header terjemah my

Jurnal Terjemahan

Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu (ISSN 2180-043X) diterbitkan dua kali setahun sehingga Disember 2012. Ia menerbitkan terjemahan makalah, bab dalam buku dan kertas kerja seminar pelbagai bidang ilmu yang sudah diterbitkan dari bahasa lain ke dalam bahasa Malaysia. Jurnal terjemahan ini adalah yang pertama di negara ini. Penerbitannya bukan sahaja mengisi kekosongan itu, tetapi juga membantu memperbanyakan korpus ilmu yang boleh dirujuk dalam bahasa Malaysia, sebagai bahasa ilmu. Harapan kami adalah jurnal terjemahan ini akan terus menjadi labuhan penting terkumpulnya karya terjemahan daripada sebanyak mungkin sarjana dari sebanyak mungkin bahasa dalam pelbagai bidang ilmu.
Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Telefon: +6038921 5280/4737
Faks: +6038925 4698
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

000049826
Hari Ini
7