Latihan BAB6
Bagi
soalan-soalan berikut, gunakan ujian-ujian takberparameter (Ujian Mann-Whitney,
Ujian Wilcoxon atau Ujian χ2 ) yang sesuai:
1.
Sejenis
racun serangga yang baru dicipta. Untuk menguji keberkesanan racun ini, ia
disemburkan kepada 7 plot tanaman jagung dan sebagai perbandingan 8 plot
tanaman jagung yang tidak disemburi digunakan sebagai kawalan. Data di atas
adalah bilangan pohon gandum per meter barisan plot yang musnah oleh serangga.
|
|
|
Bilangan |
Pohon |
Gandum |
Per |
Meter |
Rosak |
|
|
Tanpa Racun |
6.2 |
8.5 |
12.3 |
13.2 |
14.1 |
15.8 |
19.4 |
21.0 |
|
Dengan Racun |
3.9 |
8.4 |
9.1 |
11.8 |
12.4 |
14.9 |
18.2 |
|
Penyelidik berminat menguji hipotesis yang racun serangga tersebut berkesan
mengawal kerosakan tanaman jagung akibat serangan serangga.
a)
Nyatakan
jenis pengujian yang sesuai dengan menyatakan rasional kesesuaian kaedah ini.
b)
Buat pengujian
hipotesis di atas serta berikan kesimpulan.
2.
Data berikut
adalah tempoh kitaran respirasi bagi 8 tikus sebelum dan selepas satu proses ‘vagotomy’
(severing of the vagus nerve) .
|
|
|
|
|
Tikus |
|
|
|
|
|
|
A |
B |
C |
D |
E |
F |
G |
H |
|
Sebelum
(saat) |
1.22 |
1.29 |
1.41 |
1.48 |
1.56 |
1.63 |
1.73 |
1.90 |
|
Selepas
(saat) |
1.20 |
1.57 |
1.64 |
1.82 |
2.10 |
2.29 |
2.47 |
2.93 |
Penyelidik berminat sama ada proses ‘vagotomy’ mempengaruhi tempoh kitaran
respirasi tikus.
a)
Cadangkan
jenis pengujian yang sesuai serta rasional kesesuaian kaedah ini.
b)
Buat
pengujian hipotesis di atas serta berikan kesimpulan.
3.
Jadual
berikut adalah data mengenai bilangan anak-anak yang sama ada menghidapi
penyakit ‘congenital cataract’ atau tidak di mana ibu-ibu mereka sama ada
menghidapi rubella atau tidak semasa mengandung.
|
|
Ibu Menghidap
Rubella |
Ibu Tidak
menghidap Rubella |
|
Anak Menghidap
‘congenital cataract’ |
14 |
6 |
|
Anak Tidak Menghidap
‘congenital cataract’ |
10 |
15 |
Penyelidik berminat mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara bilangan
kejadian penyakit ‘congenital cataract’ pada anak-anak yang mempunyai
ibu menghidapi rubella atau tidak semasa mengandung.
a)
Pilih jenis
pengujian yang sesuai serta rasional kesesuaian kaedah ini.
b)
Buat
pengujian di atas serta berikan kesimpulan.