Teknik > Kaedah Dokumentasi Sejarah Lisan > Persediaan Yang Baik Untuk Wawancara

PERSEDIAAN YANG BAIK UNTUK WAWANCARA

Berjaya atau gagalnya sesuatu projek dokumentasi sejarah lisan itu akan ditentukan oleh persediaan yang dibuat:

Penyelidikan Latarbelakang

Dalam apa jua projek sejarah lisan penyelidikan awal ini adalah merupakan langkah yang terpenting. Interviewer perlu mendapatkan maklumat yang sebanyak mungkin berhubung dengan perkara dan peristiwa yang dikaji. Interviewer harus mengetahui paling tidak secara umum tentang peranan interviewee dalam peristiwa perkara yang dikaji di samping rangka umum tentang kehidupan dan masa yang dilaluinya.

Pengkaji perlu mengumpulkan keterangan yang sebanyak mungkin melalui penelitian ke atas sumber tertulis yang terdapatg seperti buku, makalah, laporan akhbar, latihan ilmiah dan juga dokumen rasmi seperti rekod kerajaan, pertubuhan, surat-surat dan sebagainya. Selain itu, keterangan gambar, filem, slide, bahan objek dan juga keterangan lisan yang releven adalah juga merupakan sumber maklumat yang penting.

Penyelidikan latarbelakang ini mempunyai tiga fungsi yang penting. Pertama dari keterangan yang diperolehi interviewer akan dapat menyediakan panduan wawancara yang baik dan lebih tersusun.

Kedua, ia berfungsi untuk mengenalpasti prioriti intervewee yang akan dipilih. Dengan ini interviewee yang dipilih itu benar-benar terlibat samaada sebagai pelaku atau sebagai saksimata kepada peristiwa yang dikaji.

Ketiga, maklumat dari penyelidikan berkenaan akan membantu interviewer menilai keterangan interviewee samada interviewee memberikan keterangan secara jujur atau tidak. Di samping itu, dengan pengetahuan dari penyelidikan yang dibuat akan dapat menghidupkan lagi pengkisahan atau wawancara yang dijalankan. Seseorang yang telah menjalankan penyelidikan latarbelakang akan dapat memandu interviewee dalam menjaga kronologi dan membantu interviewee semasa ia menghadapi masalah kelupaan dan secara langsung lebih menghidupkan sesi wawancara itu sendiri.

Kegagalan sesuatu projek dokumentasi itu adalah kerana interviewer tidak membuat penyelidikan yang mendalam. Interviewer tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang peristiwa atau tokoh yang dikaji. Tanpa pengetahuan berkenaan ia gagal memandu interviewee dalam memberi keterangan kerana interviewee sendiri tidak tahu apa yang dikehendaki darinya.

Penyelidikan Panduan Wawancara

Seperti juga penulisan sejarah dokumentasi sejarah lisan perlu dibuat mengikut urutan kronologi peristiwa. Berasaskan kepada penyelidikan latarbelakang yang dibuat interviewer harus menyediakan rangka panduan berbentuk tajuk-tajuk utama dan tajuk-tajuk kecil yang akan merupakan panduan utnuk wawancara atau pengkisahan itu. Rangka panduan ini harus tidak dalam bentuk soalan semada soalan panjang atau pendek tetapi merupakan garis kasar yang akan digunakan oleh intervewer bagi memandu interviewee seperti yang dikehendaki. Rangka pandauan ini juga disediakan dengan ruang-ruang kosong untuk kegunaan interveriwer apabila terdapa tajuk-tajuk yang timbul semasa pengkisahan interviewee. Namun demikian, interviewer mestilah juga bersedia untuk meninggalkan tajuk-tajuk panduan berkenaan sekiranya perlu bagi mengelakkan ulangan dan sebagainya.