| |
Laman utama
Latar belakang
Objektif
Tema
Tarikh penting
Yuran
Penginapan
Borang penyertaan
Brosur
Senarai peserta dan tajuk
Aturcara majlis dan sesi
Kemaskini:
26/11/09 10:22 AM
|
PENGENALAN
Malaysia kini berada dalam fasa akhir ke arah mencapai wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadi Negara maju. Untuk itu, pembentukan masyarakat Malaysia yang benar-benar maju bukan sahaja perlu berasaskan kedudukan ekonomi yang berdaya tahan dan berdaya saing tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih saksama dengan penyertaan semua kumpulan masyarakat. Salah satu agenda utama Negara dalam menjadikan Negara maju dan pengagihan ekonomi dapat diseimbangkan, pemupukan budaya keusahawanan dilaksanakan. Usaha ini telah dan akan terus dilaksanakan agar matlamat Kerajaan dalam keseimbangan ekonomi antara kaum tercapai. Kestabilan ekonomi antara kaum akan berjaya membawa kepada kelestarian hidup.
Keusahawanan berupaya memberi sumbangan positif kepada individu, masyarakat, Negara dan dunia sejagat. Bidang ini berupaya merubah situasi sesuatu keadaan daripada miskin kepada kaya. Ia juga banyak memberi peluang kerjaya kepada masyarakat. Justeru, persidangan ini akan membincangkan keadaan semasa dan hala tuju pendidikan keusahawanan dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan bagi tujuan kecemerlangan bidang keusahawanan pada masa kini dan pada masa hadapan serta seterusnya berupaya mengarah ke arah kelestarian hidup. Sehubungan itu, hal-hal berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga turut dibincangkan kerana PTV merupakan salah satu saluran penting dalam melahirkan seseorang yang memiliki pengetahuan dan kemahiran.
|