Perkhidmatan pinjaman/pemulangan ini adalah terhad kepada buku-buku am undang-undang sahaja. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam. Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tempoh yang tercatat di dalam buku. Pelanggan yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sen sehari bagi setiap bahan. Selain dari denda ini, penalti akan dikenakan sebanyak RM5.00 seminggu atau sebahagiannya. Pelanggan dibenarkan memperbaharui pinjaman secara dalam talian melalui Gemilang Web Gateway sebanyak 3 kali sahaja.
Kelayakan meminjam:
Kategori |
Bilangan Buku |
Tempoh |
Kakitangan Akademik / Pegawai Universiti / Tutor |
25 |
30 hari |
Pensyarah Sambilan / Tutor Sambilan / Profesor Pelawat |
10 |
30 hari |
Skim Khidmat Sementara / Pembantu Penyelidik / Jurutunjuk |
3 |
14 hari |
Pasca Siswazah |
7 |
14 hari |
Pra Siswazah |
3 |
7 hari |
Kakitangan Sokongan |
2 |
7 hari |
Ahli Korporat (maksima 10 orang) |
2 |
14 hari |
Pinjaman Bahan Tanda Merah
Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam selama dua jam sahaja. Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekiranya tiada tempahan oleh pelanggan lain. Peminjam yang lewat memulangkannya akan dikenakan denda sebanyak 50 sen sejam atau sebahagiannya. Perkhidmatan pinjaman bermalam adalah seperti berikut:
Semasa Sesi |
Isnin-Jumaat |
4.00 petang - 9.45 malam |
Sabtu |
2.00 petang - 4.00 petang |
Ahad |
2.00 petang - 4.00 petang |
Cuti Antara Semester |
Isnin-Jumaat |
2.00 petang - 4.00 petang |
Sabtu |
2.00 petang - 4.00 petang |