PROJEK

Bagi memudahkan para pengguna, kami meyediakan kemudahan mengakses katalog berdasarkan tajuk projek yang telah dibuat oleh para pelajar. Sehingga kini laman ini menyimpan 310 maklumat data mengenai projek yang dibuat. Di antara tajuk-tajuk yang pernah dibuat kajian oleh para pelajar adalah seperti berikut:

a) Projek Askar Melayu
b) Projek Dr. Mohd. Said dan Kepimpinan UMNO Negeri Sembilan
c) Projek Pengumpulan Tradisi Lisan Negeri Sembilan
d) Projek Peristiwa Memali
e) Projek Masyarakat Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan
f) Projek Nasionalis Melayu Kiri dan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM)
g) Projek Peristiwa Zaman Jepun dan BMA
h) Projek Peristiwa Zaman Darurat
i) Projek Gua Musang
j) Projek Biografi
k) Projek atas tajuk pilihan pelajar sendiri

Selain daripada menyimpan kertas perojek di atas, Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga menyimpan tape-tape hasil rakaman para pelajar. Di Makmal/Arkib Sejarah Lisan juga terdapat alat pandang dengar iaitu untuk kegunaan para pelajar dan kakitangan akademik. Tujuannya ialah untuk memudahkan lagi penyelidikan, kajian, dan sebagai bahan pengajaran.


Sebarang maklumat yang terperinci bagi mendapatkan kertas-kertas projek ini, sila hubungi pusat kami.