CONTOH BAB4

 

Seorang penyelidik mendapat aduan daripada nelayan-nelayan yang ikan tilapia ditangkap di bahagian hilir di sebuah sungai, di mana diketahui sebuah kilang beroperasi sekian lama, bersaiz kecil, berbanding di bahagian hulu sungai.

 

Hipotesis penyelidik berkenaan untuk menerangkan fakta berkenaan adalah pencemeran dari kilang berkenaan membantutkan pertumbuhan/perkembangan ikan di bahagian hilir sungai.

 

Untuk membuktikan kesahihan hipotesis ini, ia perlu diselidik dan diuji. Hipotesis seperti ini dipanggil Hipotesis Eksperimen atau Hipotesis Alternatif.

 

Bagaimanapun, penyelidik menyedari ada kemungkinan lain yg boleh menerangkan fakta yg ada; spt.  nelayan tidak bernasib baik hanya memperolehi tangkapan sedemikian & bahan buangan drp kilang berkenaan tiada kesan terhadap tumbesaran ikan.

 

Hipotesis bertentangan seperti ini boleh dinyatakan & diuji seperti berikut:

 

          Hipotesis Nol: Bahan buangan drp kilang tidak mempengaruhi tumbesaran ikan.

 

          Hipotesis Alternatif: Bahan buangan membantutkan tumbesaran ikan.

 

 

Untuk menentukan kesahihan hipotesis ini, persampelan secara rambang dibuat. 20 ikan tilapia ditangkap di setiap bahagian 1 km di hulu dan hilir kilang tersebut (Sampel A (20 ekor) di hulu dan sampel B (20 ekor) di hilir).

 

Daripada rekod yang ada pada pihak berkuasa, min berat bagi populasi ikan tilapia di sungai berkenaan adalah 270g.

 

Jika hipotesis nol betul:

 

Tiada perbezaan antara min berat ikan tilapia di hulu dan hilir kilang tersebut.

Kedua sampel datang/diambil dari populasi yg sama. Bagaimanapun min sampel berubah kerana berat individu berubah.

Di bawah hipotesis nol, 2 sampel berkenaan adalah dua daripada kemungkinan berikut:

 

 

 

Berikut adalah beberapa kombinasi mungkin bagi 2 sampel berkenaan:

 

 

 

 

Jika min sampel A & B tidak banyak berbeza, keadaan (a), (b), & (c) mungkin berlaku.

 

 

Jika hipotesis alternatif betul:

 

Jika min sampel A & B banyak berbeza  (d), dan jika diandaikan hanya 5% kebarangkalian untuk keadaan seperti ini, maka hipotesis alternatif mungkin betul.

 

 

 

Jika demikian kita tolak hipotesis nol dan terima hipotesis alternatif.

Kita katakan sampel A dan B berbeza secara bererti pada paras 5% atau terdapat perbezaan bererti antara dua sampel pada paras 5%.

Kb kedua-dua sampel datang dari populasi sama hanya 0.05 atau 5%.