Perpustakaan Undang-Undang menyediakan 3 Bilik Perbincangan yang terletak di aras 2. 2 daripadanya disediakan untuk pelajar Pra-Siswazah manakala sebuah lagi dikhaskan untuk pelajar Pasca Siswazah. Pelanggan boleh menggunakan bilik-bilik ini dengan mendaftar/menempah di Kaunter Pinjaman/Pemulangan, aras 1 dan tempoh yang dibenarkan untuk menggunakannya adalah selama 2 jam sahaja. Sekiranya tiada tempahan yang dibuat oleh pelanggan lain untuk 2 jam berikutnya, lanjutan tempoh penggunaan boleh dipanjangkan dengan memaklumkan kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman/Pemulangan, aras 1.
|