LATIHAN BAB1
1. Seorang penyelidik ingin membuktikan Baja A lebih berkesan dalam meningkatkan hasil kelapa sawit berbanding baja konvensional yang digunakan. Beliau memilih 20 pohon kelapa sawit untuk digunakan dengan 10 dibaja dengan baja A dan bakinya dengan baja konvensional. Selepas satu tempoh, penuaian dibuat dan berat satu tandan buah ditimbang dan direkodkan.
(a) Apakah pembolehubah yang terlibat? Adakah ia selanjar atau diskrit.
(b) Apakah populasi & sampel yang terlibat
(c) Adakah data yang diperolehi merupakan data pengukuran, nominal atau ordinal.
(d) Adakah kajian seperti ini kajian secara pemerhatian atau secara eksperimen.
2. Bilangan bakteria dalam 1 sm3 susu dari 3 ekor lembu dikira pada 3 ketika yang berlainan.
|
No. Lembu |
Semasa susu diperah |
24 Jam selepas |
48 Selepas |
|
1 |
12,000 |
14,000 |
57,000 |
|
2 |
13,000 |
20,000 |
65,000 |
|
3 |
21,500 |
31,000 |
106,000 |
(a) Apakah pembolehubah yang terlibat? Adakah ia selanjar atau diskrit.
(b) Apakah populasi & sampel yang terlibat
(c) Adakah data yang diperolehi merupakan data pengukuran, nominal atau ordinal.
(d) Adakah kajian seperti ini kajian secara pemerhatian atau secara eksperimen.
3. Seorang pelajar sarjana UKM dalam bidang ekologi membuat kajian transek altitud mamalia kecil (non-volan) di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor. Dalam kajian ini pelajar berkenaan berminat menentukan bilangan tangkapan tikus di beberapa altitud dan juga melihat keberkesanan beberapa umpan yang digunakan dalam perangkap di setiap altitud.