header terjemah my

Panduan Untuk Penterjemah

 

Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu diterbitkan dua kali setahun. Memandangkan kami cuma menerima karya terjemahan yang belum diterbitkan, sila pastikan sumbangan anda belum lagi diserahkan untuk pertimbangan penerbitan di tempat lain. Kami tidak akan menilai dan menyunting sumbangan anda jika tidak disertai kenyataan ini.

Hanya sumbangan dalam bentuk digital dialu-alukan. Pastikan di halaman pertama manuskrip anda sudah dinyatakan judul terjemahan, nama penulis asal, dan di halaman terakhir manuskrip anda itu pula mempunyai maklumat tentang nama penterjemah, nama institusi tempat anda kerja, alamat pos anda lengkap dengan poskod, alamat emel anda, dan juga maklumat bibliografi yang penuh tentang karya asal (sama ada judul buku, makalah jurnal atau kertas seminar), tarikh dan tempat penerbitannya dan juga muka surat pertama dan akhir karya yang berkenaan.

Hantarlah sumbangan anda dalam Microsoft Word® melalui emel kepada sama ada Pengarah ATMA di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ataupun Ding Choo Ming di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Semasa manuskrip anda diproses penerbitan, sila maklumkan kepada Editor sekiranya terdapat perubahan alamat pos dan emel anda.

Makalah yang melebihi 20 halaman mungkin akan dipecahkan penerbitannya dalam isu yang berikut. Editor Jurnal ini berhak untuk mengubah nota kaki menjadi nota-hujung ke atas manuskrip yang diterima.

 

 

 

 

 

Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Telefon: +6038921 5280/4737
Faks: +6038925 4698
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

000049078
Hari Ini
13