DASAR DAN PERATURAN
Semua perkhidmatan Pusat Penerbitan hendaklah terikat dengan kegiatan utama Universiti meliputi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, syarahan, penerbitan, pentadbiran, hal-ehwal pelajar, kebudayaan kebangsaan dan keagamaan (Islam).
Peranan
- Berfungsi sebagai jabatan penerbitan yang menerbitkan dan mencetak bahan terbitan untuk keperluan penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti lain.
- Merancang dan menetapkan dasar penerbitan dan percetakan universiti. Berfungsi sebagai "pusat kemudahan penerbitan elektronik / multimedia".
- Mengembangkan konsep "penerbitan" dan "pengeluaran" selain daripada bentuk konvensyenal yang wujud sekarang dengan menggunakan teknologi maklumat dengan lebih bersungguh-sungguh.
- Menghasilkan terbitan ilmiah dan terbitan universiti yang lain dalam bentuk konvensyenal dan digital seperti berikut:
a. Buku, monograf, jurnal bercetak ofset
b. Buku, monograf, jurnal bercetak secara online teknologi digital
c. Terbitan jurnal online elektronik / dalam laman web.
d. Dokumentasi digital koleksi bahan saintifik Malaysiana.
e. Dokumentasi digital laporan penyelidikan Universiti.
f. Mempelopori pembinaan koleksi korpus Melayu digital.
g. Menerbitkan tesis dalam digital.
- Menghasilkan produk baru meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, dan penerbitan bahan kuliah dalam Web.
- Memberi perkhidmatan peralatan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan urusan UKM lainnya. Misalnya:
a. Persidangan video.
b. Bahan kuliah dalam laman Web
c. Penggunaan teknologi digital dalam penyampaian kuliah.
- Tugas dan fungsi Penerbit UKM sebagai penerbit buku, monograf dan jurnal ilmiah universiti akan dikekalkan seperti dalam peraturan yang sedia ada.
- Menjalankan fungsi urusetia untuk tiga jawatankuasa seperti di bawah:
a. Sidang Pengarang Universiti yang khas menimbangkan dasar penerbitan ilmiah universiti dan menimbangkan penerbitan karya ilmiah melalui Penerbit UKM akan terus berjalan dengan peraturan yang ada;
b. Jawatankuasa Penerbitan (dan Percetakan) yang akan menjadi badan penyelaras penerbitan dan pengeluaran produk terbitan lain. (Peraturan baru mengenai Jawatankuasa Penerbitan akan dikeluarkan).
- Mengadakan latihan untuk kakitangan akademik dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan khususnya untuk penerbitan multimedi

- Mengadakan latihan untuk kakitangan akademik dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan khususnya untuk penerbitan multimedia
|