PUSAT PENGAJIAN

STQP1013 Pengaturcaraan Komputer

Kursus ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada konsep dan prinsip-prinsip pengaturcaraan menerusi Bahasa Pengaturcaraan C++. Konsep-konsep penting dalam penyelesaian masalah secara pengaturcaraan akan diperkenalkan dan diperkemaskan melalui contoh-contoh dan sesi amali di makmal komputer. Konsep-konsep yang akan ditekankan adalah logik pengaturcaraan, al-khawarizmi (algoritma), dan elemen-elemen pengaturcaraan dalam bahasa tersebut. Bahasa C++ telah dipilih kerana kepopularan, kebolehpindahan dan penggunaannya yang meluas di dunia luar, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Pengalaman sering menyatakan kiranya seseorang itu menguasai bahasa C atau C++, biasanya adalah lebih mudah untuk beliau menguasai bahasa-bahasa lain; tetapi tidak sedemikian sebaliknya.

Contoh-contohnya adalah lebih ke arah menyelesaikan masalah bersabit matematik selaras dengan aspirasi pusat disamping menekankan penguasaan elemen-elemen bahasanya. Elemen-elemen yang akan ditekankan dalam kursus ini adalah cabangan, gelung, tatasusunan, pemprosesan fail, asas struktur dan asas penuding.Semua elemen bahasa diajar adalah selaras dengan spesifikasi piawai ANSI C++. Sebuah buku teks telah dipilih sebagai rujukan utama untuk memudahkan pembelajaran dan ulangkaji para pelajar.

STQP1013 Computer Programming

This course aims to expose the students to the concepts and principles of computer programming through the C++ Programming Language. The main principles of problem solving by using computer programming will be discussed and emphasised through practical examples and hands-on sessions in the computer laboratories. The concepts that will be emphasised are programming logic, algorithms, and the elements of the language. C++ was chosen due to its popularity, portability and wide acceptance in the "outside" world, especially in the fields of science and technology. Experience often shows that someone who is well verse in C or C++ normally will have an upper hand in learning other computer languages or packages, but not vice versa.

The examples will be more towards solving mathematical related problems in line with the aspiration of the school, and the grounding of the elements of the language. The elements that will be emphasised in this first course are banching, looping, arrays, files processing, the basic of structure and the basic of pointers. All elements of the language will be taught following the standard ANSI C++ specification. A textbook is chosen as the main reference to ease students learning and revision.

Rujukan

References

Malik, D. S. 2004. C++ Programming: From Problem Analysis to Program Design. 2nd Ed., Boston: Course Technology (Thomson Learning).

Bronson, G. J. 2000. A First Book of C++ : From Here to There, 2nd Ed., Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing (Thomson Learning).

Deitel, H. M. & Deitel, P. J. 2000. C++: How to Program, 3rd Ed., New Jersey: Prentice-Hall.

Horstmann, C. 1999. Computing Concepts with C++ Essentials, 2nd Ed., New York: John Wiley & Sons.

Meyers, S. 1997. Effective C++: 50 Specific Ways to Improve Your Programs and Design, 2nd. Ed., Boston: Addison-Wesley.

STQP1513 Asas Ekonomi I

Kursus ini bermatlamat memberikan pengukuhan dan penguasaan konsep asas ekonomi yang sering digunakan dalam sains aktuari.

Ekonomi dalam perspektif: Masalah-masalah asas dalam sistem ekonomi. Konsep asas ekonomi: keterhadan, peluang memilih, agihan sumber, pasaran. Interaksi permintaan dan penawaran serta implikasinya kepada pasaran. Konsep pemaksimuman utiliti. Kos pengeluaran. Faktor-faktor pengeluaran. Pasaran berpersaingan tulen. Pasaran berpersaingan bermonopoli. Pasaran beroligopoli. Pasaran bermonopoli tulen.

Rujukan

Atkinson, L.C. 1982. Economics. Irwin.

Ekelund Jr., R.B. & Tollison, R.D. 1986. Economics. Little-Brown.

Froyen, R.T. & Greer, D.F. 1990. Principles of Economics. New York: Macmillan Publishing Co.

McConnell, C.R. 1991. Economics. Ed. ke-3. McGraw-Hill.

STQP1523 Asas Ekonomi II

(Kursus ini merupakan lanjutan kepada STQP1513)

Pengenalan makroekonomi. Masalah-masalah ekonomi sesebuah negara: objektif guna tenaga penuh, kestabilan ekonomi, kitaran perniagaan. Polisi makroekonomi. Struktur kewangan sektor awam. Keluaran Dalam Negara Kasar, Keluaran Negara Kasar. Implikasi dari kecenderungan menyimpan atau berbelanja terhadap ekonomi. Faktor-faktor dalam mengurus ekonomi negara. Inflasi. Kadar pengangguran.               Kadar pertumbuhan ekonomi negara. Implikasi dari polisi fiskal dan polisi kewangan. Pertukaran asing dan perdagangan antara bangsa. Imbangan pembayaran. Kesan imbangan pembayaran terhadap kadar faedah jangka pendek.

Rujukan

Atkinson, L.C. 1982. Economics. Irwin.

Ekelund Jr., R.B. & Tollison, R.D. 1986. Economics. Little-Brown.

Froyen, R.T. & Greer, D.F. 1990. Principles of Economics. New York: Macmillan Publishing Co.

McConnell, C.R. 1991. Economics. Ed. ke-3. McGraw-Hill.

STQP2033 Kaedah Berangka

(Prasyarat: Telah mengikuti kursus STQP1013, STQM1113 dan STQM1123)

Kursus ini bertujuan untuk membincangkan kaedah penyelesaian masalah secara berangka dengan penekanan kepada pembinaan Alkhwarizmi penyelesaian masalah dan seterusnya membangunkan atur cara komputer.

Penyelesaian persamaan tak linear. Kaedah pembahagian selang, kaedah sekan dan kaedah Newton-Raphson untuk penentuan punca. Kaedah Newton untuk sistem. Penyelesaian sistem linear. Interpolasi dan anggaran polinomial. Interpolasi. Anggaran Lagrange dan anggaran Pade. Polinomial Newton. Penyuaian lengkung: Garis. Kuasa dua terkecil. Penyuaian lengkung. Interpolasi oleh fungsi splin. Siri Fourier dan polinomial trigonometri. Pembezaan dan kamiran berangka: Anggaran dan rumus pembezaan berangka. Petua kamiran berangka. Pendekatan kamiran boleh suai. Penyelesaian berangka persamaan pembezaan: Kaedah Euler, kaedah Heun, kaedah siri Taylor dan kaedah Runge-Kutta. Kaedah peramal-pembetul. Sistem persamaan pembezaan. Penyelesaian berangka bagi persamaan pembezaan separa.

Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pengiraan Berangka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharom Sanugi & Md. Yusof Saidin (ptrj.). 1990. Kaedah Pengiraan dalam Persamaan Pembezaan Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Mohd. 1993. Penyelesaian Berangka Sistem Persamaan Pembezaan Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mathews, J.H. 1992. Numerical methods for Mathematics, Science and Engineering. Ed. ke-2. Prentice-Hall.

STQP2043 Penyelidikan Operasi

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang penyelidikan operasi. Penyelidikan operasi melibatkan penggunaan kaedah matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu yang rumit dan kompleks. Objektif dalam penyelidikan operasi adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang teramalkan dan berguna terhadap masalah yang kadang kala tertakluk kepada batasan atau kekangan. Masalah pengaturcaraan linear. Masalah pengaturcaraan integer. Masalah pengangkutan dan umpukan: pemodelan masalah pengangkutan, umpukan, dan penyelesaiannya. Analisis rangkaian. Model inventori. Teori giliran. Pengaturcaraan dinamik dan penggunaannya dalam model pemuatan kargo, dan dalam model saiz tenaga pekerja. Simulasi: simulasi peristiwa diskret, simulasi Monte Carlo dan nombor rawak.

Rujukan

Hillier, F.S. & Liebernam, G.J. 1995 Introduction to Operations Research. New York: McGraw-Hill.

Mitchell, G. 1993. The Practice of Operational Research. Chichester: John Wiley & Sons.

Taha, H.A. 1993. Penyelidikan Operasi: Pengenalan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winston, W.L. 1987. Operations Research : applications and algorithms. Boston: Duxbury Press.

STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai aspek penting dalam bidang pengurusan perniagaan. Persekitaran perniagaan: Sistem ekonomi dan perniagaan, perniagaan dan masyarakat, organisasi perniagaan. Pengurusan dan organisasi: Pengurusan, organisasi dalaman, perhubungan manusia, keusahawanan, sistem pengurusan maklumat, pengurusan operasi. Manusia dan pengeluaran: Pengurusan sumber manusia, perhubungan pihak pengurusan-pekerja, sistem pengeluaran, perniagaan perkhidmatan. Pemasaran: Proses pemasaran, keluaran dan penentuan harga, promosi, saluran pengagihan. Kewangan dan pengurusan risiko: Institut Kewangan, pengurusan kewangan, pasaran sekuriti, pengurusan risiko, perakaunan.

Rujukan

Jaffar Muhammad. 1993. Asas Pengurusan Perniagaan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Jackson, J.H. & Musselman, V.A. 1987. Business: Contemporary Concepts and Practices. Englewoods Cliff, New Jersey: Prentice-Hall.

STQP2523 Pengenalan Insurans dan Takaful

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar asas insurans dengan tujuan membantu pelajar memahami kursus sains aktuari dengan lebih jelas lagi. Takrif insurans, kerugian, peril, hazard dan perkara yang berkaitan dengan insurans. Kerugian boleh insurans: risiko spekulatif dan perjudian, pengelasan risiko. Pengurusan risiko: fungsi, proses dan kaedah pengurusan risiko. Pekerjaan insurans: agen dan broker, penyelaras kerugian, pengunderait dan sebagainya. Insurans hayat, kesihatan dan anuiti: jenis dan kontrak insurans hayat. Manfaat pekerja, jaminan sosial. Insurans am: komersial, harta dan bangunan dan automobil. Badan pengawal dan undang-undang.

Rujukan

Black, K.J. & Skipper, H.J. 1994. Life Insurance. Ed. ke-12. New Jersey: Prentice-Hall.

Dorfman, M.S. 1994. Introduction to Risk Management and Insurance. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice-Hall.

Rejda, G.E. 1989. Principles of Insurance. Ed. ke-3. USA: Harper Collins.

STQP2533 Asas Perakaunan dan Kewangan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep asas perakaunan dan kewangan agar dapat membantu pelajar dalam menganalisa penyata kewangan dan seterusnya menilai prestasi kewangan sesebuah organisasi.

Kandungan kursus: Jenis-jenis syarikat. Pengenalan perakaunan. Memahami penyata. Peraturan menyedia penyata. Tatacara dan penjanaan penyata-penyata. Analisis kewangan dalam menilai prestasi syarikat. Institusi kewangan. Konsep percukaian. Pembiayaan dan instrumen kewangan. Penerbitan saham. Peranan badan pengawal (Suruhanjaya Sekuriti, Agensi Pengkadaran, BSKL).

Rujukan

WeyGrandt, J.J, Kieso, D.E. & Kell, W.G. 1993. Accounting Principles. Ed. Ke-3. John Wiley & Sons.

Lee Tat Man. 1994. Principles Of Accounting for Non- Accounting Professionals. Simon & Schuster.

Wan Maznah Wan Ibrahim. 1993. Asas Perakaunan. Fajar Bakti.

Grossman, S.D., Kratchman, S.H. & Malcolm, R.E., 1985. College Accounting Principles. Prentice-Hall.

Higgins, R.C., 1984. Analysis for Financial Management. Irwin.

STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik

Kursus ini membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan landasan sains matematik, analisis sejarah perkembangannya dan teori-teori tentang tabii matematik dan status keilmuannya. Hubungan yang istimewa di antara matematik dengan sains juga dihalusi dengan mengambil kira persoalan tentang pengelasan ilmu secara keseluruhannya. Pendekatan yang akan digunakan adalah pendekatan perbandingan dengan berteraskan kepada aspek menangani masalah.  

Rujukan

Abdul Latif Samian. 1992. Pengenalan Kepada Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. 1993. Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir Mohamad Zain. 1987. Pengenalan Sejarah & Falsafah Sains. Kuala Lumpur: ASASI.

Osman Bakar. 1990. The Classification of Knowledge. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

MATEMATIK

STQM1113 Kalkulus I

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kalkulus secara bersepadu dengan menekankan kepada kefahaman konsep, ketelitian hujah dan pembuktian, serta kebolehan menyelesaikan masalah. Konsep kalkulus satu pemboleh ubah yang telah dipelajari sebelum ini akan diitlakkan kepada kalkulus multipemboleh ubah dan kalkulus vektor. Untuk memudahkan kefahaman penekanan akan diberikan kepada fungsi dua dan tiga pemboleh ubah. Pengenalan mantik dilakukan di sepanjang mata kursus ini pada ketika dan tempat yang sesuai. Kaedah pembuktian secara langsung, secara aruhan matematik, secara kontrapositif dan secara percanggahan diterapkan di dalam pengajaran. Fungsi dua pemboleh ubah dan bernilai nyata dan perluasannya kepada tiga pemboleh ubah. Fungsi satu pemboleh ubah bernilai vektor. Jujukan dan penumpuan, siri dan Ujian Penumpuan. Had dan keselanjaran fungsi. Pembezaan fungsi.

Rujukan

Abu Osman bin Md. Tap. 1988. Matematik Pertama Jilid 2: Kalkulus Dengan Satu Pembolehubah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Osman bin Md. Tap. 1988. Matematik Pertama Jilid 3: Kalkulus Multipembolehubah dan Kalkulus Vektor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Larson, R.E., Hostetler, R.P. & Edwards, B.H. 1998. Calculus With Analytic Geometry. Boston: Houghton Mifflin.

Shaharir Mohamad Zain. 1992. Vektor dan Tensor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Varberg, D. & Purcell, E.J. 1997. Calculus. Singapore: Prentice Hall.   

                                                                                     

STQM1123 Kalkulus II

(Prasyarat: Telah mengikuti kursus STQM1113)

Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus STQM1113. Oleh yang demikian, pendekatan kursus ini sama seperti yang dinyatakan bagi kursus tersebut. Kamiran Riemann bagi fungsi satu pemboleh ubah dan perluasannya kepada fungsi berpemboleh ubah dua atau tiga. Imbasan kamiran sebagai antiterbitan dan sifat-sifat kamiran. Teorem Asasi Kalkulus. Perluasannya dalam kamiran berganda dua dan tiga. Konsep vektor dalam satah dan ruang 3- matra, hasil darab bintik, hasil darab pangkah dalam ruang 3- matra. Fungsi vektor, medan vektor dan skalar. Lengkung sebagai fungsi vektor. Permukaan sebagai fungsi vektor dengan dua pemboleh ubah. Konsep cerun dan normal, lengkung dan garis tangen, permukaan dan satah tangen, terbitan berarah. Kecapahan dan keikalan medan vektor serta sifat-sifatnya. Kerja dan kamiran garis, teorem asasi untuk kamiran garis. Teorem Green. Luas permukaan, kamiran permukaan. Teorem kecapahan Gauss dan Teorem Stokes.

Rujukan

Sama seperti dalam STQM1113

STQM1223 Aljabar Linear

Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep asas aljabar linear yang terbit dan dijelaskan melalui contoh kemunculan aslinya dan kegunaan. Konsep ruang vektor atau ruang linear dan hubungannya dengan sistem persamaan linear dan matriks. Penghapusan Gauss. Ruang vektor atau ruang linear. Subruang. Gabungan linear. Set rentangan. Set bersandar linear dan merdeka linear. Asas. Matra. Penukaran asas. Sistem koordinat/rujukan. Hasil darab terkedalam. Vektor ortogon. Norma; hukum Pithagorasan, unjuran skalar, unjuran vektor, ketaksamaan Cauchy-Schwarz. Ruang linear bernorma. Vektor ortonormal, proses pengortogonan Gram-Schmidt. Penjelmaan linear dan matriks perwakilan. Nilai eigen dan vektor eigen. Polinomial cirian. Hasil darab dan hasil tambah nilai-nilai eigen. Nilai eigen bagi matriks serupa, ortogon, uniter, simetri dan Hermitean. Menyelesaikan sistem persamaan terbitan linear. Teorem Cayley-Hamilton.

Rujukan

Kolman, B. 1997. Introductory linear algebra with applications. Ed. ke-6. New York: Macmillan.

Leon, S.J. 1994. Algebra Linear Dengan Penggunaan. Terj. Ahmad Faisal Hj. Abd. Karim & Jamaluddin Md. Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nering, E.D. 1987. Aljabar linear. Terj. Kamel Ariffin Mohd. Atan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.                                                

 

STQM2133 Kalkulus Pemboleh Ubah Kompleks

Kursus ini bertujuan memperkenalkan kuasa pemodelan menerusi alam kompleks. Penekanan ditumpukan kepada kefahaman konsep dan pembuktian teorem. Nombor kompleks dalam perwakilan Cartesan dan khutub serta sifatnya. Jujukan kompleks dan penumpuan. Rantau dalam satah kompleks, mandala berkait ringkas dan berkait berganda. Persamaan satah dalam bentuk kompleks. Fungsi pemboleh ubah kompleks. Had fungsi kompleks, keselanjaran dan terbitan fungsi kompleks. Fungsi analisis, syarat Cauchy-Riemann. Fungsi harmonik, fungsi-fungsi permulaan, punca kuasa kompleks. Permukaan Riemann, kamiran kompleks. Teorem Cauchy-Goursat dan kegunaannya. Teorem dan rumus kamiran Cauchy. Teorem Morera, Liouville dan Teorem Asasi Aljabar. Siri tak terhingga, Teorem Taylor, Teorem Laurent, titik singular terpencil. Teorem reja Cauchy. Titik cabang dan potongan cabang. Pemetaan mensebentuk dan penjelmaan Mobius.

Rujukan

Churchill, R.V. & Brown, J.W. 1996. Complex Variable and Applications. Ed. ke-6. New York: McGraw-Hill.

Derrick, W.R. 1991. Analisis Kompleks dan Penerapan. Terj. Abd. Malik Md Yusof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saff, E.B. & Snider, A.D. 1993. Fundamentals of Complex Analysis for Mathematics, Sciences and Engineering. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice Hall.

STQM2543 Mekanik Klasik dan Kuantum

Kursus ini mengandungi pemaparan model dinamik sebutir atau dua butir zarah, dalam alam makroskopik (mekanik klasik Newton, Coulumb dan Einstein) dan mikroskopik (mekanik kuantum Schroedinger), model jasad tegar dan model bendalir (cecair dan gas). Tujuannya untuk memahami tabii zarah dan jasad ini termasuk zarah atom hidrogen dan sistem Matahari-planet atau Bumi-Bulan dan tabii dinamik bendalir yang mematuhi persamaan Navier-Stokes. Pendekatannya secara vektor dan tensor.

Rujukan

Anderson, E.E. 1992. Fizik Moden dan Mekanik Kuantum. Terj. Abdul Latif Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Greenwood, T. 1988. Principles of Dynamics. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice-Hall.

Higdon, A., Stiles, B., Davis, W., Evces, R. & Weese, A. 1979. Engineering Mechanics. Jil. 1: Statics. New Jersey: Prentice-Hall.

Lunn, M. 1991. A First Course in Mechanics. Oxford University Press.

Shaharir Mohamad Zain. 1992. Vektor dan Tesor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

STQM2343 Persamaan Beza dan Terbitan

Kursus ini bertujuan memperlihatkan bagaimana pemaparan masalah di alam nyata yang membawa kepada model matematik dalam bentuk persamaan beza, persamaan pembeza atau persamaan terbitan (biasa atau separa) linear dan tidak linear. Seterusnya ditonjolkan bagaimana model itu mencetuskan pelbagai unsur matematik dan melahirkan pelbagai kaedah yang terkenal yang mungkin boleh diterapkan kepada masalah-masalah lain lagi. Masalah yang terbabit ialah masalah pertumbuhan (termasuk pertumbuhan linear, lojistik dan pertumbuhan May), masalah resapan (berpekali resapan nyata dan kompleks yang linear dan tidak linear), masalah gelombang/ombak (termasuk soliton). Pelbagai kaedah penyelesaian secara analisis (termasuk kaedah siri, kaedah-kaedah jelmaan, dan kaedah usikan), dan kaedah kualitatif (termasuk kajian kestabilan, kekalutan, kembangan asimptot, dan kaedah Poincare-Bendixon). Teorem kewujudan dan kebitaraan penyelesaian.

Rujukan

Boyce, W.E. & DiPrima, R.C. 1997. Persamaan Pembezaan Permulaan dan Masalah Nilai Sempadan. Ed. ke-4. Terj. Md. Abu Omar Awang. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Elaydi, S.N. 1996. An Introduction to Difference Equations. New York: Springer-Verlag.

Kaplan, D. & Glauss, L. 1995. Understanding Nonlinear Dynamics. New York: Springer-Verlag.

Shaharir Mohamad Zain. 1994. Sains Permulaan Menerusi Persamaan Pembeza dan Persamaan Terbitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walker, J.S. 1996. Fast Fourier Transforms. Florida: CRC Press.

STQM3153 Analisis Nyata

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar cara berfikir yang analisis dan kritis. Konsep-konsep ditakrifkan secara tepat dan daripadanya diterbitkan sifat-sifat lain yang berkaitan. Ruang yang dipertimbangkan adalah n-rangkap nombor nyata dengan contoh-contoh kebanyakannya bagi kasus n = 1, 2 dan 3 sahaja. Sistem nombor nyata. Konsep nilai mutlak, supremum, infimum. Set, operasi set, norma bagi n-rangkap nombor nyata, set terbatas, set terbuka, set tertutup dan set padat dalam n-rangkap nombor nyata. Fungsi, imej, praimej, jujukan, keserupaan set, set terhingga, kebolehbilangan set. Jujukan nombor nyata, jujukan berekanada, had superior, had inferior, jujukan dalam n-rangkap nombor nyata, syarat-syarat penumpuan, siri nombor nyata. Had dan keselanjaran: syarat cukup dan perlu keselanjaran yang melibatkan jujukan, set terbuka dan set tertutup. Pengenalan kamiran Lebesgue.                                                            

 

Rujukan

Izzah Abdullah. 1995. Analisis Nyata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Protter, M. & Morrey, C. 1991. A First Course in Real Analysis. New York: Springer-Verlag.

Wade, W. R. 1995. An Introduction to Analysis. New Jersey: Prentice-Hall.

STQM3253 Struktur Aljabar

Tujuan kursus ini ialah untuk memperkenalkan konsep dan tatakaedah dalam struktur aljabar. Penekanan ditumpukan kepada pembuktian sifat struktur untuk membantu mempertingkatkan kemahiran analisis permasalahan matematik. Pendedahan sejarah struktur aljabar diberikan. Hubungan dan sifat kesetaraan. Operasi dedua. Unsur identiti, songsangan. Kumpulan termasuk kumpulan simetri. Kegunaan kumpulan dalam grafihablur atau fizik. Sifat-sifat unsur kumpulan. Peringkat kumpulan, peringkat unsur. Kumpulan kitaran. Subkumpulan, subkumpulan baru daripada yang lama, sifat warisan. Koset, Teorem Lagrange, subkumpulan normal dan kumpulan hasil bahagi. Teorem Homomorfisma Asasi. Teorem Isomorfisma. Pilih atur, kitar, transposisi, kumpulan simetrik, Teorem Cayley. Gelanggang. Subgelanggang. Mandala Integer, Unggulan, gelanggang hasil bahagi. Homomorfisma gelanggang. Gelanggang Polinomial. Medan dan sifat-sifat asasnya.

Rujukan

Fraleigh, J.B. 1988. Kursus Pertama Aljabar Niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hibbard, A.C. & Levasseur, M. 1999. Exploring abstract algebra with Mathematica. New York: Springer-Verlag.

Klima, R.E. & Sigmon, N.P. 1999. Application of Abstract Algebra with Mapple. Florida: CRC Press.

Rosen, J. 1995. Symmetry in Science. New York: Springer Verlag.

Whitehead, C. 1994. Guide to Abstract Algebra. London: Macmillan.

STQM3453 Strategi dan Kawalan

Kandungan kursus ini ialah model penyelesaian dan strategi konflik, pertarungan, negosiasi, permainan, peperangan, persaingan dan sebagainya yang diistilahkan secara amnya sebagai sabungan (atau gem) yang teori pertamanya diutarakan oleh von Neumann-Morgenstein sehingga membawa kepada teori sabungan hasil tambah sifar, malar tidak malar. Isu lainnya ialah bagaimana mengawal dengan sebaik-baiknya masalah/fenomenon suap-balik, input-output dan sebagainya menerusi pemodelannya sebagai masalah pengoptimuman fungsian berkekangan persamaan aljabar atau persamaan terbitan biasa yang linear (kalkulus ubahan klasik hanya sebagai satu contoh). Kebolehcerapan, kebolehkawalan dan kestabilan masalah linear berketentuan.                                                                  

Rujukan

Rohr, C.E., Melsa, J.L. & Schukltz, D.G. 1993. Linear Control System. Mc-Graw Hill.

Sieierstad, A. & Sydsaeter, K. 187. Optimal Control Theory with Economics Applications. North-Holland.

Thomas, L.C. 1986. Games Theory and Applications. Chichester, England: Ellis Horwood

Vorobev, N. 1994. Foundations of Games Theory. Boston: Birkhauser.

STQM3563 Beberapa Isu Pilihan dalam Matematik Industri

Kursus ini mengandungi masalah dalam industri yang sedapat mungkin, pemodelan dan kaedah bersifat bukan stokastik, tetapi membabitkan pengunggulan, analisis berangka atau penghampiran. Masalah itu termasuklah yang dimodelkan menerusi aljabar linear (seperti pencampuran cecair yang dimodelkan sehingga membabitkan nilai eigen matriks, penghampiran model fungsi yang membabitkan keortonormalan vektor, model input-output Leontif, dan model masalah pengoptimuman linear dalam industri), aljabar niskala (seperti dalam industri pengkomputeran yang membabitkan kod membetul ralat), model kegiatan atau fenomenon yang memerlukan pengetahuan teori graf. Masalah pengoptimuman fungsi (banyak pemboleh ubah dengan matlamat dan kekangan linear), masalah pengoptimuman fungsian (iaitu kawalan klasik atau kalkulus ubahan). Model kuantiti dalam industri yang dimodelkan sebagai tensor kerana membabitkan sekurang-kurangnya tegasan dan terikan.

Rujukan

Borisenko, A.I. & Tarapov, I.E. 1995. Analisis Vektor dan Tensor dengan Penggunaaan. Terj. Muhammed Hafiz bin Hj. Khozali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Friedman, A. & Littman, W. 1994. Industrial Mathematics: A Course in Solving Real-World Problems. Philadelphia: SIAM.

Humphreys, J.F. & Prest, M.Y. 1991. Numbers, Groups and Codes. CUP.

Leon, .J. 1994. Linear Algebra with Applications. Sunt. ke-4. New York: Macmillan.

Shaharir bin Mohamad Zain.1994. Vektor dan Tensor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STQM3993 Kajian Ilmiah

Tujuan kursus ini adalah untuk mendidik pelajar melakukan swapembelajaran terbimbing melalui suatu kajian ilmiah kecil suatu tajuk terpilih yang diminati (yang belum pernah dipelajari atau kembangan daripada bahan yang pernah dipelajari). Dalam minggu pertama, pelajar harus dapat menentukan bidang kajian yang ingin dilakukan dan diumpukkan seorang pensyarah sebagai pembimbing. Setelah melakukan gelintaran susastera perpustakaan dan berbincang dengan penyelia, pelajar dikehendaki mengusulkan tajuk dan skop kajian. Hasil kajian tersebut hendaklah ditulis mengijut Gaya UKM sebagai suatu persembahan karya akademik, yang kemudiannya akan dibentang secara lisan. Kursus ini hanya boleh diiambil pada semester akhir pengajian sahaja.

KURSUS UNTUK PELAJAR LUAR PUSAT PENGAJIAN DALAM FST

STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan konsep matematik melalui isu dan persoalan biologi dan pengenalan kepada teori graf dan penggunaannya dalam sains komputer. Teknik matematik diberikan sebagai resepi. Kandungan kursus ini ialah perkembangan sistem nombor nyata, nilai mutlak dan ketaksamaan, sistem nombor kompleks (sifat asas hingga mencari punca nombor kompleks), konsep vektor dan matriks serta contoh-contoh biologi, mantik dan set, hubungan (khususnya hubungan linear dan contoh biologinya). Fungsi nyata satu pemboleh ubah: konsep had secara intuisi dan keselanjaran. Konsep terbitan dan kadar perubahan, masalah ekstremum. Kamiran sebagai antiterbitan, teknik kamiran. Persamaan beza dan persamaan terbitan peringkat pertama serta masalah biologinya seperti masalah pertumbuhan. Pengenalan fungsi multi-pemboleh ubah. Pengenalan teori graf dan kegunaannya. Graf berarah dan tak berarah dan pewarnaan graf.

Rujukan

Anton, H. 1998. Calculus: A New Horizon. Ed. ke-8. New York: John Wiley and Sons.

Arya, J.C. & Lardner, R.W. 1979. Mathematics for the Biological Sciences. New York: Prentice-Hall.

Goodaire, E.G. & Parmenter, M.N. 1998. Discrete Mathematics with Graph Theory. New York. Prentice-Hall.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa Masalah Permulaan dalam Sains Hayat dan Perubatan: Pendekatan dan Penyelesaian Bermatematik. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Truss, J.K. 1998. Discrete Mathematics for Computer Scientists. Ed. ke-2. New York: Addison-Wesley.

STQM1823 Biomatematik Permulaan

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan konsep matematik melalui isu dan persoalan biologi. Teknik matematik diberikan sebagai resepi. Perkembangan sistem nombor nyata. Nilai mutlak dan ketaksamaan. Sistem nombor kompleks: sifat asas hingga mencari punca nombor kompleks. Konsep vektor dan matriks serta contoh-contoh biologi. Mantik dan set. Hubungan: khususnya hubungan linear dan contoh biologinya. Fungsi nyata satu pemboleh ubah, konsep had secara intuisi dan keselanjaran. Konsep terbitan dan kadar perubahan, masalah ekstremum. Kamiran sebagai antiterbitan, teknik kamiran. Persamaan beza dan persamaan terbitan peringkat pertama serta masalah biologinya seperti masalah pertumbuhan.

Rujukan

Shaharir bin Mohamad Zain. 1982. Ilmu Matematik Dalam Sains Hayat dan Perubatan. Kuala Lumpur: Penerbit ADABI.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan: Pendekatan dan Penyelesaian Bermatematik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arya, J.C. & Lardner, R.W. 1979. Mathematics for the Biological Sciences. New York: Prentice-Hall, Inc.

STQM1913 Teknik Matematik I

Kursus ini memberikan pendedahan konsep matematik dengan contoh dalam persoalan sains fizis dan teknik penyelesaian masalah. Set dan operasi asasinya serta kegunaannya dalam pemikiran (mantik dan penghujahan) dan litar elektrik. Sistem nombor nyata. Nilai mutlak dan ketaksamaan. Sistem nombor kompleks. Fungsi berpemboleh ubah tunggal. Had dan keselanjaran. Terbitan, pembezan tersirat, pembeza. Masalah ekstremum.Kamiran fungsi sebagai antiterbitan, teknik kamiran. Jujukan dan siri. Persamaan terbitan biasa: peringkat pertama linear dan tak linear tetapi terpisahkan. Peringkat kedua linear berpekali malar. Fungsi n-pemboleh ubah, n = 2, 3). Had dan keselanjaran, terbitan separa, petua rantai, pembeza. Kamiran berganda. Persamaan terbitan separa peringkat pertama dan kedua, kaedah pemisahan untuk persamaan gelombang (satu matra), persamaan haba (satu matra) dan persamaan Laplace (dua matra). Kaedah berangka dan peranannya.

Rujukan

Boas, M.L. 1966. Mathematical Methods in the Physical Sciences. New York: John Wiley .

Mustapha Majid. 1989. Kalkulus Asas Untuk Pelajar Kejuruteraan dan Sains. Jil. I & II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salas, S.L. & Hille, E. 1984. Kalkulus Satu dan Banyak Pembolehubah. Bhg. I. Terjemahan. New York: John Wiley.

Stephenson, G. 1989. Kaedah Matematik Untuk Pelajar Sains. Terj. Hafsah Abd. Majid & Muriati Mukhtar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thomas, G.B. 1998. Calculus With Analytic Geometry. Ed. ke-9. New York: Addison Wesley.   

 

STQM1923 Teknik Matematik II

(Pendekatan seperti STQM1913)

Kursus ini meneruskan pendedahan konsep matematik dengan falsafah yang sama seperti STQM1913. Sistem persamaan linear: penghapusan Gauss-Jordan, matriks pekali, matriks imbuhan dan operasi permulaan matriks, petua Cramer, penentu dan sifat asasinya.Aljabar matriks termasuk transposisi dan songsangan. Perbandingan teknik penyelesaian. Vektor dalam ruang. Sistem koordinat. Asas piawai dan bukan piawai. Hasil darab bintik (skalar atau terkedalam), Hasil darab silang (hasil darab vektor). Hasil darab skalar 3-rangkap. Hasil darab vektor 3-rangkap dan kegunaannya. Penjelmaan linear. Nilai eigen dan vektor eigen. Jelmaan Laplace, Jelmaan Fourier dan hubungannya dengan persamaan terbitan. Siri Fourier. Fungsi vektor. Kecerunan, kecapahan, keikalan dan tafsirannya. Kamiran garis, kamiran permukaan. Teorem Kecapahan Green dan Teorem Stokes.

Rujukan

Nasrudin Hassan. 1990. Vektor. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Spain, B. 1987. Analisis Vektor. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan lain seperti STQM1913.

STATISTIK

STQS1113 Statistik I

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar beberapa prinsip asas tentang pemikiran dan tatakaedah statistik. Penekanan diberikan kepada pentingnya pendekatan sains dalam penyelidikan, tujuan dan peranan statistik dalam penyelidikan, proses penyelidikan yang melibatkan penggunaan statistik, pemahaman konsep kebarangkalian, memupuk kemahiran dalam membuat laporan secara bertulis dan lisan berhubung dengan penyelidikan statistik. Konsep pemboleh ubah rawak dan pelbagai fungsi taburan. Taburan bagi fungsi pemboleh ubah rawak dan teknik untuk mengecam taburan berkenaan: teknik fungsi taburan, teknik penjelmaan dan teknik fungsi penjana momen. Taburan bivariat dan multivariat juga dibincangkan dari aspek fungsi taburan bercantum, fungsi ketumpatan bercantum, fungsi taburan margin (sut), fungsi taburan bersyarat, ketakbersandaran di antara pemboleh ubah rawak, jangkaan bersyarat dan pekali korelasi. Teorem Chebyshev dan taburan normal bivariat.

STQS1113 Statistics I

The aim of this course is to expose the students to basic principles in statistical thinking and tools. The emphasis is given on the importance of scientific approach in research, aim and role of statistics in research, research process involving usage of statistics, understanding the concept of probability, report writing and presentation of statistical research. Concept of random variables and various types of distribution functions. Distribution of function of random variables and techniques to find distribution of function of random variables: distribution function techniques, transformation techniques and moment generating function techniques. Bivariate and multivariate distributions are discussed from the aspect of joint distribution, joint density function, marginal density function, conditional distribution function, independence between random variables, conditional expectation and correlation coefficient. Chebyshev Theorem and bivariate normal distribution.

Rujukan

References

Hogg, R.V. & Tanis, E. A. 1993. Probability and Statistical Inference. Ed. ke-4. MacMillan Publishing Co.

Mohd. Kidin Shahran. 1995. Statistik Perihalan dan Kebarangkalian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rice, J.A. 1995. Mathematical Statistics and Data Analysis. Ed. Ke-2. Wadsworth.

Upton, G. & Cook, I. 1997. Understanding Statistics. Oxford: Oxford University Press.

Walpole, R.E. & Meyer, P.L. 1987. Kebarangkalian dan Statistik Untuk Jurutera dan Ahli Sains. Terj. Mokhtar Abdullah & Zainodin Haji Jubok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STQS1123 Statistik II

(Prasyarat: telah mengikuti STQS1113)

Kursus ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar beberapa prinsip asas tentang pemikiran dan tatakaedah statistik. Penekanan diberi kepada pentingnya pendekatan sains dalam penyelidikan, tujuan dan peranan statistik dalam penyelidikan, proses penyelidikan yang melibatkan penggunaan statistik, pemahaman konsep kebarangkalian, memupuk kemahiran dalam membuat laporan secara bertulis dan lisan berhubung dengan penyelidikan statistik.

Statistik tertib dan taburan pensampelan. Beberapa taburan khusus yang berkait dengan taburan normal seperti taburan t, khi kuasa dua, dan F. Hukum bilangan besar dan hukum had memusat. Kaedah penganggaran titik: kaedah kebolehjadian maksimum dan kaedah momen. Anggaran titik dan anggaran selang. Ini melibatkan anggaran selang parameter satu populasi dan anggaran selang parameter dua populasi yang bersandar dan yang tak bersandar. Ujian hipotesis. Ralat I, Ralat II, kuasa ujian, saiz sampel, Ujian Z, Ujian-t dan Ujian-F.

 

Rujukan

Hogg, R.V. & T anis, E. A. 1993. Probability and Statistical Inference. Ed. ke-4. MacMillan Publishing Co.

Mohd. Kidin Shahran 1995. Statistik Perihalan dan Kebarangkalian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Upton, G. & Cook, I. 1997. Understanding Statistics. Oxford: Oxford University Press.

Walpole, R.E. & Meyer, P.L. 1987. Kebarangkalian dan Statistik Untuk Jurutera dan Ahli Sains Terj. Mokhtar Abdullah & Zainodin Haji Jubok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainodin Haji Jubok & Mokhtar Abdullah, 1988. Pengenalan Kebarangkalian dan Statistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STQS2133 Pentaabiran Statistik

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teori statistik. Anggaran titik bagi parameter anu dan sifat-sifat penganggar. Antara sifat yang dibincangkan ialah kecekapan, kesaksamaan, mempunyai varians terkecil, kecukupan, dan kelengkapan. Keluarga taburan eksponen dan ketaksamaan Cramer-Rao. Kaedah penganggara: kaedah kebolehjadian maksimum dan kaedah Bayesan. Perbandingan pendekatan antara teori pensampelan dengan pendekatan Bayesan. Penganggaran selang. Pengujian hipotesis, rantau genting terbaik, ujian nisbah kebolehjadian. Statistik tak berparameter, khususnya berhubung dengan ujian khi kuasa dua. Model linear teritlak. Tumpuan diberikan untuk kasus ralat tertabur Poisson.

Rujukan

Berry, D.A. & Lindgren, B.W. 1996. Statistics: Theory and Methods. Ed. Ke-2. Duxbury Press.

Dobson, A.J. 1983. An Introduction to Statistical Modelling. London: Chapman & Hall.

Everitt, B.S. 1987. Introduction to optimization methods and their application in Statistics. London: Chapman and Hall.

Gnedenko, B.V. 1999. The Theory of Probability and the Elements of Statistics. Oxford: Oxford University Press.

Hogg, R.V. & Tanis, E. A. 1993. Probability and Statistical Inference. Ed. ke-4. MacMillan Publishing Co.

STQS2233 Pemodelan Statistik

Kursus ini memperkenalkan kepada pembinaan model statistik menerusi kaedah regresi dan siri masa dan menggunakan model tersebut untuk peramalan. Model regresi ringkas dan model regresi berganda. Penganggaran parameter dan pentaabiran dalam konteks pemodelan regresi. Analisis reja. Kaedah langkah demi langkah dan kaedah kuasa dua terkecil berpemberat. Masalah yang sering dihadapi seperti data pencilan, kemultikolinearan dan autokorelasi. Regresi logistik. Konsep umum dalam pemodelan siri masa. Analisis haluan, purata bergerak, kebermusiman, autokovarians, autokorelasi, autokorelasi separa dan korelogram. Beberapa model Box-Jenkin (autoregresi, AR(p) purata bergerak, PB(k)) dan Model campuran.

Rujukan

Bowerman, B.L. & O'Connell, R.T. 1992. Penelahan Siri Masa. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Draper, N.R. & Smith, H. 1982. Applied Regression Analysis. New York: Wiley.

Graybill, F.A. & Hariharan, K.I. 1994. Regression Analysis: Concepts and Applications. Duxbury Press.

Mokhtar Abdullah. 1994. Analisis Regresi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newbold, P. & Bos, T. 1994. Introductory Business and Economic Forecasting. Ed. Ke-2. South-Western.

STQS2243 Tinjauan dan Pensampelan

Tujuan kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada reka bentuk tinjauan dan pensampelan. Reka bentuk untuk tinjauan dan pensampelan dengan kelebihan kaedah pensampelan. Merancang tinjauan pensampelan: Matlamat tinjauan, penentuan populasi, pengumpulan data, kecekapan, kaedah penyukatan, rangka tinjauan, pemilihan sampel, organisasi kerja lapangan dan analisis data. Jenis reka bentuk pensampelan: rawak, berstratum, berkelompok (satu peringkat dan dua peringkat) bersistem, pensampelan dengan kebarangkalian. Sumber ralat dalam pensampelan: ralat tanpa sambutan, beberapa jenis tanpa sambutan dan cara mengatasinya. Kerja berkumpulan: Pelajar secara berkumpulan dikehendaki menyediakan satu rangka cadangan projek dan kertas kerja bagi menjalankan satu tinjauan.

Rujukan

Cochran, W.G. 1977. Sampling Techniques. Ed. ke-3 New York: Wiley.

Moser, C.A. & Kalton, G. 1979. Survey Methods in Social Investigation. London: Butler & Tanner Ltd.

Som, R.K. 1979. A Manual of Sampling Techniques. London: Heinemann.

Scheaffer, R.L., Mendenhall, W. & Ott, L. 1996. Elementary Survey Sampling. Ed. Ke-5. Duxbury Press.

STQS2433 Kaedah Statistik

Kursus ini memperkenalkan teknik-teknik asas yang digunakan untuk analisis data. Regresi linear mudah dan korelasi. Nilai suaian, reja dan analisis varians; pentaabiran berkenaan parameter regresi dan ramalan, analisis reja; analisis korelasi; perkaitan di antara regresi dengan korelasi. Autokorelasi dan korelasi pangkat. Regresi dan korelasi berganda; Model regresi: analisis varians; pentaabiran; korelasi separa dan berganda. Pemboleh ubah patung. Penjelmaan. Kemultikolinearan: pemilihan pemboleh ubah tak bersandar. Analisis varians: satu faktor, model dan andaian saiz sampel tak sama; perbandingan purata. Analisis Siri Masa: Pembentukan model Ramalan; Model siri masa yang merangkumi model purata bergerak peringkat pertama dan kedua, autoregresi peringkat pertama dan kedua, dan model perjalanan rawak. Model pengecaman. Anggaran berparameter. Semakan diagnosis dan ramalan.

Rujukan

Bowerman , B.L. & O'Connell, R.T. 1992. Penelahan Siri Masa. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Graybill, F.A. & Hariharan, K.I. 1994. Regression Analysis: Concepts and Applications. Duxbury Press.

Miller, R.B. & Wichern, D.W. 1977. Intermediate Business Statistics. Holt, Rinehart and Winston.

Newbold, P. & Bos, T. 1994. Introductory Business and Economic Forecasting. Ed. Ke-2. South-Western.

Robert, H.V. 1991. Data Analysis For Business Managers with MINITAB. Ed. ke-2. The Scientific Press.

STQS2443 Statistik Industri

Tujuan kursus ini ialah memperkenalkan kepada pelajar teknik statistik asas yang digunakan di industri. Konsep umum kawalan proses statistik yang diperlukan dalam industri. Pengenalan konsep kawalan mutu secara menyeluruh, iaitu daripada bahan mentah hingga kepada proses pembuatan dan penggunaan pembeli. Membincang secara terperinci proses kawalan statistik berdasarkan carta min dan julat. Konsep kawalan tersebut diperluaskan kepada carta median, sisihan piawai, peratusan, bilangan dan bilangan per unit. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada konsep umum pensampelan lot dan analisis kebolehpastian yang diperlukan dalam industri. Beberapa rancangan pensampelan dibincangkan.

Rujukan

Besterfield, D.H. 1995. Quality Control. New York: Prentice-Hall.

Kapur, K.C. & Lamberson, L.R. 1984. Reliability in Engineering Design. New York: Prentice-Hall.

Schilling, E.G. 1982. Acceptance Sampling in Quality Control.

Webb, J. 1997. Quality Control: A Total Approach. Delmar.    

 

STQS3163 Proses Stokastik

Tujuan kursus ini ialah memberi pengenalan kepada pelajar tentang proses stokastik. Pelajar diperkenalkan dengan konsep kebarangkalian bersyarat dan kebarangkalian permulaan. Fungsi penjana kebarangkalian. Rantai Markov. Kebarangkalian peralihan. Matriks peralihan. Proses Poisson. Keadaan fana. Keadaan jadi semula. Taburan pegun bagi rantai Markov. Proses lompatan tulen Markov. Proses kelahiran dan kematian.

Rujukan

Issacson, D.L. & Madson, R.W. 1976. Markov Chains: Theory and Application. New York: Wiley.

Lee, A.M. 1966. Applied Queueing. New York: St. Martin Press.

Sheldon, R.M. 1983. Stochastic Processes. New York: John Wiley & Sons.

Feldman, R. & Valdez-Flores, C. 1996. Applied Probability and Stochastic Processes. PWS.

Higgins, J.J. & Keller-McNulty, S. 1995. Concepts in Probability and Stochastic Modeling. Wadsworth.

STQS3353 Reka Bentuk Uji Kaji dan Analisis

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar bagaimana melakukan uji kaji yang cekap menerusi penggunaan kaedah statistik. Tabii kaedah sains. Prinsip-prinsip uji kaji: perawakan, pereplikaan, pemblokan, pembauran, sifat ortogon dan seimbang. Reka bentuk segi empat sama Latin. Hubungan struktur di antara segi empat sama Latin dengan uji kaji faktoran tiga faktor. Masalah pembauran dalam segi empat sama Latin. Reka bentuk plot pecahan. Masalah korelasi antara cerapan. Kegunaan dalam pertanian dan industri. Uji kaji faktoran: beberapa dasarnya. Takrif kesan ringkas, utama dan saling tindak. Penentuan beberapa kesan tersebut: kaedah Yates, aljabar, kaedah tanda. Blok lengkap dan tak lengkap. Sifat pembauran lengkap dan separa. Saling tindak teritlak. Petua menentukan kandungan blok bagi suatu pecahan. Kontras takrif dan penentuannya. Pemblokan dalam replika pecahan. Uji kaji faktoran 3 aras bagi setiap faktor. Sistem pembauran.

Rujukan

Cochran, W.G. & Cox, G.M. 1957. Experimental Designs. New York: Wiley.

Federer, W. 1955. Experimental Design - Theory & Applications. New York: The Macmillan Company.

Mead, R. 1991: The Design of Experiments. Cambridge. CUP.

Montgomery, D.C. 1991. Rekabentuk dan Analisis Ujikaji. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ostle, B. 1974. Statistics in Research. New Delhi: Oxford & IBH Publishing Co.

 

STQS3453 Statistik Perubatan dan Sosial

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengunaan bidang statistik dalam dua bidang sosial, iaitu demografi dan perubatan. Demografi formal, kajian kependudukan, perkembangan teori kependudukan, kepentingannya, sumber data. Sukatan asas demografi: kekerapan, nisbah, pecahan, kadar, kebarangkalian, penyajian secara berjadual dan piramid populasi. Jadual hayat dan populasi pegun. Analisis kematian, kesuburan, perkahwinan dan perceraian, migrasi dan tenaga kerja. Model populasi: model perkahwinan dan model kesuburan. Pelunjuran penduduk, jadual hayat pelbagai pengurangan, ujian ketepatan data demografi dan pengendalian masalah data tak lengkap. Statistik dalam penyelidikan perubatan. Sukatan keberlakuan penyakit. Reka bentuk kajian. Jenis-jenis kajian dalam perubatan. Analisis data: selanjar dan berkategori. Sukatan perkaitan antara faktor risiko dengan penyakit. Masalah pembauran dan kepincangan. Kajian klinikal. Analisis kemandirian.

Rujukan

Altman, D.G. 1994. Practical Statistics for Medical Research. London. CUP.

Barclay, C.W. 1987. Teknik Menganalisis Penduduk. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kleimbaum, D.G., Kupper, L.L. & Morgenstera, H. 1982. Epidemiologic Research: Principles and Quantitative Methods. London: Lifetime Learning Publications.

Newell, C. 1988. Methods and Models Demography. Belhaven Press.

Osman Haji Yaakub. 1989. Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

STQS3253 Analisis Multivariat

Tujuan kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada kaedah multivariat. Matriks data. Ikhtisar statistik. Gabungan linear. Fungsi taburan longgokan. Momen Taburan Multinormal. Taburan Wishart. Taburan Hotelling T. Jarak Mahalonobis. Anggaran kebolehjadian maksimum. Analisis Komponen Utama. Analisis pembezalayan. Analisis Korelasi Berkanun. Pengelasan Cerapan.

Rujukan

Dillon, W.R. & Goldstein, M. 1995. Multivariate Analysis: Methods & Applications. New York: Wiley.

Johnson, R.A. & Wichern, D.W. 1988. Applied Multivariates Statistical Analysis. Ed. ke-2. New York: Prentice Hall.

Manly, B.F.J. 1994. Multivariate Statistical Methods: A Primer. New York: Chapman Hall.

STQS3993 Kajian Kes

Tujuan kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara untuk melakukan kajian, menganalisis data yang diperoleh daripada kajian dan melaporkan keputusan yang didapati. Setiap pelajar akan diselia oleh seorang pensyarah. Pelajar dikehendaki membuat analisis terhadap data yang diperoleh hasil daripada sama ada tinjauan, uji kaji, laporan rasmi atau perundingan. Semua pelajar diwajibkan menulis satu laporan ilmiah (merupakan satu hasil kajian yang lengkap) (ikut Gaya UKM). Pelajar dikehendaki membuat pembentangan untuk laporan ini.

 

KURSUS UNTUK PELAJAR LUAR PUSAT PENGAJIAN DALAM FST

STQS1913 Statistik Gunaan

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kaedah asas dalam penyelidikan statistik dan contoh-contoh bagaimana kaedah tersebut digunakan dalam bidang sains. Kebarangkalian dan pemboleh ubah rawak diskret dan selanjar. Pelbagai taburan kebarangkalian untuk pemboleh ubah rawak diskret dan selanjar. Penganggaran titik dan selang bagi parameter satu populasi dan dua populasi. Taburan Pensampelan, khususnya yang berkait dengan taburan normal. Pengujian hipotesis terhadap parameter satu populasi dan dua populasi. Analisis data berkategori, khususnya yang melibatkan pengunaan ujian khi kuasa dua. Regresi linear mudah dan regresi linear berganda. Analisis varians satu hala dan dua hala. Kawalan proses statistik. Statistik tak berparameter. Ujian terhadap satu parameter populasi.

Rujukan

Hogg, R.V. & Ledolter, J. 1992. Applied Statistics for Engineers and Physical Scientists. Ed. ke-2. Macmillan Publishing Co.

Mansor bin Jusoh. 1986. Pengantar Ilmu Perangkaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mendenhall, W. & Sincich, T.1995. Statistics for Engineering and the Sciences. Ed. ke-4. New Jersey: Prentice Hall.

Mohd Kidin Shahran. 1995. Statistik Perihalan dan Kebarangkalian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walpole, R.E. & Meyer, P.L. 1987. Kebarangkalian dan Statistik Untuk Jurutera dan Ahli Sains. Terj. Mokhtar Abdullah & Zainodin Hj. Jubok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SAINS AKTUARI

STQA2133 Matematik Kewangan

(Prakeperluan: STQM1113, STQM1123)

Kursus ini bertujuan memperkenalkan teori faedah yang merupakan konsep asas dalam sains aktuari. Pelbagai pengukuran kuantitatif terhadap kadar faedah dan kadar diskaun diperkenalkan. Konsep mengenai faedah kompaun, faedah biasa, nilai kini, nilai tumpukan, kadar faedah/diskaun efektif dan kadar faedah/diskaun nominal. Pelbagai jenis anuiti asas dan kaedah untuk menilai harganya, sama ada nilai kini atau nilai tumpukan. Anuiti yang lebih khusus. Kaedah untuk pengiraan pinjaman dipersembahkan dalam bentuk jadual pelunasan dan dana terikat. Jadual ini memperincikan maklumat dalam sistem pinjaman seperti bayaran faedah, bayaran pokok, amaun ansuran dan baki pinjaman selepas sesuatu tempoh berlalu. Kursus ini juga menunjukkan kaedah pengiraan bon dan sekuriti lain seperti saham biasa, saham keutamaan. Pandangan Islam terhadap faedah dan pelaburan.

Rujukan

Anwar Iqbal. 1973. Islam dan Teori Pembungaan Wang. Jakarta: Tintamas.

Broverman, S.A. 1996. Mathematics of Investment and Credit. Ed. ke-2. Connecticut: ACTEX Publications.

Kellison, S.G. 1991. Theory of Interest. Ed. ke-2. Homewood: Irwin.

McCutcheon, J.J. & Scott, W.F. 1986. An Introduction to the Mathematics of Finance. Oxford: Butterworth-Heinemann.

Parmenter, M.M. 1999. Theory of Interest and Life Contingencies with Pension Applications: A Problem Solving Approach. Ed. ke-3. Connecticut: ACTEX Publications.

STQA2143 Matematik Aktuari I

(Prakeperluan: STQA2133, STQS1113, STQS1123)

Kursus ini bertujuan membina pengetahuan asas model beraktuari secara teori penggunaannya dalam pemodelan insurans dan risiko kewangan yang lain. Konsep kerugian kewangan yang menggabungkan unsur kebarangkalian terhadap hayat manusia dengan pendiskaunan atau penumpukan nilai wang. Kaedah insurans sebagai satu daripada sistem meringankan kerugian kewangan. Model kemandirian dan jadual hayat yang memberi gambaran tentang bilangan dan kebarangkalian hayat yang mandiri atau meninggal dunia. Nilai kini beraktuari bagi manfaat kematian. Anuiti hayat dalam bentuk selanjar, diskret, anuiti hayat awalan, anuiti hayat akhiran dan yang berbayar lebih kerap daripada tahunan. Pembiayaan insurans hayat secara ansuran sama ada secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan. Kesolvenan dana insurans dan syarikat insurans. Keperluan menyediakan rizab bagi memenuhi tuntutan pada masa hadapan. Pengiraan rizab premium bersih.

Rujukan

Bowers, N.L., Gerber Jr., H.U., Hickman, J.C., Jones, D.A. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial Mathematics. Ed. ke-2. Schaumburg: Society of Actuaries.

Batten. 1998. Life Contingencies: A Guide for the Student. Ed. ke-2.

Jordan Jr., C.W. 1991. Life Contingencies. Ed. ke-2. Schaumburg: Society of Actuaries.

Menge, W.O. & Fischer, C.H. 1985. The Mathematics of Life Insurance. New York: Ulrich.

Neill, A. 1977. Life Contingencies. Oxford: Heinemann.

STQA2543 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio I

Kursus ini bertujuan memperkenalkan penggunaan prinsip asas aktuari dalam bidang pelaburan dan pengurusan aset. Pengenalan kepada pelbagai jenis pelaburan, tafsiran dan merangkumi faedah tetap dan ekuiti. Pengelasan pelaburan kepada pelaburan jangka pendek dan pelaburan jangka panjang. Bon korporat, bon kerajaan, saham biasa serta pelaburan korporat yang lain. Saham terpilih, debentur boleh ubah, hak pemecahan dividen serta risiko pelaburan. Pengiraan menilai bon. Penilaian harga saham seperti nisbah harga terhadap perolehan, analisis perjalanan rawak dan kaedah penilaian yang lain. Persekitaran. Pelaburan yang merangkumi pengenalan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Undang-undang dan peraturan BSKL. Teknik pembelian dan penjualan bon dan saham. Broker, orang tengah dan pakar atau perunding pelaburan.

Rujukan

Bodie, Z., Kane, A. & Marcus, A. 1999. Investments. Ed. ke-4. Homewood: Richard D. Irwin.

Haugen, R.A. 1993. Modern Investment Theory. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice Hall.

Higgins, R. 1997. Analysis for Financial Management. Ed. ke-5. Homewood: Irwin.

Mandell, L. & O'Brien, T.J. 1992. Investments. New York: Macmillan.

Reilly, F. 1989. Investment Analysis and Portfolio Management. Ed. ke-2. Dreiden Press.

STQA3153 Matematik Aktuari II

(Prakeperluan: STQA2143)

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus STQA2143. Model pengurang berbilang dengan mengambil kira pengurang lain beserta pengurang kematian seperti bersara, hilang upaya dan sebagainya yang mempengaruhi pembayaran manfaat atau caruman dan terkeluar daripada status hayat aktif. Teori penilaian rancangan persaraan. Perbandingan pelan manfaat tertakrif berbanding pelan caruman tertakrif. Anuiti dan insurans bagi status hayat bergabung. Anuiti dan insurans bagi status pemandiri terakhir. Model insurans berbeban perbelanjaan untuk tujuan pengiraan premium kasar. Sistem rizab terubah suai seperti kaedah tempoh awalan penuh, Zillmer, dan kaedah lain yang digunakan oleh industri insurans hayat di Malaysia dan di luar negara. Manfaat lain selain manfaat kematangan dan manfaat kematian seperti manfaat tak lucut hak, insurans berbayar, pinjaman premium automatik dan insurans sementara lanjutan. Agihan dividen dan syer aset bagi setiap pemegang polisi.

Rujukan

Bowers, N.L., Gerber Jr., H.U., Hickman, J.C., Jones, D.A. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial Mathematics. Ed. ke-2. Schaumburg: Society of Actuaries.

Batten. 1998. Life Contingencies: A Guide for the Student. Ed. ke-2.

Jordan Jr., C.W. 1991. Life Contingencies. Ed. ke-2. Schaumburg: Society of Actuaries.

Menge, W.O., Fischer, C.H. 1985. The Mathematics of Life Insurance. Ulrich. Neill, A. 1977. Life Contingencies. Oxford: Heinemann.

 
STQA3163 Teori Risiko

(Prakeperluan: STQA2143)

Kursus ini bertujuan memperkenalkan teknik statistik yang digunakan dalam sains aktuari. Prinsip nilai jangkaan, teori utiliti dan ketaksamaan Jensen diperkenal untuk membuat sesuatu keputusan dalam bidang insurans. Bagi model risiko individu pula, pelbagai kaedah untuk mendapatkan taburan bagi jumlah pemboleh ubah rawak tak bersandar dibincangkan. Kaedah-kaedah ini adalah konvolusi, fungsi penjana momen dan penganggaran dengan teorem had memusat. Model risiko berpungutan jangka pendek. Untuk model ini, taburan Poisson, negatif binomial dan kompaun Poisson dibincang dengan lebih lanjut. Di samping itu, kaedah rekursi, penganggaran normal dan gama translasi turut diguna untuk menganggar taburan bagi tuntutan agregat. Bagi model risiko berpungutan jangka panjang pula, lebihan pada satu titik masa dibincang secara terperinci untuk menggambarkan kemusnahan dan teori yang berkait dengannya diteliti. Insurans semula dan insurans kerugian tersukat.

Rujukan

Beard, R.E., Pentikainan, T. & Pesonen, E. 1984. Risk Theory: The Stochastic Basis of Insurance. Ed. ke-3. London: Chapman & Hall.

Bowers, N.L., Gerber Jr., H.U., Hickman, J.C. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial Mathematics. Ed. ke-2. Schamburg: Society of Actuaries.

Daykin, C.D., Pentikainen, T. & Pesonen, M. 1994. Practical Risk Theory for Actuaries. London: Chapman & Hall.

Panjer, H. & Willmot G.E. 1991. Insurance Risk Mode. Schamburg: Society of Actuaries.

Williams, C.A. & Heins, R.M. 1985. Risk Management and Insurance. New York: McGraw-Hill.

STQA3253 Model Kemandirian

Kursus ini membincangkan kepentingan teori dan model kemandirian dalam sains aktuari. Teori dan model kemandirian seperti fungsi longgokan, kemandirian, ketumpatan dan hazad. Konsep taburan bersyarat, kadar kematian memusat dan pendedahan. Beberapa kaedah penganggaran untuk model kemandirian daripada data lengkap. Tatacara momen dan tatacara kebolehjadian maksimum dalam model kemandirian daripada data tidak lengkap. Penganggaran dalam pengurangan tunggal dan berganda. Andaian taburan seragam dan eksponen untuk kejadian rawak dan persekitaran kes istimewa. Pendekatan Hoem dan tradisional aktuari sebagai alternatif bagi tatacara momen. Tatacara kebolehjadian maksimum. Andaian taburan seragam dan eksponen untuk kejadian rawak dan persekitaran kes istimewa. Kaedah momen, kebolehjadian maksimum, persentil dan kuasa dua terkecil untuk data lengkap dan data tidak lengkap. Kaedah khi kuasa dua dan statistik Kolmogorov-Smirnov.

Rujukan

Elandt-Johnson, R.C. & Johnson, N.L. 1980. Survival Models and Data Analysis. New York: John Wiley & Sons.

Klein & Moeschberger. 1997. Survival Analysis.

London, R.L. 1997. Survival Models and Their Estimation. Ed. ke-3. Connecticut: ACTEX Publications.

Pollard, A.H., Pollard, G.N. & Yusof, F. 1981. Demographic Techniques. Oxford: Pergamon Press.

STQA3263 Perancangan dan Pengawalan Aktuari

(Prakeperluan: STQA3153)

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berhubung peranan dan tanggungjawab aktuari dalam skim jaminan sosial amnya dan dalam industri insurans hayat khususnya. Persekitaran industri insurans di Malaysia. Konsep yang menyeluruh berhubung rancangan jaminan sosial di Malaysia dan di luar negara. Kaitan industri insurans khususnya dengan skim jaminan sosial yang lainnya. Akta dan Peraturan Insurans, 1963 (dan Pindaannya) dan kesannya kepada peranan aktuari dalam aspek mereka bentuk produk baru, pengawalan kontrak. Analisis keberuntungan, perbelanjaan dan kadar pertumbuhan polisi. Aspek penilaian tahunan aktuari dan keperluan penghantaran maklumat berkanun yang lain kepada penguasa insurans. Akhir sekali, pelajar dikehendaki membuat persembahan pada peringkat akhir kursus berhubung reka bentuk produk insurans hayat yang baru.

Rujukan

Black Jr., K. & Skipper, H.D. 1994. Life Insurance. New Jersey: Prentice-Hall.

Fisher, H.F. & Young, I. 1971. Actuarial Practice of Life Insurance. Cambridge: Cambridge University Press.

Luffrum, G. 1991. Actuarial Investigations: An Actuarial Study Note. London: Institute of Actuaries.

Myers, R.J. 1985. Social Security. New Jersey: Irwin.

STQA3553 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio II

Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus STQA2543. Memberi kefahaman tentang pasaran sekuriti terbitan dan falsafah penilaian saham. Pembentukan portfolio dan penjanaan set cekap. Pelaburan berinstitusi dan pasaran modal. Teori berhubung gelagat saham. Teori portfolio: teori Markowitz, teori menghargakan modal harta. Kaedah menganalisis pelaburan: analisis asasi, analisis teknikal. Teori kecekapan pasaran. Pengurusan portfolio besar. Teori pengimunan. Model faktor. Model Perletakan Harga Aset Modal. Teori penentuan harga arbitraj. Kesan inflasi terhadap pelaburan serta implikasinya terhadap pencukaian dan dana persaraan. Implikasi pencukaian terhadap pelaburan. Prestasi Portfolio. Pada akhir semester, pelajar dikehendaki membuat pembentangan, perbincangan dan penulisan projek secara berkumpulan.

Rujukan

Bodie, Z., Kane, A. & Marcus, A. 1999. Investments. Ed. ke-4. Homewood: Richard D. Irwin

Fabozzi, F.J. & Fabozzi, T.D. 1997. Handbook of Fixed Income. Ed. ke-5. Homewood: Richard D. Irwin.

Higgins, R. 1997. Analysis for Financial Management. Ed. ke-5. Homewood: Richard D. Irwin.

Mandell, L. & O'Brien, T.J. 1992. Investments. New York: Macmillan.

Reilly, F. 1989. Investment Analysis and Portfolio Management. Ed. Ke-2. Dreiden Press.

STQA3993 Kajian Ilmiah

Pelajar melaksanakan tugasan membaca beberapa bahan ilmiah dalam topik yang tertentu di bawah seorang penyelia. Pada minggu pertama pelajar harus dapat menentukan bidang kajian yang ingin dilakukan. Melalui gelintaran susastera perpustakaan dan perbincangan dengan penyelianya, pelajar dikehendaki mengusulkan tajuk dan skop kajian berserta senarai rujuan. Dari semasa ke semasa pelajar dan penyelianya akan mengadakan sesi perbincangan. Pada akhir semester, pelajar dikehendaki menghasilkan ulasan dan esei serta membentangkannya dalam satu sesi formal. Penilaian kursus keseluruhan merupakan gabungan penilaian sesi perbincangan dengan penyelia (30%), pembentangan (10%), dan ulasan/esei yang terhasil (60%).