PROGRAM BIOLOGI

SENARAI DAN KANDUNGAN KURSUS

 

STAB 1013 Kepelbagaian Biologi

Kursus ini meninjau kepelbagaian hidupan bermula dari organisma mikroskopik hinggalah kepada tumbuhan dan haiwan peringkat tinggi. Penekanan akan dibuat pada aspek filogeni, evolusi, adaptasi,integrasi antara hidupan dan persekitaran serta kepentingan organisma kepada manusia.

 

Rujukan

Auderirk G. &Audesirk T., 1993. Biology: Life on Earth. Ed. Ke-3., N. York: Macmillan.

Barners, R.D. & Ruppert E.E., 1994. Invertebrate Zoology. Ed. Ke-6. N. York : Saunders.

Hickman C.P., Roberts S. & Larson A., 1993. Integrated Principles ofZoology, Ed. Ke-7. Boston: Mosby.

Tortura G.J., Funkie B.R. & Case C.L. 1994. Microbiology: An Introduction. N. York: Benjamin/Cummings Publishing Company Inc.,

Randy M., Clark W.D., Stern K.R. & Vodopich D., 1995. Botany. Duque:WmC Brown Publishers,

 

STAB 1022 BIOLOGI PERSEKITARAN

Ilmu yang mendasari kefahaman tentang perhubungan dinamik antara organisma dan persekitarannya. Ciri-ciri dan kesan kegiatan manusia ke atas biosfera, biom-biom dunia dan ekosistem setempat akan dibincangkan. Kursus juga memberikan penumpuan kepada prinsip ekologi asas yang meliputi huraian tentang kitar biogeokimia dan pemindahan tenaga di dalam ekosistem. Perbincangan tentang spesies, populasi dan komuniti biologi dikemukakan dari sudut struktur, dinamik, pemetaan dan pembinaan komuniti hidupan. Kemerosotan mutu persekitaran dibincangkan dari sudut sebab dan punca pelbagai jenis hidupan dan kesihatan awam dibincangkan. Penekanan juga diberikan ke atas masalah-masalah persekitaran yang sejagat seperti hujan asid, pemusnahan lapisan ozon, pemanasan atmosfera dan pengaruhnya terhadap iklim sejagat, serta kemudaratan bahan radioaktif di persekitaran. Maklumat tentang perundangan dan etika juga akan dibincangkan.

 

Rujukan

Earl ofCranbook, 1988. Key Environments: Malaysia. Pergamon. Oxford.

Kupchella C.E. and Hyland M.S. 1993. Environmental Science. Prentice-Hall, Inc., New Jersey.

Myers N. 1993. The GAIA Atlas of Planet Management. Gaia books Ltd., London.

Miller G.T. Jr. 1994. Living in the Environment. Wadsworth, California.

Odum. E.O. 1983. Basic ecology., Japan: Holt-Saunders

 

STAB 1032 Kaedah Kerjalapangan

Tujuan kursus ini adalah untukmendedahkan pelajar-pelajar terhadap kaedah kerjalapangan yang digunakan untuk mengkaji haiwan dan tumbuhan dalam pelbagai habitat. Teknik dan penggunaan alat-alat pensampelan akan dijelaskan.

 

Rujukan

Hairston N.G., 1989. Ecological Experiments: Purpose, design and execution, Cambridge: Cambridge University Press,

Krebs. C.J., 1989. Ecological Methodology., N. York: Harper & Row Publisher.

Magurran E.A., 1988. Ecological Diversity and its Measurement., London: room Helm.

Southwood T.R.E. 1987. Ecological Methods. Ed. Ke-2., London: Chapman & Hall.

Zar, J.H. 1995. Biostatistical Analysis. Ed. Ke-3. Prentice-Hall International Inc, New Jersey.

 

STAB 1413 Kepelbagaian Tumbuhan

Kursuspengenalan kepada biologi, pengelasan dan kepelbagaian alam tumbuhan, yang mencakupi tinjauan divisi-divisi alga, briofit, pteridofit, gimnosperma dan angiosperma. Perbincangan juga meliputi penyebaran, ekologi, biologi pembiakan, kepentingan ekonomi dan filogeni. Sejarah evolusi bagi kelompok-kelompok utama akan dibincangkan dari segi catatan fosil dan morfologi bandingan.

 

Rujukan

Audesirk G. & Audesirk T., 1993. Biology: Life on Earth.Edisi Ke-3. N. York: Macmillan.

Baharuddin Salleh, 1987. Pengenalan Alam Tumbuhan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gotlieb, L.D. &. Jain S.K. 1988. Plant Evolutionary Biology., London: Chapman & Hall.

Randy, M., Clark W.D., Stern K.R. & Vodopich D.. 1995. Botany, Duque : Wmc Brown Publishers,

Scagel, R.F., R.J. Bandoni, G.E. Rouse, W.B. Schofild, J.R. Stain & T.M.C. Taylor. 1969. Plant Diversity: An Evolutionary Approach. Wadsworth, Belmont.

 

STAB 1423 Kepelbagaian Haiwan

Tinjauan kepelbagaian morfologi, fungsi, ekologi dan taksonomi haiwan invertebrat dan vertebrat terestrial dan akuatik. Kursus ini menekankan kepada aspek-aspek komuniti, adaptasi, filogeni evolusidaninteraksi antara organisma hidup dan sekitaran, serta kepentingan organisma kepada manusia.

 

Rujukan

Audesirk, G. & Audesirk T., 1993. Biology: Life on Earth. Ed. Ke-3.. New York: Macmillan.

Barners, R.D. & Ruppert E., 1994. Invertebrate Zoology. Ed. Ke-6. New York: Saunders.

Harris, C.L. 1996. Concepts in Zoology. Ed. Ke-2. Harper Collins. New York.

Hickman, C.P., Roberts L.S. &. Larson A. 1993. Integrated Principles of Zoology. Ed. Ke-9. New York : Mosby.

Pough, F.H., Heiser J.B. &. McFarland,W.N 1996. Vertebrate Life. Ed. Ke-4. New Jersey : Prentice Hall.

 

STAB 1433Ekologi Asas

Kursus ini memperkenalkan mahasiswa kepada kajian ekologi, khususnya di kawasan tropika. Unsur-unsur ekosistem semula jadi akan diteliti dari segi iklim dan mikro-iklim, tanah-tanih dan vegetasi, termasuk kepelbagaian komuniti haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam habitat yang tertentu. Gangguan dalam ekosistem semula jadi dan kesannya terhadap sesaran vegetasi akan diberi tekanan khas. Seterusnya pertalian komuniti dan ekosistem akan dilihat secara lebih mendalam, termasuk perhubungan haiwan dengan tumbuh-tumbuhan dan daya pengeluaran dalam sesuatu ekosistem. Kajian terperinci mengenai ekologi tumbuh-tumbuhan akan menyentuh kajian populasi, komuniti tumbuh-tumbuhan dan analisis komuniti manakala kajian ekologi haiwan pula akan merangkumi sekitaran, populasi haiwan dan perhubungan kedua-duanya. Dalam kursus ini, beberapa tayangan video dan filem yang berkenaan akan diadakan, di samping latihan dalam amali. Ini bertujuan untuk memberi skop latihan yang luas, berkesan dan yang dapat memupuk semangat cintai alam semula jadidi kalangan jiwa mahasiswa yang mengikuti kursus ini.

 

Rujukan

Goodland, R., 1990. Race to Save thetropics.. London: Island Press

Hubbell, J., 1997. Tropical Ecology., London: Chapman & Hall

Lugo, A & C. Lowe, 1995. Tropical Forest: Management and Ecology. N. York: Springer-Verlag.

Mabbeerley, D.J., 1991. Tropical Rains Forest Ecology. Blackwell Oxford.

Price, P.W.G. W. Fernandez, T.M. Lelwinsohn & W.W. Benson, 1991. Plant-Animal Interaction., N. York: Wiley & Sons.

 

STAB 2003 Biometri dan Reka Bentuk Eksperimen

Kursus ini akan memperkenalkan konsep-konsep asas statistik dan beberapa jenis reka bentuk eksperimen yang lazim digunakan dalam penyelidikan biologi. Cara-cara menganalisis dan persembahan data juga akan disentuh. Ujian keertian seperti ujian t, ujian F, LSD dan DNMRT juga akan dibincangkan. Faktor-faktor yang mempengaruhi ketepatan data seperti kaedah pensampelan, replikasi dan jenis-jenis ralat yang terlibat akan diulas.

 

Rujukan

Douglas, M.C. 1976. Design and Analysis of Experiments., N. York: John Wiley & Sons

George S.W. & Cochran G.. 1968. Statistical Methods.Ed. Ke-6.Iowa State Univ. Press. USA: Ames Low.

Glantz. S.A. 1992. Primer of Biostatistics. Ed. Ke-3.McGraw-Hill.. N. York: International Ed.

Virgil A.L. & McLean A.. 1974. Design of Experiments. (A Realistic Approach). N. York: Marcel Dekker, Inc..

Steel R.G.D. & Torrie H.. 1960. Principles and Procedures of Statistics (with special Reference to The Biological Science). N. York : McGraw-Hill Book Company, Inc.

 

STAB 2023 Ekologi Terestrial

Kursus ini akan membincangkan kesan perbezaan faktor-faktor abiotik terhadap adaptasi organisma daratan. Penekanan akan diberikan terhadap taburan dan kelimpahan populasi serta komuniti organisma. Sesaran Ekologi dan hubungan di antara tumbuhan dan haiwan terutama kesalingan juga akan dibincangkan.

 

Rujukan

Bell, S.S., McCoy E.D. & Mushinsky. H.R. 1991. Habitat Structure. London: Chapman & Hall.

Beeby, A. 1993. Applying Ecology., London: Chapman & Hall.

Howe, H.F. & Westley L.C. 1988. Ecological relationshipsof plants and animals. N. York : Oxford University Press.

Nelson, G. & Hairston S.R.. 1989. Ecological Experiment. Cambridge: Cambridge University Press.

Luken, J.O. 1990. Directing Ecological Succession., London: Chapman & Hall.

 

STAB 2033 Ekologi AirTawar dan Samudera

Kursus ini membincangkan habitat dan biota sungai, tasik dan empangan dan samudera dan memperkenalkan pelajarkepada ekologi organisma utama, komuniti dan ekosistem. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman asas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi struktur dan dinamik komuniti.

 

Rujukan

Allan, J.D. 1994. Ecology of rivers and streams., N. York: Chapman and Hall.

Barnes, R.S.K. &. Hughes R.N. 1982. An introduction to marine ecology., London: Blackwell Sci. Publ.

Payne, A.I. 1986. The ecology of tropical lakes and rivers., N.York: John Wiley and Sons.

Longhurtst. A.R. & Pauly D. 1987. Ecology of tropical oceans., N. York : Academic Press.

Rosenberg, D.M. &. Resh V.H. 1993. Freshwater biomonitoring and benthic macroinvertebrates., N. York: Chapman and Hall.

 

STAB 2042 Pendekatan Molekul dalam Pemuliharaan

Pengenalan kepada konsep dan teknik molekul seperti elektroforesis isozim dan polimorfisme DNA yang digunakan dalam penentuan variasi dan struktur genetik sesuatu populasi. Penggunaan teknik molekul dalam pemilihan dan pemonitoran populasi haiwan dan tumbuhan yang dipulihara secara in situ atau ex situ akan dibincangkan.

 

Rujukan

Avise, J.C. 1994. Molecular markers, natural history and evolution., London: Chapman & Hall

Hoelzel. A.R. &. Dever G.A, 1991. Molecular Genetic Ecology., Oxford: Oxford Univ. Press.

Falk, D.A. & Holsinger K.E., 1991. Genetics and Conservation of Rare Plants.. Oxford: Oxford Univ Press.

Cooke, F. & Buckley P.A., 1987. Avian Genetics - A population and ecological approach., London: Academic Press

Hillis, D.M. & Moritz C., 1990. Molecular Systematics., Boston: Sinauer Associates

 

STAB 2053 Variasi Sel dan Tisu

Kursus ini melibatkan pengecaman pelbagai jenis tisu tumbuhan dan haiwan dan hubungkait di antara struktur dan fungsi. Kandungan kuliah akan merangkumi jenis-jenis sel dan tisu dasar yang terdapat dalam kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Bagi bahagian haiwan, gabungan pelbagai jenis tisu untuk membentuk organ dalam pelbagai jenis sistem, iaitu sistem kulit, rangka, saraf, peredaran, keilmuan, penghadaman, respirasi, perkumuhan, endokrin dan pembiakan dalam mamalia akan dibincangkan dengan terperinci. Keistimewaan dan pembezaan pada tisu yang terdapat dalam kelas haiwan lain, contohnya dalam membentuk tanduk, bulu, sisik dan lain-lain akan disentuhsecara ringkas.

 

Rujukan

Esau, K. 1965. Plant Anatomy. Ed. Ke-2., New York: John Wiley & Sons.

Esau, K. 1977. Anatomy of Seed Plants. Ed. Ke-2., New York: John Wiley & Sons

Leeson, C.R. Leeson, T.S. &. Paparo A.A,†† 1985. Atlas of Histology. N York: W.B. Saunders Co.

Rowell, L.J. & Kaye G.I.,†† 1995. Histology: A Text and Atlas. Singapore: Williams & Wilkins Asia-Pacific Ltd.

Wheater, P.R., Burkit, H.G. &. Daniels V.G, 1988. Functional Histology: A Text and Colour Atlas. ELBS & Churchill Livingstone, Med. Div. London: Longman Grp.

 

STAB 2063 Ekologi Lanjutan

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep ekologi yang lebih terperinci, kaedah pengukuran ekologi di lapangan dan kaedah penganalisaan dan penganggaran kelimpahan populasi dan parameter-parameter komuniti. Perbincangan bermula dengan memberi takrifan dan seterusnya menerangkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi sesuatu populasi dan komunikasi dalam satu ekosistem. Interaksi, pertalian sesama organisma dan kelimpahan organisma dalam populasi dianalisa menggunakan teori-teori ekologi terkini dan kaedah-kaedah matematik. Perubatan taburan dan kelimpahan organisma dalam sesuatu populasi dan kepelbagaian organisma dalam sesuatu komuniti juga turut dianalisa menggunakan beberapa kaedah ekologi. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan taburan, kelimpahan dan kepelbagaian organisma juga turut dibincangkan.

 

Rujukan

Begon, M. Harper, J.Lk and Townsend.C.R. 1990. Ecology: Individuals, population and communities, 2nd Ed. Blackwell Scientific Publication.

Begon, M. and Moritimer, M. 1981. Population ecology: Unified study of animals and plants. London: Blackwell Science Publication

Giller, P.S. 1984. Community structure and the niche. Chapman and Hall.

Krebs. C.J. 1996. Ecology: The experimental analysis and distribution and abundance. 3rdEd. Harper and Row.

Stiling, P. 1996. Ecology: Theories and application. 2nd Ed. Prentice Hall int. Ed. Krebs, C.J. 1992. Ecological Methodology. Harper and Row.

 

STAB 2073 Penggunaan Sumber Biologi

Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada konsep sumber biologi dan pengurusannya secara mampan. Latarbelakang sumber biologi tropika terutama biodiversiti Malaysia dan Asia Tenggara akan dibekalkan kepada parapelajar. Perbincangan juga akan ditumpukan kepada CBD dan pemuliharaan biodiversiti, konsep pengurusan lestari, "bioprospecting" dan etika yang berkaitan seperti deklarasi Manila. Perkara-perkara lain yang akan dibincangkan adalah perundangan alam sekitar dan sumber biologi, kawalan biologi makhluk perosak, konsep-konsep pengurusan sumber biologi, ragam operasi untuk penghasilan bahan daripada mikroorganisma dan teori pengkulturan sel mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan.

 

Rujukan

Groombridge, B. 1992. Global Biodiversity: Status of the Earth's Living Resources. London: Chapman & Hall.

Mohd. Shahwahid Haji Othman. 1995. Ekonomi Sumber Hutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Murtedza Mohamed (Pyt). 1991., Kuala Lumpur : Sumber Alam. Dewan Bahasa & Pustaka.

Nyers, N. 1984. The primary Source: Tropical Forests and Our Future. New York: W.W. Norton & Co.,

Prave, P., U. Faust, W. Sittip & Sukatsch D.A.. 1987. Fundamentals of Biotechnology. VCH. Berlin.

 

STAB 2083 Biologi Sistematik

Kursus ini akan membincangkan kepentingan sistematik, taksonomi dan tatanama. Sejarah perkembangan tatanama taksonomi dan hierarki dan konsep-konsep spesies mengikut sains haiwan dan tumbuhan akan disajikan.

 

Rujukan

Jeffrey, C. 1973. Tatanama Biologi. Terjemahan A. Latiff Mohamad 1986., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jeffrey, C. 1982. An Introduction to Plant Taxonomy., Cambridge: Cambridge University Press.

Mayr. E. 1982. Systematics and the Origin of Species. Colombia Classics in Evolution Series., New York.: Colombia University Press

Minelli, A. 1993. Biological Systematics: The State of the Art., London: Chapman & Hall.

Panchen. A. 1992. Classification, Evolution, and the Nature of Biology. Cambridge: Cambridge University Press,

 

STAB2113 Prinsip-prinsip Taksonomi dan Tatanama

Aspek sejarah dan bagaimana tumbuhan, haiwan dan mikrob dikelaskan. Struktur taksonomi dan kaedah-kaedah taksonomi dibincangkan bersama pertalian genetik dan filogenetik. Aspek-aspek tatanama biologi seperti nama sains dan kod, kestabilan dan pertukaran nama, prinsip-prinsip operasi tatanama, kesinoniman dan kes-kes khusus (kulat, liken, tumbuhan tanaman, hibrid, haiwan ternakan, virus dan bakteria akan dibincangkan.

 

Rujukan

Heywood, V.I.I. 1976. Plant Taxonomy. Studies in Biology No. 5, Ed. Ke-2.. London: Edward Arnold.

Porter, C.L. 1967. Taxonomy of flowering Plants. Ed. Ke-2. San Francisco: W.H. Freeman & Co.

Jeffrey, C. 1982. An Introduction to Plant Taxonomy. Ed. Ke-2.. Cambridge: Cambridge University Press.

Jeffrey, C. 1973. Tatanama Biologi. Terjemahan A. Latiff Mohamad, 1986., K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Simpson, G.C. 1961. Principles of Animal Taxonomy.NewYork.

 

STAB 2123 Botani Kriptogam

Kursus ini membincangkan tiga kumpulan tumbuhan rendah: alga, briofit dan pteridofit secara terperinci. Perbincangan meliputi aspek-aspek pengelasan, morfologi, evolusi, ekologi, geografi dan biologi pembiakan. Peranan tumbuhan ini dalam ekosistem akan juga dikupas. Penyajian amali akan menekankan teknik-teknik mengumpul dan mengurasi spesimen, pengecaman, menyediakan irisan-irisan nipis untuk kajian anatomi, penyediaan slaid tetap dan pengkulturan.

 

Rujukan

Bidin, A.A. 1985. Paku Pakis Di Sekeliling Kita., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Bold. H. & Wynne M.J. 1995. Introduction to the Algae-Structure and Reproduction. New Jersey: Prentice- Hall.

Holttum, R.E. 1966. The Flora ofMalaya. Ferns. Govt., Singapore: Printing Press.

Manuel, M.G. 1981. A Generic Moss Flora of Peninsular Malaysia and Singapore, Fed., Kuala Lumpur: Museum Journal.

Moirris, 1. 1988. Pengenalan Alga (Terjemahan Tik Haji Mohamed)., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

 

STAB2132 Famili Tumbuhan Berbiji

Tumbuhan berbiji, gimnosperma dan angiosperma di Malaysia akan dibincangkan daripada segi taksonomi, morfologi, variasi, evolusi dan kepentingannya. Perbincangan akan berkisar daripada pengenalan taksonomi, pengelasan, genus dan spesies yang penting dalam setiap famili. Penumpuan akan diberi kepada famili yang terpenting daripada segi saiz, ekonomi dan flora, walau bagaimanapun famili yang kecil dan kurang penting akan disentuh juga dengan tujuan agar pelajar mengetahui flora Malaysia untuk tujuan pemuliharaan sumber alam. Pola evolusi daripada famili primitif hingga yang maju akan dibincangkan juga.

 

Rujukan

Gilliland, H.B. 1971. A Revised Flora of Malaysia. Vol. 3, Grasscs. Singapore: Botanic Garden of Singapore.

Henderson, M.R. 1974. Malayan Wild Flowers. Dicotyledons and Monocotyledons. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.

Holttum, R.E. 1954. A Revised Flora of Malaya. Vol. 1. Orchids., Singapore: Botanic Garden of Singapore.

Keng, H. 1978. Order and famili tumbuhan berbiji di Tanah Melayu. Terjemahan Ahmad Mahmud 1986., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Whitmore, T.C. (Ed). 1972, 1973. Tree Flora of Malaya. Vol. 1 & 2.. Kuala Lumpur: Longmans Ltd.

 

STAB 2142Agroekologi

Perbincangan berlandas konsep ekologi dengan pendekatan secara holistik dalam membuat penilaian dan pengurusan terhadap aktiviti pertanian. Analisis aktiviti pertanian tidak terhad di kawasan pertanian sahaja, tetapi juga melibatkan kawasan sekitarnya seperti hutan, sungai dan paya. Pengurusan serangga perosak, patogen dan rumpai juga akan dibincangkan.

 

Rujukan

Altieri, M.A 1987. Agroecology: The Scientific Basis of Alternative Agriculture. Colorado: Westview Press.

Carroll, C.R.,. Vandermeer J.H & Rosset P., 1990. Agroecology., N. York: McGraw-Hill PublishingCo.

Cox, G.W. & Michael D. Atkins 1979. Agriculture Ecology. An Analysis of World Food Production System., San Francisco: W.H. Freeman.

Flint, M.L. & Robert van den Bosch. 1981. Integrated pest Management., N. York: Plenum Press.

Ismail Sahid 1992. Sains Rumpai., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

 

STAB 2152 Anatomi dan Morfologi Tumbuhan

Kursus ini akan membincangkan kepelbagaian morfologi dan anatomi keseluruhan tumbuhan daripada jenis-jenis sel, tisu dan struktur organ-organ tumbuhan termasuk daun, petiol, akar, batang, bunga, buah dan biji, Perbincangan setiap jenis variasi dalam bentuk-bentuk morfologi dan anatomi ini akan menggunakan contoh-contoh tempatan terutamanya yang terdapat di sekitar kampus untuk memudahkan kefahaman pelajar-pelajar. Pertumbuhan primer dan sekunder pada batang dan akar juga diterangkan.

 

Rujukan

Eames, A.J. & McDaniels L.H. 1947. Terjemahan oleh Dewan Bahasa & Pustaka 1987.Pengenalan Kepada Anatomi Tumbuhan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Esau, K. 1977. Anatomy of Seed Plant.Ed. Ke-2., N. York: John Wiley & Sons.

Foster, A.S. & Gifford E.M. 1974. Comparative Morphology of Vascular Plants.. London: Freeman & Co.

Guides, M. 1979. Morphology of Seed Plants.. London: J. Cramer & Co.

Mauseth, J.D. 1988. Plant Anatomy. Benjamin/Cummings Co. Inc. California

 

STAB 2203 Biologi Invertebrat

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada kepelbagaian haiwan invertebrata metozoa. Penekanan akan diberikan kepada kesepaduan sistem yang terdapat pada organisma termasuk aspek-aspek biologi dan penyesuaian struktur. Ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara organisma juga akan dibincangkan. Tumpuan akan diberikan kepada Protozoa, Moluska, Annelid, Arthropod (kecuali Insecta) dan Echinodermata. Kumpulan-kumpulan kecil protostom dan lophoporate juga akan dibincangkan.

 

Rujukan

Barnes, R.D. 1974. Invertebrate Zoology. London: W.B. Saunders.

Calow, P. 1981. Invertebrate Biology., London: Croom Helm.

Pearse, V., Pearse J., Buchsbaum M. &. Buchsbaum R. 1987. Living Invertebrates. California: Blackwell scientific Publication.

Willmer, P. 1990. Invertebrate Relationships., Cambridge: Cambridge University Press.

Webb, J.E. Wallwook J.A. & Elgood J.H. 1978. Guide to Invertebrate Animal. Singapore: Macmillan.

 

STAB 2213 Entomologi

Serangga merupakan satu kumpulan haiwan yang dominan di muka bumi. Kursus ini akan membincangkan ciri asas serangga yang meliputi aspek morfologi dan sistem hayat. Kepelbagaian serangga akan dihayati melalui pengelasan yang membincangkan ciri-ciri khas daripada masing-masing kategori dalam pengelasan. Kelas amali memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencerap beberapa contoh wakil daripada masing-masing kategori. Kerjalapangan harian membantu pelajar memahami habitat dan cara hidup serangga, disamping tugas pengumpulan spesimen serangga.

 

Rujukan

Borror, D.J., Delong D.M &. Triplehorn C.A. 1981. An introduction to thestudy of insects. Ed. Ke-5., N. York : Saunders College Publishing

Chapman, R.F. 1982. The Insects: Structure and Function. Ed. Ke-3. Cambridge: Harvard University Press.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1990. Pengumpulan, Pengawetan dan Pengelasan Serangga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Mohd. Said. 1992 Serangga dan Manusia., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Romoser, W.J. 1973. The Science of Entomology, New York: MacMillan Publishing Co.

 

STAB 2223Biologi Vertebrat

Kursus ini meliputi perbincangan mengenai kumpulan vertebrat mengikut urutan filogenetik daripada kumpulan ikan, amfibia, reptilia, burung hingga ke mamalia. Evolusi vertebrat akan diterangkan berdasarkan bukti-bukti fosil. Asas-asas kewujudan perbezaan haiwan vertebrat dari zaman Palezoik hingga ke zaman ini akan ditekankan.

 

Rujukan

Benton, M.J. 1990. Vertebrate Palaeontology: Biology and Evolution. London: Chapman and Hall.

Colbert, E.H. &.Morales M. 1991. Evolution of the Vertebrates: A history of the backboned animals through time. Ed. Ke-4., N. York: Wiley-Liss.

Long, J.A. 1995. The Rise of Fishes: 500 million years of evolution. John Hopkins. N. York : University Press.

Pough, F.H.. Heiser J.B & McFaland W.N.. 1995. Vertebrate Life Edisi Ke-4., London: Prentice-Hall.

Radinsky. L.B. 1987. The Evolution ofVertebrate Design. Chicago: The University of Chicago Press.

 

STAB 2232 Histologi

Kursus ini akan membincangkan struktur dan fungsi tisu mamalia. Pelajar diberi bimbingan untuk mengenalpasti perkembangan tisu normal dan tidak normal akibat manipulasi percubaan, kepatogenan dan pendedahan terhadap bahan kimia. Pentafsiran elektron mikrograf bagi tisu-tisu juga akan dibincangkan. Kelas amali yang diberikan meliputi demonstrasi beberapa mikroteknik, termasuklah histokimia dan tayangan slaid.

 

Rujukan

Curran, R.C. 1985. Colour Atlas of Histopathology. ELBS. Ed. Ke-3. London: Oxford Univ. Press.

Leeson, C.R, Leeson T.S & Paparo A.A. 1985. Atlas of Histology. W.B. Saunders Co, Philadelphia.

Ibid, 1985. Textbook of Histology. W.B. Saunders. Co., Philadelphia.

Semith, A. &. Bruton J. 1978. A Colour Atlas of HistologicalStaining Techniques., London: Wolfe Medical Publications.

Wheater, P.R.,. Burkitt H.G & Daniels V.G 1966. Functional Histology. A Text and Colour Atlas. ELBS. Ed. Ke-2, Hong Kong: Longmans.

 

STAB 2302 Sitogenetik

Kursus ini membincangkan struktur dan fungsi kromosom eukariot. Tajuk-tajuk kuliah termasuk replikasi dan pembahagian kromosom semasa mitosis; perpasangan kromosom serta mekanisme pindah silang semasa meiosis; fungsi kromosom seks dan sistem seks yang berlainan; dan pembentukan mozek dan kimera melalui pindah silang mitosis. Perubahan-perubahan kepada struktur kromosom yang melibatkan pengguguran, penduaan, songsangan, translokasi; cara-cara terbentuknya aneuploid, poliploid dan haploid termasuk contoh-contoh dan kegunaannya, juga akan dibincangkan.

 

Rujukan

Macgregor, H.C. 1993. An Introduction to Animal Cytogenetics., London: Chapman & Hall.

Schulz-Schaeffer J. 1980. Cytogenetics., New York: Springer-Verlag.

Sybenga, J. 1992. Cytogenetics in Plant Breeding., Berlin: Springer-Verlag.

Wolffe, A 1992. Chromatin Structure and Function.., London: Academic Press Ltd.

Wagner, R.P., Maguire M.P., & Stallings R.L. 1993. Chromosomes - a synthesis. N. York: Willey-Liss

 

STAB 2312 Genetik Populasi

Membincangkan struktur genetik populasi-populasi: Keseimbangan genetik berasaskan populasi mengawan rawak dan tertakluk kepada Hukum Hardy-Weinberg: kes-kes alel berganda, lokus berangkai seks dan di lokus. Pengawanan tak rawak melalui pengawanan asortatif dalam biakbaka. Perbincangan meliputi faktor-faktor pengubah frekuensi gen: hanyutan gen rawak, mutasi, migrasi dan pemilihan tabii

 

Rujukan

Ayala, F.J. 1982. Population and Evolutionary Genetics: a Primer San Francisco: Benjamin Cumming Pub. Co.

Brown, A.H.D., Clegg M.T., Kanler A.L. & B.S. Weir 1990. Plant Population Genetics, Breeding, and Genetic Resources., Boston: Sinauer Associates

Hartl, D.L., 1980 Principles of Population Genetics., Boston: Sinauer Associates.

Li, C.C. 1976. First Course in Population Genetics., Chicago: Boxwood Press.

Spiess, E.B. 1977. Genes in Populations., N. York: Wiley & Sons.

 

STAB 2322 Genetik Kuantitatif

Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam bidang genetik kuantitatif. Teori dan data akan dibentangkan. Tajuk-tajuk adalah kebarangkalian dan statistik; asal-usul genetik kuantitatif; konsep min dan varians; kaitan genetik dan kovarians; penganggaran parameter genetik; asas genetik dalam pemilihan, biakbaka dalam dan biakbaka kacuk; kemajuan terbaru dalam genetik kuantitatif.

 

Rujukan

Becker, W. 1967. Manual of Quantitative genetics Procedures. Fullman: Washington States University Bookstore,

Bulmer, M.G. 1980. The Mathematical Theory ofQuantitative genetics. Oxford: Clarlendon Press,

Falconer, D.S. 1967. Introduction to Quantitative Genetics. Edinburgh : Oliver and Boyd.

Chapman A.B. 1985 (cd). General and Quantitative genetics. World Animal Science, A4., The Netherlands: Elsevier Science Publishers.

Mather, K. & J.L. Jinks. 1977. Introduction to Biometrical Genetics. Chapman & Hall, London.

 

STAB 2413 Ekologi Pantai

Kursus ini menerangkan sifat-sifat dan dinamik ekosistem persisiran dan kaedah pengurusannya, serta memberi gambaran semasa terhadap ekosistem dan sumber-sumbernya. Perbincangan meliputi aspek dan proses ekosistem persisiran dan muara, kepentingan terumbu karang dalam proses biogeokimia sejagat dan penghasilan sumber makanan, biota terumbu dan masalah alam sekitar yang berkaitan.

 

Rujukan

Ahmad, 1. 1995. Rumpai Laut Malaysia., Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anon 1995. Coastal system and sustainable development in Africa., Paris: Unesco Report in Marine Science 66.

Dame, R.F. 1993. Bivalve Filter Feeder in Estuarine and Coastal Ecosystem Processes, NATO ASI Series G. Vol. 3., N. York: Springer-Verlag.

Day, J.W. , Hall, C.A.S., Kemp, W. & Yanez-Arancibia, A. 1989. Estuarine Ecology, New York: John Wiley & Sons.

Sorokin, Y.I. 1993. Coral Reef Ecology., N. York: Springer-Verlag.

 

STAB 2012Latihan Industri

Setiap pelajar pengkhususan biologi akan ditempatkan di makmal-makmal terpilih di hospital, institusi penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan dan industri yang berkaitan selama 8 minggu bagi meningkatkan pengalaman berkaitan dengan kerjaya dalam biologi. Semasa latihan, pelajar akan diseliakan secara langsung oleh pegawaiberkenaan daripada makmal yang terlibat. Di akhir latihan setiap pelajar perlu menyiapkan satu laporan bertulis mengenai pengalaman latihan dan membentangkan secara lisan kepada jabatan. Dengan latihan ini pelajar akan berpeluang didedahkan kepada skop-skop dalam biologi.

 

STAB 3013Biologi Pemuliharaan

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada elemen-elemen penting dalam biologi pemuliharaan. Kursus ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian: asal-usul biologi pemuliharaan; kepelbagaian biologi dan kepentingannya; ancaman terhadap kepelbagaian biologi; perlindungan di peringkat spesies dan populasi; melindungi dan mengurus habitat dan ekosistem; dan manusia dan pembangunan berkekalan. Kajian kasus tertentu akan digunakan untuk menerangkan kontroversi-kontroversi yang timbul di lapangan dan kaitannya dengan aspek-aspek perundangan dalam pemuliharaan.

 

Rujukan

Primack, R.B. 1993. Essentials of Conservation Biology., Massachusetts :Sinauer.

Meffe, G.K. & Carroll. C.R. 1994. Principles of Conservation Biology. Massachusetts: Sinauer.

Hunter, M.L. 1995. Fundamentals of Conservation Biology., London: Blackwell Science.

Reaka-Kudla, M.L., Wilson D.E. &. Wilson E.O. 1995. Biodiversity 2. Joseph Henry Press.

Primack, R.B. 1995. A Primer of Conservation Biology, Massachusetts: Sinauer.

 

STAB 3022 Pemuliharaan dan PengurusanSumber Genetik

Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan dengan kepelbagaian biologi dan memberi penekanan terhadap kepentingan pemuliharaan dan pengurusan sumber-sumber genetik. Bidang-bidang yang dibincangkan merangkumi pelbagai aspek tentang sumber genetik seperti punca-punca variasi, evolusi, kesan domestikasi, takungan gen, penilaian, pencirian, kaedah-kaedah pemuliharaan dan pengurusan, dan penggunaannya untuk program pembaikan tumbuhan dan haiwan.

 

Rujukan

Oldfield, M.L. 1989. The Value of Conserving Genetic Resources., Boston: Sinauer Associates.

Primack, R.B. 1993. Essentials of Conservation Biology., Boston :Sinauer Associates.

Reid, W.V., Laird S.A., Meyer C.A., Gomez R., Sittenfeld A, Janzen D.H., Gollin M.A & Juma C. 1993. Biodiversity Prospecting., Washington D.C. :World Resources Institute.

Soule, M.E. (Pyt.) 1990. Viable Population for Conservation., Cambridge: Cambridge University Press.

Zakri, A. H. 1991. Sumber Genetik Tumbuhan., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

STAB 3042Analisis Statistik Biologi

Kursus ini akan memperkenal kepada pelajar cara-cara memproses dan menganalisis data biologi dengan komputer. Pelajar berpeluang mengguna prosedur-prosedur SAS bagi tujuan pengendalian data, membuat ringkasan dan persembahan data serta melaksanakan ujian data berparameter dan tak berparameter. Prasyarat bagi kursus ini ialah kursus BH 2023.

 

Rujukan

Helwig, J.T. 1985. SAS Introductory Guide. SAS Institute, Inc. N.C. :Cary.

Montgomery, D.L. 1976. Design and Analysis of Experiments., N. York :John Wiley and Sons.

Gacula Jr., M.L& Singh J., 1984. Statistical Methods In Food and Consumer Research. Orlando: Academic Press.

Gacula Jr., M.L. &. Singh J. 1984. Statistical Methods In Food and Consumer Research., Orlando: Academic Press.

SAS Userís Guide: Statistics. 1985 Ed. SAS Institute Inc.Cary. USA: North Carolina.

 

STAB 3102 Anatomi Tumbuhan Perbandingan

Kursus ini akan membincangkan anatomi sistematik tumbuhan tinggi yang melibatkan daun, petiol. batang, akar, bunga dan buah. Di samping itu akan dibincangkan juga anatomi kayu iaitu cara-cara mengenal jenis-jenis kayu dengan menggunakan ciri-ciri anatomi serta ciri-ciri fizik. Dalam bahagian amali penekanan akan diberikan kepada pemerhatian slaid kayu di bawah mikroskop cahaya dan pengenalan kepada beberapa contoh kayu yang ada dalam pasaran dengan menggunakan kanta tangan. Latihan akan diberikandalammikroteknik yang berbentuk projek kecil di mana penuntut diberi spesimen tumbuhan dan ditunjuk cara-cara menyediakan penjernihan daun, siatan epidermis, keratan rentas pada daun, petiol dan batang dengan menggunakan mikrotom gelongsor dan seterusnya memproses hirisan itu untuk dijadikan slaid tetap. Laporan tentang anatomi spesies yang disediakan itu akan digredkan untuk penilaian.

 

Rujukan

Balau Menon, P.K. 1967. Structure and Identification of Malayan Wood. Malayan Forest Records No. 25. Kuala Lumpur.

Butterfield, B.G. & Meylan B.A. 1980. Three Dimensional Structure of Wood. London: Chapman & Hall.

Carlquist, S. 1961. Comparative Plant Anatomy. Holt, , New : Rinchart & Winston.

Metcalfe, C.R. & Chalke L., 1972. Anatomy of the Dicotyledons. Vol. I & II. Oxford: Clarendon Press.

Radford, A.K., Dickson W.C, Massey J.R, Bell J.R. & C.R, 1974. Vascular Plant Systematics. NewYork: Harper & Row.

 

STAB 3112 Sistematik Tumbuhan

Perbincangan akan dimulakan dengan tujuan, skop dan kepentingan sistematik tumbuhan.Sejarah dan perkembangan taksonomi desa akan dipaparkan sebagai bandingan dengan taksonomi moden. Tahap taksonomi alfa, beta dan gama akan digariskan merujuk kepada usaha pemuliharaan sumber alam. Konsep sifat, pembatasan takson dan hierarki taksonomi akan disusuli dengan tatanama lanjutan. Huraian lanjut mengenai kimotaksonomi, serotaksonomi, sitotaksonomi, palinologi dan taksonomi angka akan dibincangkan.

 

Rujukan

Davis, P.H. & Heywood V.H.. 1973. Principles of angiosperm taxonomy N. York: Robert E. Krieger. Co.

Jones, S.B. &. Luchsinger A.E. 1979. Plant systematics. NewYork: McGraw Hill Book Co.

Lawrence, G.H.M. 1951. Taxonomy of vascular plants., New York: McMillan.

Radford, A.E. 1986. Fundamentals of plant systematics., N. York : Harper & Ros.

Stace, C.A. 1989. Plant Taxonomy and Biosystematics. Ed. Ke-2 London : Edward Arnold.

 

STAB 3122 Ekologi Pengurusan Sumber

Kursus ini membincangkan secara terperinci sekitaran fizik dalam hutan tropika. Struktur dan ekologi hutan, termasuk haiwan dan masyarakat tradisi dalam hutan, tindakbalas di antara tumbuhan dan haiwan turut dijelaskan. Juga, kitar bermusim dalam tumbuhan dan haiwan, serta dinamik pertumbuhan hutan diperincikan. Kepelbagaian formasi hutan dibincang daripada segi taburan dan kepentingan ekologi. Berdasarkan bahawa hutan tropika merupakan sumber yang penting dan ada banyakkaitan dengan isu-isu semasa, perbincangan mengenai pembinasaan, pemulihan dan pemuliharaan hutan amat berguna. Selanjutnya aspek silvikultur, pembalakan dan penjanaan hutan di Malaysia diberikan.

 

Rujukan

Jacobs, M. 1987. The Tropical Rain Forest. A First Encounter. Berlin: Springer-Verlag.

Veevers-Carter, W. 1984. Riches of the Rain Forest., Singapore : Oxford University Press.

Mackinnon, K. 1986. Alam Asli Indonesia. Flora, Fauna dan Keserasian.Penerbit PI. Jakarta: Gramedia.

Whitmore, T.C. 1984. Tropical Rain Forest of the Far East. Ed. Ke-2,†† Oxford : Clarendon Press.

Longman, K.A & Jenik AJ., 1987. Tropical Forest and Its Environment. Ed. Ke-2 Singapore: Longman.

 

STAB 3202Anatomi VertebratPerbandingan

Kursus ini memberi penekanan kepada anatomi kumpulan vertebrat daripada segi fungsi danevolusi. Kepelbagaian struktur dan fungsi yangterdapat pada kumpulan vertebrat akan dikaji. Haiwan dengan pengkhususan yang sama dibincangkan sebagai satu kategori dan bukan berdasarkan kategori sistematik.

 

Rujukan

Kent, G.C. &Miller, L. 1997. Comparative Anatomy of the Vertebrates. Ed. Ke-8.Wm. C. Brown.

Kardong, K.V. 1998. Vertebrates: Comparative anatomy, function, evolution. Ed. Ke-2.WCB/McGraw-Hill.

Kardong, K.V. & Zalisko, E.J. 1998. Comparative Vertebrate Anatomy: A Laboratory Dissection Guide. WCB/Mc Graw-Hill.

Wake, M.W. 1992. Hyman's Comparative Vertebrate Anatomy. Ed. Ke-3. Chicago :University Chicago Press.

Walker, W.F & Liem, K.F. 1994. Functional Anatomy of the Vertebrates: An Evolutionary Perspective. Ed. Ke-2., New York: Saunders.

 

STAB 3212 Entomologi Gunaan

Serangga mempunyai kepentingan yang besar dalam kehidupan manusia. Kursus ini membahaskan peranan serangga dalam ekosistem semula jadi, ekosistem pertanian dan ekosistem penempatan manusia. Beberapa serangga merupakan perosak yang menjejaskan kesihatan, hasil pertanian dan industri. Perbincangan mengenai serangga perosak meliputi langkah-langkah pengawalan. Amali membantu pelajar mengenali contoh-contoh serangga perosak dan eksperimen pengawalan serangga.

 

Rujukan

Young, A.M. 1982. Population Biology of Tropical Insects.. New York: Plenum Press.

Pfadt, R.E. 1985. Fundamentals of Applied Entomology. Ed. Ke-4.. London :Macmillan Publ.

Vreden, G. & Ahmadzabidi. A.L. 1986. Pests of rice and their natural enemies in Peninsular Malaysia. Pudoc, The Netherlands :Wageningen.

Mohamedsaid, M.S. 1989. Serangga dan Manusia., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo, K.C., Ooi P.A.C. &. Ho C.T. 1991. Crop Pests and their management in Malaysia.. Kuala Lumpur: Tropical Press.

 

STAB 3222 Kelakuan Haiwan

Sains kelakuan haiwan dijelaskan dari sudut asal usulnya dan kegunaannya pada masa sekarang. Perkembangan kelakuan pada haiwan, hubungkait stimulus dan sambutan, motivasi, kelakuan komunikasi, pembelajaran haiwan, kelakuan-kelakuan sosial dan evolusi kelakuan dihuraikan. Ekologi kelakuan menghuraikan nilai kemandirian kelakuan kepada haiwan. Cara kelakuan menyumbang kepada kemandirian dan pembiakan haiwan bergantung kepada ekologinya. Kelas-kelas amali bermatlamat untuk menyediakan pelajar dengan keterampilan asas bagi mengkaji kelakuan haiwan dan untuk memahami melalui pemerhatian, konsep-konsep asas dalam bidang etologi.

 

Rujukan

Grier, J.W. 1984. Biology of Animal Behaviour., Missouri :Times Mirror.

Stater, P.J. B. 1985. An Introduction to Ethology, Cambridge: Cambridge University Press.

Ellis, D.V. 1986. Animal Behaviour and its Applications, Michigan :Lewis.

Manning, A. &. Dawkins M.S. 1992. An Introduction to Animal Behaviour. Cambridge: Cambridge University Press.

Krebs. J.R. & Davies N.B.. 1993.An Introduction to Behavioural Ecology., Oxford: Blackwell.

 

STAB 3233 Fisiologi Persekitaran

Teori yang dimajukan oleh Canon dan Lissak berkenaan penukaran fisiologi badan terhadappersekitaran akan dibincangkan. Pelajar akan ditunjukkan beberapa jenis kepayahan persekitaran yang wujud pada tempat yang berbeza. Faktor biotik dan abiotik yang wujud boleh mempengaruhi sistem fisiologi badan. Ini termasuk kepayahan panas, kering dan lembap. Sistem fisiologi badan akan bertukar untuk menghadapi ancaman persekitaran. Penukaran sistem kardiovaskular, hormon, pernafasan dan pemakanan untuk beradaptasi akan dibincang. Juga kesan fisiologi terhadap sekitaran hipoksia (altitud), hiperbarik dan hiperkapnik akan diteliti. Penekanan juga akan diberikan kepada aspek perbandingan oleh berbilang haiwan dalam menyelesaikan masalah-masalah fisiologi yang asas yang dihadapi dalam sekitaran. Kelas amali akan diadakan untuk menunjuk tindakbalas denganlebih berkesan.

 

Rujukan

Astrand, P.O. & Rodahl K. 1982. Textbookof Work Physiology. Ed. Ke-2. New York: McGraw Hill Book Co.

Folk, E.G. 1984. Textbookof Environmental PhysiologyCal., Cambridge: University Press.

Fox. E.L. 1984. Sport Physiology. Ed. Ke-2., N. York: Saunders College Publishing.

Knudt Schmidt-Nielsen. 1975. Animal Physiology (QPI) Adaptation and Environment.. NewYork: Cambridge Univ. Press.

Slonim, J.W. 1982. Environmental Physiology, New York : John Wiley and Sons.

 

STAB 3302 Biakbaka Tumbuhan

Kursus ini membincangkan penggunaan prinsip-prinsip genetik alam pembiakbakaan dan pembaikan tanaman. Aspek-aspek utama lain termasuk prinsip dan objektif pembiakbakaan; konsep pusat asas/kepelbagaian; sumber genetik tumbuhan; pencapaian pembiakbakaan tanaman di Malaysia; ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif tanaman; perwarisan dan kebolehwarisan; sistem pembiakan tanaman; tanaman pengenalan; pemilihan kasar; penghibridan; kaedah-kaedah pembiakbakaan tanaman-tanaman pendebungaan sendiri, pendebungaan kacuk dan perambatan tampang (pengklonan); pemilihan-pemilihan pedigri dan pukal; kacukan balik dan pembiakbakaan kerintangan; warisan-warisan tulen dan berganda; pemilihan ulangan; kecergasan hibrid dan pembiakbakaan dalam; varieti hibrid dan sintetik; penggunaan mutasi dan poliploidi; dan masa depan pembiakbakaan tanaman.

 

Rujukan

Borojevic, S. 1990. Principles and Methods of Plant Breeding. Elsevier. Oxford: Amsterdam.

Mayo, O. 1986. The Theory of Plant Breeding., Oxford: Oxford University Press.

Poehlman. J.M. 1987. Breeding of Field Crops. AVI Publishing Co., Westport. (Terjemahan 1990, Biakbaka Tumbuhan Ladang. JilidI & II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Simmonds, N.W. 1979. Principles of Crop Improvement. London: Longman.

Stalker, H.T. & J.P. Murphy (eds). 1991. Plant Breeding in the 1999's. CAB International.

 

STAB 3312 Biakbaka Haiwan

Kursus ini membincangkan aspek-aspek konvensional dan moden dalam pembiakan haiwan. Tajuk-tajuk utama ialah: sumber genetik dan pengeluaran haiwan ternakan; pembasmian gen-gen maut; pembahagian nilai dan varians fenotip kepada komponen-komponennya; konsep-konsep kebolehwarisan dan kebolehulangan; anggaran nilai biakbaka; gerakbalas terhadap pilihan; gerakbalas berkorelasi; pilihan serentak untuk beberapa ciri dan penggunaan indeks; biakbaka dalam dan biakbaka kacuk; ovulasi berganda dan pemindahan embrio; pengasingan seks pada semen dan embrio; polimorfisme dan pemilihan berpandukan penanda; dan haiwan transgenik.

 

Rujukan

Barker, J.S.F., K. Hammond & A.E. Mc Clintock (ed). 1982. Future Developments in the Genetic Improvement of Animals, Sydney: Academic Press

Evans J.W. & Hollanender A. (eds.). 1986. Genetic Engineering of Animals. N. York: Pelnum Press.

Falconer. D.S. 1967. Introduction to Qualitative genetics., Edinburgh: Oliver and Boyd.

Lasley. J.F. 1972. Genetics of Livestock Improvement., New Jersey: Prentice-Hall.

Pirchner, F. 1983. Population Genetics in Animal Breeding.. N. York: Plenum Press.

 

STAB 3322 Genetik Penyakit Tumbuhan

Kursus ini melibatkan kefahaman dan tafsiran penyakit tumbuhan pada dua aspek iaitu genetik intraorganisma (tumbuhan atau patogen) dan genetik interorganisma (saling tindak di antara tumbuhan dan patogen). Konsep-konsep `gen-untuk-gen' dan `aegrikorpus' (hubungan hayat antara tumbuhan dan patogen) akan dibincangkan. Dengan pengetahuan ini, usaha-usaha pemuliharaan boleh dilakukan untuk mengekal keseimbangan tumbuhan-patogen dalam ekosistem semula jadi.

 

Rujukan

Burdon, J.J. 1987. Diseases and Plant Population., London: Cambridge University Press.

Day, P.R. & Jellis G.J. 1987. Genetics and Plant Pathogenesis. Oxford: Blackwell.

Jacobs, TH & Parlevliet (Pyt). J.E. 1993. Durability of Disease Resistance. Kluwer Academic Publishers.

Johnson, R. & Jellis G.J.. 1992. Breeding of Disease Resistance., London: Kluwer Academic Publishers.

Strange, R.N. 1993. Plant Disease Control (Towards environmentally acceptable methods)., London: Chapman and Hall.

 

STAB 3343 Sistematik Molekul

Kursus ini membincangkan penggunaan teknik molekul dalam kajian sistematik tumbuhan dan haiwan. Sumber variasi DNA dari genom nuklear, kloroplas dan mitokondria dibincangkan dari segi perwarisan, kadar mutasi, jenis mutasi danpenggunaannya dalam menyelesaikan masalah sistematik. Konsep filogeni dan konsep pohon spesies-pohon gen adalah penting dan turut diberikan penekanan. Pelbagai kaedah pembinaan pohon filogeni dan analisis statistik akan dijelaskan.

 

Rujukan

Avise, J.C. 1994. Molecular markers, natural history and evolution., New York: Chapman and Hall.

Crawford, D.J. 1990. Plant molecular systematics - macromolecular approaches. New York: John Wiley and Sons. Inc.

Hillis, D.M.C. Moritz &. Mable B.K (eds) 1996. Molecular systematics. Ed. Ke-2. Sunderland: Sinauer Assoociates, Inc.

Li, W. H & Graur D. 1991. Fundamentals of molecular evolution. Sunderland: Sinauer Associates, Inc.

Soltis, P.S., Soltis D.E. & Doyle J.J. (eds). 1992. Molecular systematics of plants., New York: Chapman and Hall.

 

STAB 3713/3723 Latihan Ilmiah

Pengendalian satu projek dalam bidang Biologi di bawah penyeliaan pensyarah dan dilakukan dalam dua semester berturut-turut. Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikanuntuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Ianya meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan dan analisis data, dan perumusan kesimpulan. Hasil projek dipersembahkan sebagai satu tesis. Pelajar dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengenai penulisan tesis tersebut. Satu peperiksaan lisan juga dijalankan.