Teknik > Kaedah Dokumentasi Sejarah Lisan > Mengatur Wawancara Dengan Baik

MENGATUR WAWANCARA DENGAN BAIK

Kejayaan sesuatu projek dokumentasi bergantung kepada sejauhmana seseorang itu berjaya mendapatkan kerjasama interviewee. Seseorang itu tidak mungkin mudah untuk meruangkan masa memberi keterangan kepada orang yang baru dikenali. Apatah lagi sekiranya perkara yang berkaitan merupakan sesuatu yang sensitif. Untuk mendapatkan keyakinan interviewee bukanlah suatu perkara yang mudah sebab ia berkaitan dengan hubungan manusia. Pada kebiasaannya keyakinan ini memerlukan proses perhubungan yang agak lama, ia juga bergantung kepada kekerapan pertemuan antara dua pihak. Tugas interviewer adalah mewujudkan suasana di aman aia dapat menimbulkan keyakinan interviewee demi untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dalam jangkamasa yang singkat.

Terdapat beberapa kaedah bagi mendapatkan kerjasama interviewee, cara mana yang sesuai adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan pertimbangan interviewer. Dari kajian yang dibuat keyakinan berkenaan dapat diwujudkan melalui seseorang yang dikenali oleh interviewee. Perkenalan melalui orang tengah berkenaan lebih memudahkan tugas seseorang interviewer. Dalam keadaan tertentu orang kedua ini merupakan insuran kepada pihak interviewee baginya menaruh kepercayaan. Tidak semua orang mahu memberikan kerjasama mereka untuk menjadi interviewee namun demikian melalui orang yang dikenalinya itu interviewee akhirnya mahu memberikan kerjasama yang diperlukan. Maka itu dalam mengatur pertemuan dengan interviewee sebaiknya adalah melalui seorang yang dikenali mungkin seorang kawan lama, anggota keluarganya atau melalui seorang yang berpengaruh di dalam kawasan yang berkaitan. Peranan orang kedua itu bukan saja akan menyenangkan tugas interviewee bahkan antara faktor yang akan menentukan darjah kerjasama yang diperolehi.

Pengalaman penulis dalam beberapa situasi yang berkaitan menjelaskan keterangan berkenaan. Dalam situasi yang pertama penulis adalah interviewer dalam projek Asian American Exprience in California dilaksanakan dalam tahuna 1980. Interviewee ialah seorang lelaki tua keturtunan imigran Cina. Interviewee diminta mengkisahkan tentang pengalamannya sebagai pendudukan Asian American. Interviewee enggan diwawancara semasa dihubungi. Namun dengan kerjasama seorang pegawai perpusatakaan juga seorang anggota komuniti Asian American tempatan interviewee akhirnya mahu diwawancara walaupun dengan syarat supaya wawancara berkenaan tidak dirakamkan.

Dalam situasi kedua, semasa di England penulis mendapat kerjasama sepenuhnya dari interviewee Colonel Roberts seorang bekas pegawai Gurkha Rifes melalui seorang kenalan lama interviewee juga seorang bekas pegawai tentera yang secara kebetulan bersama menuntut dengan penulis. Walaupun interviewee berkemungkinan memberikan kerjasama tanpa melalui orang kedua namun peranan orang kedua berkenaan menghasilkan kerjasama yang lebih dari jangkaan.

Situasi ketiga ialah pengalaman dalam Projek Sejarah Lisan Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya. Melalui kenalan penduduk tempatan di Temerloh penulis telah diperkenalkan kepada seorang bekas anggota yang aktif yang kemudiannya menjadi penghubung kepada interviewee lain. Kejayaan projek ini sebahagian besarnya adalah peranan orang kedua yang membolehkan interviewer mendpaat kerjasama sebilangan besar interviewee yang terdiri daripada bekas anggota Rejimen berkenaan.

Seandainya tiada perkhidmatan orang kedua yang boleh didapati maka seorang interviewer itu perlu mengadakan perhubungan secara sendiri. Langkah pertama adalah menghubungi melalui surat rasmi atau melalui telefon atau juga mengadakan pertemuan terus. Perlu dijelaskan kepadanya tentang projek yang dikaji, tentang kepentingannya dan tentang minat interviewer terhadap kenangan kembali interviewee terhadap peristiwa yang telah dilalui atau yang telah disaksikannya. Interviewee hendaklah juga menerangkan kepadanya bagaimana dokumentasi akan dilakukan khasnya tentang penggunaan alat pita perakam. Interviewer harus jgua tidak menjanjikan untuk menghantar salinan soalan wawancara kepada interviewee.

Ada baiknya jika boleh mengadakan pra pertemuan dengan interviewee. Pertemuan ini akan memberikan maklumat yang berguna dan akan membantu kedua-dua pihak membuat persediaan yang diperlukan. Pertemuan ini penting bagi membolehkan interviewer membuat pemerhatian ke atas interviewee serta melihat keadaan suasana supaya mendapat gambaran sesi wawancara yang akan dijalankan. Seperkara yagn perlu diingat semasa pera pertemuan itu ialah mengelakkan dari mengadakan perbicangan tentang perkara yang dikaji. Lazimnya interviewee akan mula memberi penerangan dengan panjang lebar sekrianya interviewer tidak mengalih pandangan interviewee. Sekiranya ini berlaku interviewee tidak akan mengulangi lagi keterangan berkenaan dengan mendalam semasa sesi rakaman dibuat kerana pada pendapatnya itu suatu ulangan saja. Pra pertemuan ini sebaiknya berlangsung seminggu sebelum sesi pengdokumentasian berlaku. Pentingnya pra pertemuan ini juga adalah untuk mewujudkan ‘rapport’ yang merupakan kunci kepada sejauhmana kerjasama yang akan diberikan oleh interviewee dalam menjayakan projek dokuentasi sejarah lisan itu. Pada kebiasaannya kerjasama berkenaan menjadi semakin baik apabila perhubungan semakin kerap dan semakin erat. Dari pengalaman membimbing pelajar membuat projek dokumentasi “Sejarah Lisan Peristiwa Memali” interviewer yang tinggal beberapa hari bersama anggota masyarakat yagn terlibat dapat menghasilkan dokumen lisan yang jauh lebih baik dari interviewer yang hanya berpeluang bertemu dengan interviewee sepanjang dua sesi wawancara. Walaupun banyak faktor yang menentukan sesuatu kejayaan projek dokumentasi sejarah lisan itu namun ‘rapport’ yang dapat diwujudkan itu adalah pengukuh kepada kerjasama interviewee yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek dokumentasi yang dijalankan.