Teknik > Kaedah Dokumentasi Sejarah Lisan > Masalah Semasa Wawancara Dan Cara Mengatasinya
MASALAH SEMASA WAWANCARA DAN CARA MENGATASINYA
Interviewee Memulakan Wawancara Dengan Membaca Keterangan Yang Sedia Tertulis Dengan Panjang Lebar
Masalah seperti ini sering berlaku di mana interviewee telah menulis dalam bentuk rencana tentang pengalamannya dalam tajuk yang dikaji. Interviewer hendaklah membiarkan interviewee membacaranya seketika dan kemudiannya memberhentikan rakaman dengan cara diplomasi. Apa juga cara yang digunakan jangan sekali-kali menyinggung perasaan interviewee. Mungkin interviewer boleh memberi pujian atas usaha interviewee dan lantas meminta naratif yang ditulis itu untuk dilihat. Sekiranya didapati bahawa naratif berkenaan tidak menepati seperti yang dikehendaki gunakan masa berkenaan untk menjalankan wawancara seperti yang kehendaki. Sebaliknya jika interviewer berpuashati atas naratif yang disediakan oleh interviewee gunakan masa berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut yang telah terdapat.
Interviewee Memberikan Keterangan Yang Terkeluar Dari Tajuk
Interviewer harus tidak tergesa-gesa cuba membawa interviewee keluar dari tajuk. Kadangkala terdapat maklumat-maklumat penting yang mana pandangan interviewee peerlu dijelaskan. Interviewee mungkin tersinggung sekiranya interviewer memberhentikan wawancara berkenaan. Biarkan interviewee meneruskan keterangannya sehingga ia selesai. Bahagian yang tidak berkaitan boleh disunting semasa membuat transkrip nanti. Sekiranya interviewer masih merasakan perlu membawa interviewee kembali kepada tajuk ini hendaklah dilakukan dengan mengemuakan soalan pendek yang menjurus kepada pengakhiran ayat. Dengan demikian akan dapat mengelakkan rasa tersinggung pihak interviewee.
Interviewee Bangun Untuk Mencari Sesuatu Seperti Gambar Dan Sebagainya Semasa Ia Sedang Memberi Keterangan
Jika keadaan seperti ini berlaku, perjalanan wawancara berkenaan terganggu dan mungkin akan menjejaskan sesi berkenaan. Interviewer perlu jangan membiarkan interviewee berbuat demikian. Interviewer perlu tunjukkan sikap ingin melihat objek-objek berkenaan tetapi pada akhir sesi nanti.
Interviewee Memberi Keterangan Yang Kurang Jelas
Sekiranya ini berlaku semasa lima belas minit pertama perjalanan sesi interviewer h endaklah membuat catatan untuk dikemukakan kemudian. Sebaliknya jika ini berlaku selepas masa berkenaan soalan kejelasan boleh dikemukakan ketika berkenaan.
Terdapat Keterangan Interviewee Yang Bertentangan Dengan Sumber Lain
Tindakan interviewer haruslah sama seperti di atas. Soalan boleh diajukan untuk mendapatkan keterangan yang sebenarnya.
Terdapat Tajuk Yang Begitu Berkaitan Dengan Wawancara, Tetapi Tajuk Berkenaan Difikirkan Begitu Sensitif Dan Boleh Menyinggung Perasaan Interviewee. Contohnya Perkaitan Dengan Rasuah
Inverviewer haruslah sabar menunggu sehingga pada akhir sesi kerana seringkali interviewee sendiri yang membangkitkan isu tersebut apabila wawancara itu telah berjalan dengan lama. Sekiranya isu itu masih tidak ditimbulkan interviewer boleh membangkitkan pada masa yang sesuai di mana dirasakan interviewee telah mempunyai keyakinan terhadap interviewer dan ini merasakan perlu menjelaskan peranannya dalam perkara tersebut. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berbentuk ‘indirect’.
Berlaku Situasi Di Mana Pada Ketika Tertentu Interviewee Meminta Pita Rakaman Diberhentikan
Situasi seperti ini sering berlaku kerana interviewee memikirkan bahawa rakaman keterangannya itu boleh meninggalkan kesan negatif sama ada kepada dirinya atau orang lain. Interviewer hendaklah akur kepada kehendak interviewee. Pada bahagian di mana keterangan itu tidak dibenarkan dirakam interviewer hendaklah membuat catatan tertulis tentang apa yang diterangkan oleh interviewee untuk diisi di dlaam kekosongan yang terdapat di dalam rakam.
Interviewee Menanyakan Reaksi Atau Perasaan Interviewer Tentang Sesuatu Tajuk Yang Kontroversi Dibincangkan Dalam Wawancara
Interviewer perlu ingat bahawa tugas yang diusahakan adalah untuk mendapatkan keterangan interviewee tentang apa yang telah dialami atau disaksikannya dalam sesuatu peristiwa sejarah berkenaan. Interviewer boleh melahirkan fahaman terhadap perkara berkenaan akan tetapi haruslah tidak menunjukkan sikap berat sebelah ‘bias’.
Sepatutnyalah Interviewer Berpura-Pura Berkongsi Pendapat Menyetujui Pandangan Atau Pendapat Interviewee Terhadap Sesuatu?
Seorang interviewer tidak perlu bersikap berpura-pura sekadar utnuk menjaga hubungan dengan interviewee. Dengan bersikap demikian interviewer melahirkan imej hipokritikal, manipulatif atau menghampakan. Yang penting bukanlah pandangan atau pendapat interviewer tetapi pengalaman, peranan dan apa yang telah disaksikan oleh interviewee.