PROGRAM SAINS LAUT

SENARAI DAN KANDUNGAN KURSUS

 

STAL 1013 Pengenalan Kepelbagaian Fauna Marin

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada fauna marin yang terdapat di perairan Malaysia.Penekananadalah ke atas sistematik dan diversiti fauna tersebut. Kursus akan merangkumi kuliah, amali dan kerjalapangan. Pelajar akan diajar kaedah pengumpulan dan pengawetan spesimen fauna marin dan seterusnya pengecaman spesimen melalui morfologi.

 

Rujukan:

Barnes, R.S.K. 1994. The Brackish-Water Fauna of Northwestern Europe : An Identification Guide to Brackish-Water Habitats, Ecology and Macrofauna for Field Workers, Naturalists. Cambridge: Cambridge Univ Press .

Delbeek, J.C., Sprung, J., Delbeek, C., Moe, M.A. & Wilkens, P. 1994. The Reef Aquarium : A Comprehensive Guide to the Identification and Care of Tropical Marine Invertebrates. New York: Two Little Fishies.

Gage, J.D. & Tyler, P.A. 1993. Deep-Sea Biology : A Natural History of Organisms at the Deep-Sea Floor. Cambridge: Cambridge Univ Press.

Price, L.H. & Kozloff, E.N. 1996. Keys to the Marine Invertebrates of the Pacific Northwest. Seattle: University of Washington Press.

 

STAL 1023 Pengenalan Kepelbagaian Flora Marin

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada flora eukariot marin, ia itu fitoplankton, rumpai laut, bakau dan rumput laut. Aspek-aspek yang akan dibincangkan adalah sistematik, diversiti, morfologi, kitaran hidup dan perkembangan, serta kepentingan ekonomi. Kursus ini melibatkan kuliah dan kerja amali. Komponen amali melibatkan pengumpulan spesimen tempatan fitoplankton, rumpai laut, rumput laut dan bakau. Pelajar akan diajar kaedah-kaedah pengecaman spesimen-spesimen tersebut.

 

Penilaian: Laporan amali, peperiksaan pertengahan semester, peperiksaan akhir

 

Rujukan:

Dawes, C.J. 1998.Marine Botany. New York: John Wiley & Sons.

Lee, R.E. 1999. Phycology. Cambridge: Cambridge University Press.

Lobban, C.S. & Harrison, P.J. 1994. Seaweed Ecology and Physiology. Cambridge: Cambridge Univ Press.

Falkowski, P.G., Raven, J.A. 1997. Aquatic Photosynthesis. London: Blackwell Science Inc.

Tomlinson, P.B. 1995. The Botany of Mangroves. Cambridge: Cambridge University Press.

STAL 2013 Ekologi Marin

Objektif kursus ini ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada habitat-habitat utama ekosistem marin. Kursus dimulakan dengan perbincangan taburan faktor-faktor fizis dan kimia secara global mengikut masa dan tempat, dan bagaimana ini mempengaruhi taburan organisma di lautan. Perbincangan habitat bermula dengan kawasan littoral, diikuti dengan kawasan pelagik dan akhirnya kawasan bentik dan laut dalam. Kerjalapangan akan diadakan untuk menunjukkan zonasi organisma laut di samping demonstrasi kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ekologi marin.

 

Rujukan:

Hughes, R.N. & Barnes, R.S. 1988. Introduction to Marine Ecology. London: Blackwell Science Inc.

Lerman, M. 1999. Marine Biology: Environment, Diversity, and Ecology. Boston: Addison-Wesley Publishing Co.

Levinton, J.S. 1995. Marine Biology: Function, Biodiversity, Ecology. Oxford: Oxford University Press.

Tait, R.V. & Dipper, F. 1998. Elements of Marine Ecology. London: Butterworth-Heinemann.

Valiela, I. 1995. Marine Ecological Processes. Edisi ke-2. Berlin: Springer Verlag..

 

STAL 2023 Geologi dan Geofizis Marin

Kursus ini memperkenalkan pembentukan dasar lautan, ciri-ciri morfologi dan proses-proses formasi, jenis batuan dan mineral di litosfera lautan. Topik-topik yang dibincangkan adalah: wilayah-wilayah fisiografik, asal dan evolusi dasar, pelantar, pentas dan pantai lautan. Perbincangan pengenalan proses-proses geomorfologi di pantai dan muara akan juga diberikan.

 

Rujukan:

Anderson, R.N. 1989. Marine Geology: A Planet Earth Perspective. New York: John Wiley & Sons.

Erickson, J. 1996. Marine Geology: Undersea Landforms and Life Forms. New York: Facts on File, Inc.

Kennett, J.P. 1982. Marine Geology. New Jersey: Prentice Hall.

Seibold, E. & Berger, W.H. 1993. The Sea Floor: An Introduction to Marine Geology. Heidelberg: Springer Verlag.

 

STAL 2033 Oseanografi Fizis Deskriptif

Kursus ini memperkenalkan mekanisme fizis yang beroperasi di lautan terbuka dan persisiran pantai secara deskriptif (sinoptik). Topik-topik perbincangan termasuk ciri-ciri asas air laut; taburan mendatar dan mencancang suhu, saliniti dan ketumpatan; belanjawan haba dan garam; konsep jasad air dan pencampuran; daya Coriolis; lingkaran Ekman; arus geostrofik dan inertia; konsep termoklin; pencuratan; dan pengenalan kepada ombak dan pasang surut. Pengaruh lautan kepada iklim dunia, misalnya fenomena El Nino, juga akan dibincangkan.

 

Rujukan:

Pickard, G.L. & Emery, W.J. 1995. Descriptive Physical Oceanography: An Introduction. Edisi ke-5. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.

The Open University Course Team. 1989. The Ocean Basin: Their Structure and Evolution. Oxford: Pergamon Press.

The Open University Course Team. 1989. Seawater: Its Composition, Properties and Behaviour. Oxford: Pergamon Press.

The Open University Course Team. 1993. Ocean Circulation. Oxford: Pergamon Press.

Thruman, H. 1991. Introductory Oceanography. Edisi ke-6. New York: Macmillan Publishing Co.

 

STAL 2043 Mikrobiologi Marin

Kursus ini adalah pengenalan kepada alam mikrob marin (prokariot dan eukariot). Mikrob digunakan sebagai model untuk membincangkan aspek-aspek penggunaan nutrien, penjanaan tenaga, sintesis komponen sel, pengangkutan bahan melintasi membran, dan lain-lain proses sel yang penting. Kepentingan mikrob marin dalam kitaran unsur akan juga dibincangkan. Aspek gunaan mikrob marin, khususnya kepentingan kepada manusia dan organisma marin lain akan dibincangkan juga. Dalam kelas amali pelajar akan diajar kaedah persampelan, pengkulturan dan pengecaman mikrob.

 

Rujukan:

Ford, T.E. 1993. Aquatic Microbiology: An Ecological Approach. London: Blackwell Scientific.

Herbert, R.A. & Cold, G.A. 1986. Microbes in Extreme Environments. London: Academic Press.

Madigan, M.T., Martinko, J.M. & Parker, J. 1996. Biology of Microorganisms. Edisi ke-8. New Jersey: Prentice Hall.

Smith, J. 1999. Microbiology of Marine & Freshwater Environments. London: Chapman and Hall.

 

STAL 2053 Kimia Marin

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada proses-proses kimia dalam persekitaran marin. Aspek-aspek yang dibincang termasuk komposisi garam air laut dan spesiasi kimia bahan-bahan larut dalam air laut. Pelajar akan juga diperkenalkan kepada asas biogeokimia oksigen, radioisotop, isotop stabil, unsur-unsur utama dan surih, serta logam di perairan permukaan dan laut dalam.

 

Rujukan:

Chester, R. 1990. Marine Biogeochemistry. London: Academic Press.

Dursma, E.K. & Dawson, R. 1980. Marine Organic Chemistry. New York: Elsevier.

Gianguzza, A., Pelizzetti, E. & Sammartano, S. 1997. Marine Chemistry: An Environmental Analytical Chemistry Approach. New York: Kluwer Academic Publishers.

Riley, J.P. & Chester, R. 1990. Introduction to Marine Chemistry. London: Academic Press.

 

STAL 2063 Ekologi Bentik

Objektif kursus ini adalah untuk membincangkan proses-proses ekologi yang berfungsi di sekitaran bentik, dengan memberi tumpuan kepada biota. Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk: pembahagian zoogeografi utama bentos; interaksi haiwan-sedimen; pengagihan sumber; strategi pembiakan dan pengekalan populasi; aliran tenaga dalam ekosistem bentik; dan kesan perubahan semula jadi dan antropogenik ke atas komuniti bentik. Kaedah persampelan, pemprosesan, pengawetan dan pemeriksaan sedimen untuk sampel fauna akan juga dibincangkan dalam kuliah dan kelas amali.

 

Rujukan:

Cohen, Y. 1989. Microbila Mats: Physiological Ecology of Benthic Microbial Communities. Washington, D.C.: ASM Publication.

Day, J.W., Hall, C.A.S. & Kemp, W.M. 1989. Estuarine Ecology. New York: John Wiley & Sons.

Sorokin, Y.I. 1995. Coral Reef Ecology. Berlin: Springer Verlag.

Thompson, M.F. 1986. Biology of Benthic Marine Organisms: Techniques and Methods As Applied To the Indian Ocean. London: Ashgate Publishing Company.

Wildish, D. & Kristmanson, D. 1997. Benthic Suspension Feeders and Flow. Cambridge: Cambridge University Press.

 

STAL 2243 Pengenalan Oseanografi Dinamik

Kursus ini memperkenalkan pendekatan dinamik untuk menerangkan proses-proses fizis yang dibincangkan dalam kursus Oseanografi Fizikal Deskriptif. Perbincangan akan merangkumi daya-daya yang terlibat dalam pergerakan jasad air di lautan, termasuk konsep keabadian isipadu. Persamaan pergerakan dalam tiga dimensi akan diperkenalkan, diikuti dengan konsep penskalaan, sebutan tidak selanjar dan kegeloraan. Topik-topik lain yang akan dibincangkan adalah arus geostrofik, arus janaan angin, ombak dan pasang surut.

 

Rujukan:

Cushman-Roisin, B. 1994. Introduction To Fluid Dynamics. New York: Prentice Hall Inc.

Gill, A.E. 1982. Atmosphere-Ocean Dynamics. New York: Academic Press, Inc.

Pickard, G.L. & Emery, W.J. 1982. Descriptive Physical Oceanography. New York: Pergamon Press.

Pond, S. & Pickard, G.L. 1992. Introductory Dynamical Oceanography. Edisi ke-2. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.

 

STAL 2262 Prinsip Akustik dan Optik Untuk Sains Laut

Objektif kursus ini adalah untuk membincangkan lakuan cahaya dan bunyi dalam air laut. Juga akan dibincangkan adalah aplikasi cahaya dan bunyi dalam penyelidikan oseanografi: dalam kajian fisiologi organisma; kajian komunikasi antara organisma; pengecaman organisma; dan pengesanan objek serta fitur bawah air.

 

Rujukan:

Blondel, P. & Murton, B.J. 1997. Handbook of Seafloor Sonar Imagery. New York: John Wiley & Sons.

Nachtigall, P.E. & Moore, P.W.B. 1988. Animal Sonar: Processes and Performance. New York: Plenum Publishing. Corp.

Robinson, A.R., Lee, D. & Lee, P. 1994. Oceanography and Acoustics : Prediction and Propagation Models. Berlin: Springer Verlag.

Taylor, D.L. 1996. Introduction to Marine Engineering. New York: Butterworth-Heinemann.

Walker, R.E. 1994. Marine Light Field Statistics. New York: John Wiley & Sons.

 

STAL 2802 Latihan Industri

Latihan industri memberikan peluang kepada pelajar sains laut untuk mengalami secara langsung suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selama 10 minggu pelajar akan ditempatkan di agensi yang bersesuaian mengikut minat pelajar itu sendiri. Selain dari mendapat pengalaman pekerjaan, pelajar juga berpeluang untuk mewujudkan hubungan dengan bakal majikan. Di masa lepas pelajar sains laut telah ditempatkan di agensi-agensi seperti Jabatan Perikanan, Taman Laut, Jabatan Alam Sekitar, Pusat Penderiaan Jauh Malaysia dan Jabatan Laut. Penilaian latihan industri adalah berdasarkan kepada laporan prestasi dari majikan dan laporan latihan industri yang ditulis oleh pelajar berkenaan.

 

STAL 3043 Produktiviti Marin

Kursus ini akan membincangkan aspek-aspek penghasilan primer dan sekunder dalam ekosistem marin oleh bakterioplankton, fitoplankton dan zooplankton. Tumpuan akan diberikan kepada faktor-faktor biotik dan abiotik yang mengawal produktiviti, kaedah pemakanan dalam zooplankton, dan kepentingan produktiviti marin dalam kitaran biogeokimia unsur.

 

Rujukan:

Falkowski, P.G. & Woodhead, A.D. 1993. Primary Production and Biogeochemical Cycles in the Sea. New York: Plenum Press.

Omori, M. & Ikeda, T. 1984. Methods in Zooplankton Ecology. New York: John Wiley & Sons.

Raymont, F.E.G. 1983. Plankton and Productivity in the Oceans. Vol. 1: Phytoplankton. Oxford: Pergamon Press.

Raymont, F.E.G. 1983. Plankton and Productivity in the Oceans. Vol. 1: Zooplankton. Oxford: Pergamon Press.

 

STAL 3213 Sedimentologi dan Hidrogeomorfologi

Topik-topik yang dibincangkan dalam kursus ini adalah: jenis-jenis sedimen; asal usul sedimen; ciri komposisi dan tekstur sedimen; diagenesis sedimen; proses-proses yang bertindak ke atas sedimen; dan perubahan pantai akibat ombak dan perubahan paras laut.

 

Rujukan:

Kelletat, D. 1995. Atlas of Coastal Geomorphology and Zonality. Boston: Coastal education & Research Foundation.

Orme, A.T. 1999. Coastal Geomorphology. New York: Chapman & Hall.

Rothwell, R.G. 1990. Minerals and Mineraloids in Marine Sediments. Berlin: Elsevier Applied Science.

Viles, H. 1995. Coastal Problems: Geomorphology, Ecology and Society at the Coast. London: Edward Arnold.

Wolman, M.G., Miller, J.P. & Leopold, L.B. 1995. Fluvial Processes in Geomorphology. London: Dover Publications.

 

STAL 3033 Pencemaran Sekitaran

Kursus ini akan membincangkan mengenai jenis, sumber dan tindakan bahan-bahan pencemar sekitaran yang utama, khususnya yang berpotensi sampai ke perairan marin. Topik yang dibincangkan termasuk penjanaan bahan pencemar, kereaktifan kimia, kesan kepada sekitaran dan organisma, dan kaedah kemasukan ke perairan marin.

 

Rujukan:

Freedman, B. 1994. Environmental Ecology: The Ecological Effects of Pollution, Disturbance, and Other Stresses. New York: Academic Press.

Gorman, M. 1993. Environmental Hazards: Marine Pollution. Washington, D.C.: Abc-Clio.

Laws, E.A. 1993. Aquatic Pollution: An Introductory Text. Ed. ke-2. New York: John Wiley & Sons.

Nathanson, J.A. 1999. Basic Environmental Technology: Water Supply, Waste Management, and Pollution Control. Edisi ke-3. New York: Prentice Hall.

Peirce, J.J., Weiner, R.F. & Vesilind, P.A. 1998. Environmental Pollution and Control. New York: Butterworth-Heinemann.

 

STAL 3013 Sains Perikanan dan Akuakultur

Dalam kursus ini akan dibincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan populasi ikan mengikut masa dan ruang. Model-model yang digunakan dalam pengurusan sumber perikanan juga akan dibincangkan. Aspek akuakultur akan menumpu kepada akuakultur ikan, udang dan kerang-kerangan, mengambil kira perkara-perkara seperti jenis akuakultur, pemilihan tapak, dan pengurusan sekitaran dan penyakit. Lawatan akan dilakukan ke beberapa projek akuakultur yang berhampiran.

 

Rujukan:

Chaston, I. 1991. Business Management in Fisheries and Aquaculture. London: Blackwell Science Inc.

De Silva, S.S. 1998. Tropical Mariculture. New York: Academic Press.

Johnson, F. 1995. Fisheries: Harvesting Life From Water. New York: Kendall/Hunt Publishing.

McVey, J.P. 1993. CRC Handbook of Mariculture: Crustacean Aquaculture. Boca Raton: CRC Press.

Ross, M.R. 1996. Fisheries Conservation and Management. New York: Prentice Hall.

Vicuna, F.O. 1999. The Changing International Law of High Seas Fisheries. Cambridge: Cambridge University Press.

 

STAL 3083 Bioteknologi Marin

Bioteknologi semakin meluas digunakan untuk menangani isu-isu spesifik dalam sains laut. Begitu juga organisma laut semakin banyak digunakan dalam penyelidikan-penyelidikan bioteknologi. Kursus ini dimulakan dengan penerangan konsep bioteknologi dengan memberi contoh-contoh tertentu. Ini diikuti dengan perbincangan bidang-bidang sains laut yang menggunakan pendekatan bioteknologi, misalnya dalam taksonomi, biodiversiti, akuakultur dan perikanan, pengesanan toksin dan bisa, bioremediasi, dan pengesanan bahan pencemar. Amali akan menumpu kepada kaedah-kaedah pengekstraksian DNA, proses PCR, penjujukan gen, analisis data, pengesanan toksin algae, dan pengesanan bahan bioaktif dari organisma marin.

 

Rujukan:

Anderson, D.M., Cembella, A.D. & Hallegraeff, G.M. 1998. Physiological Ecology of Harmful Algal Blooms. Berlin: Springer Verlag.

Attaway, D.H. & Zaborsky, O.R. 1993. Marine Biotechnology: Pharmaceuticals and Bioactive Natural Products. New York: Plenum Publishing Corp.

Fingerman, M. 1999. Biofilms, Bioadhesion, Corrosion, and Biofouling: Recent Advances in Marine Biotechnology. New York: Science Publishers Inc.

Fingerman, M., Nagabhushanam, R. & Thompson, M. 1999. Environmental Marine Biotechnology. New York: Science Publishers Inc.

Joint, I. 1995. Molecular Ecology of Aquatic Microbes. Berlin: Springer Verlag.

 

STAL 3243 Interaksi Laut-Atmosfera

Kursus ini memperkenalkan ciri-ciri asas atmosfera dan interaksinya dengan laut, dan pengaruh interaksi tersebut terhadap cuaca. Topik-topik yang dibincangkan adalah: ciri-ciri fizis dan kimia atmosfera; pemindahan tenaga dan haba; pembentukan awan dan hujan; jenis-jenis angin dan sempadan; kesan angin ke atas lautan; pembentukan ribut dan taufan; asas ramalan cuaca; dan perubahan iklim dunia. Pelajar juga akan dilatih untuk membaca carta dan peta kajicuaca.

 

Rujukan:

Ahrens, C.D. 1994. Meteorology Today: An Introduction to Weather, Climate, and The Environment. Boston: The west group.

Carr, M.W. 1999. International Marine Weather Predicting Simplified: How to Read Weather Charts and Satellite Images.New York: McGraw-Hill.

Dobson, F. 1989. Air-Sea Interaction: Instruments and Methods. New York: Plenum Publishing Corp.

Geernaert, G.L. 1999. Air-Sea Exchange: Physics, Chemistry and Dynamics. New York: Kluwer Academic Publishers.

Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. & Tasa, D. 1997. The Atmosphere: An Introduction to Meteorology. New Jersey: Prentice Hall.

 

STAL 3053 Pengenalan Penderiaan Jauh Sekitaran

Penggunaan penderiaan jauh semakin meluas dalam oseanografi. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada satelit dan kaedah-kaedah penderiaan yang terdapat seperti warna, infra-merah, gelombang mikro dan radar aktif. Perbincangan akan juga tertumpu kepada kesesuaian kaedah penderiaan tertentu untuk menangani isu oseanografi yang tertentu.

 

Rujukan:

Jensen, J.R. 1996. Introductory Digital Image Processing: A Remote Sensing Perspective. New Jersey: Prentice Hall.

Kidder, S.Q., Haar, T.H.V. & Haar, S.H.V. 1995. Satellite Meteorology: An Introduction. New York: Academic Press.

Lillesand, T.M. & Kiefer, R.W. 1987. Remote Sensing and Image Interpretation. New York: John Wiley & Sons.

Sharifah Mastura, S.A. 1999. Pengenalan Penderiaan Jauh. Bangi: EOC.

Sabins, Jr. S.S. 1978. Remote Sensing. Principles and Interpretation. San Francisco: W.H. Freeman.

 

STAL 3222 Integrasi Data RS/GIS/GPS

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep mereka, merancang dan mengintegrasikan data dari penderiaan jauh dan GPS ke dalam sistem maklumat geografi (GIS). Pelajar akan diajar cara menyediakan peta dasar GIS, memasukkan data, menuruskan data, serta menggunakan data tersebut dalam pengurusan sistem biologi di persekitaran pantai dan lautan.

 

Rujukan:

Foody, G. & Curran, P. 1994. Environmental Remote Sensing From Regional to Global Scales. John Wiley & Sons, Chichester.

Mather, P.M. 1999. Computer Processing of Remotely-Sensed Images : An Introduction.New York: John Wiley & Son.

Star, J.L. & Estes, E.J. 1990. Geographical Information Systems: An Introduction. New Jersey: Prentice Hall.

Star, J.L., Estes, E.J. & McGwire, C.K. 1997. Intergration of Geographic Information Systems and Remote Sensing. Cambridge: Cambridge University Press.

 

STAL 3713/ STAL3723 Latihan Ilmiah

Pelajar yang layak adalah diwajibkan untuk menjalankan projek penyelidikan pendek di bawah bimbingan seorang atau lebih pensyarah. Tujuan latihan ilmiah ini adalah untuk memberikan pelajar kemahiran teknikal yang lebih mendalam dalam bidang penyelidikan yang dipilih. Ini akan meliputi aspek pencarian maklumat yang telah terbit, perancangan projek penyelidikan, penyelidikan di makmal atau lapangan, penyampaian seminar dan penulisan makalah saintifik.

 

STAL 3022 Undang-undang dan Polisi Marin

Kursus ini membincangkan pelbagai undang-undang dan polisi maritim yang telah diwartakan, khususnya yang berkait dengan UNCLOS. Contohnya adalah undang-undang yang berkait dengan perairan wilayah, zon ekonomi eksklusif, perairan antarabangsa, perkapalan, perikanan, penyelidikan dan perlindungan haiwan marin. Falsafah, sejarah pengwujudan dan keberkesanan setiap undang-undang dan polisi tersebut akan juga dibincangkan.

 

Rujukan:

Couper, A. & Gold, E. 1993. The Marine Environment and Sustainable Development: Law, Policy and Science. Washington, D.C.: Law of The Sea Institute.

Gold, E. 1989. Maritime Transport: The Evolution of International Marine Policy and Shipping Law. Washington, D.C.: Law of The Sea Institute.

Johnston, D.M. 1976. Marine Policy and the Coastal Community: The Impact of The Law of the Sea. London: St. Martinís Press.

Reeves, R.R. & Twiss, J.R. 1999. Conservation and Management of Marine Mammals. Washington, D.C.: Smithsonian Institution Press.

Vicuna, F.O. 1999. The Changing International Law of High Seas Fisheries. Cambridge: Cambridge University Press.

 

STAL 3062 Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Marin

Ekosistem dan sumber marin adalah dalam keadaan tertekan dan terancam akibat eksploitasi berlebihan dan perkembangan pesat di pesisiran pantai kebanyakan negara maritim. Dalam kursus ini akan dibincangkan ekosistem dan sumber marin yang terancam di Malaysia khususnya. Ini akan diikuti dengan perbincangan mengenai langkah-langkah yang telah, sedang, dan yang perlu diambil untuk mengurus dan memulihara sumber dan ekosistem yang terbabit. Keberkesanan atau tidak keberkesanan langkah-langkah tersebut akan dibincangkan berdasarkan kajian-kajian kes tertentu yang terdapat di Malaysia.

 

Rujukan:

Norse, E.A. 1993. Global Marine Biological Diversity: A Strategy for Building Conservation into Decision Making. New York: Island Press.

Reeves, R.R. & Twiss, J.R. 1999. Conservation and Management of Marine Mammals. Washington, D.C.: Smithsonian Institution Press.

Sasekumar, A., Marshall, N. & MacIntosh, D.J. 1994. Ecology and Conservation of Southeast Asian Marine and Freshwater Environments Including Wetlands. New York: Kluwer Academic Publishers.

Scovazzi, T. 1999. Marine Specially Protected Area: The General Aspects and the Mediterranean Regional System. New York: Kluwer Law International.

 

STAL 2512 Kepelbagaian Hidupan Marin

Kursus ini adalah khas untuk pelajar FST di luar program dan pusat.Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan pelajar-pelajar sains kepada hidupan haiwan dan tumbuhan yang terdapat di lautan. Ianya akan sangat berguna kepada ahli-ahli sains yang berminat untuk menggunakan organisma marin dalam penyelidikan masing-masing. Perbincangan akan dilakukan mengikut kelas taksa. Ciri-ciri sepunya setiap kelas akan dibincangkan. Di samping itu, kepentingan ekologi, ekonomi dan kesihatan ahli-ahli dalam setiap kelas akan juga dibincangkan.

 

STAL 2522 Laut dan Manusia

Kursus ini adalah khas untuk pelajar bukan sains.Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar bukan sains kepada aspek-aspek sains laut yang mempengaruhi hidupan harian. Contoh-contoh topik yang akan dibincangkan adalah: kepentingan lautan kepada hidupan lain di bumi sebagai sumber hasilan primer dan penghasilan oksigen; pengaruh lautan kepada cuaca setempat dan iklim global; kesan perubahan paras laut; kepentingan organisma marin kepada ekonomi dan kesihatan awam; aspek pengurusan sumber lautan; dan pengenalan kepada diversiti hidupan lautan.