BAHAN TERMAJU

(ADVANCED MATERIALS)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dr Roslan Abd Shukor

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

http://fizik2000.tripod.com/nota2000.htm


 
 





 


PENGENALAN KEPADA BAHAN



Bahan - boleh dibahagikan kepada dua kumpulan

(i) bahan semulajadi

termasuklah batu, kayu, dan jut yang digunakan terus dari alam semulajadi

(ii) bahan ekstrak

seperti plastik, aloi dan seramik dihasilkan dengan memproses berbagai jenis bahan semulajadi
 
 

Pihak industri menentukan bahan mana yang patut digunakan untuk sesuatu produk dengan mengenalpasti sifat sesuatu bahan.
 
 
 
 

Umpamanya kayu digunakan untuk membuat bot kerana ketumpatannya yang rendah (jisim per unit isipadu). Keluli tahan karat (stainless steel) digunakan sebagai periuk kerana ia tahan panas dan karat.

Bahan termaju adalah bahan yang digunakan dalam teknologi tinggi pada masa ini dan juga masa akan datang.


Sains Bahan (Materials Science)

Fizik Bahan dan Kimia Bahan

(Materials Physics and Materials Chemistry)

Bidang kajian mengenai bagaimana struktur bahan berkait dengan sifat-sifat bahan. Memerlukan banyak uji kaji. Umpamanya saintis bahan mengubah mikrostruktur bahan dan mengkaji bagaimana ini mempengaruhi sifat bahan
 
 

Kejuruteraan Bahan

(Materials Engineering)

Kajian untuk membangunkan bahan supaya boleh dijadikan produk yang berguna dan dikomersilkan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 


STRUKTUR BAHAN

Sifat bahan boleh dikaitkan dengan strukturnya

Strukur bahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap
 
 

(i) Makrostruktur

Dengan ukuran meter, sentimeter dan milimeter dsb.


 
 
 
 
 



 

(ii) Mikrostruktur

berukuran lebih kurang 10-6 m (mikron) atau beberapa mikrometer (mm)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


(iii) Substruktur/Struktur Hablur



1 Å (Angstrom) atau (10-10 m)






Struktur superkonduktor suhu tinggi Y-Ba-Cu-O

Bahan yang tidak mempunyai struktur yang teratur dikenali sebagai bahan amorfus.


(iv) Atom

1 Å, (10-10 m)


 
 



 
 

(v) Subatom

kurang daripada 10-14 m (1 Fermi)
 
 


 
 







SIFAT-SIFAT BAHAN

Sifat-sifat bahan boleh dibahagi mengikut fungsinya:

(i) Mekanik

(ii) Kimia

(iii) Elektrik

(iv) Terma

(v) Optik
 



 

Sifat Mekanik -

Sifat mekanik penting dalam berbagai jenis objek dan struktur - jambatan, bangunan, kerusi dan sebagainya. Beberapa sifat mekanik yang penting ialah:

(i) kekakuan (stiffness) - mengukur bagaimana bahan membengkok apabila daya dikenakan.

(ii) tegasan alah (yield stress) - daya per unit luas yang diperlukan untuk menukar bentuk bahan secara tetap.

(iii) keliatan (toughness) - mengukur rintangan bahan terhadap pecahan.

(iv) kekuatan (strength) - daya maksimum sebelum sesuatu bahan patah.

(v) rayapan (creep) - rintangan bahan terhadap perubahan daya yang berterusan. Contoh kipas enjin jet yang beroperasi pada suhu tinggi.

(vi) lesu (fatigue) - rintangan bahan terhadap daya yang dikenakan berulang kali. Contoh apabila gear berputar, daya dikenakan secara berulang terhadap gigi gear.
 
 

Sifat Kimia -

Termasuk sifat katalisis dan rintangan terhadap kakisan.
 
 


Sifat Elektrik -

penting bagi produk yang direka bentuk untuk mengalirkan atau menyekat pengaliran arus elektrik. Rintangan elektrik (unit ohm) merupakan ukuran tenaga yang hilang apabila arus mengalir melalui sesuatu bahan.

Kekuatan Dielektrik memberikan kesan medan elektrik terhadap bahan. Ia digunakan untuk menilai ketahanan bahan bertindak sebagai penebat.
 
 



 
 

Sifat Magnet -

kesan medan magnet terhadap bahan. Kerentanan magnet merupakan ukuran bagaimana sesuatu bahan itu boleh dimagnetkan apabila medan magnet luar dikenakan ke atas bahan. Bahan feromagnet ialah bahan yang mengekalkan medan manget di dalamnya setelah medan magnet luaran dihentikan.


Sifat Terma -

kesan haba terhadap bahan. Kekonduksian terma merupakan ukuran kebolehan sesuatu bahan mengalirkan haba. Haba muatan merupakan ukuran kebolehan sesuatu bahan menyimpan haba. Sifat ini penting dalam bahan penebat haba.

Koefisyen kembangan haba memberikan pemanjangan bahan apabila haba dikenakan.
 
 
 
 
 
 
 
 


Sifat Optik -

merupakan sambutan bahan terhadap cahaya. Indeks biasan merupakan darjah sesuatu bahan menukar arah satu bim cahaya yang melaluinya.
 
 


BAHAN EKSTRAK

Bahan ekstrak dihasilkan melalui proses yang menggunakan banyak tenaga atau proses yang mengubah mikrostruktur bahan. Bahan ekstrak termasuklah:

Seramik

Logam dan aloi

Polimer (Plastik dan Getah)

Komposit

Semikonduktor

Superkonduktor

Bahan Magnet
 



 


Seramik

(Greek Keramikos)

- bahan seperi bata, simen, kaca dan porselin. Bahan ini dibuat daripada silikat, tanah liat, silika dan lain-lain lagi.

- seramik mempunyai sifat-sifat yang berguna. Pendedahan kepada asid, garam dan air tidak mengakiskan seramik. Ini menjadikannya sesuai sebagai pinggan mangkuk. Bata dan konkrit digunakan sebagai bahan bangunan kerana sifat mekaniknya yang baik dan murah. Kekuatan dielektrik yang tinggi menjadikannya sesuai sebagai penebat.
 
 
 
 

- seramik dibuat daripada silikat, tanah liat, silika dan lain-lain lagi. CaF2, MgO, NaCl, Al2O3, SiO (silika), Si3N4, ZnS dan SiC - sekurang-kurangnya 2 unsur.

- pendedahan kepada asid, garam dan air tidak mengakiskan seramik. Ini menjadikannya sesuai sebagai pinggan mangkuk. Bata dan konkrit digunakan sebagai bahan bangunan kerana sifat mekaniknya yang baik dan murah.

- kekuatan dielektrik yang tinggi menjadikannya sesuai sebagai penebat.

- pada tahun 1986 bahan seramik juga menunjukkan sifat kesuperkonduksian iaitu boleh mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan.
 



 


Tindak Balas Keadaan Pepejal

Bahan seramik/aloi boleh disediakan dengan tindak balas keadaan pepejal.

Bahan permulaan yang terdiri daripada serbuk dipanaskan pada suhu yang tinggi.

Secara mikroskopik setiap butiran boleh mempunyai diameter beberapa mikron dan setiap satunya mempunyai beberapa ribu unit sel.



 
 
 
 

Sempadan butiran merupakan penghalang kepada tindak balas. Proses yang pertama dalam dalam peralihan fasa ialah penukleusan - pembentukan zarah halus fasa baru. Tahap kedua ialah pertumbuhan - nukleus menjadi bertambah besar dalam dalam proses ini sebahagian daripada bahan pendahuluan (induk) hilang.

Kadar peralihan selalu disebut sebagai kinetik peralihan Pecahan peralihan boleh diberikan sebagai

y = 1 - eksp (-ktn)

dengan k dan n ialah pemalar yang bersandarkan masa. Persamaan ini dikenali sebagai persamaan Avrami



 



Logam dan Aloi

Pada hari ini logam merupakan bahan yang penting dalam pembinaan dan pembuatan (manufacturing). Logam merupakan pengkonduksi elektrik dan haba yang baik.

Kebanyakan logam tidak digunakan dalam bentuk tulen kerana lembut. Ia selalu digunakan dalam bentuk aloi iaitu campuran logam-logam.

Hanya kuprum sahaja yang digunakan dalam bentuk tulen iaitu sebagai pengkonduksi elektrik. Argentum (Perak) merupakan pengkonduksi yang lebih baik tetapi tidak selalu digunakan kerana harganya yang mahal.

Besi dan keluli merupakan logam yang biasa untuk pembinaan. Keluli ialah aloi besi dan karbon.
 
 

Unsur lain memberikan keluli sifat yang berlainan.

Keluli kalis karat dengan 12 % kromium mempunyai rintangan kakisan yang lebih baik daripada lain-lain keluli.

Nikel meningkatkan kekerasan keluli.

Tungsten menjadikan keluli tahan haba.


Polimer (Plastik dan Getah)

Plastik ialah bahan sintetik yang terdiri daripada rantai molekul yang panjang dikenali sebagai polimer. Dua jenis plastik: i) termoet dan ii) termoplastik

i) Termoset boleh dipanaskan hanya sekali, tidak boleh dicairkan semula. Tahan haba tinggi dan digunakan sebagai penebat elektrik.

ii) Termoplastik boleh dicair dan dibentuk semula. Mudah diproses dan dibentuk. Digunakan untuk membuat botol, telefon dan lain-lain.

Getah terdiri daripad elastomer, iaitu polimer yang apabila ditarik akan kembali ke panjang asalnya. Sifat ini dikenali sebagai kekenyalan (elasticity).
 
 

Penyelidikan terkini dalam bidang polimer ialah

  1. polimer mengkonduksi

  2. (conducting polymer)

  3. polimer menyinar cahaya

  4. (light emitting polymer)
     


     

    POLIMER MENYINAR CAHAYA (LIGHT EMITTING POLYMER)

    Since the first discovery of polymer-based light emitting diodes (LED) in 1990 the interest of the charge transport phenomena in such devices increased rapidly. The efficiency of the injection of electrons and holes plays an important role for the electroluminescence of LED's. The typical structure of an electroluminescence device can be described as an metal-polymer/polymer-semiconductor interface. For the hole injection sputtered indium-tin-oxides (ITO) electrodes on glass substrates are used. The sputtering parameters have an influence of the work function of the ITO-electrode. Characterization include the current-voltage (I-V) characteristics for testing the diode character and capacitance-voltage (C-V) behaviour of different single and multilayer structure.




     

    Komposit

    Bahan pejal yang dihasilkan dengan mengabungkan dua atau lebih bahan.

    Gentian kaca terdiri daripada gentian kaca yang dimasukkan ke dalam matriks polimer. Komposit ini selanjutnya boleh digunakan sebagai bahan komposit seperti plastik diperteguh gentian kaca. Komposit iniselalu digunakan badan kereta.

    Komposit selalunya mempunyai kualiti yang lebih baik daripada bahan asalnya. Plastik diperteguh gentian kaca mempunyai kekakuan seperti kaca tetapi ringan seperti plastik.

    Komposit logam-seramik boleh digunakan sebagai alat memotong (cutting tools).
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     



     
     

    Semikonduktor

    Semikonduktor merupakan konduktor elektrik yang lebih baik daripada penebat tetapi tidak sebaik konduktor logam.

    Industri elektronik hari ini berasaskan semikonduktor silikon.

    Penyelidikan terkini ialah menggunakan galium arsenide (GaAs) kerana beberapa kelebihan.



     
     

    Bahan Magnet



    Berbagai jenis bahan magnet digunakan hari untuk penstoran data, noise supressor dan lain-lain.
     



     


    Laser

    Peranti yang menghasilkan bim cahaya yang sempit dan berkuasa (powerful).

    Menggunakan penyosangan populasi untuk menghasilkan tenaga yang monokromatik

    _______________________ E1

    ----> Cahaya



    _______________________ E0
     
     

    Laser boleh digunakan untuk memotong berlian. Lain-lain kegunaan termasuklah alat audio-video, membaca kod harga barang dan menghantar maklumat.

    Laser boleh juga digunakan untuk memandu peluru berpandu, memulihkan mata yang rosak, mencetak maklumat, dan mengesan pergerakan benua.

    Laser terdiri daripada 3 bahagian:

    (i) sumber tenaga - membekalkan tenaga seperti elektrik atau cahaya

    (ii) medium aktif - bahan tertentu

    (iii) rongga optik - struktur di mana medium aktif disimpan.

    Laser boleh menghasilkan cahaya dalam bentuk selanjar (continuous laser) atau denyut (pulse laser)
     
     
     
     



     
     
     
     

    Terdapat 4 jenis laser

    i) laser keadaan pepejal - rod pepejal sebagai medium aktif seperti YAG (yttrium aluminium garnet). Lampu digunakan untuk pengujaan.
     
     

    Laser Ruby












     
     
     

    ii) laser semikonduktor - juga dikenali sebagai laser diod. Medium aktif yang digunakan termasuklah galium, indium dan arsenik. Pengujaan oleh kuasa elektrik. Saiznya kecil. Pada akhir 1990 an satu perkembangan baru telah dicapai oleh penyelidik di Jepun. Laser biru. Cahaya biru mempunyai panjang gelombang (~ 4000 Å) yang lebih pendek berbanding cahaya merah (~ 6500 Å). Ini bermakna lebih banyak maklumat yang boleh disimpan dalam CD.

    iii) laser dye - bahan organik seperti Rhidamine 6G digunakan sebagai medium. Dye ini dilarutkan ke dalam cecair seperti alkohol. Laser dye mempunyai kelebihan iaitu ia boleh diubah/tala (tunable) - satu laser boleh menghasilkan output monokromatik untuk julat yang besar. Berguna dalam penyelidikan serapan cahaya dengan tenaga yang berlainan oleh bahan.
     
     
     
     
     
     
     
     

  1. laser gas - Menggunakan gas sebagai medium aktif seperti karon dioksida, argon, kripton dan campuran helium dengan neon. Atom gas diuja dengan kuasa elektrik. Laser gas selalu digunakan dalam komunikasi, pembedahan mata dan mencetak (laser printer)
  2. Laser karbon dioksida adalah istimewa kerana ia mempunyai kecekapan 5 - 30 %. Digunakan untuk memotong dan mengimpal logam. Lain-lain laser selalunya mempunyai kecekapan 1 %.

Bahan termaju yang terkini
 
 

- penggunaan dalam komunikasi, sensor, dan perubatan - penggunaan dalam perubatan - penggunaan dalam perubatan dan pengangkutan - penggunaan dalam penstoran data (disket) - penggunaan dalam badan kapalterbang, kulit robot dan lain-lain