SENARAI DAN KANDUNGAN
KURSUS
STAG 1002
Hablur dan Kimia Hablur
Pengenalan hablur, pengenalan kepada kristalografi; unsur-unsur simetri,
pengelasan hablur, unjuran sterografi. Huraian atom; ikatan antara atom; skala
keelektronegatifan Pauling; struktur-struktur hablur ; padatan rapat; struktur
-struktur unsur logam; pengkooordinatan; nisbah jejari; persembahan struktur
hablur; struktur-struktur sebatian mudah. Pengelasan mineral silikat mengikut
struktur; mineral pembentuk batuan. Amali melibatkan pengenalan hablur,
Pembinaan dan pentafsiran unjuran stereografi yang mudah, mengira rumus mineral
dan nombor Z daripada analisis kimia.
Rujukan
Berry, L.G., Mason, B. & Dietrich, R.V. 1983. Mineralogy Concepts,
Description and Determinations. San Francisco : W.H. Freeman.
Evans, A.M. 1966. An Introduction to Crystal Chemistry.
Cambridge: Cambridge University Press.
Klein, C. & Hurlbut, C.S. 1985.
Manual of Mineralogy. N. York: John Wiley&
Sons.
STAG 1012
Mineral dan Batuan
Pengenalan mineral dan sifat-sifat mineral, penentuan mineral pembentuk
batuan, mineral ekonomi dan mineral industri. Asal mula batuan igneus,
kewujudan, tekstur dan pengelasannya. Asal mula batuan endapan, fitur,
struktur, dan pengelasannya. Batuan metamorf, konsep asas metamorfisme dan
pengelasan batuan metamorf. Amali melibatkan pengenalan mineral dan batuan
berasaskan kepada contoh tangan.
Rujukan
Berry, L.G., Mason, B. & Dietrich, R.V. 1983. Mineralogy:
Concepts, Description and Determinations. San Francisco : W.H.Freeman.
Watson, J. 1979. Rocks
and Minerals. London: George Allen & Unwin. Atau terjemahannya oleh
Syed Sheikh Almanshoor. 1990. Batuan dan Mineral. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
STAG 1022
Geomorfologi dan Amali Peta
Konsep-konsep geomorfologi; proses geomorfologi (proses epigen, termasuk
proses-proses luluhawa, susutan darat, hakisan, proses hipogen dan proses
ekstraterestrial); kitaran geomorf fluvial (konsep, perkembangan lembah,
pengelasan lembah, rupa susunan lembah, kitaran fluvial sempurna dan
lain-lain); kitaran terganggu (peremajaan, tanda-tanda peremajaan); pengenapan
sungai (sebab-sebab berlaku pengenapan, bentuk-bentuk rupa bumi); peneplain;
pantai (ombak sebagai agen hakisan, pengelasan pantai); kitaran geomorfologi
kawasan gersang, karst, glasier ; morfologi kubah, lipatan, sesar dan gunung
berapi. Prinsip dan cara membina dan membaca peta topografi dan geologi;
keratan topografi dan geologi; pengenalan kepada peta geologi khas seperti peta
geologi bawah tanah, geologi struktur dan lain-lain.
Rujukan
Lobeck, A.K. 1981. Geomorfologi:
Pengenalan Kepada Kajian Pandang Darat (Terjemahan Mohd. Yusoff Ismail et al.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad Ali Hasan. 1986. Latihan Pengenalan kepada Peta-peta Geologi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Platt, J.I. & Challinor,
J. 1974.
Simple Geological Structures. London: Geologe Allen & Unwin.
Atau terjemahannya oleh Mohamad Ali Hasan, 1984. Struktur Geologi Ringkas.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tjia, H.D. 1984. Latihan
Peta Geologi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
STAG 1032
Geologi Fizik
Sistem sains bumi: litosfera, biosfera, atmosfera, hidrosfera, Skop geologi, sistem suria dan kedudukan
bumi, struktur keseluruhan bumi, struktur dalaman bumi, seismologi, gelombang
kenyal, seismologi gelombang jasad, gempa bumi, medan graviti bumi, geodesy,
geomagnetisme dan medan magnet bumi. Perubahan-perubahan medan magnet bumi.
Proses endogen; magmatisme, volkanisme,
kitaran batuan, teori tektonik keping, orogenesis, arus olakan dan hanyutan
benua.
Rujukan
Bott, M.H.P. 1971. Interior of the Earth. London: Edward
Arnold.
Dercourt, J. & Paquet,J. 1985.
Geology: Principles and Methods.
London: Graham & Trotman.
Flint, R. F. & Skinner, J.B. 1977.
Physical Geology. New York:
John Wiley & Sons.
Garland, G.D. (Ed).
1979. Introduction to Geophysics: Mantle, Core and Crust. London: W. D.
Sauders & Co.
Strahler, A. N. 1981. Physical Geology. London: Harper &
Row.
STAG 1042
Geologi Samudera dan Stratigrafi
Morfologi lautan dan proses pembentukannya, edaran arus lautan, arus
permukaan dan arus bawah lautan, endapan samudera. Pengaruh perubahan aras laut
terhadap samudera. Hidupan dalam sekitaran samudera, biogeografi dan pengezonan
iklim. Sejarah geologi samudera yang dirakam dalam endapan, dan sumber tabii di
lantai lautan. Batuan sebagai perakam sejarah bumi, sekitaran pengendapan,
peristiwa geologi, struktur primer endapan, fasies, litostratigrafi,
biostratigrafi, kronostratigrafi, geokronologi, magnetostratigrafi,
ekostratigrafi, stratigrafi isotop, stratigrafi jujukan dan stratigrafi
peristiwa peleraian tinggi.
Rujukan
Brenner, R.L. & Mc Hargue, T.R. 1988. Intergrative Stratigraphy:
Concepts and Applications. New
Jersey: Prentice-Hall.
Doyle, P., Bennett, M. R. & Baxter, A.N. 1994. The Key to Earth History: An
Introduction to Stratigraphy. Chichester: John Wiley & Sons.
Lemon, R.R. 1990. Principles of Stratigraphy. Columbus:
Merrill Publishing Co.
McCormick, J.M. & Thiruvathukal, J.V. 1981. Elements
of Oceanography. Philadelphia:Saunders College (Ed. Ke-2).
Thurman, H.V.1991. Introductory of Oceanography. N. York:
Macmillian ( Ed. Ke-6).
STAG 1052
Paleontologi
Pengenalan prinsip paleontologi, pengelasan dan kajian terperinci fosil
invertebrat; pengenalan kepada fosil vertebrat, mikrofosil, paleoekologi dan
paleobiogeografi. Amali melibatkan pengenalan makrofosil; ciri-ciri morfologi
dan pengelasan hingga peringkat order dan pengenalan fosil-fosil tempatan.
Rujukan
Babin, C. 1980. Elements
of Paleontology. Chichester: John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh
Mohd. Shafeea Leman. 1990. Unsur Paleontologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Clarkson, E.N.K. 1979. Invertebrate
Paleontololy and Evolution. London: George Allen & Unwin.
Moore, R.C. (ed). 1964. Treatise on Invertebrate Paleontology
(Bhg.C: Jil. 1 dan 2). Geol. Soc.
America dan University of Kansas Press.
Nield, E.W. & Tucker,
V.C.T. 1985. Palaeontology-An Introduction. London: Pergamon Press.
STAG 1062
Mineral Ekonomi (Prakeperluan STAG 1012)
Teori, penakrifan dan cakupan. Faktor-faktor ekonomi, proses pembentukan
mineral-mineral bijih; proses magma, hidroterma, permukaan, jenis-jenis
longgokan bijih: ortomagma, pegmatit, hidroterma, (mesoterma, epiterma),
pirometasoma, greisen, porfiri, plaser, pengayaan supergen. Geologi,
kepentingan ekonomi, dan pembentukan beberapa longgokan bijih utama; kromit,
timah hidroterma, tungsten skarn, greisen, plaser, bauksit, pengayaan supergen.
Kepentingan, geologi dan pembentukan beberapa longgokan mineral industri lazim;
mineral-mineral baja, kimia, bahan las, bahan binaan, batu permata, seramik,
dan lain-lain
Amali : Kira-kira enam kali. Merangkumi penentuan mudah mineral bijih
dan mineral industri pada spesimen tangan dan butiran mineral berat mikroskop
binokular.
Rujukan
Berry, L.G., Mason, B. &
Dietrich R.V. 1995. Mineralogy: Konsep, Pemerihalan dan Penentuan. Penterjemahan: Wan Fuad Wan
Hassan dan Kadderi Md. Desa.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Evan, A.M. 1989. Pengantar Geologi Bijih. Penterjemahan:
Wan Fuad Wan Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Fuad Wan Hassan
(penyelaras) 1987. Geologi dan Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
STAG 1003
Mineralogi optik (Prakeperluan STAG 1002)
Teori penyediaan keratan nipis batuan. Pengenalan bahagian-bahagian dan
fungsi mikroskop pengutub. Konsep pergerakan cahaya dalam mineral serta kaitan
dengan sistem mineral. Kefahaman cerapan dengan cahaya terkutub mensatah dan
pengutub bersilang. Perbezaan dan perkaitan sifat optik menerusi ortoskop dan
konoskop. Pengenalan mineral berdasarkan sifat-sifat optik : kumpulan silika, mika,
felsfar, amfibol, piroksen, olivin, karbonat dan mineral lain. Kursus ini
meliputi kelas teori dan amali.
Rujukan
Kerr, P.F.1977. Optical mineralogy. N.York: McGraw-Hill.
Atau terjemahannya oleh Abdul Aziz Husin. 1993. Mineralogi optik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Sheikh Almashoor. 1990. Pengenalan
mineralogi optik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahlstrom, E. 1979. Optical
crystallography. N. York: John Wiley & Son.
STAG 1072
Geologi Kejuruteraan
Takrif geologi kejuruteraan, skop dan perkaitannya dengan bidang
geosains dan kejuruteraan. Konsep-konsep asas geologi kejuruteraan, sistem
pengelasan bahan dan jasad bumi. Pencirian fizis dan mekanik bahan dan jasad
bumi. Input geologi kejuruteraan untuk pembinaan kejuruteraan. Geologi
kejuruteraan dan sekitaran, kaedah penyiasatan geologi kejuruteraan, pemetaan
geologi kejuruteraan. Kestabilan cerun, penerowongan dan binaan bawah tanah.
Geologi kejuruteraan empangan. Penyiasatan pendasaran, penerokaan bahan binaan
dan perancangan rantau.
Rujukan
Attewell, P.B. & Farmer, I.W. 1976.
Principles of Engineering Geology.
London. Chapman and Hall.
Bell, F.G. 1980. Engineering Geology and Geotechnics.
London-Boston: Newness-Butterworths.
Goodman, R.E. 1989. Introduction to Rock Mechanics. N.York:
John Wiley & Sons.
Wittke, W. 1990. Rock
Mechanics: Theory and Applications with Case Histories. Berlin:
Springer-Verlag.
STAG 2002
Geologi Struktur (Prakeperluan STAG 1022)
Struktur akibat pengenapan dan canggaan; asas-asas canggaan; retakan,
kekar, rekahan, sesar, lipatan. Struktur pada batuan hablur; struktur besar dan
struktur minor. Amali meliputi kaedah menganalisis dan mentafsir data struktur
dengan bantuan unjuran sama-luas. Mentafsir struktur dan peta geologi dan
singkapan, contoh tangan batuan dan gambarajah blok.
Rujukan
Davis, G.H. 1984. Structural
Geology of Rocks and Regions. N. York: John Wiley & Sons.
Hills,E.S. 1972.
Elements of Structural Geology.
London: Chapman & Hall. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Abdullah &
Zaiton Harun. 1994. Unsur Geologi Struktur, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Park , R.G. 1983 . Foundations of
Structural Geology. Blackie & Sons.
Wilson, G. 1982. Introduction
to Small - scale Geological Structure. G. Allen & Unwin.
STAG 2003
Sedimentologi (Prakeperluan STAG 1003)
Asal dan penghasilan bahan-bahan enapan. Mekanik aliran dan pengangkutan
bahan-bahan enapan (oleh angin, air, glasier, arus ketumpatan) dan tekstur
enapan; keliangan dan ketelapan. Struktur enapan: mekanik, biogenik, nendatan
dan lain-lain. Pengelasan enapan dan batuan enapan; batuan klastik, karbonat,
enapan silika, evaporit dan lain-lain. Diagenisis dan tekstur diagenesis.
Pengelasan sekitaran enapan; sifat-sifat sekitaran moden termasuk fisiografi, proses,
bentuk perlapisan dan taburan bentuk perlapisan, fasies; taburan dan
hubungannya; jujukan fasies; mengenal dan mentafsir sekitaran enapan kuno dari
singkapan, log enapan dan sebagainya.
Amali melibatkan kerja-kerja analisis saiz butiran, kajian tekstur dan
struktur enapan dan kajian petrografi jenis-jenis batuan enapan yang biasa dan
yang khas. Lawatan lapangan ke kawasan terpilih akan dikendalikan.
Rujukan
Boggs, S. 1987. Principles of Sedimentology and Stratigraphy.
Merrill.
Reading, H.G. 1986. Sedimentology Environments and Facies.
Blackwell (Second Edition)
Selly, R.C. 1988 . Applied
Sedimentology. Academic Press.
STAG 2013
Petrologi (Prakeperluan STAG 1003)
Petrografi dan petrologi sebagai cabang sains geologi. Pengelompokan
batuan serta ciri utama masing-masing. Pengelasan dan penamaan batuan igneus
dan metamorf berdasarkan kandungan mineral dan tekstur. Jenis-jenis biasa
batuan igneus dan metamorf dibahas dari segi kandungan mineral dan tekstur.
Magma semula jadi, sifat, kandungan dan
puncanya. Evolusi magma; diferensiasi, asimilasi dan hibridasi. Penghabluran
keseimbangan dan penghabluran berperingkat dalam sistem uner dan biner mudah
serta kaitannya dengan fenomena dalam batuan igneus. Konsep-konsep asas: metamorfisme
rantau progresif, gred, isograd, isoterma, isobar, zon, fasies, siri fasies,
metamorfisme jenis tekanan, garis peralihan K-A, jalur metamorf berpasangan.
Tindak balas metamorf. Amali melibatkan
teknik petrografi asas seperti pewarnaan dan pembilangan titik pada singkapan,
contoh tangan mahupun keratan nipis, serta penghuraian bersistem batuan yang
biasa di bawah mikroskop dan pengelasannya. Beberapa penafsiran asal mula dan
evolusi batuan igneus dan batuan metamorf berdasarkan kajian mikroskop dan data
komposisi kimia juga diamalikan. Kursus ini beramali.
Rujukan
Hamzah Mohamad. 1990. Bimbingan Amali Petrografi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hatch, R., Wells, A.K. & Wells, M.K. 1979. Petrology of the Igneous
Rocks. London: George Allen & Unwin (Ed. Ke-13).
Mason, R. 1990. Petrology of the Metamorphic Rocks.
London: Unwin Hayman (Ed. Ke-2). Edisi pertama atau terjemahan edisi pertama
oleh Hamzah Mohamad. 1988. Petrologi
Batuan Metamorf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh digunakan).
William, H., Turner, F.J. & Gillbert, C.M. 1982. Petrography:
An Introduction to the Study of Rocks in Thin Sections. San Francisco:
Freeman (Ed. ke-2).
STAG 2023
Latihan Lapangan 1 dan Teknik Pemetaan
Menjelajah kawasan-kawasan di Semenanjung Malaysia, biasanya di Pantai Timur, selama tidak lebih daripada 7
hari di bawah penyeliaan tenaga pengajar untuk mengenal lebih dekat aspek-aspek
geologi, termasuk geologi tempatan. Pelajar dikehendaki membuat laporan
bertulis.
Asas-asas pemetaan geologi. Alat-alat pemetaan, perlengkapan lapangan,
buku catatan dan catatan lapangan, pemungutan sampel. Kaedah menyediakan peta
dasar dengan menggunakan langkah dan kompas, dan peta topografi. Simbol
geologi, peta geologi, keratan rentas, keratan stratigrafi. Amali melibatkan
latihan membuat peta pelan dan topografi dengan menggunakan teknik-teknik di
atas; pemetaan mengikut sungai, keratan stratigrafi. Pemetaan geologi dan
keratan rentas.
Rujukan
Ahmad, F. & Almond, C., 1983. Field Mapping for Geology Students.
London: George Allen & Unwin.
Barnes, J.W., 1981 . Basic Geological Mapping. N. York:
Halsted Press-John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Komoo,
1989. Pemetaan Geologi Asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Compton, R.R., 1985. Geology in the Field. N. York: John
Wiley & Sons.
Ibrahim Komoo, Ibrahim
Abdullah & Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
STAG 2033
Geokimia dan Kaedah Peralatan Geologi
Geokimia cakerawala, meteorit dan bumi. (Kimia hablur dan koordinatan).
Jenis-jenis magma baki; komposisi pegmatit dan aplit, gas dan wap, larutan
hidroterma. Taburan unsur dalam batuan igneus, endapan dan metamorf. Unsur
major, minor dan surih. Luluhawa kimia, pereputan batuan dan bijih. Sifat-sifat
geokimia unsur pada alam primer dan sekunder. Geologi isotop. Kaitan geokimia
dengan geokimia penjelajahan. Amali meliputi penyediaan sampel dan cerakinannya
dengan kaedah gravimetri, titratan dan kolometri serta spektroskopi.
Kursus Kaedah peralatan geologi ini berbentuk amali dengan setiap amali
didahului dengan penjelasan mengenai teori alat. Matlamat kursus ialah
memperkenalkan sebilangan teknik dan alat yang biasa digunakan dalam kajian
geologi, terutama mineralogi, petrologi dan geokimia. Penekanan ialah kepada
fungsi utama alat, cara kerja, batas-batas kemampuannya, cara mengoptimumkan
kemampuannya, serta ukuran kejituan data. Pelajar akan diberi peluang menangani
sebilangan daripada alat dan mendapatkan data secara berkumpulan. Antara teknik
dan alat yang diperkenalkan ialah fotomikrografi, pemisah isodinamik,
difraktometer belauan sinar-X (XRD), fotometer api (FP), spektrometer serapan
atom (AAS), penganalisis CHNOS, spektrometer pendarflour sinar-X (XRF),
mikropenganalisis prob elektron (EPMA), mikroskopi pengimbasan elektron (SEM),
dan analisis pengaktifan neutron instrumentasi (INAA).
Rujukan
Johnson, W.M. & Maxwell, J.A. 1981.
Rock and Mineral Analysis. New
York: John Wiley & Sons (Ed. Ke-2).
Potts, P.J. 1992. A Handbook of Silicate Rock Analysis.
London: Blackie Academic.
Riddle, C. (Ed.) 1993. Analysis
of Geological Materials. New York: Marcel Dekker, Inc.
Krauskoff, K.B., 1979. Introduction to Geochemistry. N. York:
McGraw-Hill.
Mason, B.& Moore, C.B.,
1982. Principles of Geochemistry. N. York: John Wiley & Sons. Atau
terjemahannya oleh Wan Fuad Wan Hassan & Alias Salleh, 1989. Prinsip-prinsip Geokimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
STAG 2012
Geofizik
Fizik Bumi: Struktur, komposisi dan perkembangan dalaman bumi.
Pengenalan kepada kaedah-kaedah geofizik untuk penjelajahan: Graviti, magnet,
kerintangan, seismos biasan dan pantulan, elektromagnet dan kaedah pengutuban
teraruh. Asas-asas umum pentafsiran data lapangan. Amali berbentuk ilustrasi
operasi lapangan alat-alat geofizik (meter graviti, meter magnet, meter
kerintangan dan meter seismos) dan penyelesaian dan contoh/kasus sejarah di
makmal.
Rujukan
Abdul Rahim Samsudin. 1990. Geofizik - Konsep dan Penggunaannya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bott, M.H.P. 1971. Interior of the Earth. London: Edward
Arnold.
Garland, G.D. (Ed.). 1979.
Introduction to Geophysics:
Mantle, Core and Crust. London: W D Sauders & Co.
Keary, P. & Brooks, M. 1984.
An Introduction to the Geophysical
Exploration. London: Blackwell Scientific Publications.
STAG 2022
Stratigrafi Malaysia
Litostratigrafi dan sebaran batuan endapan Semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak.
Rujukan:
Gobbett, D.J. & Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology
of the Malay Peninsular. New York: John Wiley & Sons.
Hutchison, C.S. 1989. Geological
Evolution of Southeast Asia. London: Pergamon Press.
Khoo,T.T. & Nutalaya,P. (eds)
1983. Proceeding of the Workshop on
Stratigraphic Correlation of Thailand and Malaysia. Kuala Lumpur :
Geological Society of Malaysia.
STAG 2032
Penderiaan Jauh
Pengenalan: takrif, prinsip asas, kegunaan, kelebihan dan limitasi.
Fotograf udara: cirian, unsur-unsur tafsiran, pentafsiran litologi dan struktur
geologi. Prinsip asas penderiaan jauh satelit: sifat fizik sinaran
elektromagnet, pengaruh atmosfera ke atas sinaran elektromagnet, saling tindak
sinaran elektromagnet dengan permukaan bumi. pembalikan spektrum fitur/objek.
Sistem pengesan dan sistem penderiaan jauh satelit: LANDSAT, SPOT dan
lain-lain. Penderiaan jauh RADAR: RADARSAT. Pemprosesan data satelit komponen
utama, penisbahan, penapisan dan lain-lain. Penafsiran geologi imej satelit:
litologi dan struktur. Perkembangan terkini penderiaan jauh satelit. Sistem
maklumat geografi (GIS): pengenalan dan kegunaannya dalam geologi.
Amali lebih tertumpu kepada kerja pentafsiran fotograf udara bagi
mendapatkan maklumat geologi. Selain itu, beberapa amali berkaitan dengan
teknik pemprosesan data satelit secara digit diberikan di bahagian akhir
kursus.
Rujukan
Allum, J.A.E. 1978. Photogeology
and Regional Mapping. Oxford: Pergamon Press. Atau terjemahannya oleh
Juhari Mat Akhir, 1989. Fotogeologi dan Pemetaan Kawasan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drury, S.A. 1978. Image Interpretation in Geology. London:
Allen & Unwin.
Ray, R.G. 1960. Aerial
Photographs in Geologic Interpretation and Mapping Reston, Virginia: U.S.
Geological Survey Professional Paper 373.
Sabin, F.F. 1987. Remote
Sensing-Principles and Interpretation. San Francisco: W.H. Freeman(Ed.
ke-2)
STAG 2042
Sumber Bumi Malaysia dan Latihan Lapangan II (Prakeperluan STAG 2023)
Mineral ekonomi Malaysia; sejarah penjelajahan, taburan pemineralan
primer dan longgokan sekunder di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Perlombongan timah, besi, tembaga, emas, unsur-unsur lain. Prospek mineral
ekonomi dan ekonomi Malaysia. Perusahaan petroleum di Malaysia; sejarah
penjelajahan, stratigrafi luar pantai dan pengumpulan minyak, taburan perangkap,
medan minyak dan gas, simpanan dan pengeluaran minyak dan gas. Prospek minyak
dan gas.
Melakukan kerja luar di bawah penyeliaan tenaga pengajar
sekurang-kurangnya selama tujuh hari, biasanya di baratlaut Semenanjung.
Tumpuan kajian ialah kepada litostatigrafi, sedimentologi dan geomorfologi,
Struktur utama, kegiatan igneus dan metamorfisme juga dibincang bagi
tempat-tempat terpilih. Pelajar dikehendaki membuat laporan lapangan bertulis.
Rujukan
Gobbett, D.J., &
Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. N.
York: John Wiley & Sons.
Hutchison, C.S. 1989. Geological Evolution of Southeast Asia.
London: Pergamon Press.
Memoir dan Laporan terbitan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia.
Khoo,T.T. & Nutalaya, P. (eds) 1983. Proceeding of the Workshop on Stratigraphic Correlation of Thailand and
Malaysia. Kuala Lumpur : Geological Society of Malaysia.
STAG 2812
Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat untuk Geosains
Asas komputer dan peralatan dalam komputer. Asas geostatistik dan
geomatematik dalam geologi. Teknik memproses data hidrogeologi. Teknik
memproses imej dan pentafsiran gambar udara dan penderiaan jauh. Geomatematik
dan geologi perlombongan. Instrumentasi dan pemodenan sekitaran pengenapan dan
korelasi stratigrafi.
Rujukan
Davis, J.C. 1973. Statistics and
Data Analysis in Geology. N. York: John Wiley & Sons.
Hanley & Merriam, D.F.
1986. Microcomputer Application in
Geology. Oxford: Pergamon Press.
Merriam, D.F. 1969. Computer
Application in the Earth Sciences. New York: Plenum Press.
STAG 2813
Latihan Pemetaan (Prakeperluan STAG 2042)
Menjalankan pemetaan selama 2 minggu di kawasan yang ada batuan igneus,
endapan dan metamorf secara beramai-ramai di bawah bimbingan tenaga pengajar.
Untuk setiap jenis batuan di atas, pemetaan ditekankan kepada kefahaman
perkaitan antara taburan litologi dan struktur tektonik, jenis-jenis litologi,
struktur dalaman dan komposisi. Membuat nota-nota lapangan yang menekankan
kepada perkara yang telah disebut, termasuk yang dilihat di lapangan (mengikut
skala) dan yang ditafsirkan (tidak mengikut skala). Di akhir kerja lapangan
pelajar dikehendaki menyediakan laporan dalam masa dua hari.
Rujukan
Fry, N., 1985. The Field Description of Metamorphic Rock. Milton Keynes: Open
University Press & N. York: Halsted Press-John Wiley & Sons.
Thorpe, R.S. & Brown,
G.C., 1985. The Field Description of
Igneous Rocks. Milton Keynes: Open University Press & N. York: Halsted
Press-John Wiley & Sons.
Tucher, M., 1985. The Field Description of Sedimentary Rocks.
Milton Keynes: Open University Press & N. York: Halsted Press-John Wiley
& Sons.
STAG 3003
Geotektonik dan Geologi Sejarah
Sifat-sifat utama litosfera dan astenosfera; teori tektonik keping yang
meliputi rantau menumpu, subduksi, prisma akresi, arka magma, lembangan
pinggir, ofiolit, orogeni, pelanggaran dengan contoh-contoh dari Asia Tengah
dan Asia Tenggara, kepingan mencapah ciri-ciri umum, Basin and Range, Rekahan
Afrika Timur, ciri-ciri tektonik sesar mendatar, lembangan pull-apart, dan pengangkatan
di rantau sesar mendatar; tektonik intrakeping ciri-ciri umum dan contoh;
Tektonik Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sejarah perkembangan bumi
sejak daripada pembentukannya, perubahan atmosfera, litosfera, hidrosfera dan
biosfera, paleogeografi bumi, sejarah perkembangan hidup-hidupan.
Rujukan
Condie, K.K. 1997. Plate Tectonics and Crustal Evolution.
Oxford. Butterworth
Heinmann.
(Edi.ke 4).
Kennett, J. 1982. Marine Geology . New Jersey: Prentice
Hall.
Mintaz, I.W. 1972. Historical Geology. Columbus: Merrill
Publ. Co.
Shea, J.H. 1985. Plate Tectonics. N. York: VNR.
Tjia, H.D. 1990. Tektonik. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
STAG 3002
Geologi Petroleum
Asal, pematangan, penghijrahan dan penambahan hidrokarbon. Pengenalan
kepada geokimia petroleum, penjelajahan geofizik (penyiasatan seismos, graviti
dan magnet. Rakaman `wireline’, dll) dan geologi bawah tanah (termasuk
sifat-sifat takungan dan pelbagai jenis perangkap). Lembangan-lembangan
pengenapan dan pengelasannya. Sifat-sifat petrofizik batuan takungan. Morfologi
dan genesis, keporosan batuan takungan serta kaitannya dengan isi kandungan,
tekstur dan diagenesis. Aspek penggerudian, analisis lubang korek dan anggaran
simpanan. Kajian kasus dari medan-medan minyak di Malaysia.
Rujukan
North, F.K. 1985. Petroleum Geology. London: George Allen
& Unwin.
Selly, R.C. 1985. Elements of Petroleum Geology. San
Francisco: W.H. Freeman.
Tissot, B.P. & Welte, D.H. 1978. Petroleum
Formation and Occurrence. Berlin: Springer- Verlang.
STAG 3072
Geologi Sekitaran
Pengenalan geologi sekitaran. Konsep-konsep asas sekitaran. Sumber bumi.
Geobencana. Pengenalpastian bahaya, langkah pencegahan dan pemuliharaan. Input
geologi dan hidrogeologi dalam kajian dampak alam sekitar. Undang-undang
sekitaran. Tanah runtuh. Amblesan dan
kars. Hakisan perlodakan dan banjir. Pelupusan sisa. Pencemaran air.
Perancangan guna tanah.
Rujukan
Coates, D.R. 1981. Environmental Geology. N. York: John
Wiley & Sons.
Keller, E.A. 1976. Environmental Geology. Columbus: Merill
Publ. Co.
STAG 3012
Petrologi Batuan Endapan (Prakeperluan STAG 1003Mineralogi Optik)
Pengenalan batuan endapan. Pengelasan batuan klastik dan batuan bukan
klastik. Mineralogi. Tekstur endapan dan tekstur genesis. Penggunaan maklumat
hirisan nipis untuk membuat tafsiran persekitaran endapan dan paleogeografi.
Rujukan
Greensmith, J.T. 1981. Petrology of the Sedimentary Roc. London:
George Allen & Unwin.
Pettijohn, T.J., Potter, P.E. dan
Siever, R. 1987. Sand and Sandstone.
Berlin: Springer-Verlag (Ed. Ke-2)
Tucker, M.E. 1991. Sedimentary
Petrology. London: Blackwell Scientific ( Ed. Ke.2).
STAG 3022
Mikropaleontologi
Pengelasan fosil mikro; kumpulan Dinoflagellata, Acritarcha,
Silicoflagelata, Diatom, Coccolith (Nannofosil), Tintinnids, Radiolaria,
Foraminiferra, Chitinozoa, Conodontophorida, Ostrocoda, spora dan debunga
(palinologi). Kursus ini membahas pengelasan (taksonomi), biostratigrafi,
paleoekologi dan juga paleobiogeografi setiap kumpulan fosil mikro di atas.
Amali melibatkan pengenalan dan pengelasan fosil mikro, huraian dan julat
usianya.
Rujukan
Bignot, G. 1985. Elements of Micropalaentology. London :
Grahman and Trotman.
Brasier, M.D. 1980. Microfossils. London: George Allen &
Unwin.
Haynes, R.J. 1981. Foraminifera. N. York: Halstead Press.
Moore, R.C. (Ed.) 1964. Treatise on Invertebrate Palaeontology (Bhg.
C, Jilid 1 & 2). Geol. Soc. Of America dan University of Kansas Press.
STAG 3013
Geologi Ekonomi dan Mikroskopi Bijih (Prakeperluan STAG 1062 Mineral Ekonomi)
Teori: Teori genesis bijih. Kimia dan peranan larutan hidroterma.
Sekitaran longgokan bijih: kaitan dengan litologi. Tektonik keping, struktur,
Usia, stratigrafi dan paleogeografi. Geologi, kepentingan dan pembentukan
beberapa longgokan bijih penting: nikel primer dalam larutan batuan ultrabes,
sulfida masif, longgokan bentuk strata dan apit strata, kuroko, formasi besi
berlapis, emas dalam konglomerat Prakambrium, emas dan timah hiroterma.
Geologi, ciri-ciri dan kepentingan ekonomi mineral industri utama: lempung,
batu kapur dan batu dimensi. Prinsip-prinsip mikroskopi cahaya terpantul;
kajian mineral-mineral bijih dan teksturnya, sekutuan mineral ; paragenesis
longgokan bijih.
Amali: Kira-kira enam amali. Penentuan mineral-mineral bijih dan mineral
industri pada spesimen tangan. Penentuan sekitaran geologi berdasarkan tekstur,
mineralogi dan kesatuan mineral.
Rujukan
Evans, A.M. 1989. Pengantar
Geologi Bijih. Penterjemahan: Wan Fuad Wan Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hutchison, C.S. 1983.
Economic Deposits and Their
Tectonic Setting. London: Macmillan Press.
Lefond, S.J. (Ed) 1975. Industrial Minerals and Rocks. American
Institute of Mining,
Metallurgical
and Petroleum Engineers. New York.
STAG 3023
Mekanik Tanah dan Fiziko-kimia Tanah dan Mineralogi Lempung
Sifat-sifat tanah; pemadatan; konsep tegasan berkesan; aliran air tanah;
pemejalan dan penurunan tanah; kekuatan ricih; perusahaan kejuruteraan. Amali
melibatkan ujikaji parameter mekanik tanah. Tanah dan lempung sebagai komponen
utama kerja kejuruteraan. Sifat fizik dan kimia tanah merangkumi sifat taburan
saiz butiran, ketumpatan, luas permukaan, jerapan dan pertukaran kation, pH dan
sifat-sifat lain yang berkaitan dengan keseimbangan fiziko kimia dan kestabilan
bahan. Lempung sebagai komponen utama bahan tanah dikaji dari aspek kekristalan
dan mineralogi, dengan tumpuan kepada mineralogi lempung hasil luluhawa batuan
kawasan tropika dan kaitannya dengan kerja-kerja kejuruteraan.
Rujukan
Bujang, K. Huat et al.
1991 Pengenalan Mekanik Tanah Kuala Lumpur DBP.
Lombe & Whitman. 1975 Soil Mechanics. John Wiley.
Craig, R.F. 1978. Soil Mechanics. London: ELBS Van
Nortrand-Reinhold.
Hanks, R.J. & Ashcroft, R.J. 1980.
Applied Soil Physics. Berlin:
Springer-Verlag.
Tan, K.H. 1982. Principles of Soil Chemistry. N. York:
Marcel-Dekker.
STAG 3033
Teknik dan Stratigrafi Kuaterner
Teknik yang terlibatkan dalam kajian geologi Kuaterner merangkumi teknik
geofizik, penggerudian, persampelan, analisis makmal, tafsiran data dan
penyediaan peta geologi Kuaterner. Stratigrafi Kuaterner global, kaedah
penentuan usias, tabii dan ciri-ciri Kuaterner, perubahan iklim dan aras laut,
stratigrafi Kuaterner Malaysia, sejarah dan korelasi stratigrafi Kuaterner Asia
Tenggara.
Rujukan:
Bowen, D.Q. 1978. Quaternary Geology. London, Pergamon
Catt, J.A. 1988. Quaternary
Geology for Scientists and Engineers. Chichester, Ellis Harwood Ltd.
Tucker, M. 1992 . Techniques in
Sedimentology
Suntharalingam, T. Loh,
C.H., Ismail Iman Kamaludin Hassan & Bosch, J.H.A. 1987. A manual of Quaternary Geology Methods. GSM Rep. QG/1
STAG 3032
Dinamik Geosekitaran
Konsep geosekitaran meliputi perbincangan mengenai kedinamikan sfera
bumi akibat daya dan geokimia dalaman bumi yang ditafsirkan melalui fahaman
seismologi, graviti, kemagnetan olahan haba dan bahan. Kedinamikan, magnitud
dan frekuensi fenomena geologi seperti
perubahan paras laut dan pencairan glasier. Konsep masa, ruang dan kadar
perubahan seperti perubahan cepat oleh angin troposfera atau gempa bumi dan
kadar perubahan lambat seperti
pemendapan sedimen di lautan atau pergerakan kepingan kerak lautan.
Evolusi dan taburan unsur-unsur bumi,
proses-proses berkaitan sekitaran tanah, sedimen, air, udara. Konsep
keseimbangan sekitaran.
Rujukan
Aswathanarayana, U., 1995.
Geoenvironment. An Introduction. Balkema, Rotterdam
Vita-Finzi, C., 1986. Recent earth
movements, Academic Press
Turcotte, D. L., &
Schubert, G., 1982 Geodynamics:
Applications of Continuum Physics to Geological Problems, John Wiley.
STAG 3042
Isu sekitaran, Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Sekitaran
Konsep Geosekitaran. Isu sekitaran yang berkaitan dengan aktiviti
perlombongan, kuari, pembinaan kejuruteraan, logi perindustrian, pertanian,
pelancongan dan infrastruktur. Kesan
dan langkah pencegahan dan penebatan. Prosedur penilaian dampak alam sekitar
(EIA) di Malaysia. Input geosains. Pemonitoran aspek geosains. Pengenalan dan
konsep asas hidrogeologi . Kepentingan air kepada tamadun manusia. Kitaran
hidrologi. Keliangan dan ketertelapan. Jenis lapisan pekandung air. Hukum
Darcy. Kaedah penentuan ketertelapan. Sifat air sebagai pelarut istimewa dan
larutan dalam air. Hidrokimia. Penjelajahan air bawah tanah
Rujukan
Department of Environment, Malaysia.
1995. A handbook of Environmental
Impact Assessment Guidelines.
Munn, K.E. 1979. Environmental Impact Assessment Principles
and Procedures. John Wiley.
STAG 3052
Geologi Pemuliharaan
Pengenalan konsep Geologi Pemuliharaan; pemuliharaan tabii dan
hubungannya dengan sumber geologi dan lanskap; pengertian kepelbagaian geologi,
geotapak, geotop dan warisan geologi. Aspek perundangan dan pengurusan
pemuliharaan sumber geologi dan lanskap. Pemetaan geologi pemuliharaan.
Pengenalan kepada tapak warisan tabii dunia dan geopark. Pembangunan geologi
pemuliharaan di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Kajian kes penyelidikan
geologi pemuliharaan di Malaysia.
Rujukan
Bennett, M.R., Dayle, P., Larwood,
D.G. & Prosser, C.D. (eds) 1997 Geology
on your Doorstep: the role of urban geology in Earth heritage conservation.
London Geological Society
Ibrahim Komoo, Mohd. Shafeea
Leman, Kadderi Md. Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting) 1997. Warisan Geologi Malaysia; Geologi
Pemuliharaan untuk Ekopelancongan. Bangi LESTARI.
Ibrahim Komoo & Mohd. Shafeea
Leman (Pyt.) 1999 Warisan Geologi Malaysia : Geologi Pemuliharaan untuk
Pembangunan Geotop. Bangi LESTARI
O’ Halloran, D., Green, C. Harley, M. & Knill, J. (eds) 1994 Geological and Landscape Conservation.
London Geological Society.
Wilson, C. Doyle, P., Easterbrook,
G., Reid, Elspeth, R. & Skipsey E. (eds) 1994. Earth Heritage Conservation. London, Open University.
STAG
3082 Petrologi Lanjutan
Asas-asas termodinamik dalam petrologi. Pengelasan kimia batuan igneus.
Taburan pelbagai batuan igneus dan perkaitannya dengan teori tektonik keping.
Sistem terner. Asal mula granit, seinit, gabro dan piroksenit serta taraan
volkano masing-masing, juga batuan-batuan lain seperti pegmatit, ofiolit dan
spilit. Keseimbangan dalam batuan
metamorf, gambarajah komposisi dan komposisi - paragenesis A’KF, ACF dan AFM
dan penggunaan praktik masing-masing. Perubahan progresif batuan kepelitan,
dolomit, batu kapur, marl, granitoid, batuan bes dan ultrabes dalam teren
metamorf rantau. Geotermometri dan geobarometri. Teren-teren metamorf di
Malaysia.
Rujukan
Butcher, K. & Frey, M. 1994. Petrogenesis
of Metamorphic Rocks. Berlin: Springer-Verlag(Ed. Ke-6).
Hughes, C.J. 1982. Igneous Petrology. Amsterdam: Elsevier.
STAG 3092
Mikrostruktur dan Pentafsiran Peta Topografi
Kesekisan, ira, boudin, lipatan seretan, lipatan parasit, lineasi,
mullion, tanda pada satah sesar, stilolit tektonik; rupa susunan pelbagai
struktur mikro; kegunaan mikrostruktur dalam kajian stratigrafi, geologi
struktur, tektonik. Amali dan latihan lapangan mentafsirkan serta menggunakan
struktur mikro. Membuat tafsiran geologi berdasarkan kepada saliran lineamen,
struktur dan garis kontur yang terdapat dalam peta topografi.
Rujukan
Davies, G.H., 1984. Structural
Geology of Rocks and Regions. WFE.
Hancock, P.L., 1985. Brittle
microtectonics: principles and practice. Journal
of Structural Geology ; 7(3/4), 437-457.
Hobbs, B.E., Means, W.D.
& Williams, P.F., 1976. An Outline of Structural Geology, V.2: Folds and Fractures. Academic Press,
Lond.
Suppe, J., 1985. Principles
of Structural Geology, Prentice-Hall.100
Topographic Maps Hubbard Press
Tjia, H.D. 1987 Geomorfologi, Kuala Lumpur DBP.
STAG 3102
Penilaian Formasi
Pengenalan, sekitaran di bawah permukaan dan taburan bendalir, sekitaran
lubang gerudi. Tujuan perakaman dan kaedah rakaman lubang gerudi.
Prinsip-prinsip alat perakam dan teknik perakaman penggunakan alat-alat perakam
elektrik, elektromagnet, sonik dan radioaktif. Tafsiran data lubang gerudi
secara kualitatif dan kuantitatif.
Rujukan
Asquith, G. & Gibson, C. 1982.
Basic Well Log Analysis for
Geologists. Tulsa: AAPG.
Desbrandes, R. 1985. Encyclopaedia of Well Logging. London:
Graham & Trotman.
Schlumberger. 1986. Log Interpretation Charts.
Schlumberger. 1986. Advanced Interpretation of Wireline Logs.
STAG 3043
Geokimia Gunaan dan Penganggaran Longgokan
Kegunaan geokimia untuk menjelajah longgokan bijih; sekitaran geokimia
batuan, longgokan bijih dan mineral; kegunaan isotop kepada geologi. Pengelasan
bijih. Kaedah penjelajahan bijih. Ekonomi lombong. Masalah penganggaran
simpanan. Mengumpul contoh; lombong primer dan plaser. Mengira jumlah dan gred
simpanan bijih. Gred potongan, mempurata nilai-nilai. Kuari dan korekan tanah.
Rujukan
Roe, A.W., Hawks, H.E. &
Webb, J.S. 1981. Geochemistry in Mineral Exploration. London: Academic Press.
Tan, T.H. 1989. Kaedah
Geokimia Gunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Macdonald, E.H. 1983. Alluvial Mining.
Parks, R.D. 1979. Examination and Valuation of Mineral
Property
Reedman, J.H. 1979. Techniques in Mineral Exploration.
STAG 3053
Mekanik Batuan dan Hidrogeologi
Konsep daya, tegasan dan keterikan. Sifat mekanik batuan runtuh dan
jasad batuan. Teori kelakuan mekanik dan teori kegagalan batuan. Mekanik batuan
untuk geologi dan kejuruteraan. Amali melibatkan pengukuran sifat fizik dan
mekanik batuan di makmal dan di lapangan. Pengenalan dan konsep asas
hidrogeologi . Kepentingan air kepada tamadun manusia. Kitaran hidrologi.
Keliangan dan ketertelapan. Jenis lapisan pekandung air. Hukum Darcy. Kaedah
penentuan ketertelapan. Sifat air sebagai pelarut istimewa dan larutan dalam
air. Hidrokimia. Penjelajahan air bawah tanah.
Rujukan
Brown, E.T. 1981. Rock
Characterization, Testing and Monitoring. ISRM Suggested Methods. London:
Pergamon Press.
Goodman, R.E. 1989. Introduction to Rock Mechanics. N. York:
John Wiley & Sons.
Hoek, E. & Bray, J.W.,
1981. Rock Slope Engineering. London: Institution of Mining and
Metallurgy.
Wittke, W. 1990. Rock
Mechanics: The Theory and Applications with Case Histories. Berlin:
Springer Verlag.
Bowen, R. 1980. Groundwater. Applied Science Publishers.
STAG 3063
Sekitaran Kuaterner Tropika dan Sumber Bumi Kuaterner Malaysia
Sekitaran daratan, sekitaran pantai, sekitaran laut, proses pemendapan
dan hakisan, perubahan aras laut, perubahan iklim masa depan, mendapan laut,
kepentingan ekonomi, kepentingan kejuruteraan dan peristiwa Kuaterner dan
hubungan dengan bencana geologi dan kualiti alam sekitar di kawasan tropika.
Sumber mineral Kuaterner, endapan mineral plaser, sumber bahan binaan, sumber
mineral industri, sumber air tanah dan lanskap Kuaterner
Rujukan
Bartstra, G. & Cesparie, W.A.
1981. Modern Quaternary Research in Southeast Asia. Rotterdam: A.
Balkema.
Catt, J.A. 1988 Quaternary
Geology for Scientists and Engineers. Chichester: Ellis Harwood Ltd.
Goude, A. 1984. Environmental Change. Oxford: Clarendon
Press.
STAG 3112
Geosekitaran dan Pembangunan
Kursus ini membincang mengenai kesan aktiviti pembangunan sumber
terhadap sekitaran. Kursus ini meliputi aktiviti perbandaran, perlombongan,
pembangunan infrastruktur dan kesan terhadap alam sekitar. Penekanan diberikan
kepada aktiviti pembangunan yang menggunakan sumber geologi atau memerlukan
pendasaran geosains. Impak pertambahan penduduk dan keperluan sumber tanah dan
air sebagai sumber keperluan asasi manusia. Kesan-kesan pembuangan sisa dan
mobiliti bahan toksik dalam geosekitaran; kesan geosekitaran terhadap
kesihatan.
Rujukan:
Aswathanarayana,
U., 1995. Geoenvironment. An Introduction.
Balkema, Rotterdam.
Altwell, D.B. & Farmer,
F.W. 1976 Principles of Engineering Geology.
London, Chapman and Hall.
Lundgren, L. 1986
Environmental Geology. New Jersey,
Prentice hall.
World Bank. 1992 Development and the environment.
Washington, D.C. World bank.
STAG 3122
Sumber Geologi dan Pelancongan
Kursus
ini menawarkan pendekatan baru penilaian sumber geologi. Perbandingan teknik
penilaian sumber dan konsep utilisasi dan eksploitasi sumber. Penilaian sumber
intrinsik secara tanpa musnah untuk pembangunan industri pelancongan. Juga di
bincangkan Komponen pembangunan pelancongan dan keperluan sumber geologi.
Kursus ini juga akan memperkenal konsep geologi pelancongan sebagai satu
disiplin yang memberi prioriti kepada kesejahteraan sekitaran serta pendekatan
multidisiplin yang menggembleng pengetahuan geosains dan kreativiti dalam
penjanaan sumber baru. Perbincangan sumber geologi fizikal dan sumber geologi
intrinsik melalui kajian kes sumber geowarisan Malaysia dan dunia. Pengurusan
sumber warisan bumi dan geopelancongan.
Rujukan
Beaur, E. A.,
& Beaur, P., 1993. Yellowstone.
Voyageur Press
Dixon, D.,
Bernor, R. L. 1992. The Practical
Geologist. Simon & Schuster, New York
Gartner, W. C.,
1996.Tourism Development: Principles,
Processes, and Policies, John Wiley
Ibrahim Komoo, Mohd Shafeea
Leman, Kadderi Md. Desa & Ibrahim Abdullah (penyunting). 1997. Warisan Geologi Malaysia: Geologi
Pemuliharaan untuk Ekopelancongan. Bangi: LESTARI.
Price, M. F.,
1997. People and Tourism in Fragile
Environments. John Wiley.
STAG 3712
Latihan Ilmiah I (Persediaan)
STAG 3724
Latihan Ilmiah II (Penulisan)
Pelajar dikehendaki membuat kajian secara bersendirian untuk
menghasilkan peta geologi suatu kawasan yang ditentukan oleh Jabatan
bersama-sama dengan sebuah laporan berbentuk disertasi. Pemetaan adalah
berdasarkan kerjalapangan selama sekitar 6 minggu. SG3032 akan dinilai daripada
kemajuan kerja awal pelajar termasuk ujian literatur, kerjalapangan dan nota
lapangan, peta geologi awal dan penulisan tiga bab iaitu pendahuluan,
geomorfologi dan geologi am. Penilaian SG 3006 dibuat berdasarkan disertasi
yang diserahkan kepada Jabatan pada akhir Semester II dan pertahanan lisannya
di hadapan Panel Pemeriksa.
Rujukan
Abdul Rahim Samsudin (Pyt.) 1994.
Penulisan Tesis Geologi Tahun Kepujian:
Format dan
Panduan Umum. Bangi: Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Barnes, J.W., 1981. Basic Geological Mapping. N. York:
Helsted Press-John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Ibrahim Komoo,
1989. Pemetaan Geologi Asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Compton, R.R., 1985. Geology in
the Field. N. York: John Wiley & Sons.
Ibrahim Komoo, Ibrahim
Abdullah dan Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik
Pemetaan Geologi Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.