KAEDAH DOKUMENTASI SEJARAH LISAN

Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari keterangan proto, keterangan saksimata atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau transkrip. Tugas interviewer adalah membantu seseorang itu membuat penuturan dan analisis yang sebaik mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang dikaji. Objektif ini boleh dicapai melalui lima langkah utama:

a) Mengatur wawancara dengan baik
b) Persediaan yang baik untuk wawancara
c) Merakamkan wawancara dengan baik
d) Menggunakan teknik wawancara yang baik
e) Memproses rakaman mengikut kaedah yang tertentu.