsur-unsur bumi, proses-proses berkaitan sekitaran tanah, sedimen, air, udara. Konsep keseimbangan sekitaran.

Rujukan

Aswathanarayana, U., 1995. Geoenvironment. An Indroduction. Rotterdam: Balkema,

Fergusson, J.E. 1990. The Heavy Elements: Chemistry, Environmental Impact and Health Effect. Oxford: Pergamon Press.

Goude, A. 1984. Environmental Change. Oxford, Clarendon Press.

Vita-Finzi, C., 1986. Recent earth movements, London: Academic Press

Turcotte, D. L., and Schubert, G., 1982 Geodynamics: Applications of Continuum Physics to Geological Problems, New York: John Wiley.

STAG3033 Teknik dan Stratigrafi Kuaterner

Teknik yang terlibatkan dalam kajian geologi Kuaterner merangkumi teknik geofizik, seperti seismos dan geoelektrik; penggerudian, survey aras, persampelan untuk analisis usia. Analisis makmal, analisis saiz butiran, kandungan karbonat, kandungan humik, garam. Analisis mikrifauna dan flora. Analisis mineral berat, analisis geokimia, tafsiran data dan penyediaan peta geologi Kuaterner. Stratigrafi Kuaterner global, kaedah penentuan usia, tabii dan ciri ciri Kuaterner, bukti-bukti perubahan iklim dan aras laut, penyebab perubahan iklim dan aras laut, kesan perubahan aras laut, stratigrafi Kuaterner Malaysia, sejarah dan korelasi stratigrafi Kuaterner Asia Tenggara.      

                                                                                      

 

Rujukan

Bowen, D.Q. 1978. Quaternary Geology. London: Pergamon.

Catt, J.A. 1988. Quaternary Geology for Scientists and Engineers. Chichester: Ellis Harwood Ltd.

Tucker, M. 1992 . Techniques in Sedimentology. London: Blackwell Scientific Inc.

Suntharalingam, T. Loh, C.H. Ismail Iman, Kamaludin Hassan dan Bosch, J.H.A. 1987. A manual of Quaternary Geology Methods. GSM Rep.QG/1

Van Couvering, J.A.1997. The Pleistocene boundary and the Beginning of the Quaternary. Canbridge: Cambridge University Press.

STAG3042 Isu sekitaran, Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Sekitaran

Konsep Geosekitaran. Isu sekitaran yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan, kuari, pembinaan kejuruteraan, logi perindustrian, pertanian, pelancongan dan infrastruktur. Kesan dan langkah pencegahan dan penebatan. Prosedur penilaian dampak alam sekitar (EIA) di Malaysia. Input geosains. Pemonitoran aspek geosains. Pengenalan dan konsep asas hidrogeologi. Kepentingan air kepada tamadun manusia. Kitaran hidrologi. Keliangan dan ketertelapan. Jenis lapisan pekandung air. Hukum Darcy. Kaedah penentuan ketertelapan. Sifat air sebagai pelarut istimewa dan larutan dalam air. Hidrokimia. Penjelajahan air bawah tanah.

Rujukan

Black, P.E. 1981. Environmental Impact Analysis. New York: Praeger Publishers.

Department of Environment, Malaysia. 1995. A Handbook of Environmental Impact Assessment Guidelines.

Erickson, P.A. 1979. Environment Impact Assesment: Principles and Applications. New York: Academic Press.

Munn, K.E. 1979. Environmental Impact Assessment Principles and Procedures. New York: John Wiley & Sons.

Wathern, P. (ed) 1989. Environmental Impact Assessment. London: Allen & Unwin

STAG3043 Geokimia Gunaan dan Penganggaran Longgokan

(Prasyarat STAG1062)

Pengertian geokimia penjelajahan, anomaly geokimia. Sekitaran primer dan sekunder. Sebaran dan halo geokimia: primer, sekunder, terangkut. Biogeokimia dan geobotani. Kaedah analisis dan penafsiran data. Penganggaran longgokan; tujuan penganggaran dan masalah. Mengambil contoh; lombong primer dan plaser. Mengira jumlah isispadu dan gred, gred potongan. Pengkuarian dan korekan tanah.

Amali: Analisis kolometri, elektrokimia, spektroskopi serapan atom. Analisis dan penafsiran data. Pengiraan isipadu, gred longgokan primer, plase dan batuan.    

                                                                                      

                                                                                      

Rujukan

Annels, A.E. 1991. Mineral Deposits Evaluation. London: Chapman & Hall.

Levinson, A.A. 1974. Introduction to Exploration Geochemistry. Calgary: Applied Science Publishing Ltd.

Reedman, J.H. 1979. Techniques in Mineral Exploration. London: Applied Science Publishing Ltd.

Rose, A.W., Hawkes, H.E. dan Webb, J.S. 1981. Geochemistry in Mineral Exploration. London: Academic Press.

Tan, T.H. 1989. Kaedah Geokimia Gunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAG3052 Geologi Pemuliharaan

Pengenalan konsep Geologi Pemuliharaan; pemuliharaan tabii dan hubungannya dengan sumber geologi dan lanskap; pengertian dan mengenalpastian kepelbagaian geologi, geotapak, geotop dan warisan geologi. Beberapa warisan sejarah geologi yang dikenalpasti perlu dipulihara untuk tujuan pendidikan, penyelidikan dan pelancongan. Aspek perundangan dan pengurusan pemuliharaan sumber geologi dan lanskap. Pemetaan geologi pemuliharaan. Pengenalan kepada tapak warisan tabii dunia dan geopark. Pembangunan geologi pemuliharaan di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Kajian kes penyelidikan geologi pemuliharaan di Malaysia.

Rujukan

Bennett, M.R., Dayle, P., Larwood, D.G. & Prosser, C.D. (eds) 1997 Geology on your Doorstep: The Role of Urban Geology in Earth Heritage Conservation. London Geological Society.

Ibrahim Komoo, Mohd. Shafeea Leman, Kadderi Md.Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting) 1997. Warisan Geologi Malaysia; Geologi Pemuliharaan untuk Ekopelancongan. Bangi LESTARI.

Ibrahim Komoo & Mohd. Shafeea Leman (Penyt.) 1999 Warisan Geologi Malaysia Geologi Pemuliharaan untuk Pembangunan Geotop. Bangi: LESTARI

O' Halloran, D., Green, C. Harley, M. & Knill, J. (eds) 1994 Geological and Landscape Conservation. London: Geological Society.

Wilson, C. Doyle, P., Easterbrook, G., Reid, Elspeth, R. & Skipsey E. (eds) 1994. Earth Heritage Conservation. London: Open University.

STAG3053 Mekanik Batuan dan Hidrogeologi

Konsep daya, tegasan dan keterikan. Sifat mekanik batuan runtuh dan jasad batuan. Teori kelakuan mekanik dan teori kegagalan batuan. Mekanik batuan untuk geologi dan kejuruteraan. Amali melibatkan pengukuran sifat fizik dan mekanik batuan di makmal dan di lapangan.

Pengenalan dan konsep asas hidrogeologi . Kepentingan air kepada tamadun manusia. Kitaran hidrologi. Keliangan dan ketertelapan. Jenis lapisan pekandung air. Hukum Darcy. Kaedah penentuan ketertelapan. Sifat air sebagai pelarut istimewa dan larutan dalam air. Hidrokimia. Penjelajahan air bawah tanah.

Rujukan

Brown, E.T. 1981. Rock Characterization, Testing and Monitoring. ISRM Suggested Methods. London: Pergamon Press.

Goodman, R.E. 1989. Introduction to Rock Mechanics. N. York: John Wiley & Sons.

Hoek, E. & Bray, J.W., 1981. Rock Slope Engineering. London: Institution of Mining and Metallurgy.

Wittke, W. 1990. Rock Mechanics: The Theory and Applications with Case Histories. Berlin: Springer Verlag.

Bowen, R. 1980. Groundwater. Applied Science Publishers.

STAG3063 Sekitaran Kuaterner Tropika dan Sumber Bumi Kuaterner Malaysia

Sekitaran daratan, sekitaran pantai, sekitaran laut, proses pemendapan dan hakisan; perbentukan tanih, hakisan tanih oleh air, endapan aluvium, proses fluvial, endapan tasik, endapan gambut dan proses disekitaran pantai; perubahan aras laut, perubahan iklim masa depan, endapan laut, kepentingan ekonomi, kepentingan kejuruteraan dan peristiwa Kuaterner dan hubungan dengan bencana geologi dan kualiti alam sekitar di kawasan tropika. Sumber mineral Kuaterner, sumber endapan mineral plaser, sumber bahan binaan (agregat), sumber mineral industri, sumber air tanah dalam endapan, morfologi dan lanskap Kuaterner sebagai satu sumber warisan.

Rujukan

Bartstra, G. & Cesparie, W.A. 1981. Modern Quaternary Research in Southeast Asia. Rotterdam: A. Balkema.

Bowen, D.Q. 1978. Quaternary Geology. London: Pergamon.

Catt, J.A. 1988 Quaternary Geology for Scientists and Engineers. Chichester: Ellis Harwood Ltd.

Goude, A. 1984. Environmental Change. Oxford: Clarendon Press.

Suntharalingam, T., Loh, C.H., Ismail Iman, Kamalidin Hassan, & Bosch, J.H.A. 1987. A manual of Quaternary Geology Method. Kuala Lumpur: Geological Survey of Malaysia.

STAG3072 Geologi Sekitaran

Pengenalan geologi sekitaran. Konsep-konsep asas sekitaran. Sekitaran tanih, sekitaran air, sekitaran endapan, sekitaran udara. Penjelajahan sumber bumi dan kesan terhadap sekitaran. Geobencana; banjir, gempa bumi, letusan volkano, pencemaran sekitaran oleh proses pembangunan, pengenalpastian bahaya, langkah pencegahan dan pemuliharaan. Input geologi dan hidrogeologi dalam kajian dampak alam sekitar. Undang-undang sekitaran. Tanah runtuh. Amblesan dan kars. Hakisan perlodakan dan banjir. Pelupusan sisa. Pencemaran air. Perancangan guna tanah.

Rujukan

Aswathanarayana, U. 1995. Geoenvironment An Introduction. Rotterdam A.A.Balkema.

Attewell, P. 1993. Ground pollution-Environment, Geology, Engineering and Law. London: E & F.N. Spon.

Coates, D.R. 1981. Environmental Geology. New York: John Wiley & Sons.

Lundgren, L. 1986. Environmental Geology. New Jersey: Prentice Hall.

Keller, E.A. 1976. Environmental Geology. Columbus: Merrill Publ. Co.

STAG3082 Petrologi Lanjutan

Asas-asas termodinamik dalam petrologi. Pengelasan kimia batuan igneus. Taburan pelbagai batuan igneus dan perkaitannya dengan teori tektonik keping. Sistem terner. Asalmula granit, seinit, gabro dan piroksenit serta taraan volkano masing-masing, juga batuan-batuan lain seperti pegmatit, ofiolit dan spilit. Keseimbangan dalam batuan metamorf, gambarajah komposisi dan komposisi - paragenesis A'KF, ACF dan AFM dan penggunaan praktik masing-masing. Perubahan progresif batuan kepelitan, dolomit, batu kapur, marl, granitoid, batuan bes dan ultrabes dalam teren metamorf rantau. Geotermometri dan geobarometri. Teren-teren metamorf di Malaysia.

Rujukan

Butcher, K. dan Frey, M. 1994. Petrogenesis of Metamorphic Rocks. Ed. Ke-6. Berlin: Springer-Verlag.

Cox, K.G., Bell, J.D. & Pankhurst, R.J. 1979. The interpretation of igneus rocks. London: George Allen & Unwin.

Hughes, C.J. 1982. Igneous Petrology. Amsterdam: Elsevier.

Miyashiro, A. 1994. Metamorphic Petrology. London: University College London Press.

Tyrell, G.W. 1978. The principles of petrology. London: Chapman and Hall.

STAG3092 Mikrostruktur dan Penafsiran Peta Topografi

Konsep kesimetrian struktur; foliasi dan pengelasannya; perkaitan antara foliasi dengan struktur lain yang terbentuk di bawah kawalan sistem tegasan yang sama; lineasi dan pengelasannya; kaitan antara lineasi dengan struktur lain yang terbentuk di bawah kawalan tegasan yang sama; tanda yang terdapat di atas satah sesar dan petunjuk yang boleh digunakan untuk menentukan arah pergerakan relatif di atas satah sesar; struktur yang terbentuk dalam zon sesar dan jalur ricih; rupa susunan perbagai struktur mikro; kegunaan mikrostruktur dalam kajian stratigrafi, geologi struktur dan tektonik.

Mempelajari sifat-sifat yang ditunjukkan oleh garis kontur serta membina peta kontur; menafsir keadaan geomorfologi sesuatu kawasan dan menafsir morfologi berskala besar berdasarkan kepada maklumat garis kontur dan maklumat lain daripada peta topografi; menafsir geologi (litologi dan struktur utama) berdasarkan maklumat saliran dan bentuk muka bumi yang diperolehi daripada peta topografi sesuatu kawasan.

Rujukan

Davies, G.H. & Reynolds, S.J. 1996. Structural Geology of Rocks and Regions. London: John Wiley and Sons.

Hancock, P.L., 1985. Brittle microtectonics: principles and practice. Journal of Structural Geology: 7(3/4), 437-457.

Hobbs, B.E., Means, W.D. & Williams, P.F. 1976. An Outline of Structural Geology, V.2: Folds and Fractures. London: Academic Press.

Suppe, J. 1985. Principles of Structural Geology. London: Prentice-Hall. 100 Topographic Maps Hubbard Press.

Tjia, H.D. 1987 Geomorfologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

STAG3102 Penilaian Formasi

Pengenalan, sekitaran di bawah pemukaan dan taburan bendalir, sekitaran lubang gerudi. Tujuan perakaman dan kaedah rakaman lubang gerudi. Prinsip-prinsip alat perakam dan teknik perakaman penggunakan alat-alat perakam ekektrik, elektromagnet, sonik dan radioaktif. Tafsiran data lubang gerudi secara kualitatif dan kuantitatif.

Rujukan

Asquith, G. & Gibson, C. 1982. Basic Well Log Analysis for Geologists. Tulsa: AAPG.

Desbrandes, R. 1985. Encyclopaedia of Well Logging. London: Graham & Trotman.

Schlumberger. 1986. Log Interpretation Charts.

Schlumberger. 1986. Advanced Interpretation of Wireline Logs.

STAG3112 Geosekitaran dan Pembangunan

Kursus ini membincang mengenai kesan aktiviti pembangunan sumber terhadap sekitaran. Kursus ini meliputi aktiviti perbandaran, perlombongan, pembangunan infrastruktur dan kesan terhadap alam sekitar. Penekanan diberikan kepada aktiviti pembangunan yang menggunakan sumber geologi atau memerlukan pendasaran geosains. Impak pertambahan penduduk dan keperluan sumber tanah dan air sebagai sumber keperluan asasi manusia. Kesan-kesan pembuangan sisa dan mobiliti bahan toksik dalam geosekitaran; kesan geosekitaran terhadap kesihatan.                                                                        

                                                                                      

 

              

Rujukan

Aswathanarayana, U., 1995. Geoenvironment. An Indroduction. Rotterdam: Balkema.

Attwell, D.B. and Farmer, F.W. 1976 Principles of Engineering Geology. London: Chapman and Hall.

Gregory, K. J. & Walling, D.E. 1981. Man and Environment Processes. London: Butterworths.

Lundgren, L. 1986 Environmental Geology. New Jersey: Prentice Hall.

World Bank. 1992 Development and the Environment. Washington D.C: World Bank.

STAG3122 Sumber Geologi dan Pelancongan

Kursus ini menawarkan pendekatan baru penilaian sumber geologi. Perbandingan teknik penilaian sumber dan konsep utilisasi dan eksploitasi sumber. Penilaian sumber intrinsik secara tanpa musnah untuk pembangunan industri pelancongan. Juga di bincangkan komponen pembangunan pelancongan dan keperluan sumber geologi. Kursus ini juga akan memperkenal konsep geologi pelancongan sebagai satu disiplin yang memberi prioriti kepada kesejahteraan sekitaran serta pendekatan multidisiplin yang mengembeling pengetahuan geosains dan kreativiti dalam penjanaan sumber baru. Perbincangan sumber geologi fizikal dan sumber geologi inrinsik melalui kajian kes sumber geowarisan Malaysia dan dunia. Pengurusan sumber warisan bumi dan geopelancongan.

Rujukan

Dixon, D. & Bernor, R. L. 1992. The Pratical Geologist. New York: Simon & Schuster.

Gartner, W. C. 1996.Tourism Development: Principles, Processes, and Policies, New York: John Wiley & Sons.

Hartman, W. K.. dan Miller, R., 1991. History of Earth, An Illustrated Chronicle of Evolving Planet. New York: Workman Publishing.

Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman, Kadderi Md. Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting). 1997. Warisan Geologi Malaysia: Geologi Pemuliharaan untuk Ekopelancongan. Bangi: LESTARI.

Price, M. F., 1997. People and Tourism in Fragile Environments. New York: John Wiley & Sons.

STAG3992 Latihan Ilmiah I

STAG3994 Latihan Ilmiah II

(Prasyarat STAG2813 dan lulus semua kursus STAG Peringkat 1000)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada alam penyelidikan. Pelajar akan mengendalikan satu projek penyelidikan di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Ianya meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis dan perumusan kesimpulan. Pelajar dikehendaki membuat kajian secara bersendirian pada suatu kawasan yang ditetapkan oleh Program. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu laporan ilmiah berserta dengan peta geologi atau peta yang setara dengannya. Projek penyelidikan ini melibatkan kerjalapangan selama 3 minggu, untuk memungut data dan sampel. Hasil projek ditulis sebagai satu laporan format yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan Seminar

b) Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelidikan

c) Persembahan Laporan Projek

d) Pemeriksaan Lisan

Rujukan

Abdul Rahim (Pnyt.) 1994. Penulisan Tesis Geologi Tahun Kepujian: Format dan Panduan Umum. Bangi: Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Barnes, J.W., 1981. Basic Geological Mapping. New York: John Wiley & Sons. Atau Terjemahan oleh Ibrahim Komoo, 1989. Pemetaan Geologi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. New York: John Wiley & Sons.

Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsan Malaysia.

SAINS LAUT

STAL1013 Pengenalan Kepelbagaian Fauna Marin

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada fauna marin yang terdapat di perairan Malaysia. Penekanan adalah ke atas sistematik dan kepelbagaian fauna tersebut. Kursus ini merangkumi kuliah, amali dan kerja lapangan. Pelajar diajar kaedah pengumpulan dan pengawetan spesimen fauna marin dan seterusnya pengecaman spesimen berdasarkan morfologi.

STAL1013 Introduction to Marine Fauna Diversity

This course introduces students to the common marine fauna of Malaysia. Emphasis is on systematics and diversity. The course incorporates lectures, laboratory work and field work. Students will be taught sampling and preservation methods, and identification of specimens based on morphology.

                                                                                      

 

                                                                                      

Rujukan

References

Barnes, R.S.K. 1994. The Brackish-Water Fauna of Northwestern Europe: An Identification Guide to Barckish-Water Habitats, Ecology and Macrofauna for Field Workers and Naturalists. Cambridge: Cambridge University Press.

Delbeek, J.C., Sprung, J., Delbeek, C., Moe, M.A. & Wilkens, P. 1994. The Reef Aquarium: A Comprehensive Guide to the Identification and Care of Tropical Marine Invertebrates. New York: Two Little Fishes Publications.

Gage, J.D. & Tyler, P.A. 1993. Deep-Sea Biology: A Natural History of Organisms at the Deep-Sea Floor. Cambridge: Cambridge University Press.

Price, L.H. & Kozloff, E.N. 1996. Keys to the Marine Invertebrates of the Pacific Northwest. Seattle: University of Washington Press.

STAL1023 Pengenalan Kepelbagaian Flora Marin

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada flora marin ia itu fitoplankton, rumpai laut, rumput laut dan bakau. Aspek-aspek yang dibincangkan adalah sistematik, kepelbagaian, morfologi, kitaran hidup dan perkembangan, serta kepentingan ekonomi. Kursus ini melibatkan kuliah, amali dan kerja lapangan. Pelajar diajar kaedah persampelan dan pengawetan spesimen serta pengecaman spesimen berdasarkan morfologi.

STAL1023 Introduction to Marine Flora Diversity

This course introduces students to the marine flora such as the phytoplankton, seagrasses, seaweeds and mangroves. Discussion will focus on systematics, diversity, morphology, life cycles and development, and importance of the flora. The course incorporates lectures, laboratory sessions and field work. Students will be taught sampling and preservation techniques, and identification of specimens based on morphology

Rujukan

References

Dawes, C.J. 1998. Marine Botany. New York: John Wiley & Sons.

Falkowski, P.G. & Raven, J.A. 1997. Aquatic Photosynthesis. London: Blackwell Science Inc.

Lee, R.E. 1999. Phycology. Cambridge: Cambridge University Press.

Lobban, C.S. & Harrison, P.J. 1994. Seaweed Ecology and Physiology. Cambridge: Cambridge University Press.

Tomas, C.R. 1996. Identifying Marine Diatoms and Dinoflagellates. New York: Academic Press.

Tomlinson, P.B. 1995. The Botany of Mangroves. Cambridge: Cambridge University Press.                                                              

                                                                                      

 

                                                                                      

STAL2013 Ekologi Marin

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada habitat-habitat utama ekosistem marin. Kursus dimulakan dengan perbincangan taburan faktor-faktor fizis dan kimia secara global mengikut masa dan tempat, dan bagaimana ini mempengaruhi taburan organisma di lautan. Perbincangan habitat bermula dengan kawasan littoral, diikuti dengan kawasan pelagik dan akhirnya kawasan bentik dan laut dalam. Kerjalapangan akan diadakan untuk menujukkan zonasi organisma laut di samping demonstrasi kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ekologi marin.

Rujukan

Hughes, R.N. & Barnes, R.S. 1988. Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Science Inc.

Lerman, M. 1999. Marine Biology: Environment, Diversity, and Ecology. Boston: Addison-Wesley Publishing Co.

Levinton, J.S. 1995. Marine Biology: Function, Biodiversity, Ecology. Oxford: Oxford University Press.

Tait, R.V. & Dipper, F. 1998. Elements of Marine Ecology. London: Butterworth-Heinemann.

Valiela, I. 1995. Marine Ecological Processes. Edisi ke-2. Berlin: Springer Verlag..

STAL2023 Geologi dan Geofizis Marin

Kursus ini memperkenalkan pembentukan dasar lautan, ciri-ciri morfologi dan proses-proses formasi, jenis batuan dan mineral di litosfera lautan. Topik-topik yang dibincangkan adalah: wilayah-wilayah fisiografik, asal dan evolusi dasar, pelantar, pentas dan pantai lautan. Perbincangan pengenalan proses-proses geomorfologi di pantai dan muara akan juga diberikan.

Rujukan

Anderson, R.N. 1989. Marine Geology: A Planet Earth Perspective. New York: John Wiley & Sons.

Erickson, J. 1996. Marine Geology: Undersea Landforms and Life Forms. New York: Facts on File, Inc.

Kennett, J.P. 1982. Marine Geology. New Jersey: Prentice Hall.

Seibold, E. & Berger, W.H. 1993. The Sea Floor: An Introduction to Marine Geology. Heidelberg: Springer Verlag.

STAL2033 Oseanografi Fizis Deskriptif

Kursus ini memperkenalkan mekanisma fizis yang beroperasi di lautan terbuka dan persisiran pantai secara deskriptif (sinoptik). Topik-topik perbincangan termasuk ciri-ciri asas air laut; taburan mendatar dan mencancang suhu, saliniti dan ketumpatan; belanjawan haba dan garam; konsep jasad air dan pencampuran; daya Coriolis; lingkaran Ekman; arus geostrofik dan inertia; konsep termoklina; pencuratan; dan pengenalan kepada ombak dan pasang surut. Pengaruh lautan kepada iklim dunia, misalnya fenomena El Nino, juga akan dibincangkan.

Rujukan

Pickard, G.L. & Emery, W.J. 1995. Descriptive Physical Oceanography: An Introduction. Ed. ke-5. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.

The Open University Course Team. 1989. The Ocean Basin: Their Structure and Evolution. Oxford: Pergamon Press.

The Open University Course Team. 1989. Seawater: Its Composition, Properties and Behaviour. Oxford: Pergamon Press.

The Open University Course Team. 1993. Ocean Circulation. Oxford: Pergamon Press.

Thruman, H. 1991. Introductory Oceanography. Ed. ke-6. New York: Macmillan Publishing Co.

STAL2043 Mikrobiologi Marin

Kursus ini adalah pengenalan kepada alam mikrob marin (prokariot dan eukariot). Mikrob digunakan sebagai model untuk membincangkan aspek-aspek penggunaan nutrien, penjanaan tenaga, sintesis komponen sel, pengangkutan bahan melintasi membran, dan lain-lain proses sel yang penting. Kepentingan mikrob marin dalam kitaran unsur akan juga dibincangkan. Aspek gunaan mikrob marin, khususnya kepentingan kepada manusia dan organisma marin lain akan dibincangkan juga. Dalam kelas amali pelajar akan diajar kaedah persampelan, pengkulturan dan pengcaman mikrob.

Rujukan

Ford, T.E. 1993. Aquatic Microbiology: An Ecological Approach. London: Blackwell Scientific.

Herbert, R.A. & Cold, G.A. 1986. Microbes in Extreme Environments. London: Academic Press.

Madigan, M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 1996. Biology of Microorganisms. Edisi ke-8. New Jersey: Prentice Hall.

Smith, J. 1999. Microbiology of Marine & Freshwater Environments. London: Chapman and Hall.

STAL2053 Kimia Marin

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada proses-proses kimia dalam persekitaran marin. Aspek-aspek yang dibincang termasuk komposisi garam air laut dan spesiasi kimia bahan-bahan larut dalam air laut. Pelajar akan juga diperkenalkan kepada asas biogeokimia oksigen, radioisotop, isotop stabil, unsur-unsur utama dan surih, serta logam di perairan permukaan dan laut dalam. Amali kursus ini akan menumpu kepada kaedah analisis dan pengukuran parameter-parameter kimia air laut yang penting seperti saliniti, kandungan oksigen terlarut, unsur-unsur surih dan hidrokarbon.

Rujukan

Chester, R. 1990. Marine Biogeochemistry. London: Academic Press.

Dursma, E.K. & Dawson, R. 1980. Marine Organic Chemistry. New York: Elsevier.

Gianguzza, A., Pelizzetti, E. & Sammartano, S. 1997. Marine Chemistry: An Environmental Analytical Chemistry Approach. New York: Kluwer Academic Publishers.

Riley, J.P. & Chester, R. 1990. Introduction to Marine Chemistry. London: Academic Press.

STAL2063 Ekologi Bentik

Objektif kursus ini adalah untuk membincangkan proses-proses ekologi yang berfungsi di sekitaran bentik, dengan memberi tumpuan kepada biota. Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk: pembahagian zoogeografi utama bentos; interaksi haiwan-sedimen; pengagihan sumber; strategi pembiakan dan pengekalan populasi; aliran tenaga dalam ekosistem bentik; dan kesan perubahan semulajadi dan antropogenik ke atas komuniti bentik. Kaedah persampelan, pemprosesan, pengawetan dan pemeriksaan sedimen untuk sampel fauna akan juga dibincangkan dalam kuliah dan kelas amali.

Rujukan

Cohen, Y. 1989. Microbila Mats: Physiological Ecology of Benthic Microbial Communities. Washington, D.C.: ASM Publication.

Day, J.W., Hall, C.A.S. & Kemp, W.M. 1989. Estuarine Ecology. New York: John Wiley & Sons.

Sorokin, Y.I. 1995. Coral Reef Ecology. Berlin: Springer Verlag.

Thompson, M.F. 1986. Biology of Benthic Marine Organisms: Techniques and Methods As Applied To the Indian Ocean. London: Ashgate Publishing Company.

Wildish, D. & Kristmanson, D. 1997. Benthic Suspension Feeders and Flow. Cambridge: Cambridge University Press.

STAL2083 Iktiologi

Kursus ini akan dimulakan dengan kaedah dan tatacara penamaan sistematik dan pengkelasan serta evolusi ikan. Perbincangan tersebut akan mencakupi kumpulan ikan yang telah pupus, ikan tak berahang dan kumpulan ikan berahang. Ciri-ciri meristik bagi setiap kumpulan ikan hidup juga akan dibincangkan. Perbincangkan selanjutnya juga akan merangkumi ciri dan tabiat yang khusus bagi ahli-ahli yang terpilih dalam setiap kumpulan ikan yang dibincangkan. Tajuk-tajuk khas yang akan menyentuh beberapa aspek seperti struktur pertulangan, biologi pembiakan, adaptasi khusus serta makanan dan pemakanan ikan juga dibincangkan.

Rujukan

Born, C.E. 1987. Biologi Ikan. Terjemahan oleh Siti Khalijah Daud. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carroll, R. H. (1988). Vertebrate paleontology and evolution. W. H. Freeman & Co. New York.

Legler, K.F. Bardach, J.E., Miller, R.R. dan May Passino, D.R. 1977. Ichthyology. John Wiley & Sons, New York.

Moyle, P.B. and Cech Jr., J.J. 1996 Fishes: An Introduction to Ichthyology. Prentice Hall. 4th Editions.

Nelson, J. S. 1994. Fishes of the World. 3rd Ed. John Wiley & Sons, New York, N.Y.

STAL2243 Pengenalan Oseanografi Dinamik

Kursus ini memperkenalkan pendekatan dinamik untuk menerangkan proses-proses fizis yang dibincangkan dalam kursus Oseanografi Fizikal Deskriptif. Perbincangan akan merangkumi daya-daya yang terlibat dalam pergerakan jasad air di lautan, termasuk konsep keabadian isipadu. Persamaan pergerakan dalam tiga dimensi akan diperkenalkan, diikuti dengan konsep penskalaan, sebutan tidak selanjar dan kegeloraan. Topik-topik lain yang akan dibincangkan adalah arus geostrofik, arus janaan angin, ombak dan pasang surut.

Rujukan

Cushman-Roisin, B. 1994. Introduction To Fluid Dynamics. New York: Prentice Hall Inc.

Gill, A.E. 1982. Atmosphere-Ocean Dynamics. New York: Academic Press, Inc.

Pickard, G.L. & Emery, W.J. 1982. Descriptive Physical Oceanography. New York: Pergamon Press.

Pond, S. & Pickard, G.L. 1992. Introductory Dynamical Oceanography. Ed. ke-2. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.

STAL2262 Prinsip Optik dan Akustik untuk Sains Laut

Objektif kursus ini adalah untuk membincangkan lakuan cahaya dan bunyi dalam air laut. Juga akan dibincangkan adalah aplikasi cahaya dan bunyi dalam penyelidikan oseanografi: dalam kajian fisiologi organisma; kajian komunikasi antara organisma; pengecaman organisma; dan pengesanan objek serta fitur bawah air.

Rujukan

Blondel, P. & Murton, B.J. 1997. Handbook of Seafloor Sonar Imagery. New York: John Wiley & Sons.                                                  

                                                                                      

Nachtigall, P.E. & Moore, P.W.B. 1988. Animal Sonar: Processes and Performance. New York: Plenum Publishing. Corp.

Robinson, A.R., Lee, D. & Lee, P. 1994. Oceanography and Acoustics : Prediction and Propagation Models. Berlin: Springer Verlag.

Taylor, D.L. 1996. Introduction to Marine Engineering. New York: Butterworth-Heinemann.

Walker, R.E. 1994. Marine Light Field Statistics. New York: John Wiley & Sons.

STAL2882 Latihan Industri

Latihan industri memberikan peluang kepada pelajar sains laut untuk mengalami secara langsung suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selama 10 minggu pelajar akan ditempatkan di agensi yang bersesuaian mengikut minat pelajar itu sendiri. Selain dari mendapat pengalaman pekerjaan, pelajar juga berpeluang untuk mewujudkan hubungan dengan bakal majikan. Di masa lepas pelajar sains laut telah ditempatkan di agensi-agensi seperti Jabatan Perikanan, Taman Laut, Jabatan Alam Sekitar, Pusat Penderiaan Jauh Malaysia dan Jabatan Laut. Penilaian latihan industri adalah berdasarkan kepada laporan prestasi dari majikan dan laporan latihan industri yang ditulis oleh pelajar berkenaan.

STAL3013 Sains Perikanan dan Akuakultur

Dalam kursus ini akan dibincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan populasi ikan mengikut masa dan ruang. Model-model yang digunakan dalam pengurusan sumber perikanan juga akan dibincangkan. Aspek akuakultur akan menumpu kepada akuakultur ikan, udang dan kerang-kerangan, mengambik kira perkara-perkara seperti jenis akuakultur, pemilihan tapak, dan pengurusan sekitaran dan penyakit. Lawatan akan dilakukan ke beberapa projek akuakultur yang berhampiran.

Rujukan

Chaston, I. 1991. Business Management in Fisheries and Aquaculture. London: Blackwell Science Inc.

De Silva, S.S. 1998. Tropical Mariculture. New York: Academic Press.

Johnson, F. 1995. Fisheries: Harvesting Life From Water. New York: Kendall/Hunt Publishing.

McVey, J.P. 1993. CRC Handbook of Mariculture: Crustacean Aquaculture. Boca Raton: CRC Press.

Ross, M.R. 1996. Fisheries Conservation and Management. New York: Prentice Hall.

STAL3022 Undang-Undang dan Polisi Marin

Kursus ini membincangkan berbagai undang-undang dan polisi maritim yang telah diwartakan, khususnya yang berkait dengan UNCLOS. Contohnya adalah undang-undang yang berkait dengan perairan wilayah, zon ekonomi eksklusif, perairan antarabangsa, perkapalan, perikanan, penyelidikan dan perlindungan haiwan marin. Falsafah, sejarah pengwujudan dan keberkesanan setiap undang-undang dan polisi tersebut akan juga dibincangkan.

Rujukan

Couper, A. & Gold, E. 1993. The Marine Environment and Sustainable Development: Law, Policy and Science. Washington, D.C.: Law of The Sea Institute.

Gold, E. 1989. Maritime Transport: The Evolution of International Marine Policy and Shipping Law. Washington, D.C.: Law of The Sea Institute.

Johnston, D.M. 1976. Marine Policy and the Coastal Community: The Impact of The Law of the Sea. London: St. Martin's Press.

Reeves, R.R. & Twiss, J.R. 1999. Conservation and Management of Marine Mammals. Washington, D.C.: Smithsonian Institution Press.

Vicuna, F.O. 1999. The Changing International Law of High Seas Fisheries. Cambridge: Cambridge University Press.

STAL3033 Pencemaran Sekitaran

Kursus ini akan membincangkan mengenai jenis, sumber dan tindakan bahan-bahan pencemar sekitaran yang utama, khususnya yang berpotensi sampai ke perairan marin. Topik yang dibincangkan termasuk penjanaan bahan pencemar, kereaktifan kimia, kesan kepada sekitaran dan organisma, dan kaedah kemasukan ke perairan marin. Perbincangan akan juga merangkumi akta-akta alam sekitar yang berkuatkuasa, khususnya mengenai pencemaran di perairan pantai dan zon ekonomi ekslusif, langkah-langkah pengawalan kejadian pencemaran, dan teknik-teknik analisis yang digunakan dalam kajian pencemaran sekitaran.

Rujukan

Freedman, B. 1994. Environmental Ecology: The Ecological Effects of Pollution, Disturbance, and Other Stresses. New York: Academic Press.

Gorman, M. 1993. Environmental Hazards: Marine Pollution. Washington, D.C.: Abc-Clio.

Laws, E.A. 1993. Aquatic Pollution: An Introductory Text. Ed. ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Nathanson, J.A. 1999. Basic Environmental Technology: Water Supply, Waste Management, and Pollution Control. Ed. ke-3. New York: Prentice Hall.

Peirce, J.J., Weiner, R.F. & Vesilind, P.A. 1998. Environmental Pollution and Control. New York: Butterworth-Heinemann.                     

                                                                                      

 

                                                                                      

STAL3043 Produktiviti Marin

Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek penghasilan primer dan sekunder dalam ekosistem marin oleh bakterioplankton, fitoplankton dan zooplankton. Tumpuan akan diberikan kepada faktor-faktor biotik dan abiotik yang mengawal produktiviti, kaedah pemakanan dalam zooplankton, dan kepentingan produktiviti marin dalam kitaran biogeokimia unsur.

Rujukan

Falkowski, P.G. & Woodhead, A.D. 1993. Primary Production and Biogeochemical Cycles in the Sea. New York: Plenum Press.

Omori, M. & Ikeda, T. 1984. Methods in Zooplankton Ecology. New York: John Wiley & Sons.

Parsons, T. R. & Hargrave. B. 1984. Biological Oceonografic Processes. Ed. Ke. 3. Oxford: Pergamon Press.

Raymont, F.E.G. 1983. Plankton and Productivity in the Oceans. Vol. 1: Phytoplankton. Oxford: Pergamon Press.

Raymont, F.E.G. 1983. Plankton and Productivity in the Oceans. Vol. 2. Zooplankton. Oxford: Pergamon Press.

STAL3053 Pengenalan Penderiaan Jauh Sekitaran

Penggunaan penderiaan jauh semakin meluas dalam oseanografi. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada satelit dan kaedah-kaedah penderiaan yang terdapat seperti warna, infra-merah, gelombang mikro dan radar aktif. Perbincangan akan juga tertumpu kepada kesesuaian kaedah penderiaan tertentu untuk menangani isu oseanografi yang tertentu.

Rujukan

Jensen, J.R. 1996. Introductory Digital Image Processing: A Remote Sensing Perspective. New Jersey: Prentice Hall.

Kidder, S.Q., Haar, T.H.V. & Haar, S.H.V. 1995. Satellite Meteorology: An Introduction. New York: Academic Press.

Lillesand, T.M. & Kiefer, R.W. 1987. Remote Sensing and Image Interpretation. New York: John Wiley & Sons.

Sharifah Mastura, S.A. 1999. Pengenalan Penderiaan Jauh. Bangi: EOC.

Sabins, Jr. S.S. 1978. Remote Sensing. Principles and Interpretation. San Francisco: W.H. Freeman.

STAL3062 Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Marin

Ekosistem dan sumber marin adalah dalam keadaan tertekan dan terancam akibat eksploitasi berlebihan dan perkembangan pesat di pesisiran pantai kebanyakan negara maritim. Dalam kursus ini akan dibincangkan ekosistem dan sumber marin                                                                    yang terancam di Malaysia khususnya. Ini akan diikuti dengan perbincangan mengenai langkah-langkah yang telah, sedang, dan yang perlu diambil untuk mengurus dan memulihara sumber dan ekosistem yang terbabit. Keberkesanan atau tidak keberkesanan langkah-langkah tersebut akan dibincangkan berdasarkan kajian-kajian kes tertentu yang terdapat di Malaysia.

Rujukan

Clerk, J. R. 1983. Coastal Ecosystem Management. Florida: R. E. Krienger Pub. Co.

Norse, E.A. 1993. Global Marine Biological Diversity: A Strategy for Building Conservation into Decision Making. New York: Island Press.

Reeves, R.R. & Twiss, J.R. 1999. Conservation and Management of Marine Mammals. Washington, D.C.: Smithsonian Institution Press.

Sasekumar, A., Marshall, N. & MacIntosh, D.J. 1994. Ecology and Conservation of Southeast Asian Marine and Freshwater Environments Including Wetlands. New York: Kluwer Academic Publishers.

Scovazzi, T. 1999. Marine Specially Protected Area: The General Aspects and the Mediterranean Regional System. New York: Kluwer Law International.

STAL3083 Bioteknologi Marin

Bioteknologi semakin meluas digunakan untuk menangani isu-isu spesifik dalam sains laut. Begitu juga organisma laut semakin banyak digunakan dalam penyelidikan-penyelidikan bioteknologi. Kursus ini dimulakan dengan penerangan konsep bioteknologi dengan memberi contoh-contoh tertentu. Ini diikuti dengan perbincangan bidang-bidang sains laut yang menggunakan pendekatan bioteknologi, misalnya dalam taksonomi, biodiversiti, akuakultur dan perikanan, pengesanan toksin dan bisa, bioremediasi, dan pengesanan bahan pencemar. Amali akan menumpu kepada kaedah-kaedah pengekstraksian DNA, proses PCR, penjujukan gen, analisis data, pengesanan toksin algae, dan pengesanan bahan bioaktif dari organisma marin.

Rujukan

Anderson, D.M., Cembella, A.D. & Hallegraeff, G.M. 1998. Physiological Ecology of Harmful Algal Blooms. Berlin: Springer Verlag.

Attaway, D.H. & Zaborsky, O.R. 1993. Marine Biotechnology: Pharmaceuticals and Bioactive Natural Products. New York: Plenum Publishing Corp.

Fingerman, M. 1999. Biofilms, Bioadhesion, Corrosion, and Biofouling: Recent Advances in Marine Biotechnology. New York: Science Publishers Inc.

Fingerman, M., Nagabhushanam, R. & Thompson, M. 1999. Environmental Marine Biotechnology. New York: Science Publishers Inc.

Joint, I. 1995. Molecular Ecology of Aquatic Microbes. Berlin: Springer Verlag.  

                                                                                      

              

                                                                                      

STAL3213 Sedimentologi dan Hidrogeomorfologi

Topik-topik yang dibincangkan dalam kursus ini adalah: kepentingan pengetahuan mengenai sedimentologi dan hidrogeomorfologi dalam mengeksploitasi dan mengurus sumber marin; jenis-jenis sedimen; asal usul sedimen; ciri komposisi dan tekstur sedimen batuan dan karbonat; mekanik aliran dan pengangkutan sedimen; diagenesis sedimen; proses-proses yang bertindak ke atas sedimen; dan perubahan pantai akibat ombak dan perubahan paras laut.

Rujukan

Kelletat, D. 1995. Atlas of Coastal Geomorphology and Zonality. Boston: Coastal education & Research Foundation.

Orme, A.T. 1999. Coastal Geomorphology. New York: Chapman & Hall.

Rothwell, R.G. 1990. Minerals and Mineraloids in Marine Sediments. Berlin: Elsevier Applied Science.

Viles, H. 1995. Coastal Problems: Geomorphology, Ecology and Society at the Coast. London: Edward Arnold.

Wolman, M.G., Miller, J.P. & Leopold, L.B. 1995. Fluvial Processes in Geomorphology. London: Dover Publications.

STAL3222 Integrasi Data RS/GIS/GPS

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep mereka, merancang dan menintegrasikan data dari penderian jauh dan GPS ke dalam sistem maklumat geografi (GIS). Pelajar akan diajar cara menyediakan peta dasar GIS, memasukkan data, menuruskan data, serta menggunakan data tersebut dalam pengurusan sistem biologi di persekitaran pantai dan lautan.

Rujukan

Foody, G. & Curran, P. 1994. Environmental Remote Sensing From Regional to Global Scales. Chichester: John Wiley & Sons.

Mather, P.M. 1999. Computer Processing of Remotely-Sensed Images : An Introduction. New York: John Wiley & Son.

Star, J.L. & Estes, E.J. 1990. Geographical Information Systems: An Introduction. New Jersey: Prentice Hall.

Star, J.L., Estes, E.J. & McGwire, C.K. 1997. Intergration of Geographic Information Systems and Remote Sensing. Cambridge: Cambridge University Press.

STAL3243 Interaksi Laut-Atmosfera

Kursus ini memperkenalkan ciri-ciri asas atmosfera dan interaksinya dengan laut, dan pengaruh interaksi tersebut terhadap cuaca. Topik-topik yang dibincangkan adalah: ciri-ciri fizis dan kimia atmosfera; pemindahan tenaga dan haba; pembentukan awan                                                            dan hujan; jenis-jenis angin dan sempadan; kesan angin ke atas lautan; pembentukan ribut dan taufan; asas ramalan cuaca; dan perubahan iklim dunia. Pelajar juga akan dilatih untuk membaca carta dan peta kajicuaca.

Rujukan

Ahrens, C.D. 1994. Meteorology Today: An Introduction to Weather, Climate, and The Environment. Boston: The west group.

Carr, M.W. 1999. International Marine Weather Predicting Simplified: How to Read Weather Charts and Satellite Images. New York: McGraw-Hill.

Dobson, F. 1989. Air-Sea Interaction: Instruments and Methods. New York: Plenum Publishing Corp.

Geernaert, G.L. 1999. Air-Sea Exchange: Physics, Chemistry and Dynamics. New York: Kluwer Academic Publishers.

Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. & Tasa, D. 1997. The Atmosphere: An Introduction to Meteorology. New Jersey: Prentice Hall.

STAL3283 Biogeokimia dan Kitaran Unsur

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus Kimia Marin dan ia lebih menekankan kepada proses kimia sesuatu unsur yang berlaku di dasar lautan. Kursus ini akan merangkumi kuliah, amali dan kerjalapangan. Di samping itu unsur radioaktif yang utama juga turut dibincangkan.

Rujukan

Bernard P. Boudreau, Bo Barker Jorgensen & Bo B Jrgensen 2001. The Benthic Boundary Layer : Transport Processes and Biogeochemistry. Oxford University Press.

David L. Kirchman 2000. Microbial Ecology of the Oceans. Wiley-Liss

Robert J. Charlson, Henning Rodhe, Michael F. Jacobson & Gordon H. Orians 2000. Earth System Science From Biogeochemical Cycles to Global Changes. Academic Press.

Susan M. Libes and Susan Loibes 1992. An Introduction to Marine Biogeochemistry John Wiley & Sons.

Wiliam H. Schlesinger 1997 Biogeochemistry: An Analysis of Global Change. Academic Press.

STAL3992 Latihan Ilmiah I

STAL3994 Latihan Ilmiah II

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada alam penyelidikan. Pelajar akan mengendalikan satu projek penyelidikan di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Ianya meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis dan perumusan kesimpulan. Hasil projek ditulis sebagai satu laporan format yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan Seminar

b) Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelidikan

c) Persembahan Laporan Projek

d) Pemeriksaan Lisan

SAINS SEKITARAN

STAE1013 Prinsip Sains Sekitaran I

Kursus ini menerangkan secara ringkas prinsip asas ekologi dan kepentingan sesuatu ekosistem. Seterusnya ia akan membincangkan mengenai keseimbangan dalam alam semulajadi dan proses-proses kitaran semulajadi seperti kitaran hidrologi, kitaran atmosfera, kitaran litosfera dan kaitannya dengan sesuatu persekitaran. Ia juga merangkumi penerangan ringkas mengenai sumber tenaga dan beberapa hasilan semulajadi bumi seperti air, petroleum dan gas untuk kegunaan manusia.

STAE 1013 Principles of Environmental Science 1

This course starts with brief discussions on the fundamentals of ecology and the importance of ecosystems. This is then followed by discourses on equilibriums in the natural world and the various natural processes such as hydrological cycle, atmospheric cycles, lithospheric cycles and their interactions and impact to particular environments. This course will also discuss briefly on sources of energy and several natural resources available on earth such as water, petroleum and gas for human use.

Rujukan

References

Botkin, D. B, & Keller, E.A. 2003. Environmental science. Earth as a Living planet. John Wiley & Sons.

Chiras, D. D. 2001. Environmental Science. Creating a sustainable future. 6th Edition. Jones & Bartlett Publishers, Inc.

Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.

National Research Council. 1980. Energy and faith of ecosystem. Washington D. C: National Academy Press

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and applications. 2nd Edition. New Jersey:Prentice Hall International, Inc.                               

                                                                                      

 

                                                                                      

STAE1023 Prinsip Sains Sekitaran II

Kursus ini akan menerangkan dengan ringkas punca-punca pencemaran sesuatu sistem semulajadi yang merangkumi punca-punca pencemaran air, udara dan tanah. Ia juga akan memberikan maklumat secara ringkas mengenai punca-punca dan bahan-bahan pencemaran utama yang boleh membahayakan persekitaran. Seterusnya kursus ini akan membincangkan akibat daripada beberapa aktiviti manusia kepada kesihatan dan persekitaran.

STAE 1023 Principles of Environmental Science 2

This course will briefly explain sources of pollution to natural systems including water, air and soil. It will deliberate on the main pollutants; their sources and effects on the environment. The course will focus on effects of human activities to the health of the environment and the living organisms, particularly human.

Rujukan

References

Botkin, D. B, & Keller, E.A. 2003. Environmental science. Earth as a Living planet. John Wiley & Sons.

Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International Inc.

Mayer, J. R. 2001. Connections in Environmental Science. A case study approach. Mc Graw Hill International Edition.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and applications. Ed. ke- 2. New Jersey:Prentice Hall International Inc.

Waldbott, G. L. 1978. Health fffect of environmental pollutants. Ed. ke-2, Saint Louis: The C. V. Mosby Company

STAE1033 Manusia dan Sekitaran

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang prinsip-prinsip asas dan isu-isu semasa yang merangkumi saling-hubungan manusia dan alam sekitar. Bermula dengan konsep-konsep asas dan mudah, kefahaman yang lebih kompleks dibina secara logikal melalui sokongan ilustrasi dan contoh-contoh signifikan yang sesuai dan terkini bagi menyokong konsep dan pengertian tersebut. Skop kursus meliputi pendekatan ekosistem bagi menunjukkan kestabilan sistem hidupan yang bergantung kepada keseimbangan antara perolehan nutrien dan penggunaannya, aliran keluar masuk tenaga, hidup dan mati dalam populasi. Pelbagai aspek sistem manusia juga dibincangkan seperti gunatanah, pelupusan buangan dan masalah pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber lain yang boleh dan tidak boleh diperbaharui, perbincangan tentang perubahan yang wajar bagi mencapai keseimbangan dan kelestarian sistem manusia. Selanjutnya, dibincangkan juga saranan tentang pelbagai langkah tindakan yang telah dan wajar diambil bagi menangani isu-isu alam sekitar masa kini serta realiti ekonomi dan masalah perundangan yang menyekat langkah-langkah positif seperti pengawalan pencemaran, pengkitaran semula, penjimatan sumber dan sebagainya.

Rujukan

Kaufman, D.G. & Franz, M. C. 1993. Biosphere 2000: Protecting Our Global Environment. New York: Harper Collins College Publishers.

Seymour, J. & Girardet, H. 1987. Blueprint for a Green Planet.. New Jersey: Prentice Hall Publ. Co.

Simon, J.L. 1990. Population Matters: People, Resources, Environment and Immigration. New Brunnswick: N.J. Transaction.

Wilson , E.O & Peter, F. M. 1992. Biodiversity. Washington D.C.: National Academic Press.

World Conservation Union. 1991. Caring For The Earth: A Strategy for Sustainable Living. Gland, Switzerland: The World Conservation Union.

STAE1062 Ekologi Populasi dan Komuniti

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep ekologi yang lebih terperinci terutamanya yang berkaitan dengan populasi dan komuniti. Perbincangan bermula dengan takrifan dan seterusnya menerangkan ciri-ciri sesuatu populasi dan komuniti. Interaksi dan pertalian sesama organisma dalam populasi dianalisa menggunakan teori-teori ekologi terkini dan model-model matematik. Perubahan taburan dan kelimpahan organisma dan kepelbagaian sesuatu organisma dalam sesuatu komuniti juga turut dianalisa menggunakan model-model dan indeks-indeks tertentu. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taburan, kelimpahan dan kepelbagaian organisma juga dikenalpasti. Seterusnya, fungsi-fungsi sesuatu populasi dan komuniti dan bagaimana fungsi-fungsi ini berkait rapat dengan kehidupan manusia turut dibincangkan.

Rujukan

Begon, M., Harper, J.L. & Townsend, C.R. 1990. Ecology: Individuals, Population and Communities, Ed. ke-2. London: Blackwell Scientific Publication.

Begon, M. & Moritimer, M. 1981. Population Ecology: A Unified Study of Animals and Plants. London: Blackwell Science Publication.

Giller, P.S. 1984. Community Structure and The Niche. Chapman and Hall.

Krebs, C.J. 1996. Ecology: The Experimental Analysis and Distribution and Abundance. Ed. ke-3. Harper and Row.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and Application. Ed. ke -2. New Jersey:Prentice Hall Int. Inc.

STAE1063 Geosains

Kursus ini memperkenal mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi atau sebagai komponen fizis sekitaran bumi. Perbincangan akan merangkumi sifat hablur, fizis dan kimia mineral yang merupakan unit inorganik semula jadi yang terkecil dibumi dan juga sebagai asas kepada unit binaan berbagai jenis batuan. Turut dibincangkan ialah jenis-jenis mineral dan batuan. Amali dan latihan lapangan akan menekankan pengenalan mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi.

Rujukan

Berry, L. G., Mason, B., & Dietrich, R. V., 1983. Mineralogy: Concepts, Descriptions and Determinations. San Fransisco: W. H. Freeman. Atau terjemahannya oleh Wan Fuad Wan Hassan dan Kadderi Md. Desa, 1995. Mineralogi: Konsep, Pemerihalan dan Penentuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dixon, D., & Bernor, R. L. 1992. The Practical Geologist. New York: Simon & Schuster.

Ibrahim Komoo, Abdul Rahim Hj. Samsudin & Ibrahim Abdullah. 1987. Bumi: Sifat Fizik dan Kimia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir. 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Watson, J., 1979. Rocks and Minerals. London: George Allen & Unwin. Atau terjemahannya oleh Syed Sheikh AlMashoor. Batuan dan Mineral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAE1083 Teknik Analisis Persekitaran

Kursus ini menerangkan tentang beberapa kaedah analisis persekitaran dan penggunaan alat-alat lazim pengukuran faktor-faktor biotik dan abiotik. Kursus ini melibatkan aktiviti analisis di makmal seperti pengendalian peralatan saintifik dan penyediaan larutan. Seterusnya kursus ini akan memberi penerangan tentang kaedah-kaedah analisis di lapangan yang melibatkan pelbagai analisis persekitaran, ujian statistik dan penulisan laporan secara saintifik.

Rujukan

Brower, J.E. & Zar, J.H. 1977. Field and Laboratory Methods for General Ecology. Iowa: Dubuque WM. C. Brown. Co. Publishers.

Campton, R. R. 1962. Manual of Field Geology. New York: Wiley Interscience

Marr, I. L. & Cresser, M. S. 1983. Environmental Chemical Analysis. New York: Chapman and Hall

Robinowitz, A. 1992. Wildlife Field Research and Conservation Training Manual. Wildlive Conservation Society.

STAE2013 Pengenalan Penderiaan Jauh dan GIS

Didalam kursus ini pelajar akan diperkenalkan kepada asas-asas kaedah penderiaan jauh dan GIS. Dalam asas penderiaan jauh, pelajar akan diperkenalkan kepada analisis hubungan antara ciri alam sekitar dengan imej yang dideriakan melalui beberapa sistem penderiaan jauh. Selain itu, teknik pemerolehan imej serta asas tatacara pemprosesan dan penafsiran imej akan juga dibincangkan. Di dalam GIS, pelajar diperkenalkan kepada sejarah evolusi perkembangan GIS, konsep ruang dalam GIS, struktur data geografi, komponen dan fungsi dalam sesebuah perisian GIS serta perlaksanaan statistik keruangan. Beberapa contoh aplikasi GIS akan dibincangkan untuk pelajar memahami fenomena ruangan dalam GIS.

Rujukan

Aranoff, S. 1993. Geographical Information System: A Management Perspective. Ottawa: WDL Publications

ESRI. 1993. Understanding GIS: The ARC/INFO Method. Redlands.

Jensen, J.R. 1996. Introductory Digital Image Processing : A Remote Sensing Perspective. New Jersey: Prentice Hall.

Martin, D. 1991. Geographical Information Systems and their Socio-economic Application. London: Routledge.

Sharifah Mastura, S.A. 1999. Pengenalan Penderiaan Jauh. Bangi: EOC.

STAE2022 Keselamatan dan Kesihatan Sekitaran

Kursus ini membincangkan aspek keselamatan dan keselamatan sekitaran pekerjaan dan tempat tinggal. Antara tajuk yang dibincangkan termasuk mengenalpasti jenis hazad, menilai dan mengawal risiko yang terdapat di sekitaran. Antara hazad tersebut ialah bahan kimia, fizikal, biologi, mekanikal, sinaran (mengion dan tak mengion), bunyi, pencemaran dalaman dan lain-lain lagi. Disamping itu, langkah-langkah keselamatan dan kawalan juga diterangkan. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sekitaran tempat kerja dan tempat tinggal turut diperbincangkan. Sehubungan itu, perbincangan juga dibuat terhadap penilaian risiko secara kuantitatif dan kualitatif. Pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Akta serta Peraturan yang berkaitan dengannya dan sekitaran juga disentuh.

Rujukan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514. 1994 dan Peraturan-Peraturan Berkaitan.

Meyer, E. 1977. Chemistry of hazardous chemicals. New Jersey:Prentice Hall Inc.

Noor Hassim Ismail. 1993. Kesihatan Persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paustenbach, D.J. 1989. The Risk Assessment of Environmental and Human Health Hazards : A Textbook of Case Study. USA: John Wiley and Sons.

Ringgdahl, L.H. 1993. Safety Analysis : Principles and Practice in Occupational Safety. Elsevier Applied Science.                                      

                                                                                      

 

                                                                                      

STAE2032 Sains Tanih Sekitaran

Kursus ini menerangkan kepada pelajar mengenai kepentingan tanih kepada manusia. Bagaimana tanih-tanih yang berlainan jenis dipengaruhi oleh berbagai faktor dan proses sekitaran untuk terbentuk, dan bagaimana tanih mempengaruhi sekitaran. Perbincangan merangkumi komposisi organik dan inorganik, ciri kimia dan fizis fasa pepejal, cecair dan gas tanih. Setiap komponen yang ada di dalam tanih memberikan ciri-ciri tertentu kepada tanih yang mana boleh dimanipulasi untuk berbagai kegunaan (pertanian, perlombongan, perindustrian dan rekreasi) yang memberikan keuntungan kepada manusia.

Rujukan

Brady, N.C. 1985. The Nature and Properties of Soils. New York: McMillan Publ. Inc.

Plaster, E.J. 1992. Soil Science and Management. New York Albany: Delmar Publishers Inc.

Shamsudin, J. & Othman, Y. 1992. Sains Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syers, J.K. & Rimmer, D.L. 1994. Soil Science and Sustainable Land Management in the Tropics: CABS International.

Tan, K.H. 1994. Environmental Soil Science. New York: Marcel Dekker, Inc.

STAE2043 Statistik dalam Sains Sekitaran

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep-konsep statistik yang boleh digunakan untuk menganalisis data sains sekitaran. Penekanan akan diberikan kepada statistik pemerihalan dan statistik pentaabiran yang merangkumi ujian hipotesis, anggaran dan peramalan. Pemerihalan data : jadual frekuensi, selang kelas; carta-carta palang, pai dan histogram. Pengukuran-pengukuran memusat, serakan dan bentuk : purata, median, mod, julat, varians, sisihan piawai, pencongan dan kurtosis. Taburan kebarangkalian diskret : seragam, binomial, Poisson. Taburan ketumpatan selanjar : normal, t, gama dan khi-kuasadua. Ujian hipotesis dan anggaran: jenis ralat, selang keyakinan, aras keertian; ujian-ujian ke atas purata, varians dan kadaran; ujian-ujian khi-kuasa dua bagi kebagusan penyuaian dan ketakbersandaran. Regresi dan korelasi : regresi linear mudah, koefisien korelasi, regresi berganda dan regresi taklinear. Analisis varians (anova) : satu hala, dua hala tanpa replikasi dan dua hala dengan replikasi.

Rujukan

Elmore, P. B. & Woehlke, P. L. 1997. Basic Statistics. New York : Longman.

Green, R.H. 1979. Sampling Design and Statistical Methods for Environmental Biologists. New York : John Wiley & Sons.

Walpole, R. E. &. Myers, R.H. 1987. Kebarangkalian dan Statistik untuk Jurutera dan Ahli Sains. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zar, J. H. 1984. Biostatistical Analysis. Englewood Cliffs, New Jersey:Prentice-Hall

STAE2052 Sumber Tenaga dan Alam Sekitar

Tujuan kursus ini adalah menerangkan kepada para pelajar tentang kepentingan tenaga dalam pembangunan serta sumber-sumber tenaga yang terdapat di alam ini. Bermula dari tenaga otot sehinggalah kepada penukaran tenaga yang membolehkan kerja dilakukan. Secara umumnya sumber tenaga dapat dikategorikan kepada dua; tenaga lazim dan tenaga keterbaharuan. Sumber tenaga lazim mempunyai keterbatasannya disamping penggunaannya yang memudaratkan alam. Tenaga keterbaruan lebih selamat dan menjimatkan, tetapi malangnya teknologinya terbatas dan usaha memajukan perlu terus dijalankan. Polisi tenaga yang sesuai dapat memastikan pembangunan dapat dilangsungkan dengan kesan negatif yang minimum.

Rujukan

Anderson, E. E. 1983. Fundamentals of Solar Energy Conversion. Raeding. Massachusetts: Addison Wesley Pub.

Baharudin Yatim 1989. Tenaga: Konsep, Prinsip dan Hubungan dengan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huniarti Tamin 1996. Sektor Tenaga dalam Pembangunan Tenaga. Forum IRPA-Sektor Tenaga. Anjuran Institut Tenaga Malaysia. 4 September.

Mohd. Yusof Hj. Othman 1991. Teknologi Pengeringan Hasil Pertanian di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka.

Wieder, S. 1996. Pengenalan Tenaga Suria Untuk Ahli Sains dan Jurutera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAE2083 Pengenalan Undang-undang Alam Sekitar

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang asas perundangan alam sekitar khususnya di Malaysia. Beberapa asas ilmu perundangan seperti terminologi, pengkelasan, serta cara membaca kes akan terlebih dahulu dibicarakan. Ini diikuti dengan perbincangan tentang sejarah pengurusan alam sekitar sebelum perlaksanaan undang-undang di Malaysia dan di negara lain, serta perkembangan dan pemaktuban undang-undang alam sekitar di Malaysia. Selain itu, beberapa perjanjian, persidangan serta perundangan antarabangsa tentang pemeliharaan alam sekitar akan juga disentuh, Pematuhan ISO 1400 bagi tujuan pengauditan alam sekitar serta isu keselamatan dan kesihatan sekitaran dan ditempat kerja akan juga dibincangkan. Kursus ini dijangka akan dapat membantu pelajar memahami proses-proses perundangan yang melibatkan bidang alam sekitar di Malaysia.                                         

                                                                                      

 

                                                                                      

Rujukan

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 1998. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia. 1999. Akta Kualiti Alam Sekeliling. 1974, (Akta 127) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah.

Bell, S. & McGillivray, D. 2000. Environmental Law. Edisi ke-5. London: Blackstone Press.

Muhamad Awang, Muhamad Nasir Hasan, Zulina Zakaria, Karen Badri, Chong, T. L., Wan Nor Azmin Sulaiman & Mohd. Kamil Yusoff. 2000. Environmental Management Standarts (ISO 1400): Towards A Sustainable Future. Serdang, Universiti Putra Malaysia.

United Nations. 1992. Agenda 21: Programme of Action for Sustainable Development. New York, United Nation.

STAE2123 Ekologi Akuatik, Pesisir Pantai dan Tanah Lembap

Kursus ini akan membincangkan interaksi faktor-faktor biotik dan abiotik di persekitaran air tawar dan marin. Pendekatan dan penekanan ditumpukan kepada jenis dan fungsi ekosistem akuatik, seperti ekologi air tawar, air muara, pesisiran dan laut dalam. Jenis-jenis habitat khas seperti ekosistem paya bakau dan paya gambut, terumbu karang, tasik dan sungai juga diberi perhatian. Peranan dan interaksi dilihat pada pelbagai peringkat individu dan komuniti seperti strategi pembiakan, pemakanan dan pola organisasi komuniti. Seterusnya pengaruh kehadiran atau aktiviti manusia seperti penempatan, pembalakan dan perindustrian serta pengurusan bersepadu komponen utama tersebut juga disentuh. Beberapa aspek persekitaran pesisiran, bakau dan kukup akan disentuh di mana ekosistem berkenaan adalah merupakan sebahagian penting persekitaran akuatik secara keseluruhan.

Rujukan

Barnes, R.S.K. & Hughes, R.N. 1993. An Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Sci. Publ.

Cole, G.A. 1993. Buku Teks Limnologi (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Fountaubert, A.C. 1996. Biodiversity in the Seas; Implementing the Convention on Biological Diversity in Marine and Coastal Habitat S. Gland: IUCN.

Ismail, A. & Mohamad, A.B. 1992. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ramsar. 1993. Towards the Wise Use of Wetlands. Switzerland: Glond.

STAE2142 Toksikologi Persekitaran

Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip asas toksikologi dan hubungannya dengan persekitaran. Jenis ketoksikan (akut dan kronik), analisis dan penilaian ketoksikan, metabolisme bahan toksik, termasuk konsep karsinogenesis dan teratogenesis akan dibincangkan. Selain itu, punca-punca dan akibat kehadiran bahan toksik dalam persekitaran air, udara dan tanah yang boleh mempengaruhi manusia seperti logam berat, pestisid, bahan radioaktif serta juga aplikasi bidang toksikologi dalam bidang forensik, klinikal, penilaian risiko dan pekerjaan akan turut dibincangkan.

Rujukan

Finney, D.J. 1952. Probit Analysis. Ed. ke-2. Cambridge: Cambridge University Press.

Landis W.G. & Yu, M.H. 1995. Introduction to Environmental Toxicology. London: Lewis Publishers:

Richardson, M. 1995. Environmental Toxicology Assessment. London:Taylor and Francis.

Sipes, G. Mc Queen, C., & Gendolfi, J. 1997. (Penyunting) Comprehensive Toxicology. Volume 1. General Principles. (Bond, J., penyunting). Pergamon Press.

Timbrell J.A. 1989. Introduction to Toxicology. London: Taylor and Francis.

STAE2162 Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah

Kursus ini akan membincangkan kitar pembentukan tanih dan pengaruh hidupan ke atas pembentukannya. Kepelbagaian jenis-jenis tumbuhan yang terdapat pada jenis tanah dan sekitaran tertentu akan dibincangkan. Ciri-ciri kimia dan fizis tanih akan dilihat dari perspektif hubungannya secara terus dengan tumbuhan. Perkaitan di antara saliran, pengairan, infiltrasi dan perkolasi air dalam tanih dengan ciri fizik seperti tekstur, struktur, kedalaman, dan ketumpatan tanih akan turut dibincang. Pemakanan tumbuhan juga diambil kira dengan membincangkan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan, apa sumbernya dan bagaimana ia boleh diambil oleh tumbuhan. Aspek pengurusan tanih akan membincangkan jenis-jenis tanah yang dikira bermasalah dan bagaimana kaedah pengurusannya supaya dapat dimanfaatkan untuk sesuatu kegunaan.

Rujukan

Brady, N.C. (1985). The Nature and Properties of Soils. New York: McMillan Publ. Inc.

Plaster, E.J. (1992). Soil Science and Management. New York: Delmar Publishers Inc.

Russell, E.W. (1978). Soil Conditions and Plant Growth. London: Longman Group Limited

Shamsudin Jusop (1992). Pengurusan Tanih.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsudin, J. & Othman, Y. (1992). Sains Tanah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.                                                                    

                                                                                      

                                                                                      

            STAE2202 Geosekitaran Tanah Rendah dan Tanah Tinggi

Kursus ini membincangkan persekitaran fizikal dan proses di kawasan tanah rendah, tanah tinggi dan sekitaran akuatik dengan menitikberatkan geosekitaran di Malaysia. Landskap kawasan tanah rendah, tanah tinggi, sekitaran fizis akuatik seperti tasik, sungai dan dataran pantai dan proses pembentukan akan diketengahkan. Topik lain meliputi rejahan batuan, canggaan, pemineralan; tektonik, denudasi dan pengangkutan sedimen ke lautan serta luluhawa dan kitaran geokimia, hakisan dan degradasi tanah dan sekitaran; sedimentasi. Geosekitaran air, tanah dan batuan serta bahan bumi dan struktur bawah permukaan akan juga dibincangkan.

Rujukan

Aswathanarayana, U., 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam: Balkema.

Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.

Tjia, H. D., 1987. Geomorphology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tjia, H. D., Juhari Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun dan Anizan Isahak, 1987. Proses Eksogen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilson, M., 1993. Igneous Petrogenesis: A Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall.

STAE2213 Geodinamik dan Geologi Sekitaran

Konsep geosekitaran meliputi perbincangan mengenai geologi sebagai komponen sistem fizis kedinamikan sfera bumi akibat daya dan geokimia dalaman bumi yang ditafsirkan melalui fahaman seismologi, graviti, kemagnetan olahan haba dan bahan. Kedinamikan, magnitud dan frekuensi fenomena geologi seperti perubahan paras laut dan pencairan glasier. Konsep masa, ruang dan kadar perubahan seperti perubahan cepat oleh angin troposfera atau gembabumi dan kadar perubahan lambat seperti pemendapan sedimen di lautan atau pergerakan kepingan kerak lautan. Evolusi dan taburan unsur-unsur bumi, proses-proses berkaitan sekitaran tanah, sedimen, air, udara. Konsep keseimbangan sekitaran. Pengenalan geologi sekitaran. Sekitaran ekologi dan ekosistem. Perkaitan manusia dengan alam tabii. Kepentingan dan peranan geologi sekitaran. Konsep-konsep asas sekitaran. Kekomplesian sistem fizis. Tindakbalas sistem fizis terhadap kegiatan manusia. Keseimbangan dan kestabilan sistem sekitaran. Ambang dalaman dan luaran. Sistem terbuka dan tertutup. Sumber bumi. Sumber yang boleh diperbarui dan tak boleh diperbarui. Keuniversalan masalah sekitaran. Kadar kemorosotan alam sekitar. Pertimbangan faedah-pengauditan sekitaran. Pengurusan sekitaran. Pengaruh aktiviti manusia terhadap sekitaran fizikal, pembinaan lebuhraya, dan pembangunan bandar. Perlombongan permukaan dan bawah tanah. Empangan dan takungan air. Kaedah pelupusan sisa domestik (sampah-sarap) dan sisa merbahaya. Rumusan geologi sekitaran.         

                                                                                      

 

                                                                                      

            Rujukan

Aswathanarayana, U. 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam: Balkema.

Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.

Turcotte, D. L. & Schubert, G. 1982 Geodynamics: Applications of Continuum Physics to Geological Problems. New York: John Wiley and Sons.

Vita-Finzi, C. 1986. Recent earth movements. Washington D.C: Academic Press.

Wilson, M., 1993. Igneous Petrogenesis: A Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall.

STAE2283 Penyiasatan Bawah Tanah dan Geofizik Sekitaran

Kursus ini memperkenal teknik langsung dan tak langsung dalam penyiasatan bawah tanah. Pengenalan kepada prinsip-prinsip geofizik; penggunaan kaedah-kaedah geofizik, prosedur lapangan dan pentafsiran data geofizik untuk tujuan kajian dan pemantauan alam sekitar akan dibincangkan. Selain itu kaedah penyiasatan bawah tanah, penggerudian dan rakamannya, kaedah-kaedah duga-dalam langsung serta korelasi dengan data geofizik akan juga diketengahkan berserta beberapa kajian kes.

Rujukan

Abd. Rahim Samsudin, 1990. Geofizik: Konsep dan Penggunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goodman, R. E., 1989. Introduction to Rock Mechanics. New York: John Wiley and Sons.

Hock, E., & Brown E. T., 1980. Underground Excavation in Rocks. London: Institute of Mining and Metallurgy.

Reynold, J. M., 1997. An Introduction to Applied and Environmental Geophysics. New York: John-Wiley & Sons.

Telford, W. W., Geldart, L.P. & Sherriff, R. E. 1990. Applied Geophysics. Cambridge: Cambridge Univ. Press.

STAE2313 Penyakit Berjangkit dan Persekitaran

Kursus ini memperkenalkan beberapa kumpulan agen jangkitan yang penting daripada segi kesihatan awam. Beberapa contoh agen jangkitan seperti virus, bakteria, protozoa dan helmin yang mengancam kesihatan manusia akan dihuraikan daripada beberapa aspek, termasuklah kitar hidup, penyebaran dan gejala penyakit. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit tersebut juga akan diketengahkan. Kursus ini menekankan bagaimana pentingnya kaedah sanitasi yang terancang dan terurus dapat mengurangi perebakan penyakit.        

                                                                                      

 

                                                                                      

            Rujukan

Cairncross, S. & Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the Tropics. Chichester: John Wiley & Sons.

Cox, F.E.G. 1993. Modern Parasitology. Ed. ke-2. London: Blackwell Scientific Publications.

Despommier, D.D., Gwadz R.W. & Hotez, P.J. 1995. Parasitic Diseases. Ed. ke- 3. New York: Springer-Verlag.

Lim, K.G. 1993. A review of Diseases in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications.

Ryan, K.J. 1994. Sherris Medical Microbiology. An Introduction to Infectious Diseases. Ed. ke- 3, London: Prentice-Hall International Inc.

STAE2322 Prinsip Epidemiologi

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang prinsip, tujuan dan kaedah dalam epidemiologi. Kursus ini memfokus kepada isu yang berhubungkait dengan kejadian penyakit dalam sesuatu populasi manusia ataupun haiwan, serta hubungan berbagai-bagai determinan dan faktor yang menimbulkan penyakit. Beberapa kaedah statistik dan pengolahan data epidemiologi juga akan dibincangkan.

Rujukan

Last, J.M. 1987. Public Health and Human Ecology. London: Prentice-Hall International Ed.

Morrell, D. 1988. Epidemiology in General Practice. New York: Oxford Medical Publications.

Osman Ali. 1990. Kaedah Epidemiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saleha Abdul Aziz. 1992. Epidemiologi Veterinar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STAE2413 Kimia Atmosfera

Dalam kursus ini beberapa aspek kimia atmosfera bumi akan dibincangkan. Tumpuan akan diberikan kepada aspek kimia yang berkaitan dengan masalah global seperti lubang ozon, kesan rumah hijau dan pemendapan asid. Pengenalan: Struktur dan komposisi atmosfera bumi. Juzuk surihan atmosfera : hidrogen, helium, ozon, sebatian karbon, nitrogen dan sulfur. Aerosol atmosfera: Pengkelasan, punca, taburan dan komposisi kimia. Kitaran karbon dan sulfur di atmosfera. Fotokimia, kinetik kimia dan taburan ozon jumlah di atmosfera. Kimia troposfera. Tindakbalas radikal bebas di stratosfera. Pengeluaran bahan surihan atmosfera: proses pemendakan kering dan basah, komposisi kimia pemendakan. Perubahan iklim dan hubungkait dengan komposisi kimia atmosfera.               

                                                                                      

              

                                                                                      

            Rujukan

Atmospheric Chemistry, Course Notes, Department of Chemistry, University of Cambridge. 1987.

Goody R.M. & Walker, J.C. G. 1972. Atmospheres. New Jersey: Prentice-Hall International.

Kupchella C.E. & Hyland, M.C. 1993. Environmental Science : Living Within the System of Nature. Edisi ke-3, New Jersey: Prentice Hall International.

Meszaros, E. 1981. Atmospheric Chemistry : Fundamental Aspects. Hungary: Elsevier Scientific Publishing Co.

STAE2423 Analisis Kualiti Air dan Udara

Dalam kursus ini konsep-konsep kimia dalam analisis air dan udara akan diperkenalkan terlebih dahulu dan ini merangkumi konsep titrimetri, kolorimetri, elektrokimia, kromatografi, spektrofotometer serapan atom dan pancaran atom. Kaedah piawai yang terperinci dalam menganalisis parameter kualiti air dan parameter kualiti udara akan selanjutnya dikemukakan. Selain dari itu, teknologi baru dalam analisis dan pemonitoran kualiti air/udara melalui penggunaan sensor akan turut diperkenalkan. Seterusnya kepentingan analisis air dan udara serta indeks kualiti kedua-duanya akan turut dibincangkan.

Rujukan

American Public Health Association. 1992 Standard Methods for the Examination of Water and Wastewater. Ed. ke-18, USA.

Bragg, G.M. & Strauss, W. 1981. Air Pollution Control. New York: Wiley-Interscience.

Chapman, D. 1992. Water Quality Assessments, UNESCO/WHO/UNEP. London:Chapman & Hall.

Tchobanoglous G. & Schroeder, E.D. 1985. Water Quality : Characteristics, Modeling, Modification. California: Addison-Wesley.

Waite, T.D. 1984. Principles of Water Quality. Washington D.C: Academic Press.

STAE2442 Kimia Air

Kursus ini membincangkan tentang ciri-ciri fizikokimia air dan interaksi antaranya. Kategori air yang terlibat ialah air sungai, tasik/kolam, air payau dan air laut. Penekanan akan diberikan kepada tindak balas kimia yang berlaku dalam air yang menyumbang kepada masalah pencemaran air. Sifat-sifat fizis dan kimia air dibincangkan. Beberapa proses kimia yang berlaku dalam air yang berkaitan dengan pencemaran, pengangkutan dan ketoksikan air juga turut ditekankan. Selain itu, kajian kes kesan kejadian hujan asid serta saliran asid lombong terhadap kualiti air sungai akan juga dibincangkan.              

                                                                                      

 

            Rujukan

Neilson, A.H. 1994. Organic Chemicals In the Aquatic Environment., USA: CRC Press.

Snoeynk, V.L. & Jenkin, O. 1980. Water Chemistry., New York: John Wiley & Sons.

Stumm, W. & Morgan, J.J.. 1981. Aquatic Chemistry. New York: John Wiley & Sons.

Tchobanoglous,G. & Schroeder, E.D. 1985.Water Quality : Characteristics, Modeling, Modification. California: Addison-Wesley.

Tessier, A & Turner D.R. 1995. Metal Speciation and Bioavailability in Aquatic Systems. IUPAC Series of Analytical and Physical Chemistry of Environmental Systems. New York: John Wiley & Sons.

STAE2802 Latihan Industri

Kursus ini tidak diwajibkan untuk pelajar jurusan Sains Sekitaran. Bagaimanapun pelajar amat digalakkan mengambil kursus ini dengan menjalankan latihan di makmal-makmal terpilih, institusi penyelidikan dan agensi kerajaan yang berkaitan selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman dalam kerjaya yang berkaitan bidang Sains Sekitaran. Semasa latihan pelajar akan diselia secara langsung oleh pegawai berkaitan di tempat latihan. Di akhir latihan setiap pelajar perlu menyiapkan laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan membentangkan secara lisan kepada program.

STAE3012 Komunikasi Saintifik untuk Sains Sekitaran

Kursus ini membincangkan prinsip dan kaedah mengumpul, membuat analisis secara kritikal dan menyampaikan semula maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (rencana, laporan teknikal dan tesis) dan pembentangan (lisan dan berposter). Latihan merangkumi penelitian rencana-rencana dalam jurnal, perbincangan berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai pelbagai tajuk dalam bidang Sains Sekitaran.

Rujukan

CBE Style Manual Committee. 1983. Council of biology editors style manual : A guide for authors, editors and publishers in the biological sciences. Bethesda, Maryland : Council of Biology Editors Inc.

Day, R.A. 1979. How to write and publish a scientific paper. Philadelphia: Institute for ScientificInformation Press.

Ismail Ahmad & Mohd. Nordin Hj. Hassan. 1995. Komunikasi Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mauch, J.E. & Birch, J.W. 1989. Guide to the successful thesis and dissertation: Conception to publication. A handbook for students and faculty. New York: Marcel Dekker Inc.

Turabian, K.L. 1987. A manual for writers of term papers, thesis and dissertations. Chicago: University of Chicago Press.

STAE3102 Etnobotani dan Ekonomi Persekitaran

Beberapa perkaitan sejagat dan juga tempatan di antara tumbuhan dan manusia akan dibincangkan untuk menunjukkan saling pergantungan di antara mereka. Pergantungan ini mempunyai sejarah dan tradisi yang lama di dalam pertanian dan perhutanan dan kini telah dimanfaatkan dalam perhutanan bandar, tumbuhan ubatan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Aspek etnobotani di Malaysia khususnya tumbuhan ubatan, tumbuhan ekonomi dan usaha penghutanan dan pemuliharaan sumber alam akan dibincangkan untuk menunjukkan bahawa kemandirian manusia bergantung kepada pemuliharaan sumber tumbuhan.

Rujukan

Balick, M.J. & Cox, P.A. 1997. Plants, people and culture:The science of ethnobotany San Fransisco: W.H. Freeman and Co.

Jain, S.K. 1987. A Manual of Etnobotany. India: Scientific Publishers, Jodhpur

Johnson, D. 1991. Palms for Human Needs in Asia., Rotterdam: A.A. Balkena.

Lewington, A. 1990. Plants for People. Kew: Royal Botany Gardens.

Scknites, R.E. et.al.1995. Ethnobotany:Evolution of a discipline. Timber Pr.

STAE3113 Pemuliharaan dan Pengurusan Hutan Tropika dan Hidupan Liar

Kursus ini akan memperkenalkan pengurusan hutan, pengkelasan hutan simpan dan jenis-jenis hutan tropika serta kehidupan flora dan fauna yang menghuninya. Ekologi dan pengurusan hutan dan hidupan liar di kawasan tropika khususnya di Malaysia juga akan dibincangkan. Kepentingan pengetahuan tentang pemuliharaan hutan dan hidupan liar dikaitkan dengan kenyataan kepelbagaian biologi bernilai ekonomi dan masalah kepupusan. Penekanan diberikan terhadap nilai ekonomi hutan hujan tropika dan hidupan liar, prinsip-prinsip asas pemuliharaan in situ dan ex situ dan perlaksanaan undang-undang setempat dan antarabangsa untuk perlindungan habitat dan spesies. Keseimbangan alam serta kedinamika populasi disentuh bagi menguatkan keperluan pengetahuan ini.

Rujukan

Anon. 1992. The Endangered Rainforest and the Fight for Survival. Vol I. Georgetown: Jutaprint.

Bookhout T.A. 1996. Research and Management Techniques for Wildlife and Habitats. The Wildlife Society.

Mabberley, D.J. 1992. Tropical Rain Forest Ecology. Ed. ke 2. London: Blakie Academic & Professional.                                                  

                                                                                      

 

Robinowitz, A. 1992. Wildlife Field Research and Conservation Training Manual. Wildlife Conservation Society.

Whitmore, T.C. & Sayer, J.A. 1992. Tropical Deforestation and Species Extinction. London: Chapman & Hall.

STAE3143 Fisiologi Sekitaran dan Biomonitoran

Kursus ini akan membincangkan aspek perbandingan pada berbilang haiwan dan tumbuhan dalam menyelesaikan masalah-masalah fisiologi asas yang dihadapi dalam sekitaran. Faktor biotik dan abiotik yang wujud boleh mempengaruhi sistem fisiologi hidupan. Pelbagai tekanan dan kesan persekitaran ke atas fisiologi haiwan dan tumbuhan (lumut, paku pakis, alga, liken dan tumbuhan tinggi) akan dibincang berhubung kesan suhu, kemarau, taburan hujan, pemberian hormon dan pestisid, kekurangan atau kelebihan mineral/nutrien dalam tanah, hujan asid, jerebu dan bahan pencemaran udara, tanah dan air. Kesan pembuangan kumbahan terhadap tumbuhan tepi sungai, ledakan alga (algal bloom) dan pasang merah (red tides) juga disentuh. Konsep pemonitoran biologi akan mendedahkan para pelajar dengan kajian-kajian kes yang terdapat dalam literatur mengenai penggunaan tumbuhan dan haiwan seperti briofita, ikan, alga, makroinvertebrat bentos, invertebrat tanih dan sebagainya dalam pemonitoran bahan pencemaran alam sekitar. Penekanan akan diberikan kepada pemilihan organisma, jenis pemonitoran yang sesuai dan interpretasi data untuk pengurusan persekitaran. Agen pemonitoran seperti ikan, alga, liken, bentos makrofit akuatik dan lain-lain akan diperkenalkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep dan penggunaan indeks diversiti dan biotik. Penekanan akan diberikan kepada kes di Malaysia.

Rujukan

Burton, M.A.S. 1987. Biological Monitoring of Environmental Contaminants. MARC Report No. 32. Monitoring & Assessment and Research Centre, Chelsea College London: University of London.

Knudt Schmidt-Nielsen, 1975. Animal Physiology: Adaptation and Environment. New York: Cambridge University Press.

Strand, F:L. Physiology: A Regulatory Systems Approach. New York: Mc Millan Pub. Co.

Slonim, J.W. 1982. Environmental Physiology. New York: John Wiley and Sons

Folks, E.G. 1984. Textbook of Environmental Physiology. Cambridge: University Press Cambridge.

STAE3202 Penggunaan dan Penilaian Tanah

Kursus ini memperkenalkan jenis-jenis gunatanah, pemilihan serta pembahagian gunatanah yang lazim dilakukan. Penilaian tanah dengan memberi merit mengikut sumbangan ekonomi dan kesan kepada sekitaran yang minimum. Turut dibincangkan ialah penilaian tanah, pembahagian penilaian tanah secara kuantitatif dan kualitatif, kesesuaian serta dan kebolehan tanah. Pengenalan perisian komputer yang sesuai untuk penilaian tanah seperti ALES dan TROPSEL turut diperkenalkan.

Rujukan

Dent, D. & Young, A. 1981. Soil Survey and Land Evaluation. London: George Allen & Unwin.

Food and Agriculture Organization of the United Nation. 1976. A Framework for Land Evaluation. Rome: FAO Soils Bulletin 32.

Rossiter, D.G. 1993. Automatic Land Evaluation System. Version 4 User's Manual. Department of Soil, Crop and Atmospheric Science, Cornell Univ. N. York: Ithaca.

Sys, C., Van Ranst, E., Debave, J. 1991-1193. Land Evaluation, Part I, II, III, Belgium: GADC.

Wong, I.F.T. 1970. A Soil Suitability Classification for Malaysia. Kuala Lumpur: Dept. Agric.

STAE3213 Hidrologi dan Geokimia Sekitaran

Kursus ini merangkumi konsep hidrologi dan geokimia sekitaran yang berkaitan dengan kewujudan air dan mobiliti geokimia di atas dan di bawah permukaan bumi. Peringkat awal kuliah membincangkan kitaran hidrologi di samping menerangkan pelbagai jenis kelembapan dan pertukaran fasa di atmosfera dan zon bawah permukaan. Perbezaan iklim dan cuaca serta unsur utama seperti perubahan suhu, kelembapan dan tekanan udara, tiupan angin, radiasi cahaya, kerpasan dan vegetasi turut dibincangkan. Selain itu kursus ini juga membincangkan proses-proses penyejatan dan transpirasi, infiltrasi dan perkolasi, kesan pintasan serta air larian permukaan. Aspek hidrogeologi akan merangkumi faktor geologi yang mempengaruhi kewujudan air di bawah permukaan. Peringkat selanjutnya akan memberi konsep geokimia sekitaran yang merangkumi kefahaman sekitaran primer dan sekunder, sifat-sifat geokimia dan taburan unsur pada batuan igneus, metamorf dan sedimen. Penekanan khusus akan diberikan kepada proses luluhawa untuk maklumat pengayaan, kawalan dan taburan unsur di dalam sekitaran sekunder. Mobiliti unsur-unsur di dalam sekitaran sekunder yang dikaitkan dengan faktor kelarutan, jerapan, regim Eh/pH dan lain-lain akan turut dibincangkan. Pencemaran sekitaran hidrosfera daratan oleh aktiviti perlombongan yang telah dan sedang beroperasi serta pemetaan geokimia. Selain itu perbincangan akan dilakukan terhadap radiaktiviti sekitaran dan kaitan geokimia sekitaran dengan kesihatan manusia dan haiwan.

Rujukan

Berner, E. K. & Berner, R. A., 1994. Global Environment: Water, Air and Geochemical Cycles. London: Prentice-Hall Inc.                   

                                                                                      

Fergusson, J. E., 1982. Inorganic Chemistry and The Earth. Oxford: Pergamon Press

Langmuir, D., 1997. Aqueous Environmental Geochemistry. London: Prentice-Hall Engineering Science and Math.

Rollinson, H. R., 1993 Using Geochemical Data: Evaluation, Presentation, Interpretation. Longman.

Shaw, E.M. 1984. Hydrology in Practice. London: Chapman & Hall.

STAE3222 Paleosekitaran dan Paleoekologi

Kursus ini meliputi sejarah perkembangan sekitaran kuno berjuta-juta tahun yang lampau, seperti pada masa Jura dan kehidupan dinosaur, sehingga kepada sekitaran yang sesuai kepada kehidupan manusia sekarang. Pemerihalan evolusi dan perubahan iklim dunia akan dibincangkan. Tafsiran biosfera berasaskan kepada fosil untuk membentuk sumula kehidupan lampau organisma, sekutuan mereka dalam komuniti, dan perkaitan organisme dengan sekitaran yang mereka hidup akan disentuh. Kursus ini juga merangkumi takrifan dan prinsip utama yang digunakan dalam paleosekitaran, parameter sekitaran, perubahan global, dan kesan sekitaran terhadap sebaran organisma, struktur biosfera, populasi dan komuniti, paleobiogeografi, sejarah perkembangan kepelbagaian species dalam masa geologi, pristiwa katastrofi, kepupusan massa dan kesan terhadap perkembangan kehidupan, fosil sebagai penunjuk sekitaran dan ekosistem, tafonomi, fosil kesan dan sekitaran.

Rujukan

Brenchley, P. J. & Harper, D. A. T. 1998. Paleoecology: Ecosystem, environments and evolution. London: Chapman & Hall.

Condie, K. C. & Sloan, R. E. 1998. Origin and Evolution of Earth: Principles of Historical Geology. London: Prentice Hall.

Dodd J, R.. & Stanton: R. J., 1990. Paleoecology: Concepts and Applications. New York: John Wiley & Sons.

Stearn, C. W. & Carroll, R. L. 1989. Palaeontology: The Record of Life. New York: John Wiley & Sons.

STAE3232 Bencana Alam

Kursus ini membincangkan konsep hazad dan risiko proses-proses bencana semulajadi di bumi. Penekanan adalah terhadap beberapa jenis bencana alam yang berpunca daripada aktiviti dalaman bumi seperti kejadian gempa bumi, tsunami, muntahan lava dan ledakan gunung berapi. Proses luaran semulajadi yang mengakibatkan bencana alam seperti pergerakan jisim, banjir, hakisan dan tanah runtuhakan juga disentuh. Teknik dan langkah kawalan, mitigasi serta pengurusan persekitaran turut dibincangkan.

                                                                                      

                                                                                       

                                                                                      

            Rujukan

Smith, K. 1992. Environmental Hazards: Assessing Risk & Reducing Disaster. London: Routledge.

Lundgren, L. 1986. Environmental Geology. New Jersey: Prentice-Hall.

Wan Fuad Hassan. 1987. Geologi & Manusia. Bangi: Penerbit UKM.

STAE3263 Sedimentasi dan Geosekitaran Marin

Kursus ini memperkenalkan bahan dan mekanisme pengangkutan serta pemendapan berbagai jenis sedimen di sekitaran marin. Perbincangan akan meliputi keadaan ombak dan arus lautan, topografi marin dan jenis sedimen Jenis lembangan dan sekitaran sedimen juga akan dibincangkan. Model sedimentasi, sekitaran oksik dan anoksik, gunung api dasar laut dan interaksi volcano-sedimen akan disentuh. Kursus juga turut membincangkan jenis dan proses pembentukan pantai, pentas benua dan banjaran tengah lautan. Turut disentuh ialah intrumentasi marin, misalnya kaedah seismos, alat-alat perakam dan teknik berkaitan tafisran secara kuantitatif dan kuantitatif lubang gerudi. Sumber ekonomi seperti pasir silika dan kemerosotan sekitaran akibat aktiviti perlombongan pasir dan kerja kejuruteraan di dasar laut seperti sekitaran pembinaan kabel dasar laut dan terowong bawah laut akan juga diperihalkan.

Rujukan

Reading, H. G., 1986. Sedimentology Environments and Facies. London: Blackwell Scientific Publication.

Seibold, E, & Berger, W. H., 1993. The Sea Floor: An Introduction to Marine Geology. Heidelberg: Springer-Verlag.

Selly, R. C., 1976. An Introduction to Sedimentology. London: Academic Press.

Sherman, K., & Alexander, L. M., 1985. Variability and Management of Large Marine Ecosystems. Colorado Spring: Westwiew Press.

Thurman, H. V. 1991. Introductory of Oceanography. New York: Macmillan.

STAE3322 Sanitasi dan Kesihatan Sekitaran Tropika

Banyak penyakit berjangkit di negara tropika yang membangun boleh di kawal atau dikurangkan melalui langkah pencegahan. Kursus ini cuba memfokus kepada langkah-langkah yang berkesan dalam pengurusan air, kumbahan dan enap cemar yang boleh menjamin kesihatan manusia dan mengurangkan perebakan penyakit. Penekanan adalah terhadap pencemaran air dan kesihatan, bekalan air bersih, proses rawatan air, pembuangan tinja, rawatan kumbahan dan penggunaan semula enap cemar sebagai baja. Selain itu langkah-langkah pengurusan air dan tinja diberikan perbahasan yang terperinci. Pelajar akan didedahkan kepada maklumat seperti kualiti air dan piawaian, bekalan air di negara membangun, bekalan air di luar bandar serta proses rawatan air. Kursus ini juga memperihalkan beberapa sistem olahan kumbahan, program sanitasi, olahan air buangan serta pengkomposan, turut akan di bincangkan ialah hubungkait antara empangan, pengairan dan penyakit bawaan vektor.

Rujukan

Bester, H.H. 1997. Sanitation _ Practices and Methods for Health Protection and Diseases. Washington: ABBE Publishers.

Cairncross, S. and Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the Tropics. New York: John Wiley and Sons.

Listorti , J.A. 1990. Environmental Health Components for Water Supply, Sanitation and Urban Projects. World Bank Technical Paper No. 121.

Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razwan Salim & Mohd Noor Othman. 1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. John Wiley & Sons/Universiti Teknologi Malaysia.

STAE3423 Teknologi Perawatan Air

Kursus ini membincangkan beberapa kaedah dan teknologi yang digunakan dalam perawatan air untuk minuman dan air buangan serta langkah-langkah kawalan pencemaran air. Kaedah pengolahan air minuman dan air buangan serta prinsip asas kimia dan biokimia yang terlibat akan diketengahkan termasuk aspek pengubahsuaian kualiti air dan kepentingannya. Kaedah yang akan dibincangkan merangkumi kaedah fizis, kimia dan biologi/bioteknologi. Ciri-ciri air buangan, prinsip perawatan air buangan, pengurusan enapcemar serta kitar semula air akan dibincangkan.

Rujukan

Hammer, M.J. 1986. Water and Wastewater Technology. Ed. ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Horan, N. J. 1990. Biological Wastewater Treatment Systems : Theory and Operation. England. Chichester: John Wiley & Sons.

Mara. D. 1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. Terjemahan Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razman Salim dan Mohd. Noor Othman. John Wiley & Sons/Universiti Teknologi Malaysia.

Tchobanoglous, G. & Schroeder, E.D. 1985. Water Quality : Characteristics, Modelling, Modification. California:Addison-Wesley.

Tchobanoglous, G, Burton, F.L. Inc. Saff Metcalf & Eddy. 1991. Wastewater Engineering : Treatment, Disposal and Reuse. McGraw-Hill College Div.

STAE3433 Pencemaran dan Alam Sekitar

Dalam kursus ini beberapa aspek dalam pengawalan pencemaran udara dan tanah akan dibincangkan. Perbincangan tentang jenis, punca, kesan dan kawalan pencemaran udara merangkumi kawalan ke atas bahan-bahan pencemaran udara berbentuk gas, zarahan dan bahan-bahan toksik lain, penyelerakan di atmosfera, kabut fotokimia, pemendapan asid, pencemaran dalaman dan Akta Udara Bersih. Pelbagai jenis punca bagi pencemaran dalaman serta teknik asas dalam merekabentuk bangunan akan juga dibincangkan. Pencemaran tanah: punca daripada air, udara, pertanian dan buangan industri dan kesannya terhadap komponen sekitaran termasuk fauna dalam tanah juga turut dibincangkan .

Rujukan

Baumback, G., 1996. Air Quality Control: formation and source, dispersion, characteristics and impact of air pollutants-measuring methods, technique for reduction of emission and regulation for air quality control. New York: Springer.

Boulding, J.R. 1995. Practical Handbook of Soil, Vadose-zone and Groundwater Contamination: Assessment, Prevention and Remediation. Boca Raton: Lewis Publication.

Bragg, G.M. & Strauss, W. 1981. Air Pollution Control. New York: Wiley Interscience Publ.

Curtis, D. 1998. Air Emission Monitoring and Control Handbook. Ed. ke-1, London: Elsevier Science.

Yaron, B., Calvert, R. & Prost, R. 1996. Soil Pollution: Process and Dynamics. New York: Springer.

STAE3442 Penilaian Risiko Pencemar

Kursus ini membincangkan masalah pencemaran kimia, hubungan kelakuan kimia dengan ketoksikan serta nasib akhir pencemar. Perbincangan merangkumi tranformasi kimia dan biokimia dan proses fizis. Tatacara penilaian hazad bahan kimia dan risiko pencemar akan juga dibincangkan. Penentuan had bahan kimia, matlamat remediasi, pencemaran bardasarkan risiko, komunikasi dan pengurusan risiko serta peranan penilaian risiko pencemar dalam pengurusan persekitaran akan juga diliputi.

Rujukan

Asante-Duah D. K., ,1998. Risk Assessment in Environmental Management : A Guide for Managing Chemical Contamination Problems. Chichester: John Wiley & Sons.

Francis, B.M. 1994. Toxic Substances in the Environment. New York: John Wiley & Sons.

Richardson. M. L. 1988. Risk Assessment of Chemicals in the Environment. London: The Royal Society of Chemistry.

Saxena. J. . 1984. Hazard Assessment of Chemicals : Current Developments. Jilid 1 dan 3. Orlando: Academic Press.

Suter II. G. W. 1993. Ecological Risk Assessment. Michigan: Lewis Publishers.    

                                                                                      

 

                                                                                      

STAE3992 Latihan Ilmiah I

STAE3994 Latihan Ilmiah II

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada alam penyelidikan. Pelajar akan mengendalikan satu projek penyelidikan di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Ianya meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis dan perumusan kesimpulan. Hasil projek ditulis sebagai satu laporan format yang telah ditetapkan. Penilaian akan diberi berdasarkan:

a) Persembahan Seminar

b) Perlaksanaan Kerja-kerja Penyelidikan

c) Persembahan Laporan Projek

d) Pemeriksaan Lisan

Kursus untuk Pelajar Luar Pusat Pengajian dalam FST

STAP1032 Geologi dan Manusia

Penakrifan ilmu geologi sebagai suatu cabang ilmu sains tabii dan hubungannya dengan kehidupan manusia. Aktiviti bumi dan kaitan dengan bencana geologi; gunung berapi, gempa bumi, penyusutan jisim. Sumber tenaga dengan menitikberatkan aspek-aspek geologi, kawasan ditemui dan kejadian; hidroelektrik, geoterma, nuklear, bahan api fosil termasuk batu arang dan petroleum. Sumber logam; jenis-jenis bijih keperluan lazim seperti emas, timah, tembaga; punca taburan di bumi dan kejadian. Sumber bukan logam; jenis-jenis biasa seperti mineral industri dan batu-batan; sifat-sifat istimewa, kegunaan, punca, kejadian. Sumber air bawah tanah; tabii, carigali, pencemaran. Kaedah penjelajahan untuk mencari gali bijih dan penyiasatan tapak; merangkumi geokimia dan geofizik penjelajahan serta bantuan fotoudara.

Rujukan

Tarbuck, E.J. & Lutgens, F.K. 1992 The Earth-an Introduction to Physical Geology. New York: Macmillan Publishing Company.

Tjia, H. D., Juhari Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun dan Anizan Isahak 1987. Proses Eksogen. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Fuad Hassan (Penyt.) 1987. Geologi dan Manusia. Bangi Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Watson, J. 1990. Batuan dan Mineral. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Terjemahan oleh Syed Sheikh Almashoor.                           

                                                                                      

             

                                                                                     

STAP1423 Alam dan Manusia

Kursus ini membincangkan isu yang berkaitan dengan geosains, pembentukan bumi dari segi sifat fizik dan kimia bumi. Sejarah pembentukan litosfera, atmosfera, hidrosfera dan perkembangan biosfera juga akan dibincang. Kepelbagaian alam tumbuhan dan haiwan meliputi pengelasan ekologi dan kepentingannya kepada manusia akan dihuraikan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada konsep am bioteknologi dan peranan bioteknologi dalam menghasilkan makanan dan ubatan. Akhirnya pelajar akan diberi maklumat mengenai kompopsisi makanan dan fungsinya untuk memenuhi keperluan hidup. Isu terkini mengenai makana seperti bahan pemanis tiruan, lemak sintetik dan bahan makanan lain yang baru diperkenal di pasaran akan dibincang.

Rujukan

Ayub M.A., Aminah A. & Zawiah H. (ptrj.). 1989. Pengenalan Sains Makanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pusataka.

Baharuddin Salleh, 1987. Pengenalan Alam Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harris, C.L. 1996. Concepts in Zoology. Ed. Ke-2. New York: Horper Collins.

Tarbuck, J.T. & Lutgens, F.K. 1991. Earth Science. Ed. Ke-6. New York: Macmillan Publishing Company.

Tortora, G.J., Funke, B.R. & Case, L.C. 1998. Microbiologi:An Introduction. California: The Benjamin Publishing Co. Inc.

STAL2512 Kepelbagaian Hidupan Marin

Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan pelajar-pelajar sains kepada hidupan haiwan dan tumbuhan yang terdapat di lautan. Ianya akan sangat berguna kepada ahli-ahli sains yang berminat untuk menggunakan organisma marin dalam penyelidikan masing-masing. Perbincangan akan dilakukan mengikut kelas taksa. Ciri-ciri sepunya setiap kelas akan dibincangkan. Di samping itu, kepentingan ekologi, ekonomi dan kesihatan ahli-ahli dalam setiap kelas akan juga dibincangkan.

Rujukan

Allen, G.R. 1997. Marine Fishes of Tropical Australia and South East Asia. Perth: Western Australian Museum Publication.

Sprung, J. 1999. Corals: A Quick Reference Guide. New York: Ricordea.

Sprung, J., & Ramirez, D. 2001. Invertebrates: A quick Reference Guide. New York: Two Little Fishies.

Todd, C.D., Laverack, M.S. & Boxshall, G.A. 1996. Coastal Marine Zooplankton: A Practical Manual For Students. Cambridge: Cambridge University Press.

Tomas, C.R., Hasle, G.R. & Throndsen, J. 1997. Identifying Marine Phytoplankton. London: Academic Press.                          

                                                                                     

Kursus DARIPADA FAKULTI EKONOMI

EK2453 Ekonomi dan Pengurusan Alam Sekitar

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan alam sekitar dalam konteks kepentingannya terhadap kesejahteraan kehidupan manusia. Antara topik penting yang akan dibincangkan ialah konsep alam sekitar; hubungan ekonomi/industri dan alam sekitar; masalah alam sekitar dari segi kepupusan sumber dan pencemaran; pencemaran alam sekitar industri; proses dan pencemaran dalam industri terpilih; implikasi ekonomi `pollution abatement'; analisis dasar alam sekitar; dan penilaian kesan alam sekitar.

Rujukan

Callan, S.J. & Thomas J.M. 1996. Environmental Economics and Management - Theory, Policy and Application. Chicago: Irwin Book Team.

Field, B.C. 1997. Environmental Economics. Ed. ke-2. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.

Kahn, J.R. 1995. The Economic Approach & Environmental and Natural Resources. Orlando: Dryalon Press.

Park, S.H., & Labys, W.C. 1998. Industrial Development and Environmental Degradation. Aldershot: Edward Elgar.

Turner, R.K., Pearce, D. & Bateman, 1. 1994. Environmental Economics. New York: Harvester Wheatsheaf.