|
Mesej Pengarah PPU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Para pengunjung yang dimuliakan,
Selamat Datang ke Laman Web Pusat pengajian Umum, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Syukur kepada Allah s.w.t. serta selawat dan salam kepada
Rasulullah s.a.w. atas pembangunan laman web baru pusat pengajian umum
yang telah berjalan dengan baik dan lancar. Adalah diharapkan laman web
pusat ini akan memberikan sumber maklumat yang berguna dan terkini
kepada
seluruh warga kampus UKM dan juga warga di luar kampus UKM serta secara
umumnya pengguna di Malaysia ataupun di seluruh dunia.
Pengajian Umum telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM
pada tahun 1970, dengan nama kursus Sejarah Sains yang kemudian ditukar
kepada kursus Sains Umum dan selepas itu kursus Kenegaraan Malaysia.
Sejak sesi 1983/84 kursus ini dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan
Kenegaraan Malaysia di bawah kelolaan Pusat Pengajian Umum. Objektif
penubuhan awalnya adalah untuk
menyediakan setiap siswazah yang tamat belajar dengan pengetahuan
asas tentang Tamadun Islam sebagai unsur utama dalam kebudayaan dan
pentadbiran masyarakat Malaysia. Sejak tahun 1990 kursus-kursus lain
telah diperkenalkan yang menjadi kursus pilihan wajib pada semua pelajar.
Kursus-kursus ini ditawarkan supaya pelajar faham tentang sejarah
pembentukan negara dan aspek-aspek kenegaraan lain termasuk dasar-dasar
pembangunan, ekonomi, kebudayaan, bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris
di samping memperolehi kemahiran-kemahiran berorganisasi terkini.
Pada tahun 2011 ini, PPU menawarkan jalur bru melalui penstrukturan
penawaran kursus-kursusnya bermula Sesi Akademik 2011/2012. Kami telah
melipatgandakan usaha untuk memberi
fokus kepada kepentingan pelajar untuk menunjukkan keterampilan dalam
elemen-elemen kemahiran insaniah sejajar dengan misi dan visi Universiti.
Perancangan akademik kami masa kini mengusulkan pendekatan pencapaian
kemahiran insaniah secara terperinci terhadap
pelajar. Ia meliputi aspek-aspek 1. Kemahiran Komunikasi; 2. Kemahiran
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat; 3. Kemahiran
Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik; 4. Kemahiran
Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dalam Kursus ‘ Pembangunan Diri’ ZZT
1054. Kemahiran Nilai,
etika dan profesionalisme menjadi fokus Kursu tamadun Islam TITA ZZT
1133. Manakala kemahiran sosial dan kepertanggungjawaban menjadi fokus
kursus hubungan etnik ZZT 1143.
Dalam menyahut seruan pengangan slogan UKM dalam memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris, kursus-kursus kemahiran
Bahasa Inggeris kepada pra siswazah serta Bahasa Melayu kepada pasca
siswazah antarabangsa juga menjadi kursus-kursus
te wajib Fakulti di bawah pengelolaan PPU.
Dengan adanya peningkatan usahasama memperkukuhkan penerapan ilmu dan
kemahiran insaniah dari pihgak kami dan di pelbagai peringkat Universiti
, kami berharap dapat melahirkan graduan-graduan yang berilmu tinggi
dengan kesimbangan sahsiah diri yang berkualiti.
|
ATAS |
Latar Belakang
Kursus pengajian umum dimulakan serentak dengan penubuhan UKM pada
tahun 1970, dengan nama kursus Sejarah Sains yang kemudian ditukar
kepada kursus Sains Umum dan selepas itu kursus Kenegaraan Malaysia.
Sejak sesi 1983/84 kursus ini dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan
Kenegaraan Malaysia di bawah kelolaan Pusat Pengajian Umum. Kursus ini
dibekalkan dengan matlamat untuk menyediakan setiap siswazah yang tamat
belajar dengan pengetahuan asas tentang Tamadun Islam sebagai unsur
utama dalam kebudayaan dan pentadbiran masyarakat Malaysia. Sejak tahun
1990 kursus-kursus lain telah diperkenalkan yang menjadi kursus pilihan
wajib pada semua pelajar. Kursus-kursus ini ditawarkan supaya pelajar
faham tentang sejarah pembentukan negara dan aspek-aspek kenegaraan lain
termasuk dasar-dasar pembangunan, ekonomi, kebudayaan, bahasa kebangsaan
dan bahasa Inggeris di samping memperolehi kemahiran-kemahiran
berorganisasi terkini.
Perancangan akademik masa kini mengusulkan supaya pendedahan
umum di atas diperluaskan meliputi aspek-aspek penataran ilmu pengajian
umum lain seperti kemahiran berkomunikasi, ketrampilan berfikir serta
pendedahan kepada bidang pengetahuan umum yang lebih luas skopnya
melampaui batas-batas disiplin ilmu tradisional. Ini termasuklah
pendedahan kepada bidang-bidang baru seperti seni, falsafah dan bahasa
asing. Penekanan kepada ‘pengluasan’ pengajian umum ini, pada prinsipnya,
adalah selaras dengan cita-cita pendidikan liberal pada tahap awal
penubuhan UKM, iaitu untuk melahirkan siswazah berfikiran luas serta
seimbang.
|
ATAS |
Takrif Pengajian Umum
Konsep pengajian umum sering dicampuradukkan dengan konsep-konsep
‘pendidikan liberal’, ilmu teras, ilmu asasi, atau kursus elektif
program. Dalam konteks UKM pengajian umum bermaksud program
pendidikan prasiswazah yang bertujuan membekalkan pelajar dengan ilmu
persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. Ilmu tersebut meliputi
kefahaman tentang nilai-nilai mulia, sejarah dan tanggungjawab dalam
masyarakat; kemahiran tentang analisis kuantitatif dan teknik
berkomunikasi; penghayatan ciri-ciri kesenian dan kebudayaan, dan
kemampuan menggunakan masa senggang secara produktif. Bidang liputan
umum ini dibezakan dengan pendidikan untuk kemahiran dan pengetahuan
yang lebih khusus dan tertumpu kepada bidang-bidang tertentu.
|
ATAS |
Objektif Pengajian Umum
Seseorang yang berpendidikan memerlukan beberapa keterampilan
intelektual yang membolehkannya mengambil bahagian secara berkesan dalam
masyarakat. Pengajian umum bertujuan menyediakan pelajar dengan
ketrampilan berkenaan yang antara lain meliputi:
1. Kemahiran Komunikasi;
2. Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat;
3. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik;
4. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan. |
ATAS |
Visi, Misi & Matlamat Pendidikan Pusat
Pengajian Umum |