Laman utama
Latar belakang
Objektif
Pertandingan Penyelidikan
     Garispanduan
     Borang penyertaan
     Borang tempahan booth
Tema
Tarikh penting
Yuran
Penginapan
Borang Penyertaan Seminar
Brosur
Aturcara
Hubungi kami
English Version








 

 

 

 

 

 

 


Kemaskini:
12/5/09 12:48 PM

Garispanduan Pameran Pertandingan Penyelidikan Pendidikan


Klik di sini untuk dapatkan garispanduan dalam format pdf

Syarat Kelayakan

  • Hanya penyelidik/ahli akademik yang sedang/telah berkhidmat dengan mana-mana institusi pendidikan di Filipina, Thailand, Brunei, Singapura, Indonesi dan Malaysia layak mengambil bahagian.
  • Tidak ada had kepada bilangan penyelidik/ahli akademik daripada institusi yang sama untuk menyerahkan kertas kerja/bahan pameran.
  • Bahan pameran mestilah hak cipta sendiri yang ditulis/dibangunkan oleh penulis/pencipta. Bahan pameran juga tidak dikecualikan daripada digunakan bagi pertandingan lain; namun ia masih belum dicetak atau dihak cipta.
  • Bahan pameran yang tidak disediakan mengikut garispanduan serta tidak diterima pada/sebelum tarikh tutup tidak akan dinilai. Semua kertas kerja mengenai bahan pameran/ciptaan  mesti tiba pada/sebelum 31 Januari 2009.

Garispanduan /Peraturan Penyediaan Bahan Pameran/Ciptaan

  1. Bentuk bahan pameran/ciptaan:  
  • Poster (20 X 30 inci)
  • Prototaip
  • Model
  • Plan/Lukisan/Gambar
  • Kertas kerja (tidak melebihi 5 mukasurat yang ditampalkan pada kertas ukuran poster)
  1. Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan dan borang tempahan petak ialah 31 Januari 2009 secara email kepada Urusetia di alamat lena@ukm.my atau hya@ukm.my
  1. Semua bentuk penyertaan pameran mestilah menghantar maklumat ringkas yang menerangkan tentang bahan pameran/ciptaan dalam bentuk kertas kerja. Kertas kerja mestilah menepati garispanduan berikut:
  • tidak melebihi 5 mukasurat
  • Fon Times Roman – saiz 12
  • jidar keliling 1 inci (2.5cm) keliling            
  • selang satu
  • sertakan senarai isi kandungan
  • carta/graf mestilah dimasukkan di dalam teks  di mana bahan pameran dinyatakan
  • carta/graf mestilah mestilah dibentuk,diformat dan dimasukkan di dalam dokumen dalam bentuk ‘style’ – mengambil terus serta memindahkannya daripada output statistik adalah tidak memuaskan
  • ditulis dalam Bahasa Melay/Bahasa Inggeris
  • rujukan bagi semua data atau bahan mestilah dibuat dengan betul; lihat garispanduan Citing Electronic Data Files; lihat American Psychological Association Bilbiographic Style, 5th Edition (PDF 128K) atau MLA Bibliographic Style, 5th Edition, 2001 (PDF 116K) sebagai panduan cara menulis rujukan.
  • Abstrak tidak melebihi 150 patah perkataan disertakan pada mukasurat yang berasingan.
  • Mukasurat tajuk mesti mengandungi :

                     Nama penulis:
                     Alamat email:
                     Nombor talipon
                     Nama institusi
                     Tajuk bahan pameran/ciptaan
                     Bentuk pameran

  1. Kertas kerja (penerangan bahan pameran/ciptaan) ini hendaklah dihantar secara elektronik beserta kebenaran percetakan  DOC68K yang boleh diperolehi di  www.ukm.my.sps/2009  dalam satu email kepada alamat berikut:

                    Urusetia
                    Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara 2008
                    Fakulti pendidikan
                    Universiti Kebangsaan Malaysia
                    43600 UKM Bangi
                    Selangor Darul Ehsan

                    No Tel             :           03-89216236 / 6241/ 6338
                    No Faks           :           03-89254372
                    e-mel               :           lena@ukm.my atau hya@ukm.my

  1. Penghantaran secara elektronik mesti diterima menjelang 12 malam Waktu Pasifik, 1 MEI 2009.
  1. Satu pengesahan penerimaan kertas kerja dan kebenaran percetakan akan dihantar kepada alamat email penulis seperti di dalam borang.
  • Penyelidik/ahli akademik yang bahan pameran/ciptaannya diterima untuk Pameran ini  (kecuali yang berbentuk kertas kerja dan poster) perlu menyediakan poster yang menerangkan kajian tentang bahan pameran/ciptaan tersebut untuk diletakkan berhampiran bahan pameran/ciptaan.
  1. Untuk maklumat dan pertanyaan, sila hubungi lena@ukm.my or hya@ukm.my
  • Selepas penyampaian hadiah pemenang, jawatankuasa hanya akan  menyimpan salinan elektronik. Kertas pemenang serta borang permohonan/kebenaran percetakan. Bahan lain tidak akan disimpan.

Pengadilan

  • Panel pengadil terdiri daripada ahli institusi pendidikan atau gabungan. Bilanagan pengadil akan bergantung kepada bilangan penyertaan
  • Panel akan menilai semua kertas kerja penerangan bahan pameran/ciptaan tanpa mengetahui penulis; iaitu nama penulis dan institusi tidak akan dimaklumkan kepada pengadil semasa proses penilaian.
  • Pengadil akan menggunakan kriteria penulisan sarjana termasuk pembentukan tesis dan tujuan kertas kerja, perbincangan dan perkaitan serta kesimpulan.

.
Kemudahan

Jawatankuasa akan menyediakan sebuah meja (1m X 2m), 2 buah kerusi dan papan poster. Peserta adalah bertanggungjawab terhadap komputer, LCD dan flip charts jika diperlukan.