SENARAI
DAN KANDUNGAN KURSUS
STAE 1013 Prinsip Sains Sekitaran 1
Kursus ini menerangkan secara ringkas prinsip asas
ekologi dan kepentingan sesuatu ekosistem. Seterusnya ia akan membincangkan
mengenai keseimbangan dalam alam semulajadi dan proses-proses kitaran
semulajadi seperti kitaran hidrologi, kitaran atmosfera, kitaran litosfera dan
kaitannya dengan sesuatu persekitaran. Ia juga merangkumi penerangan ringkas
mengenai sumber tenaga dan beberapa hasilan semulajadi bumi seperti air, petroleum
dan gas untuk kegunaan manusia.
Rujukan
Gregory, K. J. & Walling, D. E. 1988. Manusia dan Proses Persekitaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the
system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc.
Murtedza Mohamed. 1992. Sumber Alam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
National Research Council. 1980. Energy and faith of ecosystem.
Washington D. C: National Academy Press
Stiling, P.
1996. Ecology: Theories and applications. Ed. ke-2. New Jersey:Prentice Hall International, Inc.
STAE 1023 Prinsip Sains Sekitaran 2
Kursus ini akan menerangkan dengan ringkas
punca-punca pencemaran sesuatu sistem semulajadi yang merangkumi punca-punca
pencemaran air, udara dan tanah. Ia juga akan memberikan maklumat secara
ringkas mengenai punca-punca dan bahan-bahan pencemaran utama yang boleh
membahayakan persekitaran. Seterusnya kursus ini akan membincangkan akibat
daripada beberapa aktiviti manusia kepada kesihatan dan persekitaran.
Rujukan
Dix, H. M. 1981.
Environmental Pollution. Chichester: John Wiley and Sons
Friedlander, S. K. 1977. Smoke, dust and haze. Fundamentals
of aerosol behaviour. New York: John Wiley and Sons
Kupchella, C. E. & Hyland, M. C. 1993. Environmental science. Living within the
system of nature. Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall International Inc.
Stiling, P. 1996.
Ecology: Theories and applications.
Ed. ke- 2. New Jersey:Prentice Hall International Inc.
Waldbott, G. L. 1978. Health fffect of environmental pollutants. Ed. ke-2, Saint Louis:
The C. V. Mosby Company
STAE 1033 Manusia
dan Sekitaran
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang prinsip-prinsip asas dan isu-isu semasa yang merangkumi saling-hubungan
manusia dan alam sekitar. Bermula dengan konsep-konsep asas dan mudah,
kefahaman yang lebih kompleks dibina secara logikal melalui sokongan ilustrasi
dan contoh-contoh signifikan yang sesuai dan terkini bagi menyokong konsep dan
pengertian tersebut. Skop kursus meliputi pendekatan ekosistem bagi menunjukkan
kestabilan sistem hidupan yang bergantung kepada keseimbangan antara perolehan
nutrien dan penggunaannya, aliran keluar masuk tenaga, hidup dan mati dalam
populasi. Pelbagai aspek sistem manusia juga dibincangkan seperti gunatanah,
pelupusan buangan dan masalah pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber lain
yang boleh dan tidak boleh diperbaharui, perbincangan tentang perubahan yang
wajar bagi mencapai keseimbangan dan kelestarian sistem manusia. Selanjutnya, dibincangkan
juga saranan tentang pelbagai langkah tindakan yang telah dan wajar diambil
bagi menangani isu-isu alam sekitar masa kini serta realiti ekonomi dan masalah
perundangan yang menyekat langkah-langkah positif seperti pengawalan
pencemaran, pengkitaran semula, penjimatan sumber dan sebagainya.
Rujukan
Kaufman D.G. & Franz, M. C. 1993. Biosphere 2000: Protecting Our Global Environment. New York: Harper Collins College Publishers
Seymour, J. & Girardet, H. 1987. Blueprint for a Green Planet.. New
Jersey: Prentice Hall, Publ. Co.
Simon, J.L. 1990. Population Matters: People, Resources, Environment and Immigration.
New Brunnswick: N.J. Transaction.
Wilson E.O & Peter, F. M. 1992. Biodiversity. Washington D.C.:National
Academic Press
World Conservation Union. 1991. Caring For The Earth: A Strategy for
Sustainable Living. Gland, Switzerland: The World Conservation Union.
STAE 1062 Ekologi
Populasi dan Komuniti
Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep
ekologi yang lebih terperinci terutamanya yang berkaitan dengan populasi dan
komuniti. Perbincangan bermula dengan takrifan dan seterusnya menerangkan
ciri-ciri sesuatu populasi dan komuniti. Interaksi dan pertalian sesama
organisma dalam populasi dianalisa menggunakan teori-teori ekologi terkini dan
model-model matematik. Perubahan taburan dan kelimpahan organisma dan
kepelbagaian sesuatu organisma dalam sesuatu komuniti juga turut dianalisa
menggunakan model-model dan indeks-indeks tertentu. Faktor-faktor yang
mempengaruhi perubahan taburan, kelimpahan dan kepelbagaian organisma juga
dikenalpasti. Seterusnya, fungsi-fungsi sesuatu populasi dan komuniti dan
bagaimana fungsi-fungsi ini berkait rapat dengan kehidupan manusia turut
dibincangkan.
Rujukan
Begon, M., Harper, J.L.
& Townsend, C.R. 1990. Ecology:
Individuals, population and communities, Ed. ke-2. London: Blackwell
Scientific Publication.
Begon, M. &
Moritimer, M. 1981. Population ecology: A
unified study of animals and plants. London: Blackwell Science Publication
Giller, P.S. 1984. Community structure and the niche.
Chapman and Hall.
Krebs, C.J. 1996.
Ecology: The experimental analysis and
distribution and abundance. Ed. ke-3. Harper and Row.
Stiling, P. 1996.
Ecology: Theories and application.
Ed. ke -2. New Jersey:Prentice Hall Int. Inc.
STAE 1063 Geosains
Kursus
ini memperkenal mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi atau sebagai
komponen fizis sekitaran bumi. Perbincangan akan merangkumi sifat hablur, fizis
dan kimia mineral yang merupakan unit inorganik semula jadi yang terkecil
dibumi dan juga sebagai asas kepada unit binaan berbagai jenis batuan. Turut
dibincangkan ialah jenis-jenis mineral dan batuan. Amali dan latihan lapangan
akan menekankan pengenalan mineral dan batuan sebagai bahan binaan bumi.
Rujukan
Berry, L. G., Mason, B., & Dietrich, R. V.,
1983. Mineralogy: Concepts, Descriptions
and Determinations. W. H. Freeman, San Fransisco. Atau terjemahannya oleh
Wan Fuad Wan Hassan dan Kadderi Md. Desa, 1995. Mineralogi: Konsep,
Pemerihalan dan Penentuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dixon, D., & Bernor, R. L. 1992. The Practical Geologist. New York:
Simon & Schuster.
Ibrahim Komoo, Abdul Rahim Hj. Samsudin &
Ibrahim Abdullah. 1987. Bumi: Sifat Fizik
dan Kimia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat
Akhir. 1989. Teknik Pemetaan Geologi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Watson, J., 1979. Rocks and Minerals. London: George Allen & Unwin. Atau
terjemahannya oleh Syed Sheikh AlMashoor. Batuan
dan Mineral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
STAE 1083 Teknik
Analisis Persekitaran
Kursus ini menerangkan tentang beberapa kaedah
analisis persekitaran dan penggunaan
alat-alat lazim pengukuran faktor-faktor
biotik dan abiotik. Kursus ini melibatkan aktiviti analisis di makmal
seperti pengendalian peralatan saintifik dan penyediaan larutan. Seterusnya
kursus ini akan memberi penerangan tentang kaedah-kaedah analisis di lapangan
yang melibatkan pelbagai analisis persekitaran, ujian statistik dan penulisan laporan
secara saintifik.
Rujukan
Brower, J.E. & Zar,
J.H. 1977, Field and laboratory methods
for general ecology. Iowa: Dubuque WM. C. Brown. Co. Publishers.
Campton, R. R. 1962. Manual of Field Geology. New York: Wiley Interscience
Marr, I. L. &
Cresser, M. S. 1983. Environmental
chemical analysis. New York: Chapman and Hall
Robinowitz, A. 1992. Wildlife field research and conservation training manual. Wildlive
Conservation Society.
STAE 2013
Pendahuluan Penderiaan Jauh dan GIS
Didalam kursus ini pelajar akan diperkenalkan
kepada asas-asas kaedah penderiaan jauh dan GIS. Dalam asas penderiaan jauh,
pelajar akan diperkenalkan kepada analisis hubungan antara ciri alam sekitar
dengan imej yang dideriakan melalui beberapa sistem penderiaan jauh. Selain itu, teknik pemerolehan imej serta asas tatacara pemprosesan dan penafsiran imej akan
juga dibincangkan. Didalam GIS, pelajar diperkenalkan kepada sejarah evolusi
perkembangan GIS, konsep ruang dalam GIS, struktur data geografi, komponen dan
fungsi dalam sesebuah perisian GIS serta perlaksanaan statistik keruangan.
Beberapa contoh aplikasi GIS akan dibincangkan untuk pelajar memahami fenomena
ruangan dalam GIS.
Rujukan
Aranoff, S. 1993. Geographical Information System: A Management Perspective. Ottawa:
WDL Publications
ESRI. 1993.
Understanding GIS: The ARC/INFO Method. Redlands.
Jensen, J.R. 1996. Introductory Digital Image Processing : A Remote Sensing Perspective. New Jersey: Prentice Hall
Martin, D. 1991. Geographical Information Systems and their Socio-economic Application.
London: Routledge
Sharifah Mastura, S.A. 1999. Pengenalan Penderiaan Jauh. Bangi: EOC
STAE 2022
Keselamatan dan Kesihatan Sekitaran
Kursus ini membincangkan aspek keselamatan dan
keselamatan sekitaran pekerjaan dan tempat tinggal. Antara tajuk yang
dibincangkan termasuk mengenalpasti jenis hazad, menilai dan mengawal risiko
yang terdapat disekitaran. Antara hazad tersebut ialah bahan kimia, fizikal,
biologi, mekanikal, sinaran (mengion dan tak mengion), bunyi, pencemaran dalaman
dan lain-lain lagi. Disamping itu, langkah-langkah keselamatan dan kawalan juga
diterangkan. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sekitaran tempat kerja dan
tempat tinggal turut diperbincangkan. Sehubungan itu, perbincangan juga dibuat
terhadap penilaian risiko secara kuantitatif dan kualitatif. Pengenalan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Akta serta Peraturan yang berkaitan
dengannya dan sekitaran juga disentuh.
Rujukan
Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 514. 1994 dan Peraturan-Peraturan Berkaitan.
Meyer, E. 1977. Chemistry of Hazardous Chemicals. New Jersey:Prentice Hall Inc.
Muhamad
Awang, Muhamad Nasir Hasan, Zulina Zakaria, Karen Badri, Chong, T. L,
Wan Nor Azmin Sulaiman & Mohd. Kamil Yusoff. Environmental
Management Standards (ISO 1400) :Towards A Sustainable Future. Serdang.
Universiti Putra Malaysia.
Noor Hassim Ismail. 1993. Kesihatan Persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Paustenbach, D.J. 1989. The Risk Assessment of Environmental and Human Health Hazards : A
textbook of case study. USA: John Wiley and Sons
Ringgdahl, L.H. 1993. Safety Analysis : Principles and Practice in Occupational Safety.
Elsevier Applied Science.
STAE 2032 Sains
Tanih Sekitaran
Kursus ini menerangkan kepada
pelajar mengenai kepentingan tanih kepada manusia. Bagaimana tanih-tanih yang
berlainan jenis dipengaruhi oleh berbagai faktor dan proses sekitaran untuk
terbentuk, dan bagaimana tanih mempengaruhi sekitaran. Perbincangan merangkumi
komposisi organik dan inorganik, ciri kimia dan fizis fasa pepejal, cecair dan
gas tanih. Setiap komponen yang ada di dalam tanih memberikan ciri-ciri
tertentu kepada tanih yang mana boleh dimanipulasi untuk berbagai kegunaan
(pertanian, perlombongan, perindustrian dan rekreasi) yang memberikan keuntungan
kepada manusia.
Rujukan
Brady,
N.C. 1985. The Nature and Properties of
Soils. New York: McMillan Publ. Inc.
Plaster, E.J. 1992. Soil Science and Management.
New York Albany: Delmar Publishers Inc
Shamsudin, J. &
Othman, Y. 1992. Sains Tanah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syers, J.K. & Rimmer, D.L. 1994. Soil Science and Sustainable Land Management
in the Tropics: CABS International.
Tan, K.H. 1994. Environmental Soil Science. New York:
Marcel Dekker, Inc.
STAE 2043 Statistik dalam Sains Sekitaran
Kursus
ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep-konsep statistik yang boleh digunakan
untuk menganalisis data sains sekitaran. Penekanan akan diberikan kepada
statistik pemerihalan dan statistik pentaabiran yang merangkumi ujian
hipotesis, anggaran dan peramalan. Pemerihalan data : jadual frekuensi, selang
kelas; carta-carta palang, pai dan histogram. Pengukuran-pengukuran memusat,
serakan dan bentuk : purata, median, mod, julat, varians, sisihan piawai,
pencongan dan kurtosis. Taburan kebarangkalian diskret : seragam, binomial,
Poisson. Taburan ketumpatan selanjar : normal, t, gama dan khi-kuasadua. Ujian
hipotesis dan anggaran: jenis ralat, selang keyakinan, aras keertian;
ujian-ujian ke atas purata, varians dan kadaran; ujian-ujian khi-kuasa dua bagi
kebagusan penyuaian dan ketakbersandaran. Regresi dan korelasi : regresi linear
mudah, koefisien korelasi, regresi berganda dan regresi taklinear. Analisis
varians (anova) : satu hala, dua hala tanpa replikasi dan dua hala dengan
replikasi.
Rujukan
Elmore, P. B. & Woehlke, P. L. 1997. Basic Statistics. New York : Longman.
Green, R.H. 1979. Sampling Design and Statistical Methods for Environmental Biologists.
New York : John Wiley and Sons.
Walpole, R. E. &. Myers, R.H. 1987. Kebarangkalian dan Statistik untuk Jurutera
dan Ahli Sains. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zar, J. H. 1984. Biostatistical Analysis. Englewood Cliffs, New Jersey:Prentice-Hall
STAE 2052 Sumber
Tenaga dan Alam Sekitar
Tujuan kursus ini adalah menerangkan kepada para
pelajar tentang kepentingan tenaga dalam pembangunan serta sumber-sumber tenaga
yang terdapat di alam ini. Bermula dari tenaga otot sehinggalah kepada
penukaran tenaga yang membolehkan kerja dilakukan. Secara umumnya sumber tenaga
dapat dikategorikan kepada dua; tenaga lazim dan tenaga keterbaharuan. Sumber
tenaga lazim mempunyai keterbatasannya disamping penggunaannya yang
memudaratkan alam. Tenaga keterbaruan lebih selamat dan menjimatkan, tetapi
malangnya teknologinya terbatas dan usaha memajukan perlu terus dijalankan.
Polisi tenaga yang sesuai dapat memastikan pembangunan dapat dilangsungkan
dengan kesan negatif yang minimum.
Rujukan
Anderson, E. E. 1983. Fundamentals of Solar Energy Conversion. Raeding. Massachusetts:
Addison Wesley Pub.
Baharudin Yatim 1989. Tenaga: Konsep, Prinsip dan Hubungan dengan Masyarakat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Huniarti Tamin 1996. Sektor Tenaga dalam Pembangunan Tenaga. Forum IRPA-Sektor Tenaga.
Anjuran Institut Tenaga Malaysia. 4 September.
Mohd. Yusof Hj. Othman 1991. Teknologi Pengeringan Hasil Pertanian di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahsa dan Pustaka.
Wieder, S. 1996. Pengenalan Tenaga Suria Untuk Ahli Sains dan Jurutera. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
STAE 2083 Pengenalan Undang-undang
Alam Sekitar.
Kursus
ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang asas perundangan
alam sekitar khususnya di Malaysia. Beberapa asas ilmu perundangan seperti
terminologi, pengkelasan, serta cara membaca kes akan terlebih dahulu dibicarakan.
Ini diikuti dengan perbincangan tentang sejarah pengurusan alam sekitar sebelum
perlaksanaan undang-undang di Malaysia dan di negara lain, serta perkembangan
dan pemaktuban undang-undang alam sekitar Malaysia. Selain itu, beberapa
perjanjian, persidangan serta perundangan antarabangsa tentang pemeliharaan
alam sekitar akan juga disentuh. Pematuhan ISO 14000 bagi tujuan pengauditan
alam sekitar serta isu keselamatan dan kesihatan sekitaran dan ditempat kerja
akan juga dibincangkan. Kursus ini dijangka akan dapat membantu pelajar
memahami proses-proses perundangan yang melibatkan bidang alam sekitar di
Malaysia.
Rujukan:
Ahmad
I & Ahilemah J. 1998. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala
Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia.
1999. Akta Kualiti Alam Sekeliling. 1974, (Akta 127) & Peraturan-
Peraturan
Dan Perintah-Perintah
Bell,
S. & McGillivray, D. 2000. Environmental Law. Edisi ke5.
London:Blackstone
Press.
Muhamad
Awang, Muhamad Nasir Hasan, Zulina Zakaria, Karen Badri, Chong, T. L,
Wan Nor Azmin Sulaiman & Mohd. Kamil Yusoff. Environmental
Management Standards (ISO 1400) :Towards A Sustainable Future. Serdang.
Universiti Putra Malaysia.
United
Nations. 1992. Agenda 21 : Programme of Action for Sustainable
Development. New York, United Nations.
STAE 2123 Ekologi
Akuatik, Pesisir Pantai dan Tanah Lembap
Kursus ini akan membincangkan interaksi
faktor-faktor biotik dan abiotik di persekitaran air tawar dan marin. Pendekatan dan penekanan ditumpukan kepada
jenis dan fungsi ekosistem akuatik, seperti ekologi air tawar, air muara,
pesisiran dan laut dalam. Jenis-jenis
habitat khas seperti ekosistem paya bakau dan paya gambut, terumbu karang,
tasik dan sungai juga diberi perhatian.
Peranan dan interaksi dilihat pada pelbagai peringkat individu dan
komuniti seperti strategi pembiakan, pemakanan dan pola organisasi
komuniti. Seterusnya pengaruh kehadiran
atau aktiviti manusia seperti penempatan, pembalakan dan perindustrian serta
pengurusan bersepadu komponen utama tersebut juga disentuh. Beberapa aspek persekitaran pesisiran, bakau
dan kukup akan disentuh di mana ekosistem berkenaan adalah merupakan sebahagian
penting persekitaran akuatik secara keseluruhan.
Rujukan
Barnes, R.S.K. &
Hughes, R.N. 1993. An Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Sci. Publ.
Cole, G.A. 1993. Buku
Teks Limnologi (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Fountaubert, A.C.
1996. Biodiversity in the Seas; Implementing the Convention on Biological
Diversity in Marine and Coastal Habitat S. Gland: IUCN.
Ismail, A. Mohamad, A.B.
1992. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ramsar. 1993.
Towards the Wise Use of Wetlands.
Switzerland: Glond
STAE 2142 Toksikologi
Persekitaran
Kursus ini
membincangkan prinsip-prinsip asas toksikologi dan hubungannya dengan
persekitaran. Jenis ketoksikan (akut dan kronik), analisis dan penilaian
ketoksikan, metabolisme bahan toksik, termasuk konsep karsinogenesis dan
teratogenesis akan dibincangkan. Selain itu, punca-punca dan akibat kehadiran bahan
toksik dalam persekitaran air, udara dan tanah yang boleh mempengaruhi manusia
seperti logam berat, pestisid, bahan
radioaktif serta juga aplikasi bidang toksikologi dalam bidang forensik,
klinikal, penilaian risiko dan pekerjaan akan turut dibincangkan.
Rujukan
Finney, D.J. 1952. Probit
Analysis. Ed. ke-2. Cambridge: University Press.
Landis W.G. & Yu, M.H. 1995. Introduction
to Environmental Toxicology. London: Lewis Publishers:
Richardson, M. 1995. Environmental Toxicology Assessment.
London:Taylor and Francis.
Sipes, G. Mc Queen, C.,
& Gendolfi, J. 1997. (Penyunting) Comprehensive
Toxicology. Volume 1. General Principles. (Bond, J.,
penyunting). Pergamon Press.
Timbrell J.A. 1989. Introduction
to Toxicology.London:Taylor and Francis.
STAE 2162 Ekologi Daratan dan Pengurusan Gunatanah
Kursus ini akan membincangkan kitar pembentukan
tanih dan pengaruh hidupan ke atas pembentukannya. Kepelbagaian jenis-jenis
tumbuhan yang terdapat pada jenis tanah dan sekitaran tertentu akan
dibincangkan. Ciri-ciri kimia dan fizis tanih akan dilihat dari perspektif
hubungannya secara terus dengan tumbuhan. Perkaitan di antara saliran,
pengairan, infiltrasi dan perkolasi air dalam tanih dengan ciri fizik seperti
tekstur, struktur, kedalaman, dan ketumpatan tanih akan turut dibincang.
Pemakanan tumbuhan juga diambil kira dengan membincangkan jenis-jenis nutrien
yang diperlukan oleh tumbuhan, apa sumbernya dan bagaimana ia boleh diambil
oleh tumbuhan. Aspek pengurusan tanih akan membincangkan jenis-jenis tanah yang
dikira bermasalah dan bagaimana kaedah pengurusannya supaya dapat dimanfaatkan
untuk sesuatu kegunaan.
Rujukan
Brady, N.C. (1985). The Nature and Properties of Soils. New
York: McMillan Publ. Inc.
Plaster, E.J. (1992). Soil Science and Management. New York :
Delmar Publishers Inc.
Russell, E.W. (1978). Soil Conditions and Plant Growth. London
: Longman Group Limited
Shamsudin Jusop (1992). Pengurusan Tanih. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsudin, J. &
Othman, Y. (1992). Sains Tanah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
STAE 2202 Geosekitaran Tanah
Rendah dan Tanah Tinggi
Kursus ini membincangkan persekitaran fizikal dan
proses di kawasan tanah rendah, tanah tinggi dan sekitaran akuatik dengan
menitikberatkan geosekitaran di Malaysia. Landskap kawasan tanah rendah, tanah
tinggi, sekitaran fizis akuatik seperti tasik, sungai dan dataran pantai dan
proses pembentukan akan ditengahkan. Topik lain meliputi rejahan batuan,
canggaan, pemineralan; tektonik, denudasi dan pengangkutan sedimen ke lautan serta
luluhawa dan kitaran geokimia, hakisan dan degradasi tanah dan sekitaran;
sedimentasi. Geosekitaran air, tanah dan batuan serta bahan bumi dan struktur bawah permukaan akan juga dibincangkan.
Rujukan
Aswathanarayana, U., 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam:
Balkema.
Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.
Tjia, H. D., 1987. Geomorphology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tjia, H.
D., Juhari Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun dan Anizan
Isahak, 1987. Proses Eksogen. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilson,
M., 1993. Igneous Petrogenesis: A
Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall
STAE 2213 Geodinamik dan Geologi
Sekitaran
Konsep geosekitaran meliputi perbincangan mengenai geologi
sebagai komponen sistem fizis kedinamikan sfera bumi akibat daya dan geokimia
dalaman bumi yang ditafsirkan melalui fahaman seismologi, graviti, kemagnetan
olahan haba dan bahan. Kedinamikan, magnitud dan frekuensi fenomena geologi seperti perubahan paras
laut dan pencairan glasier. Konsep masa, ruang dan kadar perubahan seperti
perubahan cepat oleh angin troposfera atau gembabumi dan kadar perubahan lambat
seperti pemendapan sedimen di lautan
atau pergerakan kepingan kerak lautan. Evolusi dan taburan unsur-unsur bumi, proses-proses berkaitan
sekitaran tanah, sedimen, air, udara. Konsep keseimbangan sekitaran. Pengenalan
geologi sekitaran. Sekitaran ekologi dan ekosistem. Perkaitan manusia dengan
alam tabii. Kepentingan dan peranan geologi sekitaran. Konsep-konsep asas
sekitaran. Kekomplesian sistem fizis. Tindakbalas sistem fizis terhadap
kegiatan manusia. Keseimbangan dan kestabilan sistem sekitaran. Ambang dalaman
dan luaran. Sistem terbuka dan tertutup. Sumber bumi. Sumber yang boleh
diperbarui dan tak boleh diperbarui. Keuniversalan masalah sekitaran. Kadar
kemorosotan alam sekitar. Pertimbangan faedah-pengauditan sekitaran. Pengurusan
sekitaran. Pengaruh aktiviti manusia terhadap sekitaran fizikal, pembinaan
lebuhraya, dan pembangunan bandar. Perlombongan permukaan dan bawah tanah.
Empangan dan takungan air. Kaedah pelupusan sisa domestik (sampah-sarap) dan
sisa merbahaya. Rumusan geologi sekitaran.
Rujukan
Aswathanarayana, U. 1995. Geoenvironment. An Introduction. Rotterdam : Balkema
Keller, E. A., 1986. Environmental Geology. New York: Merill Publ.
Turcotte, D. L. & Schubert, G. 1982 Geodynamics: Applications of Continuum Physics to Geological Problems.
New York: John Wiley and Sons.
Vita-Finzi, C. 1986. Recent earth movements. Washington D.C: Academic Press
Wilson, M., 1993. Igneous
Petrogenesis: A Global Tectonic Approach. London: Chapman & Hall
STAE 2283 Penyiasatan Bawah
Tanah dan Geofizik Sekitaran
Kursus ini memperkenal teknik langsung dan tak langsung
dalam penyiasatan bawah tanah. Pengenalan kepada prinsip-prinsip geofizik;
penggunaan kaedah-kaedah geofizik, prosedur lapangan dan pentafsiran data
geofizik untuk tujuan kajian dan pemantauan alam sekitar akan dibincangkan.
Selain itu kaedah penyiasatan bawah tanah, penggerudian dan rakamannya,
kaedah-kaedah duga-dalam langsung serta korelasi dengan data geofizik akan juga
diketengahkan berserta beberapa kajian kes.
Abd. Rahim Samsudin, 1990. Geofizik: Konsep dan Penggunaan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Goodman, R. E., 1989. Introduction to Rock Mechanics. New York:John Wiley and Sons.
Hock, E., & Brown E. T., 1980. Underground Excavation in Rocks.
London: Institute of Mining and Metallurgy.
Reynold, J. M., 1997. An Introduction to Applied and Environmental Geophysics. New
York:John-Wiley & Sons.
Telford, W. W., Geldart, L.P. & Sherriff, R.
E. 1990. Applied Geophysics.
Cambridge:Cambridge Univ. Press.
STAE 2322 Prinsip Epidemiologi
Objektif
kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang prinsip, tujuan
dan kaedah dalam epidemiologi. Kursus
ini memfokus kepada isu yang berhubungkait dengan kejadian penyakit dalam
sesuatu populasi manusia ataupun haiwan, serta hubungan berbagai-bagai
determinan dan faktor yang menimbulkan penyakit. Beberapa kaedah statistik dan
pengolahan data epidemiologi juga akan dibincangkan.
Rujukan
Last, J.M. 1987. Public Health and Human Ecology.
London:Prentice-Hall International Ed.
Morrell, D. 1988. Epidemiology in General Practice. New York: Oxford Medical
Publications.
Osman
Ali. 1990. Kaedah Epidemiologi. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saleha Abdul Aziz. 1992. Epidemiologi Veterinar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
STAE 2313 Penyakit Berjangkit
dan Persekitaran
Kursus
ini memperkenalkan beberapa kumpulan agen jangkitan yang penting daripada segi
kesihatan awam. Beberapa contoh agen jangkitan seperti virus, bakteria,
protozoa dan helmin yang mengancam kesihatan manusia akan dihuraikan daripada
beberapa aspek, termasuklah kitar hidup, penyebaran dan gejala penyakit. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan
penyakit tersebut juga akan diketengahkan. Kursus ini menekankan bagaimana
pentingnya kaedah sanitasi yang terancang dan terurus dapat mengurangi
perebakan penyakit.
Rujukan
Cairncross, S. & Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the
Tropics. Chichester UK: John Wiley & Sons
Cox, F.E.G. 1993. Modern Parasitology. Ed. ke-2. London:Blackwell Scientific
Publications
Despommier, D.D., Gwadz R.W. & Hotez, P.J.
1995. Parasitic Diseases. Ed. ke- 3.
Springer-Verlag.
Lim, K.G. 1993. A review of Diseases in Malaysia. Kuala Lumpur:Pelanduk
Publications.
Ryan, K.J. 1994. Sherris Medical Microbiology. An Introduction to Infectious Diseases.
Ed. ke- 3, London: Prentice-Hall International Inc.
STAE 2413 Kimia Atmosfera
Dalam kursus ini beberapa aspek kimia atmosfera bumi
akan dibincangkan. Tumpuan akan diberikan kepada aspek kimia yang berkaitan
dengan masalah global seperti lubang ozon, kesan rumah hijau dan pemendapan
asid. Pengenalan: Struktur dan komposisi atmosfera bumi. Juzuk surihan
atmosfera : hidrogen, helium, ozon, sebatian karbon, nitrogen dan sulfur.
Aerosol atmosfera: Pengkelasan, punca, taburan dan komposisi kimia. Kitaran
karbon dan sulfur di atmosfera. Fotokimia, kinetik kimia dan taburan ozon
jumlah di atmosfera. Kimia troposfera. Tindakbalas radikal bebas di
stratosfera. Pengeluaran bahan surihan atmosfera: proses pemendakan kering dan
basah, komposisi kimia pemendakan. Perubahan iklim dan hubungkait dengan
komposisi kimia atmosfera.
Rujukan
Atmospheric Chemistry, Course Notes, Department
of Chemistry, University of Cambridge.
1987.
Goody R.M. & Walker, J.C. G. 1972. Atmospheres. New Jersey: Prentice-Hall
International.
Kupchella C.E. & Hyland, M.C. 1993. Environmental Science : Living within the
system of nature. Edisi ke-3, Prentice Hall International: New Jersey
Meszaros, E. 1981. Atmospheric Chemistry : Fundamental Aspects. Hungary: Elsevier
Scientific Publishing Co.
STAE 2423 Analisis Kualiti Air
dan Udara
Dalam
kursus ini konsep-konsep kimia dalam analisis air dan udara akan diperkenalkan
terlebih dahulu dan ini merangkumi konsep titrimetri, kolorimetri,
elektrokimia, kromatografi, spektrofotometer serapan atom dan pancaran atom.
Kaedah piawai yang terperinci dalam menganalisis parameter kualiti air dan
parameter kualiti udara akan selanjutnya dikemukakan. Selain dari itu,
teknologi baru dalam analisis dan pemonitoran kualiti air/udara melalui
penggunaan sensor akan turut diperkenalkan. Seterusnya kepentingan analisis air
dan udara serta indeks kualiti kedua-duanya akan turut dibincangkan.
American Public
Health Association. 1992 Standard
Methods for the Examination of Water and Wastewater. Ed. ke-18, USA.
Bragg, G.M. &
Strauss, W. 1981. Air
Pollution Control. New York: Wiley-Interscience
Chapman, D. 1992. Water Quality Assessments, UNESCO/WHO/UNEP.
London:Chapman & Hall.
Tchobanoglous G.
& Schroeder, E.D. 1985. Water
Quality: Characteristics, Modeling, Modification. California:
Addison-Wesley
Waite, T.D. 1984.
Principles of Water Quality.
Washington D.C: Academic Press.
STAE 2442 Kimia Air
Kursus
ini membincangkan tentang ciri-ciri fizikokimia air dan interaksi antaranya.
Kategori air yang terlibat ialah air sungai, tasik/kolam, air payau dan air
laut. Penekanan akan diberikan kepada tindak balas kimia yang berlaku dalam air
yang menyumbang kepada masalah pencemaran air. Sifat-sifat fizis dan kimia air
dibincangkan. Beberapa proses kimia yang berlaku dalam air yang berkaitan
dengan pencemaran, pengangkutan dan ketoksikan air juga turut ditekankan.
Selain itu, kajian kes kesan kejadian hujan asid serta saliran asid lombong
terhadap kualiti air sungai akan juga dibincangkan.
Rujukan
Neilson, A.H.
1994. Organic Chemicals In the Aquatic
Environment., USA: CRC Press.
Snoeynk, V.L.
& Jenkin, O. 1980. Water Chemistry.,
New York: John Wiley & Sons.
Stumm, W. & Morgan, J.J.. 1981. Aquatic Chemistry. New York: John Wiley
& Sons.
Tchobanoglous,G.
& Schroeder, E.D. 1985.Water Quality
: Characteristics, Modeling, Modification. California:Addison-Wesley.
Tessier, A &
Turner D.R. 1995. Metal Speciation and
Bioavailability in Aquatic Systems. IUPAC Series of Analytical and
Physical Chemistry of Environmental Systems. New York:John Wiley &
Sons.
STAE
2882 Latihan Industi
Kursus ini tidak diwajibkan untuk
pelajar jurusan Sains Sekitaran.
Bagaimanapun pelajar amat digalakkan mengambil kursus ini dengan
menjalankan latihan di makmal-makmal terpilih, institusi penyelidikan dan
agensi kerajaan yang berkaitan selama 6-8 minggu bagi meningkatkan pengalaman
dalam kerjaya yang berkaitan bidang Sains Sekitaran. Semasa latihan pelajar akan diselia secara langsung oleh pegawai
berkaitan di tempat latihan. Di akhir
latihan setiap pelajar perlu menyiapkan laporan bertulis mengenai pengalaman
latihan dan membentangkan secara lisan kepada program.
STAE 3102 Etnobotani
dan Ekonomi Persekitaran
Beberapa perkaitan sejagat dan juga tempatan di
antara tumbuhan dan manusia akan dibincangkan untuk menunjukkan saling
pergantungan di antara mereka.
Pergantungan ini mempunyai sejarah dan tradisi yang lama di dalam
pertanian dan perhutanan dan kini telah dimanfaatkan dalam perhutanan bandar,
tumbuhan ubatan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Aspek etnobotani
di Malaysia khususnya tumbuhan ubatan,
tumbuhan ekonomi dan usaha penghutanan dan pemuliharaan sumber alam akan
dibincangkan untuk menunjukkan bahawa kemandirian manusia bergantung kepada
pemuliharaan sumber tumbuhan.
Rujukan
Balick, M.J. & Cox, P.A. 1997. Plants, people and culture:The science of
ethnobotany W.H. Freeman and Co.
Jain,
S.K. 1987. A Manual of Etnobotany.
India: Scientific Publishers, Jodhpur
Johnson,
D. 1991. Palms for Human Needs in Asia.,
Rotterdam: A.A. Balkena.
Lewington,
A. 1990. Plants for People. Kew:
Royal Botany Gardens
STAE 3113 Pemuliharaan dan
Pengurusan Hutan Tropika dan Hidupan Liar
Kursus
ini akan memperkenalkan pengurusan hutan, pengkelasan hutan simpan dan
jenis-jenis hutan tropika serta kehidupan flora dan fauna yang
menghuninya. Ekologi dan pengurusan
hutan dan hidupan liar di kawasan tropika khususnya di Malaysia juga akan
dibincangkan. Kepentingan pengetahuan tentang pemuliharaan hutan dan hidupan
liar dikaitkan dengan kenyataan kepelbagaian biologi bernilai ekonomi dan
masalah kepupusan. Penekanan diberikan
terhadap nilai ekonomi hutan hujan tropika dan hidupan liar, prinsip-prinsip
asas pemuliharaan in situ dan ex situ dan perlaksanaan undang-undang
setempat dan antarabangsa untuk perlindungan habitat dan spesies. Keseimbangan
alam serta kedinamika populasi disentuh bagi menguatkan keperluan pengetahuan
ini.
Rujukan
Anon. 1992. The
Endangered Rainforest and the Fight for Survival. Vol I. Georgetown:
Jutaprint
Bookhout T.A. 1996. Research and Management Techniques for Wildlife and Habitats. The
Wildlife Society.
Mabberley, D.J. 1992. Tropical Rain Forest Ecology. Ed. ke 2. London: Blakie Academic
& Professional.
Robinowitz, A. 1992. Wildlife Field Research and Conservation Training Manual. Wildlife
Conservation Society.
Whitmore, T.C. & Sayer, J.A. 1992. Tropical
Deforestation and Species Extinction. London: Chapman & Hall
Kursus
ini akan membincangkan aspek perbandingan pada berbilang haiwan dan tumbuhan
dalam menyelesaikan masalah-masalah fisiologi asas yang dihadapi dalam
sekitaran. Faktor biotik dan abiotik
yang wujud boleh mempengaruhi sistem fisiologi hidupan. Pelbagai tekanan dan
kesan persekitaran ke atas fisiologi haiwan dan tumbuhan (lumut, paku pakis,
alga, liken dan tumbuhan tinggi) akan dibincang berhubung kesan suhu, kemarau,
taburan hujan, pemberian hormon dan pestisid, kekurangan atau kelebihan mineral/nutrien
dalam tanah, hujan asid, jerebu dan bahan pencemaran udara, tanah dan air.
Kesan pembuangan kumbahan terhadap tumbuhan tepi sungai, ledakan alga (algal
bloom) dan pasang merah (red tides) juga disentuh. Konsep
pemonitoran biologi akan mendedahkan para pelajar dengan kajian-kajian kes yang
terdapat dalam literatur mengenai penggunaan tumbuhan dan haiwan seperti
briofita, ikan, alga, makroinvertebrat bentos, invertebrat tanih dan sebagainya
dalam pemonitoran bahan pencemaran alam sekitar. Penekanan akan diberikan kepada pemilihan organisma, jenis
pemonitoran yang sesuai dan interpretasi data untuk pengurusan
persekitaran. Agen pemonitoran seperti
ikan, alga, liken, bentos makrofit akuatik dan lain-lain akan
diperkenalkan. Pelajar juga akan didedahkan
kepada konsep dan penggunaan indeks diversiti dan biotik. Penekanan akan diberikan kepada kes di
Malaysia.
Rujukan
Burton, M.A.S. 1987. Biological Monitoring of Environmental Contaminants. MARC Report
No. 32. Monitoring & Assessment and
Research Centre, Chelsea College London: University of London
Folks,
E.G. 1984. Textbook of Environmental
Physiology. Cambridge:University
Press Cambridge.
Knudt Schmidt-Nielsen, 1975. Animal Physiology: Adaptation and Environment. New York: Cambridge
University Press
Slonim,
J.W. 1982. Environmental Physiology.
New York: John Wiley and Sons
Strand, F:L. Physiology:
A Regulatory Systems Approach. New York: Mc Millan Pub. Co.
STAE 3202 Penggunaan dan
Penilaian Tanah
Kursus ini
memperkenalkan jenis-jenis gunatanah, pemilihan serta pembahagian gunatanah
yang lazim dilakukan. Penilaian tanah
dengan memberi merit mengikut sumbangan ekonomi dan kesan kepada sekitaran yang
minimum. Turut dibincangkan ialah
penilaian tanah, pembahagian penilaian tanah secara kuantitatif dan kualitatif,
kesesuaian serta dan kebolehan tanah.
Pengenalan perisian komputer yang sesuai untuk penilaian tanah seperti
ALES dan TROPSEL turut diperkenalkan.
Rujukan
Dent, D. & Young, A. 1981. Soil
Survey and Land Evaluation. London: George Allen & Unwin.
Food and Agriculture Organization of the United Nation.
1976. A framework for Land Evaluation. Rome: FAO Soils Bulletin 32.
Rossiter, D.G. 1993.
Automatic
land evaluation system. Version 4 User's
manual. Department of Soil, Crop and
Atmospheric Science, Cornell Univ. N. York: Ithaca.
Sys, C. Van Ranst, E., Debave, J. 1991-1193. Land evaluation, Part I, II, III, Belgium: GADC
Wong, I.F.T. 1970. A Soil Suitability
Classification for Malaysia. Kuala Lumpur:
Dept. Agric.
STAE 3222 Paleosekitaran dan
Paleoekologi
Kursus ini meliputi sejarah perkembangan sekitaran kuno
berjuta-juta tahun yang lampau, seperti pada masa Jura dan kehidupan dinosaur,
sehingga kepada sekitaran yang sesuai kepada kehidupan manusia sekarang. Pemerihalan
evolusi dan perubahan iklim dunia akan dibincangkan. Tafsiran biosfera
berasaskan kepada fosil untuk membentuk sumula kehidupan lampau organisma,
sekutuan mereka dalam komuniti, dan perkaitan organisme dengan sekitaran yang
mereka hidup akan disentuh. Kursus ini juga merangkumi takrifan dan prinsip
utama yang digunakan dalam paleosekitaran, parameter sekitaran, perubahan
global, dan kesan sekitaran terhadap sebaran organisma, struktur biosfera,
populasi dan komuniti, paleobiogeografi, sejarah perkembangan kepelbagaian
species dalam masa geologi, pristiwa katastrofi, kepupusan massa dan kesan
terhadap perkembangan kehidupan, fosil sebagai penunjuk sekitaran dan
ekosistem, tafonomi, fosil kesan dan sekitaran.
Rujukan
Brenchley, P. J. & Harper, D. A. T. 1998. Paleoecology: Ecosystem, environments and
evolution. London: Chapman & Hall.
Condie, K. C. & Sloan, R. E. 1998. Origin and Evolution of Earth: Principles
of Historical Geology. London: Prentice Hall.
Dodd J, R.. & Stanton: R. J., 1990. Paleoecology: Concepts and Applications.
New York:John Wiley & Sons.
Stearn, C. W. & Carroll, R. L. 1989. Palaeontology: The Record of Life. New
York:John Wiley & Sons.
STAE 3213 Hidrologi dan Geokimia
Sekitaran
Kursus
ini merangkumi konsep hidrologi dan geokimia sekitaran yang berkaitan dengan
kewujudan air dan mobiliti geokimia di atas dan di bawah permukaan bumi.
Peringkat awal kuliah membincangkan kitaran hidrologi di samping menerangkan
pelbagai jenis kelembapan dan pertukaran fasa di atmosfera dan zon bawah permukaan.
Perbezaan iklim dan cuaca serta unsur utama seperti perubahan suhu, kelembapan
dan tekanan udara, tiupan angin, radiasi cahaya, kerpasan dan vegetasi turut
dibincangkan. Selain itu kursus ini juga membincangkan proses-proses penyejatan
dan transpirasi, infiltrasi dan perkolasi, kesan pintasan serta air larian
permukaan. Aspek hidrogeologi akan merangkumi faktor geologi yang mempengaruhi
kewujudan air di bawah permukaan. Peringkat selanjutnya akan memberi konsep
geokimia sekitaran yang merangkumi kefahaman sekitaran primer dan sekunder,
sifat-sifat geokimia dan taburan unsur pada batuan igneus, metamorf dan
sedimen. Penekanan khusus akan diberikan kepada proses luluhawa untuk maklumat
pengayaan, kawalan dan taburan unsur di dalam sekitaran sekunder. Mobiliti
unsur-unsur di dalam sekitaran sekunder yang dikaitkan dengan faktor kelarutan,
jerapan, regim Eh/pH dan lain-lain akan turut dibincangkan. Pencemaran
sekitaran hidrosfera daratan oleh aktiviti perlombongan yang telah dan sedang
beroperasi serta pemetaan geokimia. Selain itu perbincangan akan dilakukan
terhadap radiaktiviti sekitaran dan kaitan geokimia sekitaran dengan kesihatan
manusia dan haiwan.
Berner, E. K. & Berner, R. A., 1994. Global Environment: Water, Air and
Geochemical Cycles. London: Prentice-Hall Inc.
Fergusson,
J. E., 1982. Inorganic Chemistry and The
Earth. Oxford: Pergamon
Press
Langmuir, D., 1997. Aqueous Environmental Geochemistry. London:Prentice-Hall
Engineering Science and Math.
Rollinson, H. R., 1993 Using Geochemical Data: Evaluation, Presentation, Interpretation.
Longman.
Shaw,
E.M. 1984. Hydrology in Practice.
London: Chapman & Hall
STAE 3232 Bencana Alam
Kursus ini
membincangkan konsep hazad dan risiko proses-proses bencana semulajadi di
bumi. Penekanan adalah terhadap
beberapa jenis bencana alam yang berpunca daripada aktiviti dalaman bumi
seperti kejadian gempa bumi, tsunami, muntahan lava dan ledakan gunung
berapi. Proses luaran semulajadi yang
mengakibatkan bencana alam seperti pergerakan jisim, banjir, hakisan dan tanah
runtuhakan juga disentuh. Teknik dan
langkah kawalan, mitigasi serta pengurusan persekitaran turut dibincangkan.
Rujukan
Smith, K. 1992. Environmental
Hazards: Assessing Risk & Reducing Disaster. London:Routledge.
Lundgren, L.
1986. Environmental Geology. New
Jersey: Prentice-Hall
Wan Fuad
Hassan. 1987. Geologi & Manusia. Bangi:
Penerbit UKM
STAE 3263 Sedimentasi dan
Geosekitaran Marin
Kursus ini memperkenalkan bahan dan mekanisme pengangkutan
serta pemendapan berbagai jenis sedimen di sekitaran marin. Perbincangan akan
meliputi keadaan ombak dan arus lautan, topografi marin dan jenis sedimen Jenis
lembangan dan sekitaran sedimen juga akan dibincangkan. Model sedimentasi,
sekitaran oksik dan anoksik, gunung api dasar laut dan interaksi
volcano-sedimen akan disentuh. Kursus juga turut membincangkan jenis dan proses
pembentukan pantai, pentas benua dan banjaran tengah lautan. Turut disentuh
ialah intrumentasi marin, misalnya kaedah seismos, alat-alat perakam dan teknik
berkaitan tafisran secara kuantitatif dan kuantitatif lubang gerudi. Sumber
ekonomi seperti pasir silika dan kemerosotan sekitaran akibat aktiviti
perlombongan pasir dan kerja kejuruteraan di dasar laut seperti sekitaran
pembinaan kabel dasar laut dan terowong bawah laut akan juga diperihalkan.
Rujukan
Reading, H. G., 1986. Sedimentology Environments and Facies. London: Blackwell
Scientific Publication.
Seibold, E, & Berger, W. H., 1993. The sea floor: An Introduction to Marine
Geology. Heidelberg: Springer-Verlag,
Selly,
R. C., 1976. An Introduction to
Sedimentology., London: Academic Press.
Sherman, K., & Alexander, L. M., 1985. Variability and Management of Large Marine
Ecosystems. Colorado Spring: Westwiew Press.
Thurman,
H. V. 1991. Introductory of Oceanography.
New York: Macmillan.
STAE 3323 Sanitasi dan Kesihatan
Sekitaran Tropika
Banyak
penyakit berjangkit di negara tropika yang membangun boleh di kawal atau
dikurangkan melalui langkah pencegahan. Kursus ini cuba memfokus kepada
langkah-langkah yang berkesan dalam pengurusan air, kumbahan dan enap cemar
yang boleh menjamin kesihatan manusia dan mengurangkan perebakan
penyakit. Penekanan adalah terhadap
pencemaran air dan kesihatan, bekalan air bersih, proses rawatan air,
pembuangan tinja, rawatan kumbahan dan penggunaan semula enap cemar sebagai
baja. Selain itu langkah-langkah pengurusan air dan tinja diberikan perbahasan
yang terperinci. Pelajar akan didedahkan kepada maklumat seperti kualiti air
dan piawaian, bekalan air di negara membangun,
bekalan air di luar bandar serta
proses rawatan air. Kursus ini juga
memperihalkan beberapa sistem olahan kumbahan, program sanitasi, olahan air
buangan serta pengkomposan, turut akan
di bincangkan ialah hubungkait antara
empangan, pengairan dan penyakit
bawaan vektor.
Rujukan
Bester, H.H. 1997. Sanitation – Practices and Methods for Health Protection and Diseases. Washington:
ABBE Publishers.
Cairncross, S. and Feachem R.G. 1983. Environmental Health Engineering in the
Tropics. New York:John Wiley and Sons.
Listorti , J.A. 1990. Environmental Health Components for Water Supply, Sanitation and Urban
Projects. World Bank Technical Paper No. 121.
Mohd. Azraai Kassim, Mohd. Razwan Salim & Mohd
Noor Othman. 1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. John
Wiley & Sons/Universiti Teknologi Malaysia.
STAE 3433 Pencemaran dan Alam
Sekitar
Dalam
kursus ini beberapa aspek dalam pengawalan pencemaran udara dan tanah akan
dibincangkan. Perbincangan tentang jenis, punca, kesan dan kawalan pencemaran
udara merangkumi kawalan ke atas bahan-bahan pencemaran udara berbentuk gas,
zarahan dan bahan-bahan toksik lain, penyelerakan di atmosfera, kabut
fotokimia, pemendapan asid, pencemaran dalaman dan Akta Udara Bersih. Pelbagai
jenis punca bagi pencemaran dalaman serta teknik asas dalam merekabentuk
bangunan akan juga dibincangkan. Pencemaran tanah: punca daripada air, udara,
pertanian dan buangan industri dan kesannya terhadap komponen sekitaran
termasuk fauna dalam tanah juga turut dibincangkan .
Rujukan
Baumback, G.,
1996. Air Quality Control: formation and
source, dispersion, characteristics and impact of air pollutants-measuring
methods, technique for reduction of emission and regulation for air quality
control. New York: Springer.
Boulding, J.R.
1995. Practical Handbook of Soil,
Vadose-zone and Groundwater Contamination: Assessment, Prevention and
Remediation. Boca Raton: Lewis Publication.
Bragg, G.M. &
Strauss, W. 1981. Air Pollution Control.
New York: Wiley Interscience Publ.
Curtis, D. 1998. Air Emission Monitoring and Control Handbook.
Ed. ke-1, United Kingdom: Elsevier Science.
Yaron, B.,
Calvert, R. & Prost, R. 1996. Soil
Pollution: Process and Dynamics. New York: Springer.
STAE 3423 Teknologi Perawatan
Air
Kursus
ini membincangkan beberapa kaedah dan
teknologi yang digunakan dalam perawatan air untuk minuman dan air buangan
serta langkah-langkah kawalan pencemaran air. Kaedah pengolahan air minuman dan air buangan serta prinsip asas
kimia dan biokimia yang terlibat akan
diketengahkan termasuk aspek pengubahsuaian
kualiti air dan kepentingannya. Kaedah yang akan dibincangkan merangkumi
kaedah fizis, kimia dan biologi/bioteknologi. Ciri-ciri air buangan, prinsip
perawatan air buangan, pengurusan enapcemar serta kitar semula air akan
dibincangkan.
Rujukan
Hammer, M.J. 1986. Water
and Wastewater Technology. Ed.
ke-2. New York: John Wiley & Sons.
Horan, N. J.
1990. Biological Wastewater Treatment
Systems : Theory and Operation. England. Chichester:John Wiley & Sons.
Mara. D.
1994. Rawatan Kumbahan Dalam Iklim Panas. Terjemahan Mohd. Azraai Kassim,
Mohd. Razman Salim dan Mohd. Noor Othman. John Wiley & Sons/Universiti
Teknologi Malaysia
Tchobanoglous, G.
& Schroeder, E.D. 1985. Water Quality
: Characteristics, Modeling, Modification. California:Addison-Wesley.
Tchobanoglous, G,
Burotn, F.L. Inc. Saff Metcalf & Eddy. 1991. Wastewater Engineering : Treatment, Disposal and Reuse. McGraw-Hill
College Div.
STAE 3442 Penilaian Risiko
Pencemar
Kursus
ini membincangkan masalah pencemaran kimia, hubungan kelakuan kimia dengan
ketoksikan serta nasib akhir pencemar. Perbincangan merangkumi tranformasi
kimia dan biokimia dan proses fizis. Tatacara penilaian hazad bahan kimia dan
risiko pencemar akan juga dibincangkan. Penentuan had bahan kimia, matlamat remediasi,
pencemaran bardasarkan risiko, komunikasi dan pengurusan risiko serta peranan
penilaian risiko pencemar dalam pengurusan persekitaran akan juga diliputi.
Rujukan
Asante-Duah D. K. 1998. Risk Assessment in Environmental Management : A Guide for Managing
Chemical Contamination Problems. Chichester England: John Wiley & Sons.
Francis, B.M. 1994. Toxic Substances in the Environment. New York, USA: John Wiley
& Sons.
Richardson. M. L. 1988. Risk Assessment of Chemicals in the Environment. London, England:
The Royal Society of Chemistry
Saxena. J. . 1984. Hazard Assessment of Chemicals : Current Developments. Jilid 1 dan
3. Orlando, USA: Academic Press.
Suter II. G. W. 1993. Ecological Risk Assessment. Michigan, USA: Lewis Publishers.
STAE
3992/3994 Latihan Ilmiah
Pengendalian satu projek dalam bidang
Sains Sekitaran di bawah penyeliaan pensyarah.
Matlamatnya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah
penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan. Latihan ini meliputi pemilihan pendekatan dan teknik, pencerapan
dan analisis data dan perumusan kesimpulan. Hasil dipersembahkan sebagai suatu
laporan latihan ilmiah yang perlu dipertahankan dalam satu peperiksaan lisan.
Kursus ini
mendedahkan pelajar kepada pengertian kepelbagaian biologi, tetapi
dengan penekanan dan penghayatan kepada aspek kepelbagaian spesies.
Kepelbagaian spesies organisme ditinjau dari sudut organisma bersel satu hingga
kepada organisma multisel, yang meliputi konsep pengkelasan organisma kepada
lima Alam iaitu Monera, Protista, Kulat, Tumbuhan dan Haiwan. Kumpulan-kumpulan
besar, yang terdiri daripada Filum atau Divisi daripada masing-masing Alam
dibincangkan dari segi kepelbagaian struktur, adaptasi, pertalian antaranya dan
salingtindak dengan persekitaran. Kepentingan masing-masing organisma kepada
manusia juga dibincangkan.
Rujukan
Audesirk, G. & Audesirk T. 1993. Biology: Life on earth. Ed. ke- 3. New
York: Macmillan
Barners, R.D. & Ruppert, E.E. 1994. Invertebrate
Zoology. Ed. Ke-6. New York:
Saunders..
Hickman, C.P., Roberts, S. & Larson, A. 1993. Integrated
Principles of Zoology. Ed. Ke-7. Boston: Mosby.
Randy, M., Clark, W.D., Stern, K.R. &
Vodopich, D. 1995 Botany. Duque: WmC Brown Publishers.
Tortura, G.J., Funkie. B.R. & Case, C.L. 1994.
Microbiology : An Introduction. New York : Benjamin/Cummings Publishing
Company Inc.
STAG 1072 Geologi Kejuruteraan
Kursus ini akan membentangkan kepentingan geologi
dalam kerja-kerja kejuruteraan. Ini merangkumi takrif dan konsep-konsep asas
geologi kejuruteraan, sistem pengelasan bahan dan jasad bumi, pencirian fizis
dan mekanik bahan bumi. Input geologi untuk pembinaan kejuruteraan melibatkan
kaedah-kaedah penyiasatan dan pemetaan geologi kejuruteraan serta pemetaan
terain, kestabilan cerun, terowong dan gegua akan juga dibincangkan. Kursus ini
juga akan menyentuh penyiasatan pendasaran, penerokaan bahan binaan dan
perancangan rantau.
Rujukan
Attewell, P. B. & Farmer, I. W. 1976. Principle of Engineering Geology.
London: Chapman dan Hall.
Bell, F. G. 1980. Engineering Geology and Geotechnics.
London-Boston:Newness-Butterworths.
Brown, E. T. (Ed) 1981. Rock Characterization Testing and Monitoring: ISRM Suggested Methods. Pergamon Press.
Hudson, J. A. (editor in chief) 1993. Comprehensive Rock Engineering Principles,
Practice and Projects: Vol. One-Fundamentals; Vol. Two-Rock Testing and Site
Characterization. Pergamon Press.
Wittke, W. 1990. Rock Mechanics: Theory and Applications with Case
Histories. Berlin: Springer-Verlag.
STAP2012 Geologi Pelancongan
Kursus ini menekankan komponen sekitaran bumi,
interaksi manusia dengan landskap serta penjanaan sumber industri pelancongan
yang merangkumi sumber semulajadi seperti bahan dan hasil ukiran proses-proses
geologi. Penumpuan akan diberikan kepada penilaian sumber geologi daripada
perspektif baru yang mengambil kira potensi, nilai jangka panjang dan yang
bersifat kekal. Konsep dan penilaian sumber geologi semasa dan perbandingan
dengan penilaian sumber geowarisan dalam konsep geologi pelancongan akan
ditekankan. Selanjutnya sumber geologi intrinsik dan hubungannya dengan
industri pelancongan akan dihuraikan. Pembangunan pelancongan dan juga
pendekatan baru pembangunan berpelancongan sebagai satu paradigma pengurusan
sekitaran dan pembangunan mampan akan dibahaskan.
Dixon,
D. & Bernor, R.L. 1992. The Practical Geologist. New York: Simon
& Schulster
Gartner, W. C., 1996.Touism Development: Principles, Processes, and Policies. New York: John Wiley & Sons.
Gupta, A. & Asher, M. G 1998. Environment and the Developing World:
Principles, Policies and Management. New York:John Wiley and Sons.
Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea Leman, Kadderi Md.
Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting). 1997. Warisan Geologi Malaysia: Geologi Pemuliharaan untuk Ekopelancongan.
Bangi: LESTARI.
Price, M. F. 1997. People and Tourism in Fragile Environments. New York: John Wiley
& Sons.
STAP 3012
Komunikasi Saintifik dalam Sains Sekitaran dan Sumber Alam
Kursus ini akan
membincangkan prinsip dan cara mengumpul, membuat analisis secara kritikal dan
menyampaikan semula maklumat saintifik dalam bentuk tulisan (rencana, laporan
teknikal dan tesis), pembentangan lisan dan pembentangan berposter. Latihan
akan merangkumi penelitian rencana-rencana dan jurnal, perbincangan
berkumpulan, pembentangan seminar dan penulisan esei mengenai berbagai tajuk
dalam Sains Sekitaran dan Sumber Alam.
Rujukan
CBE Style Manual
Committee. 1983. Council of Biology Editors Style Manual: A guide for
Authors, Editors and Publishers in the Biological Sciences. Ed. Ke-5.
Council of Biology Editors Inc. Maryland: Bethesda.
Day, R.A. 1979. How
to Write and Publish a Scientific Paper. Institute for Philadelphia:
Scientific Information Press.
Lester, J.D. 1984. Writing
Research Papers (Ed. Ke-4). Scott Foresman, Illinois: Glenview.
Mauch, J.E. & Birch,
J.W. 1989. Guide to Successful Thesis and Dissertation. Conception to
Publication. A Handbook for Students and Faculty. Ed. Ke-2. New York &
Basil: Marcel Dekker, Inc.
Turbian, K.L. 1987. A
Manual for Writers of Term Papers, Thesis and Dissertations. Ed. Ke-5.
Chicago : University of Chicag Press
STAP 3032
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
Kursus ini meneliti
prosedur penilaian impak alam sekitar (EIA), terutamanya yang dipraktikkan di
Malaysia. Penilaian akan dibuat terhadap kaedah, rekabentuk, pengurusan dan
teknik-teknik membuat keputusan prosedur EIA melibatkan semua komponen kajian
EIA dalam bidang persekitaran fizikal, biologi dan sosioekonomi. Penekanan
adalah tentang pemilihan parameter yang perlu dikaji, skop, proses penilaian,
penyediaan laporan pemonitoran dan yang berkaitan. Pengenalan kepada proses
pengauditan dan pemantauan kualiti udara, air dan pencemaran lain merangkumi
juga konsep asas pemonitoran secara fiziko-kimia dan penggunaan haiwan,
tumbuhan, mikroorganisma dan komponen tisu sebagai penunjuk biologi. Pelajar
juga akan didedahkan kepada beberapa kes kajian EIA yang sedia ada, dan
melakukan penilaian kritis terhadapnya.
Munn, K.E.1979. Environmental
Impact Assessment Principles and Procedures., New
York : John Wiley.
O’Riordan, T. & Hey,
D. (Eds). 1976. Environmental Impact Assessment. New York :
Saxon House.
DOE. 1995. A Handbook
of EIA Guidelines. Kuala Lumpur : Department of
Environment, Ministry of Science,
Technology and the Environment.
United Nations. 1980. Environmental
Impact Assessment. Proceedings of a Seminar of
The UN Economic Commission for
Europe, Villalch, Austria, Paris : United
Nation Publ.
Canter, L.W. 1977. Environmental
Impact Assessment. New York : Mc Graw Hill.
STAP 3062
Pengurusan Sumber Alam
Kursus ini
memperkenalkan konsep pengurusan sumber yang boleh diperbaharui dan yang tidak
boleh diperbaharui. Pengurusan sumber semula jadi secara mampan akan dibincang
dengan mengambil contoh kesan terhadap sekitaran akibat perlombongan,
pertanian, perbandaran, perikanan, pelancongan dan lain-lain aktiviti manusia.
Turut dibincangkan ialah prinsip penilaian dan pengurusan sumber sekitaran
secara mampan dan pengauditan sekitaran, terutamanya pertimbangan kesihatan
sekitaran yang berkaitan dengan pembangunan. Sumber tenaga semula jadi seperti
tenaga suria, angin, geoterma, fosil dan ombak akan disentuh. Pengurusan sumber
air, hutan, tanah, mineral, antikuiti dan warisan semula jadi serta hubungannya
dengan peruntukan undang-undang di Malaysia akan juga dibincangkan.
Evan, A.M. 1993. Ore
Geology and Industrial Minerals : An Introduction. London :
Blackwell Scientific
Publications.
Gupta, A. & Asher,
M.G. 1998. Environment and the Developing World.: Principles,
Policies and Management. London : John Wiley
& Sons.
Jordan, C.F. 1995. Conservation
: Replacing Quantity with Quality as a Goal for Global
Management. London : John Wiley
& Sons.
Odum, H.T. 1995. Environmental
Accounting : Energy and Environmental Decision
Making. London : John Wiley
& Sons.
Turner, R.K. 1988. Sustainable
Environmental Management. London : Bellhaven
Press.
STKK 1233 Kimia
Am 1
Kursus ini dikhaskan
kepada pelajar program dalam Fakulti Sains danTeknologi yang tidak mengkhusus
dalam kimia, teknologi kimia dan oleokimia. Kursus ini mengandungi dua bahagian
iaitu bahagian tak organik dan analisis. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam
bahagian tak organik adalah jadual berkala, struktur Lewis, pengikatan,
formula, penamaan, struktur, kinetik dan daya tarikan antara zarah kimia, sifat
fizik; kekuatan asid dan bes serta tindakbalas. Manakala tajuk-tajuk dalam
kimia analisis adalah pengenalan kepada kimia analisis; ralat dan pengolahan
data analisis, kaedah persampelan, kaedah titratan asid-bes, kompleksometri,
pemendakan dan redoks, kaedah gravimetri, serta ekstraksi pelarut.
Rujukan
Brady, J.E. & Holum
J. R. 1996. Chemistry: The Study of Matter and Its Changes. New York:
John
Wiley
& Sons, Inc.
Chang, R. 1998. Chemistry.
Ed. Ke-6, Boston : Mc Graw-Hill
Christian, G. D. 1994. Analytical
Chemistry. Ed. Ke-5, New York: John Wiley & Sons
Cotton, F. A.,
Wilkinson, G. & Gaus, P.L. 1995. Basic Inorganic Chemistry. Ed.
Ke-3, new York: John
Wiley & Sons.
Zumdahl, S.S. 1997. Chemistry.
Ed. Ke-4, Boston: Houghton Mifflin Company.
STKK1243 Kimia Am
II
Kursus ini membincangkan
bahagian kimia organik dan fizik. Dalam bahagian kimia organik, tajuk-tajuk
yang akan dibincangkan adalah struktur Lewis atom, pengikatan, struktur isomer,
penamaan, kinetik dan daya tarikan antara molekul, sifat fizik, serta
tindakbalas. Manakala dalam kimia fizik pula, tajuk-tajuk seperti gas; sel
galvani; kinetik kimia; serta termodinamik kimia akan dibincangkan.
Rujukan
Brady, J.E. & Holum
J. R. 1996. Chemistry: The Study of Matter and Its Changes. New York:
John Wiley & Sons, Inc.
Chang, R. 1998. Chemistry.
Ed. Ke-6, Boston : Mc Graw-Hill
Holum, J. R.1994. Fundamentals
of General Organic and Biological Chemistry. Ed. Ke-5, New York: John Wiley
& Sons, Inc.
Morrison, R.T &
Boyd, R.N. 1995. Organic Chemistry. Ed. Ke-7. Boston: Allyn & Bacon
Solomons, T.W.G. 1996. Organic
Chemistry. Ed. Ke-6. New York: John Wiley & Sons, Inc.
STKK 2722 Kaedah Pemisahan
Kursus ini membincangkan
beberapa teknik pemisahan yang sangat penting dalam kimia analisis seperti
kaedah kromatografi, ekstraksi, penyulingan dan gravimetri. Untuk setiap kaedah
pemisahan ini, aspek-aspek yang akan dibincangkan meliputi sejarah,
pengkelasan, mekanisme pemisahan, parameter penahanan, sistem peralatan,
kelebihan serta keterbatasan kaedah, analisis kualitatif dan kuantitatif serta
penggunaan kaedah dalam pelbagai bidang. Kaedah kromatografi yang dibincangkan
akan meliputi kaedah kromatografi turus klasik, kromatografi planar,
kromatografi gas, kromatografi cecair prestasi tinggi dan kromatografi ion.
Kaedah ekstraksi akan membincangkan kedua-dua kaedah ekstraksi pelarut dan
ekstraksi pepejal manakala kaedah penyulingan akan menyentuh kaedah penyulingan
mudah dan kaedah penyulingan berperingkat.
Christian, G.D. 1994. Analytical
Chemistry. Ed. Ke-5, New York : John Wiley & Sons.
Jamaluddin Daud. 1988. Kromatografi
Asas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Mohd. Marsin Sanagi.
1998. Teknik Pemisahan dalam Analisis Kimia. Johor : Penerbit UTM, Skudai.
Miller, J. M. 1975. Separation
Methods in Chemical Analysis. New York : John Wiley & Sons.
Skoog, D.A., West, D.M.
& Holler, J. 1996. Fundamentals of Analytycal Chemistry. Ed. Ke-7,
USA :
Saunders College Publishing.
STKK3712
Instrumentasi Kimia 1
Perkara-perkara yang
akan dibincangkan dalam kursus ini adalah pengenalan spektrum elektromagnet dan
saling tindak balasnya dengan jirim, Hukum Beer, analisis kolorimetri dan
spektrofotometri UL-Nampak, spektrofotometri nyala, serapan atom dan pancaran
atom. Disamping itu, teknik yang tidak kurang pentingnya seperti teknik sinar-X
termasuk kaedah-kaedah belauan, serapan, pendarflour dan mikroskop elektron
akan turut dibincangkan. Kaedah-kaedah lain yang turut disentuh adalah kaedah
analisis elektrokimia seperti potentiometri, koulometri, polarografi,
amperometri, elektrograimetri dan analisis pelucutan anod. Untuk setiap kaedah
analisis ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep dan teori, sistem
instrumentasi, kebaikan dan keterbatasan sesuatu teknik dan penggunaannya dalam
pelbagai bidang.
Rujukan
Barun, R.D. 1987. Introduction
to Instrumental Analysis. USA: McGraw-Hill International Editions.
Robinson, J.W. 1994. Undergraduate
Instrumental Analysis. Ed. Ke-5. USA: Revised and Expanded,
Marcel Dekker, Inc.
Rubinson, K.A. &
Rubinson, J.F.1998. Contemporary Instrumental Analysis. USA: Prentice
Hall.
Skoog, D.A., Holler, J.
& Nieman, T.A. 1997. Principles of Instrumental Analysis. Ed. Ke-5,
USA :
Saunders College Publishing.
Skoog, D.A., West, D.M.
& Holler, J. 1996. Fundamentals of Analytycal Chemistry. Ed. Ke-7,
USA :
Saunders College Publishing.
EK 2453 Ekonomi dan Pengurusan Alam Sekitar
Kursus
ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan alam sekitar dalam konteks
kepentingannya terhadap kesejahteraan kehidupan manusia. Antara topik penting yang akan dibincangkan
ialah konsep alam sekitar; hubungan ekonomi/industri dan alam sekitar; masalah
alam sekitar dari segi kepupusan sumber dan pencemaran; pencemaran alam sekitar
industri; proses dan pencemaran dalam industri terpilih; implikasi ekonomi `pollution
abatement'; analisis dasar alam sekitar; dan penilaian kesan alam sekitar.
Rujukan
Callan, S.J. & Thomas J.M. 1996.
Environmental Economics and Management - Theory, Policy and Application. Chicago: Irwin Book Team.
Field, B.C. 1997.
Environmental Economics. Ed.
ke-2.New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
Kahn, J.R. 1995.
The Economic Approach &
Environmental and Natural Resources.
Orlando: Dryalon Press.
Park, S.H., & Labys, W.C. 1998. Industrial
Development and Environmental Degradation.
Aldershot: Edward Elgar.
Turner, R.K. Pearce D. & Bateman 1. 1994.
Environmental Economics. New York: Harvester Wheatsheaf.