real estate menu left
real estate menu right


 

Web Mobile
Imbas kod QR dengan telefon pintar anda

 

Log Masuk Portal e-Jurnal
ID Pengguna
Kata Laluan

Ahli Sahaja

Pengumuman

Perpustakaan akan ditutup pada 24 Mei 2013 (Jumaat)- Cuti Wesak


Penubuhan Perpustakaan

Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, Perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras, 5 Bangunan Canselori, UKM sebelum berpindah ke bangunan tetap Perpustakaan.

Bangunan Perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

Sistem Perpustakaan UKM ini terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan empat perpustakaan cabang iaitu Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (Kampus Kuala Lumpur) yang dirasmikan pada 25 November 2005 dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM ( Kampus Cheras).

 Bangunan Perpustakaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Siapa Tun Seri Lanang ?

Tun Seri Lanang yang kita kenali sebagai pengarang besar Johor yang telah melahirkan buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin" (1612),  dilahirkan pada tahun masihi 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Ayahandanya Orang Kaya Paduka Raja Ahmad dan bondanya Tun Gengang. Beliau berasal dari keluarga orang kaya atau bergelar kerana nenek moyangnya keluarga Bendahara Sri Maharaja Melaka, membawa kepada baginda Mani Purindan keturunan Bukit Siguntang. Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara ke 14 dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja Johor pada tahun 1580, oleh Sultan Ala-Jalla Abdul Jalil Syah. Beliau mangkat pada tahun 1615 di Aceh.

Sumber : Warisan Persuratan Johor YWJ (1997)

 

WAKTU PEMBUKAAN 
(SEMESTER II)
SESI 2012/2013
19 FEB -31 MEI 2013

ISNIN - JUMAAT

8.00 PAGI - 10.30 MALAM

SABTU-AHAD

10.00 PAGI - 5.00 PTG

SABTU MINGGU PERTAMA,CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI SELANGOR

TUTUP



Terkini PTSL

ptsl2ukm: Please take care of your belongings, don't leave them unattended. We occasionally received reports from users who have lost their valuables
ptsl2ukm: Semua pelanggan diharap memastikan keselamatan barangan berharga yang dibawa masuk atau ditinggalkan di bilik simpanan di PTSL. Terima kasih
ptsl2ukm: Please be informed that UKM Library will be closed on the following dates: 24th May 2013 (Friday) - Vesak Day

Jom Sertai Kami

 

Video Pilihan



Get the Flash Player to see this player.

time2online Extensions: Simple Video Flash Player Module

Kalendar Aktiviti Perpustakaan

Isn Mei 20 @ 2:30PM - 04:30PM
Latihan Pangkalan Data EBSCOhost 2013

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox,dengan resolusi 1024x768. [Penafian] [Dasar Privasi] [Maklum Balas] [Dasar Keselamatan] Hakcipta © 2013
Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
603-89213446 (TEL) 603-89256067 (FAKS) kpustaka@ukm.my webptsl@ukm.my
Kemaskini: 20 Sept 2012
Free Hit Counters
Visitors Counter