Assalamualaikum,
Saya ada membaca berkenaan filem/kamera yang menggunakan Advanced Photo
System (APS). Setakat yang saya tahu APS menggunakan filem 24mm atau juga
dipangggil IX240. Ianya masih dikira baru berbanding dengan kebanyakkan
filem yang biasa digunakan iaitu jenis 35mm.
Soalan saya:
1.Bagaimana dengan kualiti gambar yang dihasilkan berbanding filem 35mm.
2.Bagaimana dengan harga filem serta harga pemprosesan filem IX240 ini.
Adakah akan wujud masalah mencari tempat/lab untuk memcuci filem di KL.
3.Kebaikan dan keburukan APS.
4.Apakah pandangan saudara tentang masa depan APS?
Advanced Photo
System (APS) merupakan revolusi kepada kamera /filem 135. Cuma bezanya
menggunakan kameranya tersendiri.
Setakat ini
cuma di keluarkan dalam format 24mm. Format ini mengingatkan kita pada
filem 110 mm pada zaman 80an.
Bezanya filem
ini boleh menyimpan rakaman dalam kotaknya dan boleh menyimpan dalam format
contact print.
Tentang kualiti
tidak banyak berdeza kerana format 24mm agak baik dan hampir menyamai
format 35mm. Kos pemerosesannya sama dan harganya antara 30 sen ke 70
sen.. Kos sekotak film APS hampir sama dengan film biasa.
Saya tidak
mahu meramal tentang masa depannya kerana masa depan ini bergantung pada
permintaan di pasaran. Tapi di Jepun menurut seorang rakan, pasarannya
agak baik. Untuk memproses filemnya tidak menjadi masalah kerana kebanyakan
kedai di sekitar KL ada membuat kerja-kerja tersebut.
Kebaikan APS
boleh merekodkan memori dalam bentuk print. Cuma jika di besarkan ke format
11R atau lebih besar agak kurang baik mutunya.